Motivation Indian Pupils Towards Malay Language As A Second Language

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 203-212, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Motivasi Murid India Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu


Sebagai Bahasa Kedua
(Motivation Indian Pupils Towards Malay Language As A Second
Language)
Puveneswari A/P Ganesan1*, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad1
1
Fakuliti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

*Pengarang Koresponden: Puvaneswari1791993@gmail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Motivasi merupakan salah satu elemen penting yang mendorong murid India untuk
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan ini melibatkan
seramai 50 orang murid India tahun 4, 5 dan 6 dari sebuah sekolah vernakular Tamil luar
bandar di daerah Batu Pahat, Johor dipilih sebagai sampel kajian. Responden kajian dipilih
menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen
utama dalam mengumpul data kajian yang mengandungi 13 item. Pengumpulan data dianalisis
menggunakan perisian Microsoft Excel Windows 10 bagi memperoleh data deskriptif. Hasil
kajian menunjukkan bahawa murid India mempunyai motivasi yang tinggi dalam mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini membuktikan bahawa motivasi yang positif
dapat meningkatkan tahap penguasaan murid India terhadap pembelajaran bahasa Melayu.
Justeru itu, guru bahasa Melayu harus menggunakan kepelbagaian teknik dan kaedah yang
bersesuaian bagi memotivasikan murid India dalam menguasai kemahiran bahasa dengan
lebih baik.

Kata kunci: motivasi, murid India, bahasa Melayu, bahasa kedua

Abstract: Motivation is one of the key elements that encourage Indian pupils in learning the
Malay language as a second language. Thus, the aim of this study is to identify motivation of
Indian puplis Tamil vernacular school who study Malay language as a second language. This
research employed quantitative methodology which is survey method involving a total of 50
Indian pupils from year 4, 5 and 6 were chosen from a Tamil vernacular school in the rural
area from the district of Batu Pahat and purposeful sampling method was used for this study.
Questionnaire was used as the main instrument which consist of 13 items to collect data. Data
collection was analysed using Microsoft Excel Windows 10 software to collect descriptive data.
The finding of this research reveals that the Indian pupils have high motivation level towards
Malay language as a second language. This proves that positive motivation can increase the
level of Indian pupils in learning Malay language as a second language. Thus, teachers who
teach Malays language must use variety of methods and techniques to motivate Indian students
in mastering the language skills.

Keywords: motivation, Indian students, Malay language, second language


_________________________________________________________________________

203
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 203-212, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

1. Pengenalan

Bahasa merupakan medium komunikasi utama kepada manusia untuk berinteraksi dengan
sesama manusia. Hal ini kerana manusia menggunakan bahasa untuk menerima dan
menyampaikan maklumat yang terpenting (Kamiliah, 2015). Sehubungan itu, setiap murid
telah didedahkan lebih daripada satu bahasa dalam konteks pendidikan Malaysia. Maka, setiap
kaum dan etnik menggunakan bahasa ibunda yang berlainan dalam kehidupan seharian
mereka. Kepelbagaian bahasa ini menggambarkan bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa
kedua bagi golongan bukan berbangsa Melayu. Menurut Asmah (1987) berpandangan bahawa
perbezaan bahasa yang dimiliki oleh setiap kaum membentuk budaya dan pemikiran yang
berlainan dalam diri setiap individu.

Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam urusan
pentadbiran kerajaan seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.
Selaras dengan itu, Akta Pendidikan 1996 melalui penggubalan Akta Pendidikan 1961 bahasa
Melayu diiktiraf sebagai bahasa pengantar di mana bahasa Melayu dijadikan sebagai
matapelajaran yang wajib diikuti oleh semua pelajar di alam persekolahan. Kementerian
Pendidikan Malaysia menetapkan syarat bahawa bahasa Melayu wajib lulus oleh pelajar di
sekolah rendah dan sekolah menengah bagi memperoleh sijil atau layak menyambung pelajaran
ke peringkat tinggi. Walau bagaimanapun, keputusan subjek bahasa Melayu Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) antara sekolah-sekolah vernakular Tamil di daerah Batu Pahat masih
mencapai kedudukan sederhana.

