Professional Documents
Culture Documents
Asas Seni Reka
Asas Seni Reka
A. UNSUR SENI
1. Garisan
Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan
pergerakan.
Contoh-contoh Garisan
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu
kawasan hingga terbina satu objek.
NAE 1
seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki
dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam
Garisan pada titisan hujan Garisan pada urat daun Garisan pada kulit harimau
NAE 2
Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri
jenis-jenis garisan
Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
NAE 3
garisan menimbulkan ruang, cahaya dan bayang garisan menghasilkan jalinan
penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat/hadapan
perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap
NAE 4
semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel
yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil
dengan tekanan yang lebih perlahan
penggunaan garisan dalam karya lukisan Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng
NAE 5
karya teknik resis / ikat dan celup jelas karya tenunan juga mencipta garisan
memperlihatkan kesan-kesan garisan
aplikasi garisan dalam seni arca garisan tampak jelas pada karya anyaman
2. Rupa
NAE 6
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
Contoh-contoh Rupa
A. Pengenalan
rupa
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
NAE 7
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang
bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
rupa geometri
2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan
dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan
rupa organik
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
NAE 8
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
NAE 9
logo simbol daripada rupa mata logo daripada huruf
NAE 10
muka taip hiasan karya yang berasaskan rupa muka taip
3. Bentuk
- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk
gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk
NAE 11
penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi
(3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan
warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang
NAE 12
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-
lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua
dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor
terpenting.
NAE 13
Vincent Van Gogh 'Still Life"
1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
NAE 14
penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk
seni origami
NAE 15
bentuk dicipta daripada plaster of paris
Contoh-contoh Jalinan
NAE 16
Jalinan
Apa Itu Jalinan
1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit
rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
jalinan pada keratan rentas batang pokok jalinan pada kulit harimau belang
NAE 17
jalinan berduri pada kulit durian
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit
kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan
sebagainya
tapak kasut
Corak
jala ikan
NAE 19
gosokan
Teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di
atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel
warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun,
sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak.
Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
NAE 20
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
NAE 21
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh
kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang,
pasir, kulit siput dan lain-lain
5. Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)
LUKISAN PERSPEKTIF
NAE 22
Ruang dan Perspektif
1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara
Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir
dengan kita.
NAE 23
Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian
terdekat atau paling hadapan.
6. Warna
b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah +
Biru’)
NAE 24
c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
NAE 25
kumpulan warna-warna harmoni
b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan
pergerakan)
1. Warna penggenap pula merupakan warna yang terletak bertentangan dalam roda warna.
2. Campuran warna penggenap akan menghasilkan warna neutral.
3. Pasangan warna penggenap ialah:
i. Merah dan hijau
ii. Biru dan jingga
iii. Ungu dan kuning
4. Kombinasi warna-warna penggenap dalam sesebuah karya akan menimbulkan rasa getaran, suasana yang riang, kontra,
seperti ada pergerakan.
5. Warna-warna harmoni juga sesuai digunakan untuk penghasilan logo, poster, kegunaan iklan dan sebagainya.
NAE 26
hijau dan merah
warna penggenap gabungan jingga dan biru pada bunga dan langit
1. Sewarna adalah gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom.
2. Sewarna dapat dihasilkan dengan campuran satu warna dengan hitam bagi mendapatkan kesan gelap dan putih bagi
mendapatkan warna cerah.
NAE 28
Warna Panas dan Warna Sejuk
Warna Panas
1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning
jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas
NAE 29
6. Contoh karya yang menggunakan warna-warna panas. Penggunaan warna-warna merah, hitam jingga dan kuning
menimbulkan suasana panas pada karya-karya berikut di bawah
merah, jingga, kuning, putih dan hitam dapat menimbulkan suasana panas dalam sesebuah karya
Warna Sejuk
1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti
NAE 30
laut dan langit bunga lily berwarna ungu berlatarbelakang daun yang hijau
pemandangan di kawasan laut, warna biru dan ungu warna biru dan hijau di dasar laut
NAE 31
campuran warna biru , hijau dan ungu menimbulkan suasana sejuk
a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga,
garang, harapan, perang, meriah dsb)
b- b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)
B. PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual
1. Harmoni
Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
3. Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
NAE 32
Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
4. Imbangan
Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
6. Kepelbagaian
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam
sesuatu gubahan
7. Kesatuan
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
NAE 33