Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TUGASAN

IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG

SESI AKADEMIK 2018/2019: SEMESTER I

LIA3022/LXEB2306: UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

NAMA: SITI NURHAMIDAH BINTI HAMDAN

NO. MATRIK: LIA160131

PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR MD KHALIL BIN RUSLAN

TARIKH: 21 DISEMBER 2018


Terdapat banyak kaedah keterangan yang boleh digunakan bagi membantu Siti dalam
kes perceraiannya, salah satunya ialah keterangan atau kesaksian.
Firman Allah:
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-
orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang
menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau
ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau
miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang
memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah
lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa
nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-
balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang
kamu lakukan.
(Surah Al-Nisa’: 135)
Dalam kes perceraian ini, Siti membawa 2 orang bersamanya sebagai saksi bagi
pihaknya iaitu Nancy, pembantu rumahnya dan anaknya, Mira. Siti turut membawa
Doktor Raju yang memberi rawatan ke atasnya bagi mengemukakan laporan
perubatannya setelah menjalankan rawatan ke atas Siti. Sebelum memberi kesaksian,
saksi-saksi perlu melalui dua tahap syarat, iaitu syarat penerimaan kesaksian dan
syarat penyampaian kesaksian.
Sebagai seorang wanita berbangsa Filipina, Nancy tidak memenuhi syarat
penyampaian kesaksian iaitu beragama Islam. Hal ini adalah berdasarkan Firman Allah
dalam surah Al-Maidah ayat 106, “…dua orang yang adil antara kamu…” dan surah Al-
Baqarah ayat 282, “…dua orang lelaki dari kalangan kamu…” di mana frasa “antara
kamu” dan “dari kalangan kamu” merujuk kepada mereka yang “sama agama”.
Meskipun kesaksian orang kafir boleh diterima dalam kes-kes darurat, namun ia tidak
boleh diterima dalam perkara-perkara berhubung undang-undang keluarga, ‘ahwal al-
syaksiah’. Bagaimanapun, menurut seksyen 83(2) Akta Keterangan Mahkamah Syariah
Wilayah Persekutuan (Akta 561), seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk
memberikan bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut
hukum syarak. Maka, Nancy boleh memberikan keterangannya di mahkamah apabila
diminta namun ia tidak diterima sebagai syahadah yang mampu mengikat mahkamah
tetapi sebagai bayyinah yang tidak mengikat mahkamah dan terpulang kepada budi
bicara hakim.
Oleh kerana keterangan oleh Nancy hanya pada tahap bayyinah sahaja, Nancy boleh
menggunakan kaedah keterangan lain seperti sumpah (Al-Yamin). Sumpah di dalam
mahkamah atas permintaan hakim merupakan salah satu cara pembuktian dalam
proses kehakiman, di mana Nancy perlu bersumpah dengan lafaz Allah atau sifat-Nya
atau dengan kitab Allah seperti Al-Quran manakala ada yang berpendapat bahawa
Nancy boleh bersumpah dengan kitab lain yang diturunkan Allah seperti Taurat dan Injil
sekiranya dia berpegang padanya (bagi golongan bukan Islam). Kebanyakan ulama
berpendapat bahawa sumpah oleh orang bukan Islam (Nancy) perlu diberatkan.
Sumpah yang diberatkan atau taghlidz al-yamin ini adalah bertujuan untuk
menimbulkan rasa takut dan gerun pada Nancy untuk berbohong, di mana Nancy perlu
bersumpah dgn niat hakim dan jika dia seorang Nasrani, sumpahnya adalah dengan