Meskipun, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar bagi memperluaskan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan namun murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar masih
menghadapai kesukaran semasa belajar matapelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
secara formal di bilik darjah. Situasi sebegini berlaku disebakan oleh timbulnya kesalahan
penggunaan istilah, perkataan dan kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh pelajar
bukan berbangsa Melayu (Abdul Hamid, 1990). Sebaliknya, Zamri (2016) berpendapat bahawa
proses pengajaran dan pembelajaran dalam situasi formal dapat memperkembangkan bahasa
kedua. Natijahnya, tenaga pengajar menghadapi cabaran apabila mengajar bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua bagi murid India di luar bandar.

Ramai beranggapan bahawa murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar memiliki
motivasi rendah semasa mempelajari bahasa Melayu dilihat sebagai elemen penting yang
menyumbang kepada permasalahan ini. Motivasi dalaman dan luaran murid India menyokong
penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini jelas terbukti apabila motivasi rendah
memberikan impak terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan (Jerie dan Zamri, 2011).
Misalnya, motivasi murid terhadap pembelajaran akan menjadi rendah sekiranya murid tidak
berminat belajar bahasa kedua. Motivasi rendah mengakibatkan wujudnya masalah
pembelajaran bahasa kedua. Motivasi murid dapat dicungkil sekiranya mempamerkan
keinginan tinggi dan mendalam untuk belajar bahasa kedua.

Menurut Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman (2008) menyatakan persekitaran lingusitik,
iaitu suasana keluarga mempengaruhi motivasi murid untuk belajar bahasa kedua. Pengkaji
mendapati pelajar Iban dibesarkan dengan lingkungan etnik sendiri menyebabkan mereka
kurang yakin menggunakan bahasa Melayu ketika bertutur. Murid Iban menganggap mereka
perlu mempelajari segalanya yang merangkumi sebutan, tatabahasa dan kosa kata yang agak
jauh berbeza dengan bahasa ibunda untuk berinterkasi dalam bahasa Melayu. Chew Fong Peng
(2016) mendapati murid Cina di SJKC mengalami kesukaran dalam sebutan kerana tidak ada

204
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 203-212, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

peluang bertutur dalam bahasa Melayu. Ia mengakibatkan pencapaian subjek bahasa kedua
turut menurun pada masa akan datang. Begitu juga dengan kajian Jeyagobi (2011), murid India
di SJKT tidak dapat berkomunikasi menggunakan bahasa kedua kerana jarang mempunyai
rakan Melayu atau Cina di sekolah. Pengaruh bahasa ibunda mendorong pelajar bukan Melayu
sering melakukan kesalahan semasa bertutur akibat penguasaan kosa kata dalam bahasa
Melayu terhad. Perkara tersebut mengakibatkan pelajar India kurang bermotivasi
menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan dan hanya belajar bahasa kedua untuk lulus
dalam peperiksaan sahaja.

Selanjutnya, masalah pembelajaran bahasa kedua murid India berpunca daripada pengaruh
bahasa ibunda. Perkara tersebut memberikan impak terhadap kemerosotan pencapaian murid
dalam subjek bahasa Melayu. Kajian Roasharimah (2017) menjelaskan keputusan peperiksaan
UPSR 2016 menggambarkan prestasi subjek bahasa Melayu bagi murid bukan berbangsa
Melayu agak menyedihkan. Situasi sebegini wujud apabila pelajar tersebut memiliki bahasa
ibunda yang berlainan daripada bahasa Melayu yang harus dipelajari di sekolah secara formal.
Gangguan bahasa ibunda sering kali menjadi penyebab utama kepada motivasi rendah dalam
kalangan murid India.

