Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN KERTAS KERJA KURSUS SEJARAH STPM

KOD:940/4

TEMA:SEJARAH TOKOH

1.0 TAJUK:

ENCIK MOHAMMAD ZULKIFLI BIN MD.DERUS:

SUMBANGAN BELIAU DALAM KOKURIKULUM DAN KURIKULUM DI


SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM AL-AHMADI SG.UDANG,MELAKA

2.0 PENGENALAN

Tokoh pendidikan merupakan orang yang sangat berharga di mata masyarakat


dalam bidang pendidikan yang boleh di jadikan teladan bagi generasi pada masa kini
dan pada masa yang akan datang. Kejayaan yang di capai dan sumbangan yang di
curahkan dijadikan sebagai inspirasi dan motivasi bagi menjadikan masyarakat terus
berjaya. Pergorbanan dan kepahitan mereka dalam mendidik masyarakat bagi
membangunkan negara terutamanya untuk mencapai wawasan 2020 di mana
masyarakat terus maju di dalam pelbagai bidang terutamanya di dalam pendidikan. Di
dalam bidang pendidikan kerajaan telah menbahagikan kepada dua kompenan iaitu
kompenan kokurikulum dan kompenan kurikulum.

Kokurikulum merupakan kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang


diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianngap sebagai sebahagian daripada kursus
pendidikan pelajar di sekolah misalnya kegiatan dalam persatuan,kesukanan,dan lain-
lain. Manakala kurikulum ialah skop dan isi kandungan sesuatu matapelajaran di
sekolah yang di ajarkan pada waktu-waktu yang ditetapkan.

Antara tokoh yang boleh di jadikan sebagai inspirasi kepada masyarakat dalam
bidang pendidikan kokurikulum dan kurikulum ialah Encik Mohammad Zulkefli Bin
Md.Derus. Masyarakat setempat seharusnya mencontohi keperibadian tokoh-tokoh
berkenaan dalam menyumbang bakti kepada masyarakat,agama,bangsa,dan
negara.Beliau memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan dalam subjek
perdagangan dan beliau telah manaikkan nama sekolah di dalam bidang kokurikulum
sepanjang beliau bertugas menjadi guru dari tahun 2004 sehingga tahun 2015.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini di jalankan adalah untuk menjelaskan latar belakang Encik
Mohammad Zulkefli bin Md.Derus sebagai seorang pendidik. Kajian ini juga akan
meneliti peranan yang di mainkan oleh beliau dalam bidang pendidikan dari aspek
kokorikulum dan kurikulum sepanjang beliau bertugas sebagai seorang guru di
Daerah Sg.Udang Melaka.Selain itu,kajian ini juga bermatlamatkan menonjolkan
seorang tokoh pendidik yang berjasa kepada masyarakat setempat.

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini ialah untuk mengetahui bilakah beliau bermula


kerjayanya sebagai seorang pendidik. Ini kerana beliau adalah tokoh yang boleh di
jadikan contoh dalam pendidikan dari aspek kokurikulum dan kurikulum di Daerah
Sg.Udang. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti apakah peranan yang di
mainkan oleh beliau dalam bidang pendidikan kokurikulum dan kurikulum di Daerah
Sg.Udang,Melaka. Melalui kajian ini pengkaji akan memerhatikan kejayaan yang di
capai oleh beliau sepanjang tahun beliau menjadi seorang pendidik.

