Pengubahsuaian Kuasa Belanda Di Indonesia Bidang Pentadbiran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PENGUBAHSUAIAN KUASA BELANDA DI INDONESIA BIDANG PENTADBIRAN

POLITIK
Semasa pentadbiran Gabenor Marshal HW Daendals, Belanda telah melakukan perubahan
dlm bidang pentadbiran Bupati. Pemimpin atau peg. tempatan telah dilantik oleh gab. sebg
peg. Belanda dan dibayar gaji. Mereka akan dikawal dari segi pendapatan dan kuasa -
supaya tidak berlaku penindasan terhadap petani dan penyelewengan kuasa. Perubahan ini
tidak berjaya – kerana masa pentadbiran Gab. Daendals yang singkat dan kurang
pemantauan telah mengakibatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan peg. kerajaan.
Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19, Pulau Jawa pula ditadbir oleh British di bawah
Left. Gab. Raffles. Memperkenalkan sistem pentadbiran British seperti di India iaitu Pulau
Jawa akan ditadbir oleh Left. Gab. - kemudian dibahagi kepada beberapa residensi yang
diketuai oleh Residen. Residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah (Bupati@pembesar)
dan kampung (Penghulu). Pada tahun 1816, Belanda telah mengambilalih semula
pentadbiran di Pulau Jawa dan diletakkan di bawah Gab. Jen. Belanda. Belanda telah
menyusun semula pentadbiran dan memulihkan ekonomi di Pulau Jawa. Sistem pentadbiran
Belanda diketuai oleh Gab. Jen dan dibantu oleh 4 orang Konsular serta Majlis Negara –
sebagai badan perundangan dan menasihati kerajaan. Bagi mencekapkan lagi pentadbiran,
Belanda telah menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Dalam Negeri, Kerja Raya
Awam, Pendidikan, Agama, Industri, Kewangan dan Kehakiman. Semasa pentadbiran Gab.
Jen. Capellan, Belanda telah melakukan beberapa perubahan seperti membatalkan Sistem
Kontrak Sewa Tanah. Akibatnya – wujud perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan
sehingga meletusnya Perang Jawa (1825-1830) di Jogjakarta dan Surakarta. Pada tahun
1830, Sistem Tanaman Paksa telah diperkenalkan utk menyelesaikan masalah hutang
Belanda akibat Perang Napoleon, Pemberontakan Belgium dan Perang Jawa. Sistem ini
menuntungkan Belanda tetapi telah menyebabkan kesengsaraan hidup masyarakat Jawa.
Pada tahun 1870, Sistem Liberal diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Tanaman Paksa.
Tujuan – mengubah taraf hidup petani Jawa dan untuk memberi peluang kepada golongan
pemodal untuk melibatkan diri dalam ekonomi Pulau Jawa. Dasar Etika diperkenalkan –
untuk menyelesaikan masalah petani Jawa. Beberapa perubahan telah dibuat seperti
mewujudkan Undang-Undang Pembahagian Kuasa Pusat (1903). Dibawah undang-undang
ini, membolehkan Majlis Perbandaran dan Daerah ditubuhkan dan pelaksanaan dasar
Desentralisasi dijalankan. Pada tahun 1906, Undang-Undang Desa diperkenalkan – untuk
memperbaiki kebajikan rakyat Indonesia. Dibawah undang-undang ini - Majlis Desa
ditubuhkan dan diketuai oleh seorang penghulu. Pada tahun 1916, Majlis Volksraad (Dewan
Rakyat) ditubuhkan – dianggotai oleh semua rakyat sebagai persediaan untuk berkerajaan
sendiri.