Tambahan pula, Ilangko et al. (2013) pula berpandangan persekitaran yang kurang
menggalakkan menyebabkan murid kawasan pedalaman mengalami kesukaran ketika belajar
bahasa Melayu. Kenyataan tersebut disokong oleh Roasharimah (2017) berpendapat bahawa
apabila gangguan bahasa pertama tidak dapat diatasi dengan baik, maka berlakunya halangan
dalam penerimaan bahasa kedua. Pengaruh bahasa ibunda dalam bahasa kedua menyebabkan
prestasi pencapaian murid dalam subjek bahasa Melayu terjejas. Hal ini bertepatan dengan
kajian Mohamad Yazid (2016) memaparkan bahawa gangguan bahasa ibunda adalah antara
punca mengakibatkan prestasi subjek bahasa Melayu pelajar menurun.

Kepelbagaian masalah dalam pembelajaran bahasa kedua wujud disebabkan oleh gangguan
bahasa ibunda. Menurut Magdeline (2014) mengatakan bahawa murid Iban di Kapit, Sarawak
menggunakan bahasa ibunda, iaitu bahasa Iban dalam komunikasi seharian. Kegagalan
menguasai bahasa kedua akan mengakibatkan pencapaian murid dalam pembelajaran bahasa
Melayu terjejas. Zamri (2016) menyatakan bahawa cara penguasaan bahasa pertama dan
bahasa kedua dari segi pertuturan dan penulisan amat berbeza mengakibatkan murid
mengalami kesukaran untuk mempelajari bahasa kedua. Justeru itu, terdapat pengaruh bahasa
ibunda merupakan antara punca yang menyebabkan timbulnya kesukaran bagi murid India di
luar bandar untuk bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Natijahnya, motivasi yang rendah dalam diri murid India mengakibatkan timbulnya masalah
ketika belajar bahasa kedua. Perbezaan gaya penggunaan bahasa pertama dan kedua dalam
komunikasi menyumbang permasalahan tersebut. Berdasarkan penjelasan di atas, pengkaji
ingin mengenal pasti motivasi murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar terhadap
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bagi meningkatkan tahap penguasaaan
bahasa Melayu.

2. Ulasan Kepustakaan

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk melihat motivasi murid India ketika belajar bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Motivasi bermaksud semangat dalaman individu untuk
melaksanakan sesuatu demi mencapai kejayaan (Gadner, 1985). Bahasa pertama dikenali
sebagai bahasa ibunda mula dipertuturkan sejak bayi dilahirkan seawal usia enam bulan secara

205
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 203-212, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

semula jadi. Bahasa kedua dikenali sebagai bahasa asing perlu dipelajari oleh seseorang agar
dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan. (Zamri, 2016).

Kajian Siti Saniah (2013) dilaksanakan adalah untuk mengetahui aspek komunikasi bahasa
Melayu pelajar warga asing dan masalah yang diharunginya. Analisis dapatan kajian daripada
temu bual didapati bahawa antara faktor-faktor yang menghalang pelajar warga asing
menguasai kemahiran bahasa ialah sikap, ketiadaan motivasi, segan, umur, masalah sebutan,
perbezaan budaya dan pengaruh bahasa ibunda. Dapat disimpulkan bahawa pelajar warga asing
tiada bermotivasi untuk belajar bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu.

Menurut Zaliza dan Zaitul Azma (2014) menggambarkan mahasiwa dan mahasiswi warga
asing memiliki motivasi tinggi semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Jelaslah,
kajian tersebut adalah untuk mengetahui motivasi mahasiswa dan mahasiswi semasa belajar
bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga di universiti. Berdasarkan analisis dapatan soal selidik,
pengkaji telah mengenal pasti faktor tenaga pengajar dapat memotivasikan pelajar warga asing
untuk mengikuti subjek bahasa Melayu di universiti.

