Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ISU PERBINCANGAN SESI TUTORIAL

Sebagai rakan sejawat yang proaktif, langkah-langkah yang wajar saya lakukan
untuk membantu mengubah tingkah laku serta pemikiran rakan-rakan saya yang
bermasalah adalah seperti memahami secara dalam terhadap kawan saya terlebih dahulu.
Misalnya, saya akan mencuba untuk berkomunikasi dengan kawan tersebut. Memberitahu
dia bahawa sikap tersebut adalah tidak bertanggungjawab, sebab kami sebagai murid
seharusnya aktif menyertaikan diri sendiri dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak
sekolah. Ketika berkomunikasi, saya juga akan mendengar pandangan dia terhadap tingkah
laku diri sendiri. Dengan ini, saya dapat memahami sebab dia kurang minat dan kurang
memberi kerjasama kepada pihak sekolah apabila aktiviti-aktiviti sedemikian dijalankan.

Selain itu, saya boleh mencuba sedaya upaya untuk membantu rakan sejawat saya
untuk mengembangkan minat secara cemerlang kerana minat merupakan satu anugerah
daripada Tuhan. Setiap orang mempunyai bakat yang berlainan seperti kebolehan
menyanyi, menari, melukis dan sebagainya. Jika seseorang itu berbakat akan memudahkan
guru menyampaikan maklumat. Terdapat kajian menyatakan bahawa pelajar sederhana
lebih kreatif daripada remaja pintar. Antara kaedah untuk membantu rakan mengikut
kebolehan, saya dapat mencuba membantu dengan bermula daripada bidang yang berbeza
terlebih dahulu mengikuti tahap pencapaiannya. Melalui aktiviti yang sesuai, dia akan
sentiasa menikmati pengalaman tersebut. Oleh itu, saya boleh meneliti minat yang dimiliki
olehnya dan sebaiknya mencari jalan untuk membantu mengembangnya.

Seterusnya, remaja mempunyai perbezaan dalam kesediaan emosi, kesediaan


kognitif dan kesediaan psikomotor. Saya seharusnya memikir dan mempertimbangkan
kemampuan, keupayaan, kebolehan dan kesediaan rakan sejawat mengikut tahap
perkembangannya. Saya harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi rakan
saya.

Kesimpulannya, personaliti remaja mempunyai hubungan yang rapat dengan


perlakuan remaja. Oleh itu, personaliti seseorang boleh bersifat kekal serta boleh berubah
pada masa ke semasa. Saya akan sentiasa memberi dorongan kepada rakan sejawat dan
mencuba untuk sentiasa menemaninya menyertai aktiviti-aktiviti yang tidak disukai agar
dapat mengubah sikap negatifnya terhadap aktiviti-aktiviti sedemikian.

You might also like