Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

ULASAN KRITIKAL ARTIKEL

1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan, saya telah
memilih 10 artikel dalam jurnal berindeks berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains. Berikut
adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang telah dipilih.

1.1 ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH

a) Tajuk artikel : Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian Kemahiran Proses Sains untuk

Murid Sekolah Rendah Berdasarkan Model Pengukuran Rasch

Penulis : Ellyza Karim* & Kamisah Osman

Bilangan muka surat : 10 muka surat

Sumber : Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1)(2018) : 1-9

DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-01

Jurnal ini adalah kajian penulis Ellyza Karim dan penulis Kamisah Osman bagi mengkaji tahap
kemahiran proses sains, sebuah instrument berskala Likert lima mata yang mengandungi 68
item dibina. Instrumen tersebut dijalankan secara kuantitatif berdasarkan reka bentuk tinjauan.
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan sejauh mana kesahan dan kebolehpercayaan
instrument ini dapat memenuhi ciri psikometrik sesebuah penyelidikan. Penulis telah mengkaji
kesahan item dalam aspek keserasian item, polarity item, kebebasan setempat dan analisis
unidimensi dengan menggunakan analisis model pengukuran Rasch. Kebolehpercayaan yang
terlibat dalam kajian penulis ini juga dianalisis berdasarkan model pengukuran Rasch daripada
aspek indeks pengasingan serta indeks kebolehpercayaan item dan individu. Penulis telah
mengkaji data dengan menggunakan perisian Statistik IBM SPSS dan WINSTEPS. Pengkaji
dengan yakin menyatakan bahawa intrumen yang telah dibina akan menyumbang kepada
pertambahan kepelbagaian bentuk ujian terutama jenis pentaksiran masa kini yang mula
cenderung kearah bentuk penilaian kendiri. Pengkaji menekankan bahawa instrument ini lebih
menumpukan kepada aspek pengetahuan dan kebolehan. Pengkaji telah menyatakan bahawa
kajian ini akan memberi kelebihan kepada guru sains menilai tahap kemahiran proses sains
murid berkaitan.
b) Tajuk artikel : Pemupukan Kemahiran Proses Sains di Kalangan Pelajar Tingkatan

Dua di Sekolah Bestari

Penulis : Rose Amnah Abdul Rauf, Abd. Rashid Johar, Lilia Halim, Siti Rahayah Ariffin

Bilangan muka surat : 13 muka surat

Sumber : Jurnal Teknologi, 40(E) Jun. 2004: 19–32 © Universiti Teknologi Malaysia

DOI : https://jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/427/417

Penulis melaksanakan kajian ini untuk meminjam persekitaran pengajaran dan pembelajaran
sains di Sekolah Bestari dalam menyediakan peluang pemupukan kemahiran proses sains
(KPS) dalam kalangan pelajar. Penulis melaksanakan kajian jenis kualitatif dan seramai 24
pelajar dan dua guru telah dipilih menjadi peserta kajian. Melalui kajian ini penulis
mengutarakan bahawa kurikulum memainkan peranan penting dalam menentukan
perancangan pemupukan kemahiran proses sains. Penulis juga menyatakan bahawa terdapat
peluang pemupukan kemahiran proses sains dalam sekolah yang dikaji. Mengikut penulis
kemahiran proses sains yang paling dipupuk adalah kemahiran komunikasi manakala bahan
pengajaran dan pembelajaran yang memupuk paling banyak kemahiran proses sains
adalahPenggunaan pengurusan grafik. Melaui kajian ini juga penulis mencadangkan model
memupuk kemahiran proses sains.

C) Tajuk artikel : Penguasaan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid sekolah
rendah di Selangor berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan aras tahun.

Penulis : Eng, Tek Ong and Mohd Hassan, Bibi Hazliana

Bilangan muka surat : 13 muka surat

Sumber : Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3 (2). pp. 77-90. ISSN 2232-0393

Tujuan penulis melaksanakan kajian ini adalah untuk membanding tahap penguasaan
kemahiran proses sains asas (KPSA) dalam kalangan murid sekolah rendah tahap dua
berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan aras tahun. Penulis telah menggunakan Ujian
Kemahiran Proses Sains Asas yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang sesuai
untuk meniliai kemahiran memerhati, berkomunikasi, mengukur, meramal, dan menginferens,
instrument ini ditadbir kepada 337 orang murid daripada dua buah sekolah rendah kebangsaan
Bandar dan dua buah sekolah rendah kebangsaan luar Bandar di Perak. Penulis menganalisis
data berdasarkan jantina dan lokasi sekolah menggunakan Ujian-t tak bersandar, dan
berdasarkan aras tahun menggunakan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan
jantina dalam KPSA secara keseluruhan kecuali kemahiran mengelas berpihak kepada
perempuan manakala dari segi pencapaian murid Bandar berbanding murid luar bandar KPSA
lebih tinggi kecuali mengukur. Pada masa sama kemahiran inferens sahaja berpihak kepada
murid tahun 6.

d) Tajuk artikel : Pembinaan dan Penentusahan Instrumen Kemahiran Proses Sains Untuk
Sekolah Menengah

Penulis : Ong Eng Tek, Mohd Al-Junaidi Mohamad

Bilangan muka surat : 13 muka surat

Sumber : jurnal Teknologi, 40(E) Jun. 2004: 19–32 © Universiti Teknologi Malaysia

DOI : https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/113

Penulis telah melaksanakan kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahakan ujian
aneka yang dinamakan Test of Basic and Integrated Process Skills (T-BIPS) untuk sekolah
menengah bagi mengukur penguasaan semua 12 kemahiran proses sains (KPS) iaitu 7 KPS
asas dan 5 KPS bersepadu. Kajian penulis tersebut melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama
melibatkan pembinaan item instrumen yang mana item aneka pilihan ditulis berdasarkan
objektif item. Kesahan kandungan, kesahan muka dan keobjektifan jawapan ditentusahakan
secara kualitatif oleh panel pakar. Fasa kedua pula penulis melibatkan penentusahakan aspek
psikometrik instrumen melalui data kajian rintis yang menggunakan 104 pelajar tingkatan 4
yang mewakili kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah daripada sekolah luar Bandar dan
sekolah Bandar. Instrument T-BIPS yang dihasilkan oleh penulis mengandungi 60 item iaitu 28
item KPS asas dan 32 item KPS bersepadu. Sebagai dapatan kajian penulis menyatakan
bahawa ciri-ciri psikometrik instrument T-BIPS diterima sebagai ujian pengukuran kemahiran
proses sains yang sah dan boleh dipercayai.

e) Tajuk artikel : Kemahiran Proses Sains Dalam kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menerusi
Pendekatan Projek

Penulis : Norazizah Abdul Rahman, Noor Ashikin Mohd Yusop, Sopia Md Yassin,
Zainiah@Zaniah Mohamed Isa
Bilangan muka surat : 19 muka surat

Sumber : 11: 1 (2019) 43–61 | www.sainshumanika.utm.my | e-ISSN ISSN: 2289-6996


https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/1386

Penulis telah melaksanakan kajian ini bagi tujuan untuk meneroka kemahiran proses sains
menerusi aktiviti projek pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Penulis menjalankan
kajian ini secara kualitatif menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes secara holistik yang
melibatkan Kes Baja Kompos, dan Galeri Coklat ke atas sebuah tadika di negeri Perak.
Peserta kajian yang terlibat dalam kajian penulis ini terdiri daripada dua kumpulan fokus iaitu
terdiri daripada 20 orang kanak-kanak dan dua orang pendidik. Penulis memperoleh data
kajian menerusi hasil triangulasi daripada temu bual tidak berstruktur, pemerhatian dan
dokumen. Secara keseluruhannya penulis menyatakan bahawa kemahiran proses sains asas
yang paling dominan dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran memerhati menggunakan
deria diikuti dengan menginferens dan meramal. Penulis juga menyatakan bahawa kanak-
kanak turut menguasai kemahiran sains bersepadu semasa menjalankan penyiasatan
antaranya ialah membina hipotesis dan mengeksperimen.

f) Tajuk artikel : Transformasi Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mengenai Kemahiran
Membuat Hipotesis Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Penulis : Faridah Binti Darus Rohaida Mohd Saat Abd. Razak Zakaria

Bilangan muka surat : 11 muka surat

Sumber : JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, [S.l.], v. 1, n. 3, p. 47-57, oct. 2017.
ISSN 2289-3008.