Setersunya, menurut Jerie dan Zamri (2011) pula menjelaskan murid Iban kawasan pedalaman
mempamerkan motivasi tinggi ketika belajar bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bagi
meninjau motivasi pelajar Iban yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Analisis
dapatan kajian mempamerkan pelajar Iban minat mengikuti subjek bahasa Melayu bagi
memudahkan murid Iban berkawan dengan pelajar Melayu di bilik darjah. Namun begitu,
mereka tidak suka mengikuti subjek bahasa Melayu untuk tempoh waktu yang lama. Perkara
ini menggambarkan murid Iban memiliki motivasi rendah semasa belajar bahasa Melayu
dalam tempoh masa panjang. Hasil kajian juga memaparkan terdapat perbezaan motivasi
berdasarkan jantina semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Selain itu, Khairul Nizam (2017) mendapati bahawa pelajar Bajau mempamerkan motivasi
tinggi apabila belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di bilik darjah. Pengkaji
melaksanakan kajian tersebut adalah untuk meninjau motivasi pelajar Bajau sekolah
pedalaman yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian tersebut adalah untuk
melihat perbezaan motivasi berdasarkan jantina ketika belajar bahasa Melayu. Analisis hasil
kajian memaparkan bahawa pelajar Bajau bermotivasi tinggi semasa belajar bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Analisis dapatan kajian juga membuktikan wujudnya perbezaan
motivasi berdasarkan semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jelaslah, pelajar
Bajau bermotivasi tinggi semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Seterusnya, kajian Budiawan (2008) dijalankan adalah untuk melihat motivasi pelajar sekolah
menengah ketika belajar bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Dapatan kajian
memperlihatkan pelajar menengah atas menggemari belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua berbanding bahasa Indonesia. Pada masa yang sama, pelajar tersebut juga bermotivasi
rendah apabila belajar bahasa Indonesia berbanding bahasa Inggeris. Situasi sedemikan
berpunca kerana pengaruh persekitaran di mana pelajar didedahkan dengan iklim bahasa
Inggeris dan memiliki motivasi tinggi untuk belajar bahasa Inggeris. Jelaslah kajian juga
membuktikan bahawa unsur motivasi mempengaruhi pencapaian akademik bahasa kedua atau
ketiga pelajar. Hal ini bermakna, motivasi tinggi mendorong pelajar berusaha giat untuk
menguasai bahasa kedua atau ketiga dengan efektif.

Namun begitu, kajian Chee Hwa dan Vijaya Letchumi (2016) mendapati pelajar Cina mendapat
keputusan rendah dalam kertas pemahaman bahasa Melayu UPSR. Maka, tujuan kajian

206
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 203-212, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

tersebut adalah bagi mengkaji motivasi pelajar Cina ketika belajar bahasa Melayu secara
formal di bilik darjah. Analisis hasil kajian memaparkan pelajar Cina memiliki motivasi rendah
terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian tersebut menitikberatkan
latihan, sikap, persekitaran dan motivasi merupakan faktor-faktor yang mengakibatkan
kemerosotan pencapaian akademik pelajar Cina dalam matapelajaran bahasa Melayu.
Disebabkan pengaruh bahasa ibunda, mereka lebih selesa berkomunikasi menggunakan bahasa
Cina dengan ahli keluarga di rumah. Kekurangan latihan bahasa Melayu menyebabkan
berlakunya kemerosotan pencapaian murid Cina dalam matapelajaran bahasa kedua. Dapat
disimpulkan bahawa murid Cina sekolah rendah tidak begitu mementingkan bahasa Melayu
sehingga mereka mempamerkan motivasi rendah semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua.

Akhirnya, Nancy dan Zamri (2017) turut menjalankan kajian untuk mengetahui motivasi murid
Melanau apabila belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian tersebut memaparkan
motivasi dikelompokkan kepada dua kategori, iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Analisis hasil kajian menggambarkan bahawa motivasi pelajar Melanau semasa belajar bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua amat tinggi. Kajian tersebut juga memaparkan pelajar Melanau
minat belajar subjek bahasa Melayu dan juga memiliki motivasi tinggi ketika belaja bahasa
Melayu di bilik darjah walaupun cara penguasaan bahasa ibunda dan bahasa Melayu amat
berbeza. Murid Melanau gigih berusaha untuk mempelajari bahasa Melayu dan menerimanya
dengan baik.