5.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini ialah mengenai Encik Mohammad Zulkefli bin Md.Derus dan
penglibatanya dalam bidang pendidikan dan sebagai guru perdagangan. Kajian yang
dijalankan ini turut membataskan ruang kajian iaitu hanya di daerah tempat beliau
menjalankan tugasnya sebagai pendidik iaitu di Sma Jaim Al-Ahmadi,Sg.Udang
Melaka.Dari segi tempoh kajian ,kajian ini bermula dari tahun 2004- 2015.Tempoh
kajian ini dipilih kerana tokoh ini berkhidmat sebagai pendidik dan berperanan besar
memajukan pendidikan perdagangan di Daerah Sg.Udang di Melaka. Malah di ruang
lingkup kajian melihat kepada kejayaan beliau.
6.0 KAJIAN LEPAS

Dalam buku yang bertajuk Prof.Diraja Ungku Aziz,Tokoh Ekonomi Berjiwa


Masyrakat(2006) karya Rabiah Sidin,mengulas tentang Prof.Ungku Aziz yang
merupakan seorang pakar ekonomi tempatan. Beliau juga adalah salah seorang yang
disegani namanya dalam kalangan masyarakat kerana beliau mempunyai keperibadian
yang patut di contohi oleh masyarakat. Sebagai contoh ,beliau merupakan seorang
yang telah menjadikan penggerak dalam siste pendidikan di Malaysia.

Menurrut laman sesawang pada tahun membincangkan dan membahaskan

Dengan berpandukan buku ini,pengkaji mendapati bahawa isu-isu yang tertulis


dalam buku tersebut merupakan sesuatu perkara yang menjadikan garis panduan bagi
setiap guru di negara ini untuk terus mencurahkan bakti kepada
masyarakat,bangsa,agama dan negara dalam menjadikan anak didik mereka sebagai
pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

7.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam menhasilkan kajian ini,pengkaji menggunakan tiga kaedah kajian iaitu


kaedah penyelidikan dan kaedah lapangan. Kaedah yang pertama dalam kajian ini
ialah kaedah penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji bagi mendapatkan segala
maklumat yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan. Kaedah penyelidikan ini
menggunakan sumber seperti penyelidikan buku-buku ilmiah,jurnal-jurnal yang
berkaitan,majalah,internet dan laman sesawang. Kaedah ini akan memberikan segala
maklumat yang berkaitan dengan mudah.

Disamping itu juga,bagi memantapkan penyelidikan pengkaji menggunakan


kaedah lapangan. Kaedah lapangan ini bercirikan seperti melawat ke tempat kajian.
Kaedah ini memudahkan pengkaji untuk mengetahui segala maklumat yang berkaitan
dengan penyelidikan.

Tambahan pula,pengkaji akan menjalankan penyelidikan dengan menggunakan


kaedah temu ramah untuk mendapatkan segala maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan penyelidikan. Kaedah temu ramah ini merupakan kaedah yang amat penting
dalam menjalankan penyelidikan.
8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Penulisan ini dapat dibahagikan kepada beberapa buah bahagian iaitu bahagian
pengenalan,bahagian isi, dan bahagian kesimpulan. Dalam bahagian
pengenalan,pengkaji akan menjelaskan latar belakang dan sejarah pendidikkan yang
di ambil oleh tokoh. Seterusnya,pengkaji akan memaparkan peranan Encik
Muhammad Zulkefli Bin Md.Derus dalam pendidikan di Sg.Udang,Melaka iaitu
peranan beliau dalam memajukan akademik ,kokurikulum dan sahsiah pelajar. Dan di
akhir pembahagian esei pula, pengkaji akan membuat kesimpulan dengan
menyatakan apa yang akan di manfaatkan daripada hasil kajian ini.

9.0.PENUTUP

Di harapkan dengan adanya kajian ini,perjalanan hidup sebagai seorang pendidik


seperti En.Muhammad Zulkefli bin Md.Derus akan dapat di rasai oleh masyarakat
dalam menjadikan anak bangsa terus maju dan berjaya. Diharapkan juga, pada masa
akan datang dan kini genaerasi muda akan menjadikan beliau sebagai tamsil untuk
menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental dan berwibawa.
2.0 LATAR BELAKANG ENCIK MUHAMMAD ZULKEFLI BIN MD.DERUS

Encik Muhammad Zulkefli Bin Md.Derus merupakan anak jati kepada negeri
yang mengasaskan pemerintahan di sebuah pokok iaitu pokok Melaka. Beliau
merupakan anak ke yang daripada keluarganya.

You might also like