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/7962

penulis telah melaksanakan kajian ini untuk mengkaji tahap kemahiran membuat hipotesis
dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Penulis telah menggunakan kaedah kualitatif
dengan menggunakan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Penulis telah melibatkan
enam kanak-kanak, seorang guru sekolah rendah dan tiga guru sekolah menengah. Penulis
telah menggunakan NVivo 8 untuk menganalisis data yang menghasilkan lima tema iaitu
pemerolehan konsep pembolehubah, keupayaan untuk membentuk hubungan antara
pembolehubah, keupayaan untuk menyatakan hipotesis, pemerolehan kemahiran membuat
hipotesis dan keupayaan untuk mengaitkan hipotesis eksperimen dengan ujian hipotesis.
Penulis membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak mempunyai kemahiran membuat hipotesis
yang rendah. Penulis juga telah mencadangkan beberapa kemahiran dan kaedah mengajar
untuk meningkatkan kemahiran proses sains dalam kalangan kanak-kanak.

g) Tajuk artikel : Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Dalam Mata Pelajaran
Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima

Penulis : Wun Thiam Yew & Sunita Binti Tajuddin

Bilangan muka surat : 8 muka surat

Sumber : J. Sci. Math. Lett. UPSI Volume 3 (2015) 7 - 14 ISSN 2462-2052

http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/377

Penulis telah melaksanakan kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian
kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) bagi mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar
tingkatan lima. Penulis telah menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian
tinjauan. Sampel yang telah digunakan oleh penulis terdiri daripada 150 orang pelajar tingkatan
lima yang dipilih secara rawak berkelompok daripada empat buah sekolah dalam Daerah
Kerian, Perak. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan satu instrumen kajian, iaitu Ujian
Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB), untuk menentukan tahap pencapaian KPSB
bagi mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar tingkatan lima. Dapatan kajian penulis ini
menunjukkan tahap pencapaian KPSB pelajar secara keseluruhannya adalah sederhana.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min skor pencapaian
pelajar yang signifikan dalam KPSB mengikut jantina.

h) Tajuk artikel : Kemahiran Proses Sains Dalam Kalangan Mahasiswa Pendidikan Sains Di
Utm

Penulis : Fatin Aliah Phang & Nor Athirah Tahir

Bilangan muka surat : 11 muka surat

Sumber : Journal of Science and Mathematics Educational, volume 3 Sept 2011, Pages 123-
133/ISSN:2231-7368

Penulis telah melaksanakan kajian ini untuk mengenalpasti kelemahan Kemahiran Proses
Sains dalam kalangan mahasiswa sains Fakulti Pendidikan, UTM Tahun Dua serta mencari
punca dan penyelesaian masalah ini. Penulis telah melaksanakan satu ujian berbentuk 30
soalan objektif telah diberikan kepada 76 orang mahasiswa untuk mengenalpasti kelemahan
Kemahiran Proses Sains. Penulis juga telah mengutip dan menganalisis tujuh laporan
eksperimen bagi 12 orang mahasiswa selama satu semester serta temubual kelompok fokus
pada hujung semester. Hasil analisis ketiga-tiga sumber penulis telah menunjukkan bahawa
mahasiswa tidak mempunyai pemahaman yang kukuh dalam konsep inferens, hipotesis dan
definisi secara operasi. Penulis menyatakan bahawa responden sering menyalin laporan
eksperimen daripada buku atau contoh laporan senior sehingga tidak merasakan kelas amali di
peringkat universiti adalah penting sebagai satu latihan untuk menyediakan mereka menjadi
guru sains yang berketrampilan. Penulis juga menyertakan pengalaman para mahasiswa
tentang cara Kemahiran Proses Sains mereka lebih diperkembangkan dalam kaedah
pengajaran tertentu di makmal. Penulis menyatakan bahawa maklumat sebegitu dapat
memberikan idea kepada para pensyarah untuk meningkatkan pengajaran kelas amali di
peringkat universiti sekiranya mereka ingin meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam
kalangan mahasiswa.

i) Tajuk artikel : Pendekatan Konstruktivisme Dalam Pengembangan Kurikulum: Kesannya Ke


Atas Penguasaan Kemahiran Proses Sains

Penulis : Ikhsan Othman & Norila Md SallehBilangan

muka surat : 11 muka surat

Sumber : JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.3 NO.1 ISSN 2232-
0393

http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2110

Penulis melaksanakan kajian untuk mengenal pasti kesan pendekatan konstruktivisme dalam
pengembangan kurikulum ke atas penguasaan kemahiran proses sains murid-murid sekolah
rendah. Penulis melaksanakan kajian ini selama sepuluh minggu bermula dengan praujian pada
minggu pertama diikuti pengajaran mengguna pendekatan konstruktivisme selama lapan
minggu; dan pascaujian pada minggu ke sepuluh. Kajian itu telah melibatkan pengembangan
kurikulum Sains Tahun 5 sekolah rendah. penulis menganalisis data dengan menggunakan
ANCOVA dengan skor praujian sebagai kovariat. Penulis menyatakan bahawa penguasaan
kemahiran proses sains murid-murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme
adalah lebih baik berbanding murid murid-murid yang diajar menggunakan pendekatan sedia
ada yang biasa digunakan oleh guru-guru. Penulis menyatakan bahawa pengembangan
kurikulum Sains Tahun 5 sekolah rendah menggunakan pendekatan konstruktivisme lebih
memberi manfaat kepada murid berbanding pendekatan sedia ada yang biasa digunakan oleh
guru-guru.

j) Tajuk artikel : Aplikasi Kemahiran Proses Sains Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah
Untuk Mata Pelajaran Biologi

Penulis : Fazilah Binti Razali Othman Bin Talib Azraai Bin Othman

muka surat : 9 muka surat

Sumber : JURNALKURIKULUM & PENGAJARAN ASIA PASIFIK Julai 2016, Bil. 4, Isu 3

http://ajba.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/8203

Kajian penulis ini bertujuan untuk mengkaji kesan aplikasi Kemahiran Porses Sains (KPS)
dalam pembelajaran berasaskan masalah untuk mata pelajaran Biologi dibandingkan dengan
pengajaran konvensional. Penulis telah menggunakan 60 responden beraliran sains dari
sekolah daerah Sepang, Selangor. Penulis telah membandingkan data pra dan pasca ujian
kumpulan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dan kumpulan pengajaran konvensional
(PK). Penulis membuat kesimpulan bahawa skor kumpulan PBDM lebih tinggi dariapada
kumpulan PK. Penulis telah menyatakan bahawa Kaedah PBM akan meningkatkan pencapaian
dalam mata pelajaran Biologi dan boleh menjadi strategi pengajaran yang berkesan.

k) Tajuk artikel : Kesediaan Murid Tahun 1 Mengikuti Pengajaran Kemahiran Proses Sains
Dalam Bahasa Inggeris

Penulis : Tajularipin Sulaiman

muka surat : 6 muka surat

Sumber : JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 1-6, oct. 2017. ISSN 2289-
9669.

Penulis melaksanakan kajian ini untuk membandingkan kesedian pelajar tahun satu di Bandar
dan luar Bandar untuk menjadi mahir dalam kemahiran proses sains dan keupayaan sains
dalam bahasa inggeris. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesediaan pelajar tahun satu
untuk belajar kemahiran proses sains dalam bahasa inggeris.
PERBINCANGAN

ARTIKAL 1

Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis Ellyza Karim dan Kamisah Osman adalah sejauh
mana kesahan dan kebolehpercayaan instrument dibina dapat menguji tahap kemahiran proses
sains dalam kalangan murid. Isu yang diutarakan oleh penulis menarik perhatian saya kerana
pada masa kini Menteri Pendidikan Malaysia, Doktor Maszlee Malik mengumumkan tentang
pemansuhan penilaian seragam iaitu murid-murid tahap satu tidak akan menduduki
peperiksaan. Guru-guru diberi tugas untuk melaksanakan pentaksiran bilik darjah. (Berita
Nasional, 2019). Guru sains mengalami kesusahan untuk mentaksir kemahiran proses sains
dalam kalangan murid-murid, lebih-lebih lagi jika dalam satu kelas terdapat ramai murid. Maka
kajian instrumen yang telah dilaksanakan oleh penulis ini akan menarik perhatian guru-guru
sains yang amat berguna pada masa kini. Isu yang dibangkitkan oleh penulis amat releven
untuk masa kini pada pendapat saya. Penulis telah menyatakan beberapa sebab intrumen ini
direka dalam bab pengenalan. Antaranya ialah untuk menguji tahap kemahiran proses sains
murid-murid yang ramai dalam masa yang sama dan mengurangkan beban guru. Penulis telah
menekankan bahawa ujian penilaian kendiri lebih baik daripada pemerhatian yang
membebankan guru. Pada pendapat saya secara keseluruhan kajian penulis ini akan
memanfaat guru tetapi sebelum melaksanakan intrumen ini guru-guru perlu belajar tentang
Model Pengukuran Rasch. Selain belajar model tersebut guru perlu mengambil masa untuk
belajar cara menggunakan perisian dan cara mengira. Hal yang demikian akan membebankan
guru lagi. Selain itu penulis menyatakan bahawa murid-murid akan menilai diri sendiri. Kajian ini
dijalanka di sekolah rendah. murid-murid pada tahap 1 dan 2 kurang kematangan untuk nilai diri
sendiri. Mereka mungkin akan nilai diri mereka dengan menyatakan diri mereka secara positif.
Jika guru mengikut pendapat murid tentang diri mereka, kemungkinan kita tidak akan dapat lihat
tahap kemahiran proses sains dalam diri murid-murid dengah jelas.

Kelebihan artikel ini adalah penulis telah mengkaji tentang instrument penulis lain sebelum
membina instrument sendiri. Penulis menyatakan bahawa beliau mengkaji tentang instrument
yang telah dibina sebelum ini dan ia lebih kepada menguji penetahuan sains. Maka penulis
telah membina instrument yang menguji kebolehan kemahiran proses sains. Saya sedar
bahawa sebelum membuat kajian saya harus mengkaji beberapa artikel lain supaya lebih tahu
tentang aspek kajian saya dan dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza dan bermanfaat.
Selain itu penulis telah menggunakan Model pengukuran Rasch. Model rasch adalah model
yang amat bagus dimana ia telah menyelesaikan masalah daripada Skala Likert. Dapatan skala
likert adalah data ordinal mentah yang masih perlu diproses kerana sifatnya sebagai data
ordinal dan bukan interval (Zahin Othman, 2011). Masalah tersebut telah diselesaikan oleh
Rasch Model. Maka pengguaan model ini oleh penulis telah memberi kesahan dan
kebolehpercayaan yang lebih spesifik untuk kajian masa depan.