1
BIDANG EKONOMI
Kerajaan Belanda mula membangunkan ekonomi Indonesia dibawah Dasar Etika dalam
aspek pertanian dan perlombongan – meningkatkan taraf hidup rakyat akibat penindasan
dibawah Sistem Tanaman Paksa dan Dasar Liberal. Tubuh Jabatan Pertanian (1905) di
Betawi. Berperanan memberi nasihat kepada petani. Pegawai pertanian diambil dari luar
negara untuk memajukan bidang pertanian, menyediakan benih bermutu tinggi, baja dan
peralatan pertanian. Sebanyak 270 juta guilders diperuntukkan untuk membina sistem
pengairan (1900-1940) Kesannya, menggalakkan pembukaan tanah baharu untuk pertanian.
Namum, masih gagal untuk menyediakan keperluan makan kepada penduduk akibat
pertambahan penduduk yang cepat. Galakkan aktiviti ekonomi lain seperti kegiatan
perhutanan, perikanan dan memperkenalkan tanaman baharu getah. Mewujudkan Akta
Perkilangan (1903) untuk melindungi industri tempatan seperti industri batik – supaya
pengusaha batik tempatan dapat bersaing dengan pengusaha batik Cina Akta Buruh (1904)
juga diperkenalkan untuk menggelakkan majikan menindas golongan buruh Akta
Pengambilan Buruh (1909) dilaksanakan bagi menggelakkan berlakunya penipuan dan
menyeragamkan sistem percukaian Bank Padi dan Bank Tunai Desa (1904) ditubuhkan untuk
menggelakkan penduduk ditindas oleh peminjam wang Cina Turut mengembangkan aktiviti
perlombongan - memajukan kegitan melombong bijih timah di Pulau Bangka dan Pulau
Belitong – dapat meningkatkan hasil eksport timah daripada 2,000 tan (1870) kepada 10,000
tan (1900). Perlombongan arang batu turut dijalankan di selatan Kalimantan dan barat
Sumatera.

BIDANG SOSIAL (PENDIDIKAN)


Kerajaan Belanda turut memberi perhatian kepada perkembangan pendidikan di Indonesia
terutama dibawah Dasar Liberal dan Dasar Etika Tahun 1867, Jabatan Pelajaran ditubuhkan
dan sistem persekolahan peringkat rendah dijalankan selama 3 tahun. Pada tahun 1892,
terdapat 516 buah sekolah di Indonesia Tahun 1893, 2 jenis sistem pendidikan
diperkenalkan iaitu Sekolah Kelas Pertama – untuk anak-anak bangsawan dan Sekolah Kelas
Kedua – untuk anak-anak rakyat Dibawah Dasar Etika, sistem pendidikan mula mengalami
perubahan di mana sistem pendidikan Barat mula diperkenalkan dgn menubuhkan sekolah
yang menggunakan bahasa pengantar Belanda – untuk anak-anak priyayi. Sistem
persekolahan disusun semula dengan mewujudkan sekolah rendah dan sekolah desa Tahun
1900, Sekolah Jawa telah ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan, kaya dan berpengaruh.
Pelajar ini berpeluang untuk menjadi doktor, peg. kerajaan, pentadbir dan kerani Sekolah
khas untuk golongan menengah kelas bawahan juga ditubuhkan. Tujuan – untuk
menyediakan penduduk tempatan berketurunan santari dan bawahan menjadi pengawai
awam.

2
Huraikan kesan penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran di Indonesia
pada abad ke-19

Pendahuluan:
Belanda bertapak dgn kukuh di pulau jawa sejak abad ke-17 manakala kwsn lain yg masih
ditadbir oleh raja2 tempatan jatuh ke tangan belanda menjelang pertengahan abad ke-19.

