Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

DATO’ ONN JAAFAR

Biodata

Nama : Afizuan bin Arifin

Kelas : 5 Farabi

Alamat E-mel : m-11214671@moe-dl.edu.my

Sekolah :Sekolah Kebangsaan Sri Labis

Alamat Sekolah : JKR 1421, Jalan Muar, 85300 Labis, Johor.


Pendahuluan

Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma kerana pandangan

jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan

keturunan dalam satu ideology politik. Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam

mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering

meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang

tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang

mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada kebiasaannya

beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang telah dibuat. Dato Onn juga

merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu

pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau

juga merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak

mementingkan pangkat. Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakan seorang pemimpin

yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir.


Biodata Tokoh

Nama : Onn bin Jaafar

Tarikh Lahir : 12 Februari 1895

Tempat Lahir : Bukit Gambir, Johor Bahru

Tarikh Meninggal : 19 Januari 1962

Jawatan : Bekas Menteri besar Johor ke-7.

Nama Bapa : Dato’Jaafar Muhamma

Nama Ibu : Datin Rogayah Hanim

Keturunan : Kacukan Bugis dan Turki

Onn Jaafar,dalam usia sembilan tahun pada 1904 ketika menjadi pelajar di Sekolah

Alderburgh Lodge Suffolk, England.


Pendidikan

 Mendapat pendidikan secara formal dan tidak formal.

 Pendidikan awal di Sekolah Melayu di Johor Bahru.

 Sebelah petang, beliau mengikuti kelas Bahasa Inggeris dengan seorang guru wanita

Inggeris di istana.

 Pada 1903, beliau dihantar oleh ayahandanya ke Alderburg Lodge School di Suffolk,

England yang merupakan sebuah sekolah persendirian yang menampung keluarga

bangsawan dari luar England.

 25 Mac 1910, beliau kembali ke tanahair dan menyambung pelajaran di Maktab

Melayu Kuala Kangsar bagi membentuk jati diri Melayu.

Onn Jaafar (dalam bulatan) ketika berusia tujuh

tahun bersama putera-putera Sultan Ibrahim di

Istana Tyersall, Singapura. Dari kiri Ungku

Ahmad, Onn Jaafar, Tengku Ismail dan

Tengku Abu Bakar.


Kerjaya Tokoh

 September 1911, bekerja sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

di Johor Bahru.

 Menjelang akhir tahun tersebut, beliau telah dilantik sebagai kerani penuh sehingga

1917 dan telah bekerja di tujuh jabatan kerajaan.

 Diwajibkan menyertai pasukan tentera Johor yang dikenali sebagai Johor Military

Forces (JMF) atau Askar Timbalan Setia pada Mac 1917.

 Dilantik sebagai Leftenan dalam Johor Volunteer Forces (JVF) iaitu cawangan JMF.

 Pada 1922, beliau bekerja sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor.

 Pernah menjadi wartawan setelah dibuang negeri disebabkan teguran beliau kepada

Sultan Ibrahim.

 Pernah dilantik menjadi Ketua Pengarang Warta Malaya, Lembaga Malaya dan

Lembaga.
Sumbangan Tokoh

1. Politik

 Mencetuskan semangat dan kesedaran terhadap Tanah Melayu untuk Bersatu padu

dalam apa jua keadaan sekalipun demi memerdekakan Tanah Melayu.

 Walaupun hasil kemerdekaan tidak tertumpu pada beliau, tetapi hasil beliau telah

menjadi tunjang kepada kemerdekaan.

 Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang ke-7 pada 1 Jun 1947.

 Akan tetapi beliau telah diberi kata dua oleh sultan johor (Sultan Ibrahim Al-

Mashur ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar) dan diberi pilihan antara ingin

menumpukan kepada UMNO ataupun menjadi Menteri Besar Johor.

 Beliau sanggup meletakkan jawatannya (Menteri Besar Johor) dan terus kekal

berjuang di dalam UMNO demi rakyat yang pada ketika itu memerlukan

pemimpin

 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah bukti bahawa beliaulah yang

menyelamatkan raja-raja Melayu daripada kehilangan takhta dan memelihara

semula kedudukan raja-raja Melayu.


Detik bersejarah 1948 : Dato Onn memperjuangkan hak orang Melayu dalam Perjanjian

Persekutuan

Persidangan membubarkan Malayan Union pada Nov 1946 di King's House, Kuala Lumpur.

(Dato' Onn berada di barisan pertama)


2. Ekonomi dan Sosial

 Dari segi ekonomi, pertubuhan UMNO yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar

dalam meningkatkan pembangunan Tanah Melayu sehingga kini yang

menyebabkan banyak masyarakat Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi.

 Maka tertubuhlah Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung ( RIDA)

dan beliau telah dilantik sebagai pengerusi lembaga tersebut.RIDA kini dikenali

sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA).

 Dari segi sosial pula, semangat nasionalisme beliau dalam menyatupadukan

penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum telah ditentang oleh UMNO.

 Akan tetapi beliau tidak berputus asa kerana beliau tahu bahawa dengan

menyatupadukan kaum Melayu, Cina dan India dapat memperoleh kemerdekaan

bersama.
Nilai Kepimpinan

 Semangat Nasionalisme

 Tidak mudah berputus asa apabila gagal atau mendapat saingan semasa melakukan

sesuatu

 Membuat pilihan yang baik untuk semua

 Bekerja keras

 Berani
Penutup

Dato’ Onn Jaafar ialah pemimpin Melayu yang tajam fikirannya, petah berbicara, menyeru

masyarakat Melayu, menolak British dan mendaulat negara.

Kekuatanya amat signifikan dalam mencorak perjalanannya ke arah kemerdekaan negara.

Beliau merupakan satu-satunya Presiden UMNO yang tidak menjadi perdana menteri. Satu-

satunya Presiden UMNO dibuang di atas ideanya yang membuka keahlian kepada

masyarakat bukan Melayu. Beliau juga satu-satunya individu yang mampu mengumpulkan

kekuatan masyarakat Melayu ketika kesedaran untuk menentang penjajahan kurang difahami

oleh masyarakat tersebut. Tidak hairanlah jika mulutnya mengungkap kata hikmat iaitu ‘Raja

itu rakyat, rakyat itu raja”.kerana ia sebati dengan jiwanya yang hidup untuk rakyat.
Sumber Rujukan

Pautan Internet

 https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/

 https://oscaroasispmjb.blogspot.com/

Buku

 Tajuk : ONN JA’AFAR Pejuang Terbilang Pengasas Sebuah Negara Bangsa

 Pengarang : Fadzil Abdullah, Kassim Thukiman dan Md. Zin Idros

 Penerbit : MPH Group Publishing Sdn Bhd

 Tajuk : Biografi Dato’ Onn Hidup Melayu

 Pengarang : Anwar Abdullah

 Penerbit : MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION

You might also like