Penulis juga telah melaksanakan kesahan item dalam aspek keserasian item, polariti item,
kebebasan setempat dan analisis unidimensi. Pelaksanaan kempat-empat aspek ini telah
meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan intrumen. Lebih banyak apek intrumen dikaji
lebih tinggi kesahan intrumen tersebut.

Secara keseluruhan rangkan saya setuju dengan isi kandungan kajian penulis serta hasil dapat
beliau. Hasil dapatan telah diterangkan dengan jelas. Cuma penulis tidka menyatakan
persoalan kajian dengan jelas tetapi dapat dilihat dalam abstrak. Persoalan yang diungkitkan
oleh penulis ialah sejauh manakah kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ini dapat
memenuhi ciri psikometrik sesebuah penyelidikan. Pada pandangan saya persoalan kajian ini
tidak jelas dengan pemboleh ubah bersandar yang kurang spesifik. Penulis juga tidak
menyatakan proses-proses kesahan sebelum pengiraan kesahan dan kebolehpercayaan
daripada dapatan instrument. Selain itu pada pandangan saya juga responden yang telah dipilih
kurang sesuai untuk penilaian kendiri. Maka dapat kajian ini kurang menyakinkan anda dan
selain itu saya kurang faham tentang pengiraan yang telah penulis gunakan.

Kesimpulanya, saya telah belajar banyak perkara daripada kajian penulis. Saya sedar akan
kepentingan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan untuk membina instrumen
seperti mana penulis menyatakan. Saya ingin mengkaji lebih dalam tentang model Rasch
supaya dapat memberi kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih terperinsi untuk pembinaan
instrument pada masa akan datang.

ARTIKEL 2

Isu utama diutarakan oleh penulis melalui artikel beliau adalah sejauh mana pemupukan
kemahiran proses sains dalam kurikulum sains KBSM tingkatan dua Sekolah Bestari dan
sejauh mana kaedah pengajaran dan pembelajaran (pdp) sains Sekolah Bestari menyediakan
peluang pemupukan kemahiran proses sains. Sebelum penerangan berlanjutan saya berasa
artikel ini tidak relevan pada masa kini dimana penulis menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran lebih memusatkan guru disebabkan system pendidikan Malaysia ynag
mementingkan peperikskaan. Tetapi system pendidikan sekarang sudah banyak mengalami
transformasi dan lebih memusatkan murid-murid. Persoalan kajian yang dibangunkan oleh
penulis juga tidak dapat diukur jika persoalanya sejauh manakah.

Walau bagaimanapun isu yang diutarakan oleh penulis menarik minat saya untuk mengetahui
pemupukan kemahiran proses sains dalam kalangan murid Sekolah Bestari supaya ia menjadi
bimbingan kepada sekolah lain.

Penulis telah melaksanakan kajian beliau dengan menggunakan kaedah kualitatif jenis “single
case design with embedded multiple unit of analysis”. Pada pendapat J.Gustafon (2017)
multiple case study lebih baik daripada single case study. Hal ini kerana penulis dengan
multiple case study mampu menganalisis data antara kes untuk memahami persamaan dan
perbezaan dan mampu kes kajian yang bagus dan kesahan yang tinggi. Tetapi mengikut
pandangan saya, single case study lebih baik disebabkan ciri-cirinya yang tidak mahal
dijalankan dan tempoh masa kes dikaji tidak begitu lama. Single case study baik digunakan jika
penulis ingin mengkaji tentang sesuatu populasi yang spesifik. Maka kaedah yang dipilih oleh
penulis artikel ini amat baik dan saya setuju dengan kerangka kajian ini.

Dari segi pemilihan peserta kajian pula, pengkaji telah memilih 24 responden daripada duan
buah sekolah. Pengkaji telah memilih peserta kajian secara berstrata iaitu pengkaji telah
meletakkan responden setiap sekolah mengikut tahap pencapaian iaitu tahap pencapaian
tinggi, sederhana dan rendah. Pada pandangan saya disebabkan kaedah dipilih adalah
kualitatif pengkaji boleh menggunakan jumlah responded yang kurang daripada 30 dan
pemilihan pelajar yang sama tahap pencapaian juga akan menentukan kesahan kajian yang
tinggi.

Seterusya intrumen kajian yang telah pengkaji gunakan adalah pemerhatian dan temubual.
Walaupun intrumen tersebut boleh dijalankan secara bersemuka tetapi pada pandangan saya
inturmen tersebut mungkin akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan. Responden
yang akan ditemu bual mungkin pasif. Responden yang pasif kemungkinan tidak akan memberi
jawapan kepada soalan yang ditanya dengan jelas.

Dari segi analisis data pengkaji telah menyeneraikan beberapa tema melalui temubual guru dan
pelajar. Bagi guru tema yang dikenalpasti ialah kehendak kurikulum dan kemahiran proses
sains, kefahaman guru, perancangan guru, aktiviti yang dirancang, kaedah pengajaran dan
peranan guru. Manakala tema yang dikenalpasti melalui temubual murid ialah pengetahuan,
kefahaman, kepentingan, ekspektasi, sikap. Persediaan, pendapat, kesesuaian bahan, dan
pengguaan computer. Pada pendapat saya tema yang dikenalpasti terlalu banyak da nada yang
boleh dikategorikan dalam tema yang sama. Contohnya kesesuaian bahan, penggunaan
komputer boleh dikategorikan dalam tema bahan pdp.

Dari segi persembahan dapatan dan analisis data jika pengkaji menggunakan jadual atau
gambar rajah mungkin akan mudah untuk pembaca mengenalpasti apa yang telah dapat dikaji
melalui kajian pengkaji. Daripada pembacaan saya pada muka surat 28 saya mendapat
pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu kaedah penerokaan dan kaedah makmal inkuiri.
Dalam setiap kaedah dikenalpasti beberapa kemahiran proses sains. Penulis juga
mengenalpasti kemahiran proses sains asas dan bersepadu dalam kalangan murid. Pengkaji
membuat rumusan bahawa peluang pemupukan kemahiran proses sains telah disediakan oleh
guru-guru namun begitu peluang tersebut tidak dirancang dengan seelok-eloknya. Melalui
model pemupukan kemahiran proses sains seperti dalam rajah 2, didapati kemahiran
memerhati, mengukur, menggunakan nombor dan berkomunikasi paling banyak diguanakan
oleh pelajar. Pengkaji juga telah mencadangkan kajian replikasi supaya perbandingan hasil
kajian boleh dilaksanakan. Dapatan kajian pengkaji mungkin akan membantu sekolah lain untuk
mengenali tahap kemahiran proses sains murid-murid tetapi tidak memberi sumbangan kepada
guru untuk mengenali kemahiran sains yang perlu banyak difokuskan.

Kesimpulanya, kaedah yang digunakan untuk memupuk kemahiran proses sains tidak
semestinya kaedah makmal inkuiri. Makmal boleh digunakan untuk menguji kemahiran
manipulatif sains. Tetapi kemahiran proses sains bersepadu dan asas boleh dimantapkan
dalam kalangan murid melalui menyediakan pengalaman konkrit, inkuiri penemuan, eksploitasi
alam sekitar, pengajaran dan pembelajaran melalui permainan dan sebagainya. Pada masa kini
guru-guru semakin giat melibatkan pelajar dalam program inovasi dan banyak sekolah kini
memenangi pertandingan sains di peringkat anatarabangsa. Pencapaian Malaysia dalam
TIMSS semakin menaik dimana pada tahun 2015 Malaysia mencatat kedudukan ke 39
berbanding 2011. (Berita Harian, 2015). Maka pada pendapat saya tidak semestinya kemahiran
proses sains diuji dan dikaji dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Malah kemahiran
tersebut perlu dikaji dalam kalangan murid-murid sekolah rendah serta pra sekolah. Menurut
Vygotsky (1984), penerapan pendidikan awala sains seharusnya dimulakan pada peringkat
awal lagi. Hal ini kerana pendidikan sains menyediakan aktiviti hands-on-minds-on dan
penerokaan alam. Maka penerapan kemahiran proses sains dari awal lagi akan meningkatkan
minat pelajar terhadap sains.
ARTIKEL 3

Dalam artikel ketiga yang telah saya baca, pengkaji telah mengutarakan isu penguasaan
kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid sekolah rendah berdasarkan jantina, lokasi
sekolah dan aras tahun. Pengkaji berfokus kepada kemahiran sains memerhati, berkomunikasi,
mengukur, meramal dan menginferens. Isu yang dibangkitkan oleh pengkaji agak menarik
kerana pada masa kini jurang jantina dalam semua bidang pendidikan semakin jauh serta
jurnag lokasi sekolah juga semakin jauh. Dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia
2013-2025 anjakan pertama menyatakan bahawa menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Maka melalui kajian pengkaji yang berdasarkan
jantina dan lokasi akan memastikan jurang akses pendidikan akan diselesaikan dan
dikenalpasti penyelesaianya.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian pengkaji yang dibangunkan adalah apakah tahap penguasaan kemahiran
proses sains asas secara keseluruhan dan secara spesifik dalam kalangan murid sekolah
rendah tahap 2?, adakah terdapat perbezaan antara yang signifikan dalam penguasaan
kemahiran proses sains antara lelaki dan perempuan dalam kalangan murid sekolah rendah
tahap 2?, adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran proses
sains antara murid Bandar dan luar Bandar? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam
penguasaan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid sekolah rendah tahun 4,5 dan
6?. Persoalan kajian yang dibangunkan oleh pengkaji amat jelas dan dapat dilihat fokus kajian
dengan baik. Melalui persoalan kajian pengkaji dapat dilihat pemboleh ubah bersandar dan
tidak bersandar.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam aspek metodologi kajian, pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian perbandingan
sebab (Casual-comparative research design). Menurut Merter dan Charles (2011) dalam
penyelidikan perbandingan antara dua pemboleh ubah, reka bentuk perbandingan sebab amat
sesuai. Maka pemilihan reka bentuk kajian amat sesuai dan pengkaji telah menentuka
pembolehubah bersandar sebagai skor murid dan pembolehubah tidak bersandar sebagai
jantina, lokasi sekolah dan aras tahun. Pengkaji juga telah menggunakan persampelan
(purposive convenience sampling) bertujuan atas factor ketiwakilan (non-representativeness).
Persampelan bertujuan amat sesuai dengan kajian ini kerana persampelan ini menyebabkan
pengkaji memberi tumpuan kepada ciri-ciri tertentu yang sesuai dengan focus kajian. Maka ciri-
ciri yang pengkaji fokus adalah jantina, aras tahun serta lokasi. Pada pendapat saya pengkaji
juga boleh melaksanakan persampelan kelompok dimana pengkaji fokus kepada tiga kelompok
iaitu kelompok jantina, kelompok Bandar dan luar Bandar serta kelompok tahun 4,5 dan 6.
Pengkaji juga telah melaksanakan persampelan mudah dimana pengkaji melaksanakan
persampelan kesediaan dan memilih sampel yang paling dekat denganya.

