Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kolej Vokasional Kota Tinggi

UJIAN MENDENGAR
[ 30 markah ]

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan artikel akhbar berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan cerpen akan dibaca sekali lagi.


Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan(Petikan Cerpen)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.


PETIKAN 1 :

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan cerpen yang diperdengarkan.

1. Berapa banyak buah negeri yang terdapat peningkatan kes?

10 buah negeri yang terdapat peningkatan kes [1 markah]

2. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia?

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ialah Tan Sri Noor Hisham Bin
Abdullah [1 markah]

3. Negeri apakah yang mencatatkan kes sekolah tertinggi? Berapa jumlah kes tersebut?

Negeri Selangor yang mencatatkan kes sekolah tertinggi dan mempunyai sebanyak 387 kes
[2 markah]

4. Nyatakan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bagi mereka yang mempunyai
gejala jangkitan influenza.

i Berehat di rumah
ii Makan angin
iii Bertemu dengan orang lain
iv Memakai pelitup muka [3 markah]
PETIKAN 2 :
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan cerpen berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.
*QR kod Audio : Rujuk buku teks Tingkatan 5 m/s 116

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan cerpen akan dibaca sekali lagi.


Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan(Petikan Cerpen)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.


Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1.

1. Berikut merupakan ciri-ciri kopitiam yang dinyatakan dalam petikan, kecuali


A. Kopi hitam pekat
B. meja marmar
C. kerusi marmar
D. kerusi kayu [1
markah]
2. Berikan definisi Hipster
[2
Definisi Hipster ialah sesuatu yang luar daripada kebiasaan markah]

3. Senaraikan ketiga-tiga ciri keunikan Hipster yang dinyatakan dalam petikan

i Hiasan dalaman
ii Signature (produk atau ciri-ciri paten unik yang membezakannya daripada kafe lain
iii Keunikan menu [3 markah]

4. Apakah kebaikan yang dapat diperolehi dengan kewujudan kopitiam dan kafe Hipster?

Kebaikan yang dapat diperolehi dengan kewujudan kopitiam dan kafe Hipster adalah
- Dapat menghidupkan suasana harmoni
- Lambang kepada perpaduan dan semangat Muhibbah antara masyarakat pelbagai kaum dan
agama di Malaysia
[1 markah]
PETIKAN 3 :

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan artikel akhbar berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

MEREKA yang lahir sebelum tahun 1990-an, pastinya mempunyai pengalaman bermain permainan
tradisional seperti batu seremban, galah panjang, tarik upih, congkak, baling selipar, teng teng,
gasing dan sepak raga.
Namun, dek peredaran masa, proses perbandaran dan perkembangan teknologi menyebabkan
permainan berkenaan terkena tempias yang mengakibatkan permainan ini kian pupus ditelan zaman.
Perkara itu diakui Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM),
Prof Dr Abdul Muati Ahmad apabila ramai generasi muda hari ini langsung kurang mengetahui
permainan terbabit.
Sudah tentu senario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenaan sebahagian daripada
khazanah warisan masyarakat Melayu yang dilupakan sedangkan permainan ini mempunyai nilai
tersendiri dan perlu dipelihara.
Dr Abdul Muati berkata, suatu ketika dahulu kebanyakan rumah di kampung tidak mempunyai
televisyen menyebabkan anak-anak mengisi masa lapang mereka dengan permainan sebegini.
“Mereka jarang-jarang berada di dalam rumah kecuaali untuk makan, mandi dan tidur. Selebihnya
banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk melakukan aktiviti ini.
“Tetapi apabila proses perbandaran berlaku iaitu banyak kawasan perumahan dibuka dan pembinaan
rumah pangsa menyebabkan kanak-kanak lebih suka duduk di dalam rumah.
“Barangkali keadaan ini menyebabkan kanak-kanak menjadi individualistik dan lebih suka
menyendiri dengan bermain gajet atau permainan video,” katanya.
Katanya lagi, beliau pernah terbaca satu artikel 10 tahun lalu yang ditulis oleh seorang pakar dari
Singapura yang melahirkan kebimbangan terhadap generasi baru negara Kota Singa itu yang
dianggap ‘lembik’ kerana sudah ‘dikuasai’ teknologi apabila mereka lebih suka bermain permainan
elektronik iaitu permainan video dan jarang-jarang berada di luar rumah untuk melakukan aktiviti
pergerakan fizikal.
Dr Abdul Muati menyatakan bahawa masalah itu sudah menular ke Malaysia sejak beberapa tahun
lalu. Menurutnya, proses perbandaran tidak boleh disekat bahkan proses ini merupakan satu
keperluan untuk menjadi negara maju.
Bagaimanapun katanya, pihak berkaitan perlu lebih prihatin dengan memastikan setiap kawasan
perumahan dilengkapi kawasan riadah supaya kanak-kanak boleh bergaul dan melakukan aktiviti
fizikal bersama rakan-rakan.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan cerpen akan dibaca sekali lagi.


Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan(Petikan Cerpen)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan.

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 1

1. Berikut merupakan contoh-contoh permainan tradisional kecuali


A batu Seremban
B congkak
C badminton
D tarik upih [ 1 markah]

2 Mengapakah permainan tradisional perlu dipelihara?


Permainan tradisional perlu dipelihara kerana permainan ini merupakan warisan bangsa dan
mempunyai nilai tersendiri.

[ 2 markah]

3 Nyatakan kesan proses perbandaran kepada generasi muda yang tinggal di kawasan
perumahan dan rumah pangsa?
Proses perbandaran menyebabkan generasi muda yang tinggal di kawasan
perumahan dan rumah pangsa lebih suka menyendiri dan bersifat individualistik.

[ 2 markah]
4. Mengapakah setiap kawasan perumahan perlu disediakan tempat riadah?

Setiap kawasan perumahan perlu disediakan tempat riadah untuk membolehkan kanak-kanak
bergaul dan melakukan aktiviti fizikal Bersama dengan rakan-rakan. [ 2 markah]

5. Mengapakah generasi baru negara Kota Singa dianggap lembik?

Generasi baru negara Kota Singa dianggap lembik keranamereka dikuasai oleh teknologi
apabila mereka lebih gemar bermain permainan elektronik iaitu permainan video dan
jarang-jarang berada di luar rumah untuk melakukan aktiviti pergerakan fizikal.
[ 2 markah]
PETIKAN 4:
Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan artikel akhbar berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.
*QR kod : Rujuk buku teks Tingkatan 5 m/s 16

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan cerpen akan dibaca sekali lagi.


Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan(Petikan Cerpen)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.


Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang diperdengarkan.

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 1

1. Berikut merupakan disiplin bola gimnas, kecuali


A lompatan
B lambungan
C golekan
D lantunan [1 markah]

2. Senaraikan dua faktor penting untuk menjadi gimnas yang berjaya

i) Menjaga pemakanan

ii) Pengurusan masa [2 markah]

3. Bagaimanakah cara menyambut bola yang betul?

Semasa menyambut bola, badan dan tangan dihulurkan ke arah bola. Mengikut

pergerakan lambungan atau rusuk badan, bola yang tinggi di udara perlu disambut.

Bola tersebut perlu disambut dengan kemasnya tanpa sebarang bunyi.

[4 markah]
QR KOD AUDIO
Petikan 1 Petikan 2

Petikan 3 Petikan 4

You might also like