Isi-isi Penting:
1. Institusi pemerintahan beraja di Pulau Jawa.
Sehingga awal abad ke-19 terdapat 2 bentuk sistem pemerintahan dipulau jawa. Bentuk
pertama ialah kerajaan yg diperintah oleh belanda di kenali sbgai kerajaan betawi. Bentuk
kedua ialah kerajaan tempatan yg terdiri drpd beberapa kerajaan kcil di bawah sultan an
susunan spt kerjaan Surakarta, Jogjakarta,bantam dan cheribon. Raffles bertidak terhadap
bantam, iaitu sultan muhamad yg tlah dinaikan takhta oleh belanda sbelum kdatangan
raffles. Raffles memaksa sultan turun takhta dgn memberikan pencen sbnyk 10 000 wang
sepanyol. Pemerintahan sulatan dibantam tamat. Bagi pemerintahan kesultanan bantam
dan cheribon sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak. Mereka dibenarkan memakai
gelaran sultan tetapi kuasa sama spt seorang bupati.
Di mataram, kdatangan belanda menyebabkan keruntuhan kuasa pentadbiran pusat
tempatan. Awal abad ke-19 sebelum peluasan kuasa belanda, kekuasaan pemerintah
mataram merangkumi empat bulatan. Selepas perang jawa, kerajaan betawi bertindak thdp
Jogjakarta. Sempadan antara Surakarta dan Jogjakarta ditentukan scra jelas. Penjajahan
belanda jga menjejaskan institusi kesultanan di daerah2 spt sambas, bali dan Banjarmasin.

Sistem pentadbiran tradisional tempatan.


(a) Zaman pemeritahan William Daendels.
Daendels membahagikan bhgian timur laut jawa kpd 5 bhgian dan setipa bhgian kpd 28buah
daerah. Daerah jawa diluar kerajaan Surakarta dan Jogjakarta dibhagikan mjadi 9daerah
pentadbiran yg dikenali sbgai perfectur dibwh pengawasan prefect. Perfectur dibwh
pentadbiran pusat di betawi.
Peranan bupati amat penting dlm pentadbiran daendels sbg perantara antra pemerintah
dgn rakyat. Bupati mendapat kedudukan militer di bwh kekuasaan perfect. Hak jawatan scra
tradisional para bupati, iaitu scra turun temurun tetap dipertahankan. Pentadbiran daendels
tdk mbawa faedah kpd kerajaan belanda. Hubungan daendels dgn glongan bupati adalah
renggang. Semua msalah ini membebankan krajaan belanda dan akhirnya daendels
dipanggil pulang pd tahun 1811.

3
(b) Zaman pemerintahan Stamford Raffles.
Asas2 pemeritahan smentara british dipulau jawa ditentukan oleh raffles selaku leftenan
gabenor yg sgt dipengaruhi oleh pentadbiran british di india, iaitu pemerintahan scara
langsung. Pulau jawa dibahagikan kpd 16 residensi dan setiap residensi dan setiap residensi
ini diperintah scra langsung oleh seorang residens. Namun begitu. Pentadbiran raffles tdk
mengakui kedudukan tradisi para bupati scra turun temurun, malah beliau cuba
menghapuskan kekuasaan dan pengaruh bupati thadap rakyat sgt kuat. Untuk
mengurangkan kuasa bupati, raffles btindak menolak sistem penggantianbupati scra turun
temurun dan mengambil mreka sbgai pegawai umum pemerintahan british di bwh
pemerintahan langsung oleh resinden dan penolong residen.
Dari segi kehakiman, raffles mperkenalkan undang2 yg sma bgi smua pduduk dipulau jawa.
Mahkamah keadilan, mahkamah polis, mahkamah ulang bicara, mamahkamah awam,
mahkamah ulang bicara, dan mahkamah jenayah ditubuhkan.

(c) Pemerintahan belanda selepas tamatnya perang napoleon.