PERSAMPELAN

Pengkaji telah menggunakan persampelan ketidakwakilan (non-representativenes). Pengkaji


telah menyatakan bahawa terdapat kritikan terhadap penggunaan persampelan ketidakwakilan.
Pada pendapat saya persampelan ketidak wakilan ini akan mengambil banyak masa dan
mungkin akan menjadi rumit tetapi ia tidak mengundang kepada kerumitan penggunaan
persampelan rawak. Selain itu persampelan ketidakwakilan juga dapat memastikan semua
murid-murid yang berkaitan melibatkan diri dalam persampelan tanpa bias. Tetapi persampelan
ketidakwakilan melibatkan sampel bersaiz besar dan tidka akan menjamin keputusan kajian
yang tepat. Mengikut George Gallup (2011) persampelan saiz kecil berwakilan akan dapat
mengawal fokus kajian dan dapat meramal keputusan dengan betul. Pengkaji telah
menunjukkan data yang jelas tentang pecahan sampel berdasarkan jantina, lokasi dan aras.

INSTRUMEN

Intrumen yang telah digunakan oleh pengkaji ialah Ujian Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA)
yang mempunyai 36 item yang telah dibina oleh Padilla, Cronin dan Twiest (1985) yang telah
diterjemahkan dalam kajian lepas oleh Lay (1999) dan Yeam (2007). Pada pandangan saya,
pengkaji telah mengikut norma penyelidikan dimana pengkaji telah menggunakan istrumen asal
daripada Padilla, Cronin dan Twiest (1985) yang telah digunakan oleh pengkaji lain. Pengkaji
juga telah mengubahsuai intrumen tersebut dan juga telah mengkaji kesahan dan
kebolehpercayaan instrument asal tersebut. Intrumen telah dilaksanakan selepas intrumen
disahkab dan memastikan kebolehpercayaan KR-20.

PENGUMPULAN DATA

Dalam prosedur pengumpulan data iaitu pelaksanaan ujian pengkaji menyatakan bahawa
sekiranya murid-murid tidak memahami mana-mana satu perkataan atau ayat semasa
menjawab ujian guru sains akan membantu mereka. Ini akan menguji kebolehpercayaan
intrumen tersebut. Pengkaji perlu melaksanakan ujian Pilot untuk memastikan soalan item
mudah difahami oleh responden supaya tidak berlaku keraguan kebolehpercayaan.

DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian saya tertarik dengan susunan dapatan kajian dimana pengkaji telah
menerangkan setiap soalan kajian dengan dapatan kajian berbentuk jadual dengan kiraan skor
min. Saya dapat belajar cara penyusunan dapatan kajian daripada pengkaji ini. Tiada
perbezaan antara jantina, aras tahun terhadap kemahiran proses sains mengikut dapatan kajian
pengkaji tetapi tahap kemahiran proses sains dalam kalangan murid kelihatan sederhana.
Melalui dapatan kajian pengkaji juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara pelajar
mengikut lokasi iaitu pelajar Bandar skor lebih tinggi daripada pelajar luar Bandar.

Pengkaji telah menyatakan faktor yang menyebabkan jurang antara pelajar luar Bandar dan
Bandar dalam kemahiran proses sains iaitu pengkaji menyatakan guru sebagai factor prestasi
kemahiran proses sains rendah dalam kalangan pelajar luar Bandar. Pengkaji menyatakan
bahawa kebanyak guru yang baru keluaran institusi ditempatkan di sekolah luar Bandar. Saya
menafikan pernyataan pengkaji tersebut kerana penyataan pengkaji tidak ada bukti yang kukuh.
Mengikut pengalaman saya ada juga guru yang ditempatkan di sekolah Bandar. Penempatan
guru bergantung kepada kekosongan di sesebuah sekolah. Pengkaji juga telah mencadangkan
bahawa guru berpengalaman ditempat di sekolah luar Bandar disebabkan guru baru
kekurangan pengalaman. Penyataan ini juga saya menetang. Pada pengalaman dan
pemerhatian saya, saya berasa guru-guru yang sudah berpengalaman merupakan guru yang
lebih berusia belum menguasai kemahiran teknologi dengan sepenuhnya. Daripada
pemerhatian saya guru baru yang pengeluaran institur merupakan guru muda yang aktif
melaksanakan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Daripada pembacaan artikel ini saya dapat belajar tentang jenis persampelan yang pelbagai
dan ia memberi peluang untuk saya mengenali jenis-jenis persampelan yang mungkin akan
berguna untuk kajian saya. Saya juga belajar cara menyusun atur dapatan kajian supaya
pembaca artikel faham akan keputusan kajian kita.
ARTIKEL 4

Dalam artikel empat pengkaji telah membina instrument kemahiran proses sains untuk sekolah
menengah. ujian yang telah dibina oleh pengkaji bernama Test of Basic and Integrated Process
Skills (T-BIPS). Pengkaji telah melaksanakan dua fasa iaitu fasa pertama pengkaji membina
intrumen dengan kesahan kandungan, muka dan keobjektifan yang disah secara kualitatif oleh
panel pakar. Pada fasa kedua pula pengkaji telah melaksanakan instrument tersebut. Isu utama
yang telah dibangkitka oleh pengkaji dalam kajian ini adalah usaha penilaian terhadap
penguasaan kemahiran proses sains.

PENYATAAN MASALAH

Pengkaji telah mengutarakan beberapa masalah yang mengundang kepada pembinaan


intrumen pengkaji. Salah satu masalahnya adalah pelaksanaan PEKA yang tidak Berjaya
menilai kemahiran proses sains disebabkan guru-guru kurang pasti untuk melaksanakan PEKA
berdasarkan rubric yang diberi, tidak berkeyakinan , mengalami kekurangkan peralatan
makmal, serta menghadapi kekangan masa menjalankan PEKA kerana sainz kelas yang besar.
Saya sokong dan setuju dengan ungkapan masalah oleh pengkaji. Guru sekarang dibebankan
dengan banyak urusan pengkeranian. Maka dengan masa matapelajaran sains yang Cuma
sejam dalam seminggu menyebabkan kekangan masa untuk menilai pelajar. Walaupun
terdapat instrument yang mengukur kemahiran proses sains (KPS) tetapi intrumen trsebut
Cuma mengukur satu sahaja kemahiran. Kelebihan kajian pengkaji adalah menjana satu
instrument berformatkan kertas dan pensel yang boleh mengukur kemahiran proses sains
(KPS) dengan berkesan, objektif, menjimatkan masa dan tidak memerlukan sumber yang
mahal.

METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji telah melaksanakan dua fasa iaitu fasa pembinaan instrument dan fasa penentusaha
intrumen. Bagi fasa pertama pengkaji dengan jelas menerangkan setiap langkah dengna jelas
pada muka surat 9 iaitu dimula dengan menganal pasti objektif instrument, menetukan
spesifikasi pengukuran, membina jadual spesifikasi instrument, menulis item, dan menganalisis
item secara kualitatif. Dalam hal ini pengkaji telah memilih item aneka pilihan untuk
melaksanakan ujian. Item aneka pilihan mempunyai keobjektifan yang tinggi berbanding item
format esei (Kjoernsli & Jorde, 1992). Pada pendapat saya, jika item aneka pilihan digunakan
pelajar dengan mudah akan tahu jawapan tanpa berfikir panjang kerana mereka diberi pilihan
jawapan. Jika instrument berbentuk esei berstruktur pelajar boleh mengaplikasi kemahiran
sains mereka dan guru-guru boleh tahu tahap kemahiran sains pelajar dengan teliti. Saya suka
cara pengkaji menganalisis item secara kualitatif tanpa merumitkan keadaan dan kajian dengan
melaksanakan analisis secara kuantitatif. Saya juga suka dengan penyusunan fasa satu dimana
pengkaji mengikut norma penyelidikan dengan melaksnanakan kesahan dan kebolehpercayaan
secara teratur. Selain itu instrument pengkaji juga telah disemak dan disahkan sebanyak dua
kali oleh panel pakar. Maka ini menunjukkan kegigihan pengkaji untuk mempersembahkan
instrument dengan baik.