Berdasarkan kajian-kajian di atas, faktor motivasi berupaya meningkatkan penguasaan pelajar


dalam matapelajaran bahasa Melayu. Banyak kajian yang telah dilakukan dalam aspek
motivasi hanya menumpukan pelajar peribumi Sabah dan Sarawak serta pelajar Cina. Namun,
kajian mengenai motivasi murid India sekolah vernakular Tamil, khasnya luar bandar apabila
belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di daerah batu Pahat kurang dijalankan. Oleh yang
demikian, pengkaji melaksanakan kajian bertujuan bagi mengenal pasti motivasi murid India
sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

3. Metodologi Kajian

Kajian kuantitatif berdasarkan kaedah tinjauan ini dijalankan di sebuah sekolah vernakular
Tamil di kawasan Yong Peng, Batu Pahat yang dilabelkan sebagai sekolah luar bandar kerana
kawasan tersebut mundur dari segi teknologi, infrastruktur, kemudahan teknologi, tahap
kehidupan dan sebagainya. Populasi kajian ini ditumpukan kepada murid tahap 2 di sebuah
sekolah vernakular Tamil di daerah Batu Pahat. Seramai 50 orang pelajar India yang belajar
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan pencapaian
rendah pelajar India dalam peperiksaan Bahasa Melayu akhir tahun 2019, khususnya kertas
Pemahaman dan Penulisan. Responden kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan
bertujuan dan soal selidik digunakan sebagai instrumen utama yang mengandungi 13 item bagi
mengumpul data dalam kajian ini. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan kesahan
terhadap item soal selidik yang dibina dengan merujuk penyelia dan tiga pakar bidang bahasa
Melayu. Perisian Microsoft Office Excel Windows 10 digunakan bagi menganalisis data yang
dikumpul secara deskriptif, iaitu kekerapan dan peratusan.

207
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 203-212, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

4. Dapatan kajian

Motivasi Murid India Sekolah Vernakular Tamil dalam Mempelajari Bahasa Melayu
Pengkaji menglasifikasikan motivasi kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik. Jadual 1 memaparkan 13 item berkenaan motivasi murid India apabila belajar
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Didapati responden yang dipilih mempamerkan motivasi
tinggi semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Mengikut konstruk motivasi
intrinsik didapati tahap motivasi intrinsik yang ditunjukkan oleh murid amat tinggi. Data yang
diperoleh menunjukkan bahawa item soalan pertama C1 dan kedua C2, iaitu ‘Saya menyiapkan
tugasan bahasa Melayu di kelas’ dan ‘Saya aktif dalam aktiviti semasa pembelajaran bahasa
Melayu’ mencatatkan 94.0% peratus responden bersetuju. Hal ini menunjukkan item soalan
tersebut menunjukkan jumlah yang menjawab ‘Ya’, sebanyak 47 responden daripada 50
responden adalah paling tinggi.

Selain itu, sebanyak 92.0% atau 46 responden menjawab ‘Ya’ bagi item C3, iaitu ‘Saya seronok
belajar bahasa Melayu’ berbanding menjawab ‘Tidak’ sebanyak 4 responden sahaja atau 8
peratus. Bagi item C5, pula, iaitu ‘Saya berusaha mempelajari bahasa Melayu’ telah mencatat
peratusan dan bilangan setuju sebanyak 76.0% atau 38 responden sahaja. Sementara itu,
sebanyak 70.0% responden setuju bagi item C6, iaitu ‘Saya memberi kerjasama dalam
menyelesaikan tugasan berkumpulan dalam kelas bahasa Melayu’.