Pemerintahan scara tdk langsung diwujudkan smula untuk menggantikan pemerintahan
lngsung raffles. Dipulau2 luar, pentadbiran brada dibwh pembesar2 yg dikwal oleh gabenor
belanda. Belanda meneruskan usaha utk mengurangkan kuasa dan kedudukan para bupati
usha belanda ini tlah menimbulkan penentangan yg memuncak shgga mletusnya perang
jawa. (1825-1830)
Peristiwa ini tlah mnyedarkan belanda btapa pentingnya hbungan baik dgn pihak pembesar
tmpatan. Akan tetapi, usaha mengawal glongan bupati msih diteruskan. Rombokan struktur
birokrasi di Indonesia bermula pd tahun 1848. Sistem pmerintahan yg diterapkan ialah
sistem pemerintahan colonial belanda yg memegang kuasa tertinggi.
Struktur ptadbiran belanda dikenali sbg binenland bestuur yg tdiri drpd gabenor jeneral,
residen, penolong residen, dan controleur. Bupati dilantik oleh gabenor jeneral atas
cadangan residen dan pnolong residens. Pada awalnya, para bupati dipilih dan dilantik
bdasarkan keturunan, trutama anak lelaki sulung dlm keluarga, kemudiannya, pelantikan
bupati mengikut beberapa syarat spt pencapaian pendidikan

Penutup:
Dengan kehadiran penjajah belanda, sistem pemerintahan tradisional digantikan dgn sistem
pemerintahan colonial yg mana penjajah sbg pihak yg menguasai manakala msyarakat
peribumi mrupakan pihak yg harus tunduk kpd sgala peraturan pihak kolonial.

4
Huraikan kesan penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran di Myanmar
pada abad ke-19.

Pendahuluan
Dalam kehadiran kuasa Barat di Asia Tenggara telah membawa pelbagai perubahan dalam
sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Perubahan yang dibawa oleh British di
Myanmar telah menyebabkan berlakunya penentangan rakyat tempatan. Mereka berasa
tidak puas hati kerana kepentingan mereka terjejas dan terpaksa menerima pendidikan
Barat yang bersifat tegas, memonopoli serta membebankan mereka dengan pelbagai jenis
cukai.
Tujuan perubahan ini adalah untuk membolehkan kuasa barat mengukuhkan kedudukan
mereka di tanah jajahan.

Isi-isi Penting
1) Penghapusan Sistem Pentadbiran Tradisional
Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan setelah British berjaya menawan
Myanmar Utara. British menjadikan ketiadaan putera raja yang layak untuk ditabalkan
sebagai waris takhta kerajaan sebagai alasan untuk menghapuskan sistem beraja di
Myanmar. Sistem pentadbiran tradisional seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw, dan
Thatnabaing dihapuskan. British melantik sebahagian daripada ahli Hutdaw sebagai pegawai
kerajaan yang bergaji tetap. Namun, mereka tidak mendapat kerjasama dan penghormatan
daripada penduduk tempatan kerana bekerja dengan pihak British. Desakan daripada
penduduk tempatan agar sistem Thatnabaing dikekalkan telah ditolak oleh pihak British.
Sir Charles Crosthwaite telah merancang untuk menjadikan kampung-kampung sebagai unit
pentadbiran supaya kesalahan jenayah dapat dipertanggungjawabkan kepada lingkungan
kawasan tersebut. Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan
untuk membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan. Berdasarkan undang-
undang tersebut, ketua kampung akan dilantik sebagai pegawai kerajaan dan
bertanggungjawab menjaga keamanan dan mengutip cukai di kawasan kampung mereka.

2) Pelaksanaan Sistem Pentadbiran India di Myanmar


British telah menggunakan corak pentadbiran berdasarkan Dasar Liberal yang disesuaikan
dengan pentadbiran tempatan di wilayah Pegu. Wilayah Pegu dibahagikan kepada 5 buah
daerah dengan setiap daerah diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Daerah berbangsa Inggeris.
Daerah-daerah pula dibahagikan kepada bandar-bandar kecil di bawah seorang Pegawai
Bandar atau Myo-ok. Setiap bandar dipecahkan kepada sistem bulatan dengan seorang
ketua sebagai penasihat. Sistem ini mirip dengan sistem di India kerana pegawai-pegawai
Inggeris yang dilantik pernah berkhidmat di Benggala dan Madras, India.