Fasa kedua pengkaji melibatkan menentusahakan aspek Psikometrik instrument. Pengkaji telah
membina dua buku ujian iaitu buku pertama ujian kemahiran proses sains asas dan buku kedua
ujian kemahiran proses sains bersepadu. Pengkaji juga telah melaksanakan persampelan
bertujuan yang melibatkan kesemua pelajar tingkatan empat iaitu seramai 104 pelajar tetapi
pada masa ujian Cuma 83 pelajar hadir disebabkan sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pengurangkan sampel merupakan negatif factor kepada kajian keranan pengkaji kemungkinan
tidak akan dapat keputusan yang diharapkan. Pengkaji juga telah mengira aspek jantina, lokasi
dan tahap pencapaian. Pengkaji telah mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.
Mengikut pengiraan indeks kesukaran pengkaji memastikan item dibina indeks kesukaranya
sederhana.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dalalm perbincangan pengkaji telah menyatakan item-item yang telag dibuang, diubah suai dan
diterima. Hal ini menunjukkan bahawa pengkaji rajin melaksanakan item dengan mengubah
suai dan membuang item supaya instrument dibina kesahanya tinggi. Keputusan item yang
diterima, diubah suai, digugurlan telah ditunjukkan dengan sebaik-baiknya dengan tersusun.

CADANGAN

Pengkaji telah mencadangkan beberapa dimensi kajian lanjutan yang boleh dijalankan. Salah
satunya ialah menonjolkan instrument T-BIPS sebagai ujian kemahiran proses sains berkonteks
Malaysia, keduanya ialah menganalisis item dengan menggunakan teori ujian moden untuk
membanding beza dan ketiganya ialah mengesahkan instrument T-BIPS sebagai instrument
yang sesuai digunakan untuk tahap menengah atas. Cadangan pengkaji tersebut amat bernas
dan saya sokong usaha pengkaji yang ingin menambah baik lagi instrumanya.
Kesimpulanya saya telah belajar tentang instrument yang baru dan berbeza berbanding dengan
instrument yang dibina dalam artikel pertama. Saya sedar bahawa sebagai penyelidik saya
harus memperbaiki dan mengkaji kajian yang baru secara berterusan.

ARTIKAL 5

Dalam artikel kelima ini pengkaji telah membangkitkan isu mengenai kegunaan pendekatan
projek dalam implementasi kemahiran proses sains dalalm kalangan kanak-kanak prasekolah.
Isu ini agak menarik bagi saya disebabkan kajian ini dilaksanakan terhadap kanak-kanak
prasekolah dimana dalam artikel sebelum kajian lebih berfokus kepada murid-murid sekoah
menengah dan rendah. Seperti mana saya menyatakan dalam ulasan artikal sebelum ini
kemahiran sains pada peringkat awal amat penting ditanamkan dalam diri-diri kanak-kanak.
Menurut Joseph Abruscto (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan
manipultif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain, sains
adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak
memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting
bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggungjawab dan prihatin serta rasa hormat
pada alam sekitar.

PENGENALAN DAN TINJAUAN LITERATUR

Kelemahan yang dapat saya kenalpasti melalui pembacaan saya ialah, pengkaji kurang
berbincang tentang masalah yang menyebabkan pengkaji membuat kajian tersebut. Pengkaji
lebih menerangkan tentang kepentingan kemahiran proses sains dalam kalangan kanak-kanak.
Pada muka surat dua pengkaji telah menyatakan penerokaan sains dalam kalangan kanak-
kanak dengan menggunakan kaedah saintifik mampu menghasilkan model yang sistematik di
dalam kehidupan. Pernyataan tersebut kurang dan tidak model sistematik apakah yang
pengkaji ingin nyatakan. Susunan tinjauan literature juga kurang tersusun dan kurang faham.
Pengkaji memulakan dengan kanak-kanak sebagai pemerhati dan diteruskan dengan
penerokaan sains, penghasilan modul KPS sebagai panduan, perbandingan pencapaian murid-
murid bandar dan luar Bandar, kadah perbincanga, dan diakhiri dengan kemahiran memerhati
dan berkomunikasi. Menurut Amani Dahaman (2011) tinjauan literatur ialah pengumpulan
maklumat penyelidik tentang permasalahan yang sedang dikaji. Dalam proses membuat
tinjauan literatur seseorang penyelidik akan mengenalpasti apakah yang telah dipelajari oleh
orang lain mengenai permasalahan yang serupa dengan permasalahan yang dikaji.Selain itu
tinjauan literature adalah satu proses sistematik yang memerlukan pembacaan dan perhatian
kepada butiran yang terperinci. Maka saya berpendapat bahawa pengkaji haruslah mengkaji
masalah dalam isu kemahiran proses sains dahulu dan kesinambungan tinjauan literature perlu
kemas dan tersusun supaya pembaca faham kandungan kajian.

PENDEKATAN PROJEK

Penyelidik telah melaksanakan tiga fasa. Fasa pertama adalah permulaan, fasa kedua
penyiasatan dan fasa ketiga ialah refleksi. Dalam fasa satu pengkaji mendedakan kanak-kanak
kepada pengalaman. Pada fasa kedua pengkaji menjemput pakar untuk pengesahan dan pada
fasa ketiga pengkaji membuat perbincangan. Secara keseluruhan pendekatan projek kurang
diberi penjelasan dan isi yang ingin diutarakan kurang jelas.

METODOLOGI

Pengkaji telah menggunakan kajian pelbagai kes (multi-kes design) (Yin, 2015) untuk
menghubungkan data empirical kepada persoalan kajian dan kesimpulan. Projek yang telah
digunakan oleh pengkaji terhadap kanak-kanak adalah projek Baja Kompos dan Projek Bandar
Solar. Projek yang dilaksanakan terhadap guru adalah Projek Galeri Coklat dan Projek 3R.

Sampel telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Dua guru dipilih sebagai peserta
kajian tetapi mengikut norma kajian, pengkaji tidak harus mendedahkan nama peserta kajian
dalam dapatan kajian. Pengkaji juga telah memilih dua kumpulan yang mempunyai 20 orang
responden yang berusia 4 dan 5 tahun.

Pengkaji telah menggunakan kaedah trianggulasi dengan menggunakan pemerhatian, temu


bual tidak berstruktur dan dokumen tidak rasmi. Triangulasi adalah satu keperluan dalam kajian
kualitatif. Triangulasi bermaksud integrasi kaedah yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari
satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif yang bersifat subjektif akan lebih meyakinkan
dan dapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul. Maka saya sokong akan kaedah yang
telah digunakan oleh pengkaji. Pengkaji juga telah melaksanakan penganalisan data melalui
analisis data secara interaktif daripada “Interactive Model” (M.B.Miles, 1994).
DAPATAN

Pengkaji telah mengemukakan dapatan kajian dengan penggunaan gambar dimana ia


menunjukkan pelaksanaan kajian yang sebenar dan memberi gambar kepada pembaca.
Pengkaji telah menerangkan dapatan mengikut setiap dapatan kaedah iaitu mengikut setiap
kemahiran proses sains yang terlibat. Pada pendapat saya jika pengkaji menyertakan jadual
analisis dapatan kajian, dapatan kajian akan menjadi lebih menarik dan dipercayai. Pengkaji
juga boleh membincangkan dapatan kajian mengikut tiga kaedah yang telah dilaksanakan iaitu
pemerhatian, dokumen, dan temu bual tidak berstruktur.

Kesimpulanya, banyak kelemahan yang dapat saya lihat dalam artikal pengkaji ini tetapi banyak
yang telah saya pelajari. Saya mengenali cara yang membina tinjaun literature yang teratur dan
kepentingan menyatakan masalah kajian supaya pembaca memahami fokus kajian kita. Saya
juga sedar bahawa seseorang pengkaji harus menyertakan analisis data yang spesifik dan
tersusun supaya dapat mengelakkan keraguan.

ARTIKAL 6

Isu yang telah dibangkitkan dalam artikal yang keenam ini oleh pengkaji adalah tahap
kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan murid sekolah rendah. saya berasa isu ini agak
penting pada masa kini dimana pembelajaran sains amat memerlukan kemahiran membuat
hipotesis. Mana-mana kajian amat diperlukan pembuatan hipotesis sebleum melaksanakan
sesuatu kajian, projek atau aksperimen. Hipotesis akan mengundang kepada sesuatu kajian ke
suatu destinasi. Kajian tanpa hipotesis akan mengundang kepada hilang arah (Umar Farooq,
2013). Hipotesis bukan sahaja digunaka salam penyelidikan malah ia juga digunakan dalam
kehidupan harian untuk melaksanakan sesuatu kerja.

Penyataan Masalah

Pengkaji telah menghuraikan penyataan masalah secara ringkas dan terang. Masalah yang
mengundang penkaji mengkaji tentang kemahiran hiptesis adalah dua faktor. Pertama pengkaji
berasa kajian terhadap kemahiran proses sains amat banyak tetapi kajian terhadap kemahiran
proses sains Hipotesis amat terhad. Faktor keduanya ialah pengkaji berasa kemahiran hipotesis
agak sukat untuk diimplementasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui bacaan saya
daripada kesemua artikal, dapatan kajian mereka menyataka kemahiran proses sains yang lain
dapat dilihat dalam diri pelajar tetapi tidak dapat lihat tentang penguasaan kemahiran hipotesis
dalam kalangan murid. Maka saya tertarik dengan kajia pengkaji ini.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Matlamat dan objektif kajian juga telah diungkapkan secara ringkas dimana matlamat kajian ini
adalah untuk mengkaji bagaimana tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis dalam
kalangan murid sekolah rendah. soalan bagaimana dalam tujuan tersebut akan mengundang
konflik dan jawapan bagi tujuan tersebut mungkin tidak menepati. Persoalan kajian pengkaji
adalah penguasaan konsep pemboleh ubah, pernyataan hubungan pemboleh ubah, membuat
hipotesis, konsep hipotesis dan keupayaan membuat pengujian hipotesis. Pernyataan tersebut
tidak boleh dikatakan sebagai persoalan kajian. Persoalan kajian sepatutnya dinyataka dalam
bentuk soalan supaya dapat dilihat arah tuju kajian.