Namun dalam konstruk ini, item C4, iaitu ‘Saya memperuntukkan masa dalam matapelajaran
bahasa Melayu di rumah’ memperoleh peratusan rendah dengan hanya 68.0 responden sahaja
yang bersetuju. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya murid India mempamerkan
motivasi intrinsik yang tinggi ketika mempelajari bahasa Melayu. Perkara tersebut
membuktikan murid India menunjukkan keinginan dalam dirinya untuk mempelajari bahasa
Melayu tanpa sebarang dorongan atau ganjaran luaran.

Berdasarkan konstruk kedua iaitu, motivasi ekstrinsik didapati murid India memiliki tahap
motivasi ekstrinsik tinggi ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Didapati item
‘Saya bersemangat belajar bahasa Melayu jika guru memberi pujian, galakkan dan hadiah di
kelas’, iaitu C10 mencatatkan peratusan tertinggi (100%) di mana semua responden telah
menjawab ‘Ya’ bagi item tersebut.

Selain itu, seramai 47 responden atau 94.0% menyatakan persetujuan bagi item kedua C12,
iaitu ‘Saya membaca buku cerita atau majalah dalam bahasa Melayu untuk meningkatkan
kelancaran membaca’. Item ketiga C9 pula, iaitu ‘Saya berfokus kepada bentuk soalan bahasa
Melayu yang keluar dalam ujian.’ menunjukkan tahap motivasi yang tinggi di mana mendapat
persetujuan sebanyak 92.0% atau 46 responden. Seramai 45 responden atau 90.5 peratus
bersetuju dalam item C11, iaitu ‘Penguasaan bahasa Melayu yang baik membolehkan saya
memperoleh keputusan yang cemerlang’.

Seterusnya, item C13, iaitu ‘Saya menonton filem bahasa Melayu untuk meningkatkan tahap
penguasaan bahasa Melayu’ pula mencatatkan persetujuan responden sebanyak 36 responden
atau 72.0%. Sementara item C8 pula, iaitu ‘Guru memberikan latihan atau tugasan bahasa
Melayu di dalam kelas’ mencapai 68.0% di mana sebanyak 34 responden menjawab ‘Ya’ pada
item soalan tersebut. Akhirnya, motivasi ekstrinsik murid India juga berada pada tahap rendah
terhadap item C7 apabila menunjukkan sebanyak 23 responden atau 46.0% sahaja bersetuju
bagi item ‘Saya belajar bahasa Melayu mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual’. Hal ini

208
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 203-212, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

demikian kerana murid India belajar bahasa Melayu demi menguntungkan diri sendiri seperti
lulus ujian, mendapat ganjaran dan sebagainya.

Tuntasnya, berdasarkan analisis kedua-dua konstruk tersebut didapati bahawa murid India
sekolah vernakular Tamil di luar bandar mempamerkan motivasi yang tinggi semasa belajar
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jelaslah, motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik dapat
menggerakkan murid untuk mencapai matlamat pembelajaran bahasa.

Jadual 1: Motivasi Murid India Sekolah Vernakular Tamil Dalam Mempelajari Bahasa Melayu
Konstruk Peratus (%)
Motivasi intrinsik murid India dalam Ya Tidak
A
mempelajari bahasa Melayu
C1. Saya menyiapkan tugasan bahasa Melayu di kelas. 94.0 6.0
(47) (3)
C2. Saya aktif dalam aktiviti semasa pembelajaran 94.0 6.0
bahasa Melayu (47) (3)
C3. Saya seronok belajar bahasa Melayu. 92.0 8.0
(46) (4)
C4. Saya memperuntukkan masa dalam matapelajaran 68.0 32.0
bahasa Melayu di rumah. (34) (16)
C5. Saya berusaha mempelajari bahasa Melayu. 76.0 24.0
(38) (12)
C6. Saya memberi kerjasama dalam menyelesaikan 70.0 30.0
tugasan berkumpulan di dalam kelas bahasa (35) (15)
Melayu.
B Motivasi ekstrinsik murid India dalam Ya Tidak
mempelajari bahasa Melayu
C7. Saya belajar bahasa Melayu mengikut masa yang 46.0 54.0
ditetapkan dalam jadual. (23) (27)
C8. Guru memberikan latihan atau tugasan bahasa 68.0 32.0
Melayu di dalam kelas. (34) (16)
C9. Saya berfokus kepada bentuk soalan bahasa Melayu 92.0 8.0
yang keluar dalam ujian. (46) (4)
C10. Saya bersemangat belajar bahasa Melayu jika guru 100.0 0.0
memberi pujian, galakkan dan hadiah di kelas. (49) (0)
C11. Penguasaan bahasa Melayu yang baik 90.0 10.0
membolehkan saya memperoleh keputusan yang (45) (5)
cemerlang.
C12. Saya membaca buku cerita atau majalah dalam 94.0 6.0
bahasa Melayu untuk meningkatkan kelancaran (47) (3)
membaca.
C13. Saya menonton filem bahasa Melayu untuk 72.0 28.0
meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu. (36) (14)

