Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kepentingan Telefon Bimbit

Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang
digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen
pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Telefon bimbit juga dikenal sebagai
telefon selular atau telefon wayar dan diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980-
an.Kini ,penggunaan telefon bimbit semakin meningkat mendapat permintaan yang
tinggi dalam kalangan masyarakat .Banyaknya kes mengenai masyarakat yang
asyik bermain telefon bimbit ,kesannya menimpa kecelakaan terutamanya semasa
berada di jalan raya .Namun begitu ,dalam era globalisasi ini ,kewujudan telefon
bimbit merupakan suatu yang penting dan mustahak .Persoalannya ,“Apakah
kepentingan telefon bimbit ?”
Pertama sekali ,telefon bimbit merupakan alat perhubungan yang dapat
mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan.Dengan adanya telefon
bimbit ,para pengguna boleh berhubung dengan sesiapa walaupun berada di
pelosok bumi yang berbeza dan memudahkan komunikasi antara satu sama lain
.Misalnya ,seseorang pengguna boleh menghubungi rakan taulan atau saudara
terdekat melalui panggilan telefon atau mengirimkan mesej dengan menggunakan
hujung jejari sahaja .Hal ini membolehkan hubungan persaudaraan sentiasa akrab
dan terpelihara seperti peribahasa air dicencang tidak akan putus .Memang tidak
boleh dinafikan bahawa ialah telefon bimbit dapat mengeratkan hubungan
persahabatan dan persaudaraan .
Selain itu, telefon bimbit juga mempunyai fungsi kamera yang canggih yang boleh
merakamkan peristiwa menarik untuk dijadikan kenang masa kelak .Dengan ini ,imej
dan video boleh menjadi sebuah “diari berjalan “ yang mencatatkan kehidupan
harian seseorang itu .Hal ini dapat dilihat apabila telefon bimbit telah dilengkapi
kemudahan kamera yang boleh merakamkan gambar dan video dengan jelas
.Sehubungan dengan itu ,para pengguna dapat berkongsi gambar dengan shabat-
handai melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram .Isi-isi di atas telah
membuktikan bahawa telefon bimbit dapat memudahkan masyarakat mengabadikan
gambar kenangan agar memori tersebut “tak lapuk dek hujan ,tak lekang dek panas
“ dalam lubuk sanubari seseorang .
Selanjutnya ,telefon bimbit turut memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat
dengan pantas .Pelbagai maklumat dan isu semasa bolehlah didapati di laman
sesawang secara cepat dengan menggerakkan tangan kita untuk mengawal tetikus
dan menekan papan kekunci sahaja .Berbanding dengan zaman dahulu pula
,kemudahan sebegini telah mendatangkan banyak manfaat .Hal ini dikatakan
demikian kerana telefon bimbit pada masa sekarang dilengkapi dengan kemudahan
Internet .Dengan ini ,masyarakat boleh mengakses Internet dan melayari laman
sesawang untuk mengetahui isu terkini dan berita semasa di mana-mana sahaja
.Kesannya ,golongan masyarakat yang berilmu pengetahuan tinggi dapat
dibangkitkan dari semasa ke semasa .Natijahnya ,maklumat sentiasa berada di
hujung jari masyarakat .
Kesimpulannya ,bulan semakin terang ,bayang kian jelas bahawa telefon bimbit
membawa banyak kepentingan kepada setiap insan .Namun begitu ,telefon bimbit
tetap mempunyai kesan buruknya kerana setiap perkara ataupun benda mestilah
mengandungi sifat negatifnya .Oleh sebab itu ,pihak media massa dan pihak sekolah
seharusnya sentiasa bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk mencegah
anak murid dan remaja daripada terpengaruh dengan budaya hedonism yang hanya
mementingkan keseronokan semasa menggunakan telefon bimbit. Kempen
kesedaran melalui media massa ataupun secara bersemuka boleh diadakan untuk
mendidik para pelajar tentang cara penggunaan telefon bimbit secara sebaik-
baiknya. Kata bekas Perdana Menteri Malaysia ,Dr .Mahathir bin Mohamad, “Inovasi
telefon bimbit memang perkembangan besar yang dapat memajukan negara” telah
menunjukkan betapa pentingnya telefon bimbit dalam mencipta generasi yang
baharu ini . “Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau
menguak” ,masuk zaman yang serba canggih ini ,gunakanlah telefon bimbit dalam
kehidupan seharian untuk kegunaan baik dan janganlah menganggap telefon bimbit
tersebut membawakan banyak keburukan kerana terdapat banyak kepentingan yang
telah disenaraikan di atas .Oleh sebab itu ,saya berharap agar pelbagai iltizam boelh
dilakukan oleh setiap golongan masyarakat untuk mencipta identiti zaman yang
maju.

You might also like