METODOLOGI

Pengkaji telah menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif degan menggunakan kaedah


pemerhatian ke atas murid yang menjalankan eksperimen, kaedah temubual setelah catatan
pemerhatian dilengkapkan dan kaedah ujian dan akhirnya penulisna jurnal tentang kemahiran
membuat hipotesis. Apabila pengkaji menyatakan menggunakan instrument saya berasa
keraguan tentang pendekatan kualitatif yang digunakan.

Pengkaji telah membina lima tema daripada analisis data iaitu maksud pemboleh ubah, kesan
terhadap pemboleh ubah, menyeneraikan pemboleh ubah serta konsep pemboleh ubah.
Gambar rajah pengkaji tidka jelas dipaparkan. Maka hubungan antara kategori dan tema
daripada hasil data tidka dapat dilihat dengan jelas.

DAPATAN KAJIAN

Melalui dapat kajian pengkaji menghuraikan bahawa peserta kajian mempunyai tahap
penguasaan kemahiran yang rendah dengan tidak menguasasi mana-mana aspek pemboleh
ubah. Maka pengkaji mengutarakan soalan untuk mengenali factor yang mengundang kepada
kelemahan kemahiran hipotesis dalam kalangan murid-murid. Bagi mengenali sebab pengkaji
mengkaji tentang penglibatan guru-guru dalam membantu murid menguasasi kemahiran
membuat hipotesis. Pengkaji juga mengutarakan beberapa cara meningkatkan kemahiran
membuat hipotesis dalam kalangan murid-murid. Antaranya ialah pelaksanaan hands-on-minds
on yang berkesan serta penggarapan konsep dan kemahiran. Saya setuju dengan
penyelesaian masalah yang dicadangkan oleh pengkaji. National Science Education Standards
(1995) menyatakan bahawa murid-murid harus meletakkan minda aiitu perhatian sepenuhnya
apabila aktivit hands-on dijalankan. Semasa hands-on aktiviti murid-murid akan belajar daripada
buat sesuatu tetapi murid-murid berfikir semasa perhatikan sesuatu aktiviti sambil belajar dan
membuat. Maka Hands-on-minds-on menjadi pencentus kemahiran membuat hipotesis dan
guru-guru perlu giat melaksakan aktiviti tersebut. Pengkaji telah mencadangkan proses
membina hipotesis dalam kalangan murid dengan ubah sua model Millar (2004). Proses
tersebut akan membantu guru-guru untuk membina kemahiran hipotesis dalam kalangan murid.
Pengkaji juga mendadangkan langkah penguasaan refleksi dan sudut pandang murid. Saya
setuju dengan langkah ini kerana refleksi amat penting dalam sesuatu aktiviti. Refleksi akan
menyebabkan kita menyedari akan kekuatan, kelemahan, ancaman, dan boleh membuat
penambahbaikan. Refleksi akan menyebabkan seseorang guru menambah baik lagi proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid. Langkah yang akhir sekkali
dicadangkan oleh pengkaji ialah pemilihan langkah yang menggunakan pemikiran Mikro. Saya
sangat menyokong langkah ini dimana dalam pemikiran Mikro guru-guru akan merancang
proses pengajarn dan pembelajaran secara terperinci langkah demi langkah. Maka pemikiran
mikro akan membantu murid-murid menguasai kemahiran hipotesis langkah demi langkah
secara jelas.

Kesimpulanya, keseluruhan kajian amat baik dan setiap bab diberi penjelasan secara ringkas.
Cuma persoalan kajian pengkaji tidak dapat diketahui maka fokus kajian tidak dapat dilihat
secara jelas. Dapatan kajian juga boleh diterangkan dengan analis data yang spesifik. Dari segi
kelebihan, pengkaji telah mencadangkan satu proses penguasaan kemahiran membuat
hipotesis dengan sendiri serta mencadangkan pellbagai langkah. Penyataan masalah juga telah
diterangkan dengna jelas.

ARTIKAL 7

Isu yang telah dibangkitkan oleh pengkaji dalam artikal ini adalah kemahiran proses sains
bersepadu (KPSB) bagi mata pelajaran sains daam kalangan pelajar tingkatan lima. Pengkaji
menyatakan bahawa pelajar kemah dalam Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) mahupun
kemahiran proses sains bersepadu (KPSBB). Antara masalah yang menyebabkan kelemahan
tersebut adalah pelajar jarang mempraktikkan kemahiran saintifik, corak pengajaran kurang
menekankan kemahiran berfikir, pelajar kurang didedahkan kepada KPS, guru sendiri kurang
yakin sebab tidak tahu ciri-ciri KPS dan sebagainya. Walaupun pengkaji menerangkan tentang
faktor yang menyebabkan kelemahan dalam KPS tetapi saya mencadangkan bahawa pengkaji
fokus kepada KPSB kerana kajian pengkaji adalah lebih mengutamakan kepada KPSB maka
pengkaji haruslah menyatakan sebab yang mengundang pengkaji memilih KPSB sebagai
pemboleh ubah bersandar.

OBEJEKTIF KAJIAN

Obejektif pengkaji lebih kepada menentukan tahap pencapaian KPSB dalam matapelajaran
sains dan mengikut jantina. Objektif kajian menunjukkan pengkaji mempunyai dua pemboleh
ubah tidak bersandar . pengkaji juga telah mereka satu hipotesis nol iaitu tidak terdapat
perbezaan min skor pencapaian yang signifikan dalam KPSB di antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan. Pernyataan hipotesis, objektif kajian telah menunjukkan fokus kajian pengkaji
dengan jelas berbanding dengan artikal yang lain.

METODOLOGI

Pengkaji telah menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Reka
bentuk tersebut digunakan oleh pengkaji untuk menguji hipotesisnya. Pengkaji telah
melaksanakan kaedah persampelan rawak dengan memiliih empat buat sekolah secara rawak.
Pengkaji juga menggunakan intrumen kajian iaitu ujian KPSB yng merupakan ujian kertas dan
pensel. Pada pandangan saya pelaksanaan kajian tinjauan dan ujian aneka pilihan pada satu
kajian yang sama mungkin akan menjadi berat kepada pengkaji sewaktu analisis data. Selain
itu jumpah sampel juga bersaiz besar yang akan menyebabkan kerumitan dalak penyelidikan
dan mengambil masa yang lama. Walaubagaimanapun saya berasa terharu pengkaji Berjaya
melaksanakan kajian ini dengan jayanya. Dalam pemilihan sampel secara rawak pengkaji tidak
menyatakan jenis persampelan rawak apa yang pengkaji telah laksanakan. Rawak mudah,
sistematik, bestrata atau berkelompok? Daripada pembacaan saya, saya berasa pengkaji
melaksanakan persampelan rawak mudah.

PENGANALISAN DATA

Pengkaji telah menggunakan perisian SPSS versi 16.0 dengan menggunakan statistic deskriptif
dan inferential. Analisis data menggunakan SPSS amat baik untuk mempersembahkan
mallumat secara terperinci dan spesifik.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah mempersembahkan dapat kajian dengan sebaik mungkin untuk menjawab
objektif kajian dan hipotesis nol. Saya tertarik dengan susunan data yang dikeluarkan dari
perisian SPSS. Dapatan kajian pengkaji menunjukkan tahap pencapaian KPSB sederhana.
Dapatan juga menunjukkan kemahiran membuat inferens dalak tahap baik tetapi kemahiran
membuat hipotesis dalam tahap sederhana seperti kita sedia tahu. Jika mengikut jantina tidka
terdapat perbezaan dari segi pencapaian KPSB. Pengkaji dengan jelasnya menyatakan
dapatan kajian tetapi pengkaji tidak menyertakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Pada pendapat saya pelajar haruslah diberi latihan sebanyak mungkin untuk jelas dengan
pemboleh ubah supaya pelajar tahu menghubungkait, memahami konsep, dan akhirnya tahu
cara membina hipotesis. KPSB merupakan asas kepada sesuatu eksperimen sains. Kemahiran
sains yang menjadi akar tunjang peningkatan pencapaian dalam keseluruhan mata pelajaran
sains.

Secara keseluruhanya, saya berasa pengkaji telah menyertakan semua maklumat kajianya
kecual persoalan kajian dan cadangan penambah baikan. Dari segi kekuatan kajian, dapatan
kajian dijelaskan dengan maklumat yang spesifik dan pengkaji jelas akan fokusnya dari
pengenalan.

ARTIKAL 8

Dalam artikal yang kelapan pengkaji telah membangkitkan isu yang berbeza daripada artikal-
artikal sebelum ini iaitu kemahiran proses sains (KPS) dalam kalangan mahasiswa Pendidikan
Sains di UTM. Saya tertarik dengan isu ini dimana pengkaji ingin menilai tahap kemahiran saind
dalam diri bakal guru supaya bakal guru bersedia sebelum menerapkan KPS dalam diri murid-
murid. Tindakan awalan pengkaji amat perlu dikagumi dan sikap rasional pengkaji amat dipuji.
Dalam kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji Norazilawati (2017) bertajuk Pengetahuan dan
Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains (KPS) dalam kalangan guru, pengkaji telah mendapat
keputusan bahawa tahap KPS dalam kalangan guru dalam tahap sederhana. Hal ini amat
membimbangjkan sedangkan kita sekarang menuju kea rah kemajuan di persada dunia dan
perlu memenuhi pelan pembangunan pendidikan Malaysia. Maka guru-guru perlu bersediakan
diri dengan transformasi yang giat berlaku.