5
Myanmar Utara pula dibahagikan kepada 14 buah daerah. Pesuruhjaya British yang
pertama, Sir Charles Bernard mengusulkan supaya pentadbiran awan dan pungutan cukai
dijalankan melalui wakil-wakil tempatan dan mengikut peraturan tempatan. Namun,
pengganti beliau, Sir Charles Crosthwaite menjalankan pentadbiran mengikut sistem di
India.

3) Penubuhan Dewan Perundangan


Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan terhadap
sistem pentadbiran di peringkat pusat. Jawatan Ketua Pesuruhjaya, iaitu ketua eksekutif
pada peringkat pusat telah dinaikkan menjadi Leftenan Gabenor. Leftenan Gabenor
Myanmar yang pertama ialah Arthur Phayte. Bagi membantu Leftenan Gabenor dalam
pentadbiran, Majlis Perundangan ditubuhkan. Terdapat 9 orang ahli yang terdapat dalam
majlis ini yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan ahli-ahli terpilih.
Selepas tahun 1897, British melakukan beberapa perubahan dalam dasar penjajahannya di
Myanmar, seperti; Mewujudkan jawantan-jawatan tinggi untuk menambahkan kecekapan
pentadbiran. Terlibat secara aktif dalam hal ehwal kerajaan untuk memajukan kegiatan
ekonomi dan Meningkatkan kebajikan rakyat Myanmar.
Pada tahun 1909, jumlah anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 15 orang.
Pada tahun 1920, anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 30 orang. Golongan
pedagang mempunyai wakil terbesar dan diikuti beberapa orang Myanmar sebagai anggota
dewan tersebut.

Penutup
Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh pihak British dalam sistem pentadbiran di
Myanmar ini telah membangkitkan perasaan cinta akan negara dalam kalangan rakyat
tempatan serta keinginan untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan British.
Keadaan ini berlaku apabila rakyat tempatan mula menyedari tentang kepentingan sebuah
negara yang merdeka.

6
Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Indonesia

Pendahuluan
Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang hanya dilaksanakan untuk menampung
keperluan harian. Hasil yang dikeluarkan tidak bertujuaan untuk dijual atau di
perdagangkan. Lebihan yang ada akan diperdagangkan atau di tukarkan kepada keperluan
asas yang lain. Kegiatan yang dilakukan tertumpu kepada pertaniaan padi, perikanan secara
kecil-kecilan, penternakan, dan pemungutan hasil hutan. Kegiatan tersebut tidak
memerlukan modal yang besar dan peralatan yang di gunakan ialah peralatan primitif yang
digunakan oleh keturunan yang terdahulu.
Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan
kelebihan untuk diperdagangkan serta tidak wujud satu pengkhususan kerja yang jelas.
Kegiatan ekonomi sara diri ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh rakyat Vietnam dan
Indonesia sebelum kedatangan barat. Namun, masyarakat peribumi di Indonesia juga
menjalankan kegiatan ekonomi komersial. Ekonomi komersial merujuk kepada kegiatan
ekonomi yang bertujuan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian sekeluarga tetapi
juga di perlukan sebagai asas dalam pertukaran atau penjualan barangan.

