Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAB 3: RUMUS ALGEBRA

3.1 Menukarkan Perkara Rumus

-Pemboleh ubah boleh diungkapkan menjadi perkara rumus suatu rumus algebra.

-Begitu juga perkara rumus boleh menjadi pemboleh ubah rumus algebra tersebut.

3.1.1 Menukarkan Perkara Rumus yang Bersifat Positif (+) dan Negatif (-).
CONTOH 1:

Ungkapkan m sebagai perkara rumus.

q=m+p

Penyelesaian
Langkah 1---------jadikan perkara rumus sentiasa sebelah kanan(jika perkara rumus tersedia bersifat
positif, perubahan tidak perlu menukarkan apa-apa sifat positif atau negatif)

 q=m+p

 m+p=q

Langkah 2----------pindahkan selain perkara rumus kesebelah kanan, apabila berpindah, sifat positif
akan berubah menjadi negatif

 m+p=q

 m=q–p#

CONTOH 2:

Ungkapkan a sebagai perkara rumus.

c–a=z

Penyelesaian
Langkah 1---------apabila berlaku perkara rumus iaitu a bersifat negatif, pindahkan dahulu perkara
rumus kesebelah kanan. Apabila dipindahkan, sifat negatif bertukar menjadi positif.

 c-a=z

 c=z+a

Langkah 2----------pindahkan selain perkara rumus kesebelah kiri, apabila berpindah, sifat positif akan
menjadi negatif

 c =z+a

 c–z=a

Langkah 3----------setelah perkara rumus sudah bersendirian dan bersifat positif, jadikan perkara
rumus ke sebelah kanan tampa mengubah apa-apa sifat.

 c-z=a

 a=c–z#
CONTOH 3:

Ungkap c sebagai perkara rumus

2a = 3 – c

Penyelesaian
Langkah 1---------pindahkan perkara rumus kesebelah ke kiri supaya sifat menjadi positif(perkara
rumus mesti sentiasa bersifat positif!!!!!!)

 2a = 3 – c

 2a + c = 3

Langkah 2---------pindahkan selain perkara rumus ke sebelah kanan, sifat akan berubah daripada
positif menjadi negatif.

 2a + c = 3

 c = 3 – 2a #

LATIHAN – Ungkapkan z sebagai perkara rumus

1. ab – z = w

2. z + x – a = k

3. 2a = c – z

4. 5x – z = q

5. Jk = z - 3w

You might also like