Dalam bab pengenalan pada muka surat 2 pengkaji telah menyatakan beberapa bukti yang
menunjukka bakal guru mempunyai tahap penguasaan KPS yang amat sederhana. Pengkaji
telah banyak menerangkan tentang KPS di bab pengenalan. Saya berharap pengkaji fokus
kepada pernyataan masalah denga ringkas dan teruskan dengan tujuan kajian.
TUJUAN KAJIAN

Kajian pengkaji bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan mahasiswa pendidikan sains
dalam kemahiran membuat inferens, menghipotesis dan mengawal pemboleh ubah dengan
menggunakan soal selidik. Tujuan keduanya ialah unutk menjalankan kajian secara terperinci
dengan menganalisa laporan eksperimen serta menjalankan temubual. saya beras terdapat
percambahan dengan tajuk kajian dan tujuan kajian. Pengkaji menyatakan bahawa ingin
mengenalpasti tahap penguasaan KPS tetapi timbul persoanlan bahawa mengapa pengkaji
Cuma ingin menngenalpasti tahap tiga kemahiran proses sains sahaja? Dan pendekatan yang
digunakanj adakah Mixed Method?

KAEDAH KAJIAN

Pengkaji telah menguji tahap penguasaan KPS dengn ujian objektif bersama 76 responden.
Intrumen dipilih telah dibuat kesahan dan dimodifikasi. Pengkaji telah memilih 12 responden
daripada sampel yang sama untuk menjalani 7 eksperimen dalam satu semester. Dalam hal ini
saya berasa simpati terhadap 12 responden tersebut dimana dalam kesibukan tugasan di
tempat pengajian mereka, responden bersetuju untuk melaksanakan 7 eksperime tersebut
dalam satu semester. Kerjasama responden amat dipuji. Selepas itu pengkaji menemu bual
responden. Sehingga kini pengkaji tidak menerangkan tentang pendekatan beliau.

ANALISIS DATA

Hasil analisis data jelas dipaparkan dalam jadula oleh pengkaji. Saya dapat lihat responden
mencapai tahap penguasaan tinggi dalam menghipotesis. Ini merupakan perkara yang amat
baik dimana dalam artikal yang lepad pengkaji amat rungsing tentang kelemahan dalam
kemahiran membuat hipotesis. Dalam dapatan kajian ini, bakal guru-guru sudah mencapai
tahap baik dalm kemahiran membuat hipotesis serta mengawal pembolehubah. Tetapi
pencapaian sederhana dalam emmbuat inferens agak merungsingkan. Mengikut pengkaji hal ini
berlaku disebabkan kekeliruaan antara hipotesis dan inferens.

Jika melihat dapatan analisis laporan eksperimen , didapati responden kurang pencapaian
dalam definisi secara beroperasi, jadual keputusan danperbincangan. Mengikut pengkaji hal ini
berlaku keran responden sudah biasa menyalin laporan dari buku teks dan buku rujukan.
Mengikut reponden, format laporan sains ditetapka dan mereka mengikut format tersebut.
Kemahiran mendefinisi secara operasi merupakan aspek penting dalam sesuatu kajian. Ramai
yang masih belum faham akan konsep sebenar mendefinisi secara operasi. Jika guru sendiri
keliru, apatah lagi dengan murid-murid di sekolah.

IMPLIKASI

Berlainan daripada artikal lain, pengkaji telah menyatakan implikasi kajian dengan jelas. Ini
merupakan langkah yang bagus untuk menyatakan kepentingan kajian yang dibuat dan
cadangan mengatasi kelemahan. Pengkaji merasakan bahawa dariapada meniru dariapda
contoh laporan eksperimen, allangkah baiknya responden diberi satu tajuk eksperimen dan
mengkajinya dengan bacaan pelbagai sumber dan melaksanakan eksperimen tanpa merujuk
mana-mana laporan. Dengan ini responden akan memahami perkara yang ingin dikaji dan akan
mahir dalak KPS. Saya sokong pendapat pengkaji. Sebagai bakal guru, perlu mempunyai
kerajinan dan ketekulan untuk mengkaji lebih dalam dari pelbagai sumber supaya konsep sains
itu difahami secara menyeluruh. Melebihkan aktiviti eksperimen akan memupuk KPS dalam
kalangan bakal guru.

Secara keseluruhanya, artikal pengkaji mengikut rangka kajian dengan betul dan dapatan kajian
dijelaskan dengan sebaik-baiknya supaya pembaca faham isi kandunganya. Usaha pengkaji
amat dipuji dan saya berharap usaha pengkaji diteruskan untuk masa depan Negara.

ARTIKAL 9

Dalam artikal ke Sembilan pengkaji telah membangkitkan isu aplikasi kemahiran proses sains
(KPS) dalam pembelajaran berasaskan masalah (PBM) untuk mata pelajaran biologi. Isu ini
agak menarik bagi saya lebih lebih lagi saya berkhususan biologi. Pengkaji telah membanding
bezakan kaedah pengajaran berasaskan masalah dan pengajaran berkonvensional. Menurut
Graff dan kolmos (2003), antara prinsip PBM termasuklah, merupakan titik tolak dalam proses
pembelajaran, berpusatkan murid, murid diberi panduan penyelesaian masalah sahaja, guru
perlu kreatif menghasilkan masalah dan masalah berdasarkan situasi sebenar. PBM dapat
memperkembangkan kemampuan murid berfikir secara kritis dan kreatif yang tercetus daripada
kemahiran penyelesaian masalah. Maka isu yang dibangkitkan oleh pengkai dan fokus kajian
pengkaji amat saya setuju.

Sebagai pengenalan kepada kajian pengkaji telah menjelaskan tentanhg kepentingan KPS dan
memperkenalkan pelbagai pendekatan pengajaran sains dan pengkaji berasa pendekatan
yang lebih terbuka seperti PBM perlu diterapkan dalam sains. Menurut pengkaji PBM
mengembangkan lagi idea kognitif konstruktivis dengan memberi peluang kepada pelajar ruang
meneroka dan mencari penyelesaian masalah. Pengenalan beliau amat tersusun dengan
pernyataan kelebihan PBM dalam setiap perenggan oleh pengkaji. Bahasa yang digunakan
oleh pengkaji juga amat mudah difahami.

PENYATAAN MASALAH

Pengkaji juga telah membincangkan masalah yang mengundang kepada kajian ini. Masalah
pertama adalah mata pelajaran Biologi merupakan mata pelaharan yang membosankan, tidak
mencabar minda, guru kurang memahami strategi pengajaran, kaedah “Chalk and talk” banyak
digunakan dan guru mengalami kesukaran memilih strategi pengajaran. Pengkaji dengan
jelasnya menerangkan setiap masalah dan mengakhiri dengan kepentingan PBM. Susunan
penyataan masalah ini telah mengajar saya cara menyusun atur masalah dengan baik yang
berguna pada masa akan datang.

OBJEKTIF

Objektif kajian pengkaji sepenuhnya tentang perbezaan antara ujian pra dan pasca dan lebih
jelas dilihat fokus kajianya.

METODOLOGI

Pengkaji telah menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi yang melibatkan kumpulan pelajar
sedia ada. Pengkaji juga menggunakan kumpulan rawatan dan kawalan bagi perbezaan antara
pra dan pasca. Perekaan prosedur kajian oleh pengkaji merupakan langkah bijak supaya kajian
mengikut urutan dan tersusun. Ini merupakan etika penyelidikma yang baik. Kerangka prosedur
yang telah dibina oleh pengkaji amat jelas dan ia menjadi pengajarn bagi saya tentang kebaikan
perekaan kerangkan kajian untuk kajian yang teratur.

Pengkaji telah menghasilka dua jenis modul iaitu modul pelajar dan modul fasilitator. Modul
pelajar mempunyai 7 peringkat PBM manakala modul fasilitator mempunyai panduan
penggunaan carta FILA (Facts, Ideas, Learning issues, Action plan). Modul fasilitator juga
mempunyai empat scenario masalah. Pengkaji telah menghasilkan modul tersebut dengan
menggunakan bebrapa langkah iaitu menentukan objektif pdp, mereka bentuk scenario
masalah dan pengujian rintus senarion. Pada pandangan saya, inisiatif pengkaji yang ingin
memastikan modul yang dibina bagus, berfaedah, kebolehgunaan dan mencapai objektif kajian
amat bagus. Kegigihan pengkaji dalak pembinaan ujian mengikut taksonomi Bloom juga amat
bagus. Secara keseluruhanya pengkaji mengikut prosedur kajiannya dengan teratur.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pengkaji telah menyertakan jadual statistic dan ujian-t bagi pra ujian antara kumpulan PBM dan
PK, statistic kumpulan PBM bagi ujian pra dan pasca, ujian-t tak bersandar bagi ujian pra dan
pasca bagi kumpulan PBM, statistic kumpulan PK bagi ujian pra dan ujian pasca, statistic ujian-t
tak bersandar bagi ujian pra dan pasca bagi kumpulan PK, statistic kumpulan dari ujian pasca
serta statistic bagi ujian pasca antara kumpulan PBM dan PK. melalui jadual-jadula tersebut
pengkaji dengan jelasnya menyatakan hasil kajianya. Hasil kajian pengkaji menunjukkan tahap
pengetahuan sedia ada responden kedua-dua kumpulan sama dan tiada perbezaan bagi ujian
pra. Selepas rawatan, kedua-dua kumpulan menunjukkan peningkatan dan kumpulan rawatan
dengan PBM menunjukkan skor yang lebih tinggi daripada kumpulan PK. walau bagaimanapun
keputusan skor pencapaian tidak mempunyai perbezaan yang banyak. Kedua-dua kumpulan
mengalami perubahan maka kedua-dua kaedah pengajaran membawa kelebihan.