Isi-isi Penting:
Pertanian
Kegiatan ekonomi yang utama di Indonesia ialah penanaman padi. Padi di tanam di
sepanjang dataran pantai lanar, lembah, lembangan, dan lereng gunung berapi yang di
teres. Penanaman padi sawah di usahakan secara giat di pulau jawa dan Madura kerana
kesuburan tanah dan terdapat sistem pengairan. Padi sawah di tuai pada bulan april setiap
tahun dengan menggunakan kaedah primitive.
Selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga di tanam oleh masyarakat
peribumi Indonesia. Padi ini di tanam di kawasan timur jawa yang lebih kering dan dilereng
bukit yang tinggi. Kaedah penanaman padi bukit ialah sesuatu yang primitive, iaitu tebang
dan bakar. Sebelum musim hujan, petani akan membakar kawasan hutan. Pembakaran
hutan akan dilakukan sebanyak 3 kali untuk memastikan kesuburan tanah. penanaman padi
bukit hanya akan berlaku selama 2 hingga 3 tahun diatas kawasan yang sama. Selepas itu,
petani akan berpindah ke tempat lain dan melakukan kaedah yang sama.
Selain penanaman padi huma, tanaman lain seperti ubi kayu dan tanaman berasaskan ubi
juga di tanam untuk menambahkan hasil keluaran makanan. Jagung juga penting sebagai
bahan makanan dalam ekonomi sara diri. Jagung di tanam di Madura, jawa timur, dan
sumatera. Tanaman ini di perkenalkan oleh portugis pada abad ke-16.
Masyarakat Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu di tanam di wilayah Cheribon,
dataran pantai utara, bahagian tengah jawa, Jogjakarta, dan Surakarta. Kelapa terdapat di

7
seluruh pelosok Indonesia. Kelapa hidup subur di kawasan yang mempunyai suhu tinggi,
hujan lebat, dan tanah yang berlumpur.
Masyarakat peribumi Indonesia menanam rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pala,
dan kayu cendana. Bunga cengkih banyak di tanam di pulau-pulau Maluku, buah pala di
pulau Bonda, dan kayu cendana di pulau timur.

Perusahaan
Perusahaan batik di usahakan oleh masyarakat peribumi Indonesia. Perusahaan batik di
jalankan secara kecil-kecilan di jawa tengah. Aktiviti ini di lakukan sebelum musim menuai
padi pada musim memungut hasil tanaman.
Masyarakat jawa meghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung,
kupu-kupu, buah-buahan, dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan pada satu
generasi kepada generasi yang lain. Biasanya, kemahiran membuat batik akan di ajar oleh
ibu kepada anak perempuan mereka.

Kesimpulan
Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang berjaya menikmati
keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Ekonomi telah menjadi pesat dalam bidang
pertanian, perladangan, perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta kemudahan asas.
Masyarakat peribumi yang menjadi buruh diladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah,
dan diperhambakan. Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan
nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20.

8
Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Myanmar.

Pendahuluan
Masyarakat peribumi menjalankan kegiatan ekonomi tradisional berasaskan tanaman
seperti beras, sekoi, minyak sayuran, ikan, garam, sutera, kapas, barang tembikar dan
senjata. Dasar pemerintahan kerajaan Myanmar memang tidak berminat menjalankan
perdagangan dengan negara-negara luar kerana mampu menyediakan keperluan sendiri.
Namun, penjajahan British di Myanmar telah mengubah kegiatan ekonomi tradisional
kepada ekonomi komersial yang mendorong perkembangan ekonomi yang pesat bukan
sahaja dalam bidang pertanian bahkan dalam bidang perdagangan, perlombongan dan
kemajuan kemudahan asas.

Isi-isi penting
1) Kemajuan kegiatan pertanian
Beras. Perkembangan ekonomi yang paling menonjol di Myanmar kesan daripada
penjajahan British ialah perusahaan beras. Arakan dan Tenasserim berkembang pesat
sebagai kawasan penanaman padi semasa penjajahan British. Beras menjadi eksport utama
di Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor seperti tanah yang sesuai dan bekalan air
yang banyak. Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan eksport beras di
Myanmar.Hasil daripada perkembangan industri beras, Myanmar menjadi jelapang padi
utama di dunia. Kemajuan industri beras turut menggalakkan kemasukan orang india untuk
membantu pembangunan Myanmar yang kekurangan penduduk.
Kayu balak. Kayu jati ialah bahan eksport utama dalam kegiatan pembalakan di Myanmar.
Perkembangan kegiatan pembalakan di Tenssarim pada tahun 1830an telah mewujudkan
semula kepentingan perusahaan membina kapal pada tahun 1847. British telah
mewujudkan Jabatan Perhutanan pada tahun 1856. Jabatan ini di bawah seorang Ketua
Pemelihara Hutan dan tugas beliau adalah untuk memastikan kegiatan mendapatkan
sumber dari hutan dijalankan dengan sempurna dan betul.Syarat pembalakan dan
pengawalan ditetapkan dan hutan-hutan yang berharga di jadikan hutan simpan untuk
dipajakkan kepada pengusaha swasta.Perusahaan pembalakan di kuasai oleh beberapa
buah syarikat asing seperti Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.