5. Perbincangan

Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa murid India
memiliki motivasi tinggi ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Perkara tersebut
dibuktikan melalui dua komponen, iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Murid India
pantas membuat tugasan bahasa Melayu yang diberikan oleh guru dan aktif semasa aktiviti
pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Menurut Khairul Nizam (2017) murid Bajau di
Sarawak memiliki motivasi tinggi dalam menyiapkan tugasan bahasa Melayu yang diberikan
oleh cikgu serta melibatkan diri dengan aktif semasa pembelajaran bahasa Melayu berlangsung
di kelas. Melalui ini murid Bajau mudah menerima dan menguasai bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Selain itu, murid India sangat seronok belajar bahasa Melayu di kelas. Perkara

209
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 203-212, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

tersebut membentuk suasana ceria dan kondusif di dalam kelas. Kajian Jerie dan Zamri (2010)
memaparkan bahawa pelajar Iban bermotivasi tinggi apabila belajar bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Pelajar Iban minat belajar bahasa Melayu sehingga rasa seronok dicungkil dalam
diri murid. Jelaslah, pelajar India mempamerkan motivasi intrinsik yang tinggi ketika belajar
bahasa Melayu.

Selain itu, murd India bersemangat belajar bahasa Melayu apabila menerima pujian, galakkan
dan hadiah daripada guru tersebut. Dapatan ini menyokong kajian Salwah dan Jamaluddin
(2013) memberikan gambaran bahawa murid peralihan Cina dan India mempamerkan motivasi
yang tinggi apabila menerima ganjaran daripada guru untuk setiap aktiviti yang dilaksanakan
dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, murid India percaya bahawa penguasaan bahasa
Melayu dapat mendorong mereka untuk membaca buku cerita atau majalah bahasa Melayu di
samping berupaya mendapat keputusan yang baik dalam ujian. Kajian Zamri (2016)
menekankan faktor motivasi sangat memberikan impak untuk menguasai kemahiran berbahasa
seseorang individu. Justeru itu, aspek motivasi amat mempengaruhi minat murid untuk
menerima sesuatu bahasa dengan baik. Oleh itu, belajar bahasa Melayu bukan setakat lulus
dalam peperiksaan sahaja, namun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus dipelihara.

6. Kesimpulan

Motivasi merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran bahasa kedua. Murid akan
mengambil pelbagai inisiatif untuk mencapai matlamat terhadap perkara yang diingini.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan didapati murid India mempamerkan motivasi intrinsik
dan motivasi ekstrinsik yang tinggi dalam pembelajaran bahasa kedua. Murid India belajar
Melayu kerana mereka meminati subjek tersebut. Motivasi intrinsik dapat membantu murid
menguasai bahasa Melayu dengan cara yang menarik. Hal ini kerana motivasi intrinsik, iaitu
keinginan dan kepuasaan dalam diri seseorang tanpa unsur luaran dalam menguasai sesuatu
bahasa amat jelas dilihat. Murid India pula bersemangat mempelajari bahasa Melayu apabila
mendapat ganjaran, hadiah dan pujian di dalam kelas bahasa Melayu. Hal ini kerana motivasi
ekstrinsik dibentuk oleh faktor luaran seperti ganjaran dan sebagainya.