nama Allah yang menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa.
Seterusnya, Mira tidak boleh memberi kesaksian bagi pihak Siti bukan sahaja
disebabkan dia masih belum baligh malah kesaksian anak bagi ibu bapanya ditolak
oleh jumhur ulama bagi mengelak tohmahan berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud, “Tiada kesaksian (syahadah) bagi orang yang ada tohmah”. Namun begitu,
sumpah oleh kanak-kanak masih diterima dalam mazhab Maliki dan Hanbali. Menurut
seksyen 83(4) Akta 561, seseorang yang belum baligh adalah tidak kompeten untuk
memberikan syahadah tetapi kompeten untuk memberikan bayyinah.
Bagi pendakwaan Siti bahawa kecederaan yang dialaminya, iaitu bibir pecah dan pipi
yang bengkak adalah hasil daripada perbuatan Jamal, Siti juga membawa Doktor Raju
yang telah memeriksa dan memberikan rawatan kepada Siti. Menurut seksyen 83(2)
Akta 561 yang membolehkan seseorang yang bukan Islam untuk memberikan bayyinah
untuk orang Islam, terdapat huraian di mana bayyinah seorang pakar bukan Islam
terhadap seorang Islam boleh diterima, jika dikehendaki. Namun, keterangan Doktor
Raju sebagai seorang pakar dalam bidang perubatan tidak terhad kepada bayyinah
sahaja kerana Islam menerima pendapat pakar (Ra’yu Al-Khabir) sebagai satu cara
pembuktian. Ini adalah berdasarkan Firman Allah:
Terjemahan: Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai
Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan
kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada
orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Nahl: 43)
Selain itu, seksyen 33 Akta 561 membolehkan pendapat pakar dalam sesuatu bidang
berkaitan diterima sebagai qarinah dan jika tiada dua atau lebih, keterangan seorang
pakar adalah memadai.
Oleh itu, berdasarkan laporan perubatan hasil pemeriksaan Doktor Raju ke atas Siti,
kecederaan yang dialami oleh Siti dapat menjadi qarinah yang menunjukkan bahawa
kecederaan yang dialami oleh Siti memang hasil perbuatan Jamal (dipukul) dan bukan
atas sebab terjatuh dan sebab-sebab lain.
Kaedah Fiqh, “Keterangan pada yang mendakwa dan Sumpah pada yang didakwa”
ialah antara kaedah yang boleh digunakan oleh mahkamah dalam pembuktian. Sudah
jelas bahawa Siti tidak mempunyai saksi yang memenuhi syarat kesaksian dan menurut
kaedah ini apabila keterangan yang dibawa oleh pihak mendakwa (Siti) adalah lemah,
Jamal perlu bersumpah untuk menafikan dakwaan Siti terhadapnya. Sekiranya Jamal
mengangkat sumpah penolakan (yamin rafie’h) bagi menolak dakwaan Siti, maka Jamal
akan terlepas tanggungannya dan dakwaan Siti perlu digugurkan kerana sumpah yang
dilakukan oleh pihak yang didakwa adalah mengikat mahkamah. Sumpah yang
dilakukan oleh orang yang didakwa atau dalam kes ini, Jamal juga terkenal dengan
nama yamin ‘asliah’ yang bermaksud sumpah asal kerana pada mulanya sumpah
adalah kepunyaan orang yang didakwa. Sekiranya orang yang didakwa tidak hadir ke
mahkamah, seperti kes ini, Jamal, sumpah tersebut akan dikembalikan kepada Siti,
digelar Yamin Al-Mardudah (sumpah yang dikembalikan). Sekiranya Siti mengangkat
sumpah ini, sumpah tersebut mengikat mahkamah.
Selain itu, setelah mengemukakan keterangannya, atas permintaan hakim dan niat
hakim, Siti juga boleh membuat sumpah ‘Istizhar’ untuk menolak tohmah terhadapnya.
Sumpah ‘Istizhar’ ini merupakan satu penyempurnaan dalil atau keterangan seperti
kesaksian dan sabit di sisi mahkamah. Sumpah ini kebiasaannya dilakukan apabila