2) Kemajuan kegiatan perlombongan


Minyak.
Telaga minyak dilombong semasa pemerintahan Raja-raja Burma dan kebanyakkannya
berpusat di Yenangyaung. Minyak digunakan dirumah untuk menyalakan pelita dan
mengawet kayu, tikar, dan kertas yang dibuat daripada daun palma. Keadaan berubah

9
setelah Syarikat Minyak Myanmar ditubuhkan oleh sebuah firma Britsh di Rangoon pada
tahun 1886 yang menjalankan kegiatan menggali minyak dan membeli pajakan kerajaan
serta persendirian.Setelah lima tahun beroperasi, hasil minyak berjaya menandingi minyak
tanah yang diimport dari AS di pasaran tempatan. Malah, syarikat ini mampu mengeksport
minyak ke India dan Pulau Pinang.
Bijih timah.
Perusahaan bijih timah tidak sepenting industri minyak. Lombong- lombong di Bawdwin
menghasilkan timah hitam dan dimiliki oleh syarikat Myanmar. Perlombongan bijih timah
diusahakan oleh orang Cina.
Galian lain.
Perlombongan emas dan batu permata dijalankan di kawasan Mogok. Syarikat eropah
memajakkan lombong emas dengan cukai sebanyak 315 ribu paun. Lombong perak dibuka
berhampiran Namtu pada penghujung abad ke-19. Lombong besi diusahakan di Mawchi dan
Karen.

3) Kemajuan kemudahan asas


Pengangkutan air. Sungai Irrawaddy antara sistem perhubungan air yang penting ke Bhamo
di Myanmar Hulu. Menjelang tahun 1900, pengangkutan air sangat penting di Myanmar.
Syarikat Flotilla Irrawaddy memonopoli sistem pengangkutan jarak jauh manakala Syarikat
Flotilla Arracan mengendalikan kegiatan perdagangan di sepanjang pantai Arakan.
Landasan kereta api. Landasan kereta api pertama antara Rangoon dengan Prome siap
dibina pada tahun 1877. Landasan Rangoon-Tounggoo dibuka pada tahun 1885. Pada tahun
1889, landasan ini disambung dengan Mandalay dan merentang hingga ke Myitkina pada
tahun 1898.

Penutup
Ekonomi Myanmar telah menjadi pesat setelah perluasan kuasa British dalam bidang
pertanian, perladangan, perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta kemudahan asas.
Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang berjaya menikmati
keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Masyarakat peribumi yang menjadi buruh di
ladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah dan diperhambakan.
Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan nasionalisme di
Myanmar pada abad ke-20.

10
Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di Indonesia

Pendahuluan
Belanda hanya memberi keutamaan terhadap pendidikan di Indonesia ketika pelaksanaan di
bawah Dasar Liberal, iaitu sekitar tahun 1870-1900.
Mengikut Dasar Etika, pendidikan penting supaya penduduk tempatan dapat menerima dan
menguasai tamadun Barat.