Oleh itu, guru bahasa Melayu harus mengambil pelbagai tindakan bagi memastikan motivasi
murid dalam mempelajari bahasa Melayu terus kekal dan positif. Guru perlu merancang dan
menyediakan aktiviti pemgajaran dan pembelajaran yang menarik agar motivasi murid dapat
dicungkil semasa mempelajari bahasa Melayu di kelas. Selain itu, ibu bapa juga harus
memberikan sokongan kepada anak mereka supaya bertutur dalam bahasa Melayu supaya
dapat merangsang motivasi murid untuk lebih yakin berinteraksi dalam bahasa Melayu. Kajian
ini dapat menggambarkan bahawa murid India di luar bandar juga turut bermotivasi tinggi
ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Secara langsung, motivasi positif dapat
membimbing murid untuk mencapai keputusan cemerlang dalam subjek bahasa Melayu.
Natijahnya, motivasi murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar adalah tinggi ketika
belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal tersebut menggambarkan bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan adalah sangat penting.

Rujukan

Abdul Hamid Mahmood. (1990). Penguasaan Bahasa Melayu baku di kalangan pelajar. Jurnal
Dewan Bahasa, 4: 242-252.

210
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 203-212, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Abdullah Musa. (2004). Sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Asmah Hj. Omar. (1987). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Budiawan. (2008). Pengaruh sikap bahasa dan motivasi belajar bahasa terhadap prestasi pada
mata pelajaran bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris. Tesis Sarjana, Universitas
Indonesia Depok.
Chee Hwa Ooi dan Vijaya Letchumi. (2016). Tahap Motivasi Murid dalam Pembelajaran
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Universiti Putra Malaysia. Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi. Vol.18 (December) 2016 : pp 115-130.
Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.
Ilangko Subramaniam, Noorulafiza AbdulMuthalib & Siti Nor Hamahida Zainal. (2014).
Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid
peribumi di sekolah pedalaman Sarawak. Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 65-74.
Jerie anak Peter Langan dan Zamri Mahamod. (2010). Sikap dan motivasi murid Iban dalam
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1
(1): 13-25.
Jeyagobi Dhamodarem. (2011). Gaya pembelajaranbahasa Melayu dalam kalangan pelajar
India. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Kamiliah Ayu Ab. Ghani. (2015). Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid
bukan Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khairul Nizam Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
dalam kalangan murid berbangsa Bajau. Inernational Journal of Humanities and Social
Science Invention, 6 (10): 1-11.
Magdeline anak Nor. (2014). Pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Iban sekolah
menengah di negeri Sarawak. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Najib Abdul Ghaffar. (2005). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor :
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad Yazid Mohamad. (2016). Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran Bahasa
Melayu dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina. Kertas Projek Sarjana
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nancy anak Ngumbang & Zamri Mahamod. (2017). Sikap, Minat Dan Motivasi Murid
Melanau Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Universiti
Kebangsaan Malaysia . Journal of Malay Language, Education and Literature. Jilid 8,
2017 / ISSN 1823-6812 (47-58).
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamod & Kamarulzaman Ab. Ghani. (2008).
Motivasi Pembelajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab dan Hubungannya dengan
Pencapaian Pelajar. Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. Jurnal Pendidikan 33 (2008) 3
– 18.
Nur Hayati Abdullah. (2002). Sikap dan motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua. Dewan
Bahasa. Mei.
Roasharimah Ibrahim. (2017). Faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penguasaan
Bahasa Melayu murid-murid Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

211
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 203-212, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan Motivasi Pelajar
Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia Social and Behavioral Sciences 134
(2014): 408- 415.
Zamri Mahamod. (2016). Sosiolinguistik dan pengajaran bahasa. Bangi: Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

212
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like