pihak yang dituntut ghaib atau mati. Namun, para ulama hanya mengharuskan sumpah
‘Istizhar’ ini hanya dalam kes luar biasa dan darurat sahaja.
Bagi isu sejauh mana hakim Azim boleh mendengar kes ini kerana beliau mendapat
maklumat mengenai kes ini ketika di luar mahkamah, terdapat satu peristiwa di mana
dua orang lelaki datang berjumpa Sayidina Umar untuk meminta beliau menjadi saksi
bagi pihaknya. Sayidina Umar menjawab,
“Jika kamu berdua mahu aku jadi saksi, aku tidak akan menghukum, atau aku
menghukum tetapi aku tidak menjadi saksi.”
Berikutan peristiwa ini, seseorang hakim yang mengendalikan sesuatu kes tidak boleh
menjadi saksi dan jika beliau memilih untuk menjadi saksi bagi kes itu, beliau tidak
boleh menjadi hakim yang membicarakan kes itu juga. Mazhab Syafie membezakan
hak Allah dengan hak manusia. Bagi yang melibatkan hak manusia, mazhab Syafie
mempunyai dua pendapat mengenai ini, pendapat yang pertama, seorang hakim yang
mendapat maklumat di luar mahkamah semasa memegang jawatan sebagai hakim
tidak boleh menghukum berdasarkan maklumat yang diperolehinya, kerana Rasulullah
SAW telah bersabda,
“Sama ada dua saksi bagimu atau sumpahnya (orang yang didakwa) dan tidak
ada jalan lain melainkan demikian.”
Manakala pendapat yang kedua membolehkan seorang hakim menghukum
berdasarkan pengetahuannya, berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Janganlah terhalang seseorang pun daripada kamu untuk berkata benar
dengan apa-apa yang dilihat dan diketahui serta didengarnya kerana kehebatan
manusia.”
Pengkaji undang-undang Islam zaman ini seperti Dr. Abdul Muniem tidak
mengharuskan seseorang hakim untuk menghukum berdasarkan maklumat yang beliau
perolehi ketika di luar mahkamah, maka, bagi mengelakkan tohmah dan hakim yang
curang daripada mengambil kesempatan, Hakim Azim tidak boleh mendengar kes ini,
terutamanya pada zaman ini di mana terdapat ramai hakim yang rosak dan kes ini perlu
didengarkan oleh hakim yang lain.
Walaupun Hakim Azim tidak boleh menjadi hakim untuk perbicaraan kes ini, beliau
masih boleh memberi keterangan sebagai saksi bagi pihak Siti, seperti yang dapat
dilihat daripada peristiwa dua orang lelaki yang bertemu Sayidina Umar (supra). Hakim
Azim boleh tampil memberikan kesaksian bagi pihak Siti pada tahap syahadah kerana
beliau dapat memenuhi syarat penerimaan dan syarat penyampaian kesaksian.
Menurut seksyen 83(1) Akta 561, semua orang Islam adalah kompeten untuk
memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka
adalah 'aqil, baligh, 'adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka.
Berdasarkan seksyen 83(1) Akta 561 ini, Hakim Azim boleh memberikan keterangan
pada tahap syahadah sekiranya beliau memenuhi syarat ‘adil’ seperti dalam huraian
klausa itu iaitu menunaikan obligasi agamanya, menahan diri daripada melakukan dosa
besar dan tidak terus menerus melakukan dosa kecil.
Oleh sebab Siti kini mempunyai seorang saksi lelaki bagi pihaknya yang mampu
memberikan keterangan pada tahap syahadah iaitu Hakim Azim, Siti boleh membuat
sumpah ‘jalibah’ yang bertujuan untuk mensabitkan hak dan kepentingannya.
Sebahagian besar mazhab menerima kesaksian seorang lelaki dan sumpah pihak yang
menuntut sebagai kaedah pembuktian berdasarkan riwayat Ibnu Abbas mengenai
Rasulullah SAW pernah menghukum berdasarkan sumpah yang menuntut dan
kesaksian seorang saksi lelaki.

You might also like