Isi-isi penting
Pada tahun 1867, Jabatan Pelajaran ditubuhkan manakala system persekolahan peringkat
rendah dijalankan selama tiga tahun. Menjelang tahun 1892, terdapat kira-kira 516 buah
sekolah di Indonesia. Pada tahun 1893, Belanda telah memperkenalkan dua jenis sistem
pendidikan, iaitu Sekolah Kelas Pertama dan Sekolah Kelas Kedua.
Sistem pendidikan di Indonesia di Indonesia mengalami perubahan apabila Dasar Etika
diperkenalkan oleh Belanda. Pada tahun 1900 J. H Abendonan, Pengarah Pelajaran
Indonesia yang pertama telah menggalakkan penubuhan sekolah yang menngunakan
bahasa Belanda sebagai bahasa penghantar untuk anak-anak golongan pyiyayi.
Sejak tahun 1900, Sekolah Jawa yang didirikan khusus untuk anak-anak golongan
bangsawan atau priyayi dan golongan yang berpengaruh. Pada tahun 1900, Sekolah Jawa
yang didirikan khusus untuk golongan menengah kelas bawahan didirikan.
Pada tahun 1907, sekolah desa disediakan untuk anak-anak petani. Sekolah desa atau
sekolah rakyat hanya setakat kelas III. Dengan kelulusan ini mereka layak untuk menjadi
rendah sahaja.
Belanda juga telah mengadakan beberapa kursus dalam bahasa Belanda sebagai persediaan
kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke pelajaran ke peringkat universiti. Bahasa
Belanda diwajibkan dipelajari di sekolah menengah.

Penutup

Anak-anak peribumi Indonesia tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di sekolah


menengah dan institute pengajian tinggi kerana syarat kemasukan yang ketat.
Bilangan pelajar bumiputera Indonesia yang masuk ke institusi pengajian tinggi amatlah
sedikit kerana kebanyakan mereka tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi.

11
Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di Myanmar.

Pendahuluan:
Pendidikan secular diperkenalkan di Myanmar berikutan penjajahan British di Negara
tersebut. Sistem pendidikan Barat telah melemahkan sistem pendidikan tradisional yang
berlandaskan agama Buddha di Myanmar.
Dasar pelajaran penjajah pada abad ke-19 hanya menekankan pendidikan tahap rendah dan
asas kepada masyarakat pribumi.

Isi-isi penting:
Penjajah British telah mengubah sistem pendidikan di Myanmar. pendidikan secular dan
mubaligh yang diperkenalkan menjadi ancaman kepada sekolah Buddha. penggunaan
bahasa Myanmar tidak begitu penting dengan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris.
Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan bantuan kewangan diberikan
kepada sekolah-sekolah agama kristian yang dimulakan oleh mubaligh Roman Katolik dan
persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptist.
Sistem pendidikan di Myanmar dirombak pada tahun 1880-an. Perubahan yang dilakukan
seperti peperiksaan wilayah diadakan supaya pelajar-pelajar sekolah menengah boleh
melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta. Maktab Ragoon ditubuhkan pada tahun 1884
bertujuan menyediakan penuntut mengambil ijazah luar Universiti Calcutta.
British membina lebih banyak sekolah menengah Inggeris selain mengekalkan sekolah-
sekolah kebangsaan Myanmar yang menggunakan bahasa Myanmar sebagai bahasa
pengantar.
Dasar pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakan sekolah sukarela
menubuhkan kerajaan.kesannya,menjelang tahun 1900,16 buah sekolah Kristian dan
sebuah maktab Baptist yang kecil di Rangoon ditubuhkan untuk pengajian tinggi orang
Karen.
Penubuhan sekolah teknikal untuk kemahiran ukur-mengukur, pengetahuan asas ilmu
kejuruteraan, bidang kehutanan dan perbidanan. Menjelang abad ke-20, wujud 170,000
buah sekolah kebangsaan, 341 daripadanya dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan.

Penutup:
Kesan daripada pengenalan pendidikan Inggeris,lahir golongan intelektual Myanmar yang
berpendidikan Barat.
Kecewa dengan dasar pilih kasih pihak penjajah akhirnya mendorong kemunculan gerakan
nasionalisme berunsur radikal untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.

12

You might also like