Secara keseluruhanya, keputusan kajian menjawab persoalan kajian pengkaji dengan baik.
Kerangka kajian merupakan kelebihan kajian ini. Tidak ada kelemahan yang saya dapat tahu
melalui pembacaan saya. Kajian ini merupakan kajian yang mudah difahami oleh pembaca dan
akan berguna kepada guru-guru sekolag untum prose pengajaran dan pembelajaran mereka.

ARTIKAL 10

Dalam artikel yang ke sepuluh pengkaji telah emmbangkitkan isu kesediaan murid tahun 1
mengikuti pengajaran kemahiran proses sains (KPS) dalam bahasa Inggeris. saya tertarik
dengan isu dimana isu ini merupakan isu hangat yang sering dibicarakan. Pada tahun 2003
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menguatkuasakan pengajaran sains dan
matematik dalam bahasa inggeris bagi tahun 1. Tetapi pelan itu dimansuhkan pada tahun 2012
disebabkan penurunan pencapian dalam mata pelajaran sains. Menurut setiausaha Agung
MPM, Datuk Dr Hassan Mad (2019) pelaksanaan PPSMI memberikan impak negative dengan
penurunan penguasaan pelajar dalak subjek Sains, Matematik dan Bahasa Melayu selama
tujuh tahun system itu dilaksanakan. System PPSMI memberi impak yang tinggi dalam
kalangan pelajar luar Bandar yang kurang pendedahan kepada penggunaan bahasa inggeris.
menurutnya juga, Unesco dalam piagamnya menegaskan keberkesanan pendidikan adalah
menggunakan bahasa sendiri.

Pada pendapat saya, bahas Inggeris perlu digunakan kerana ia merupakan bahasa
antarabangsa. Mengikut pelan pembangunan pendidikan Malaysia, anjakan pertama
menegaskna akses pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Jika KPM ingin meningkatkan
pencapain sains berantarabangsa alangkah bagus jika pelajar-pelajar mahir dalam bahasa
inggeris supaya mereka berkongsi idea dan pengetahuan mereka kepada dunia luar.
Kegagalan PPSMI sebelum ini disebabkan pelaksanaan program tanpa perancangan rapian
kajian menyeluruh. Maka kajian pengkaji ini akan bermanfaat bagi pelaksanaan program
PPSMI pada masa akan datang.

LATAR BELAKANG

Dalam bab latar belakang pada muka surat satu, pengkaji telah menyatakan kepentingan
bahasa Inggeris dan pada masa yang sama pengkaji menyatakan kesediaan pelajar untuk
menerima bahasa inggeris dalam sains perlu dipertimbangkan.

PENYATAAN MASALAH

Dalam penyataan masalah pengkaji menyatakan tiga apek kesediaan murid iaitu murid yang
menyokong, menolak, dan murid yang tidka menyokong mahupun menolak. Dalam bab ini,
pengkaji tidak menjelaskan tentang masalah yang mengundang kajian ini. Terdapat banyak
masalah yang boleh pengkaji huraikan. Ini merupakan kelemahan dari segi penyataan masalah
kajian.

OBJEKTIF/ PERSOALAN KAJIAN

Pengkaji ingin mengkaji tentang perbezaan pencapaian KPS antara pelajar Bandar dan luar
Bandar dalam istilah bahasa inggeris dan mengkaji tentang tahap kesediaan murid tahun 1 bagi
mata pelajaran sains dalam bahasa inggeris. persoalan kajian pula fokus kepada adakah
terdaat perbezaan antara lokasi murid terhadap penguasaan KPS dan sejauh manakah tahap
kesediaa murid tahun 1. Pada pandangan saya soalan sejauh manakah lemah dalam
pengukuran sesuatu tahap. Cadangan saya ialah pengkaji boleh menggunakan perkataan
apakah tahap pencapaian KPS.

METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif deskriptif perbandingan. Reka
bentuk yang dipilh oleh pengkaji ini sesuai untuk fokus kajian pengkaji dimana ia akan
membantu pengkaji untuk meninjau istilah atau konsep sains yang perlu dikuasasi oleh murid
tahun 1. Reka bentuk ini juga akan membantu pengkaji untuk megumpul data dan membuat
perbandingan. Sampel kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah persampelan rawak dengan
memilih 5 buah sekolah Bandar dan 6 buah sekolah luar Bandar. Pada pandangan saya jika
bilangan sekolah dipilih sama mungkin kelihatan lebih bagus dari segi kesahan. Dari segi
pembinaan instrument pula pengkaji telah mengikut prosedur kesahan intrumen dengan sebaik-
baiknya dan melaksanakan kesahan intrumen. Pengkaji juga melaksanakan kebolehpercayaan
melalui kajian rintis terhadap 36 responden.

DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian pengkaji telah menyertakan jadual perbandingan KPS murid tahun1
bandar dan luar Bandar mengikut pecahan KPS. Jadual penguasaan keseluruhan kemahiran
proses sains Murid tahun 1 juga diselitkan oleh pengkaji. Melalui kajian pengkai dapat
disimpulkan bahwa dalam setiap KPS murid luar Bandar kurang memuaskan dan kesediaan
mereka menerima pengajaran sains dalam bahasa inggeris amat rendah berbanding murid
Bandar. Bebrapa cadangan juga telah diutaraka oleh pengkaji. Pada pandangan saya, untuk
menyamaratakan akses pendidikan dan ekuiliti pendidikan Bandar dan luar Bandar, pihak guru,
ibu bapa, masyarakat setempat dan pihak KPM sama-sam perlu bekerjasama supaya bahasa
inggeris dikuasai oleh murid luar Bandar. Kita tidak boleh memanjakan murid luar Bandar
dengan menyatakan bahasa inggeris dalam saind dimansuhkan disebabkan pencapaian murid
luar Bandar menurun. Kita harus memberi peluang dan masa untuk murid luar Bandar adaptasi
dengan perubahan itu.

Secara keseluruhanya, rangka kajian da nisi kandungan kajian amat baik. Kelemahan yang
dapat saya lihat adalah daripada kegunaan kajia ini dimana tidak lagi bahasa inggeris
digunakan dalam sains tetapi Ia akan jadi rujukan untuk kajian yang akan datang. Seterusnya
kelemahan keduanya adalah, pengkaji tidka menjelaskan penyataan masalah secara dalam.
Kelebihan kajian ini adala dapatan kajian amat rapi, tersusun dan boleh menjadi rujukan kepada
pengkaji lain.
RUMUSAN 10 ARTIKAL

Saya telah mengumpulkan artikal yang berkaitan Kemahiran Proses Sains (KPS) kerana ia
merupaka asas kepada mata pelajaran sains. Kesemua artikel yang telah saya pilih
menggunakan kaedah Kuantitatif dengan instrument yang sesuai. Saya ingin mengenali cara
kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu artikel ditentukan dan dikira. Saya juga ingin
mengetahui tentang penguasaan, penggunaan, teknik pengajaran dan pembelajaran berkaitan
KPS. Sebagai pelajar sarjana aliran Sains saya mempunyai tanggungjawab untuk mengenali
isu semasa dalam pendidikan Sains. Melalui pembacaan ilmiah artikal saya dapat belajar isu
semasa pendidikan sains pada masa yang sama dapat belajar cara membuat penyelidikan,
analisis data dan dapatan kajian. Disebabkan saya masih dalam proses pembelajaran saya
tidak ada pengetahuan, pengalaman yang secukupnya berbanding pengkaji artikal yang telah
say abaca. Walau bagaimanapun saya perlu membuat ulasan kritikal terhadap kajian mereka
untuk motif pembelajaran. Saya telah merangka jadual rumusan supaya dapat tahu dengan
jelas aspek artikal. Melalu jadual tersebut saya dapat tahu bahawa kesemua artikal itu berkaitan
KPS. Dalam sepuluh artikal, satu artikal membuat kajian terhdapat KPS bersepadu dan satu
lagi membuat kajian terhadap KPS Asas. Satu artikal pula fokus kajiannya spesifik kepada
kemahiran membuat Hipotesis. Satu lagi artikal pula fokus kepada pendekatan pengajarn KPS.
Maka melalui rumusan ini saya dapat tahu bahawa banyak pengkaji lebih fokus kepada
pencapaian KPS. Maka jika saya ingin membuat kajian saya akan merujuk jadual tersebut dan
akan fokus kepada KPS yang spesifik atau pendekatan. Hal ini kerana untuk membangunkan
kajian yang baru. Keseluruhan artikal merangkumi tahap responden yang usia berbeza dan
semua dapatan kajian artikal menunjukkan tahap pencapian KPS yang sederhana. Maka pihak
guru haruslah mempertimbangkan keputusan tersebut dan perlu melaksanakan pendekatan
yang pelbagai bagi meningkatkan pencapaian KPS.

Dari segi kelemahan kebanyak artikal tidak menyertakan persoalan kajian, penyataan asalah
mahupun hipotesis dimana ketiga-tiga aspek itu merupakan hala tuju kajian dan memberi
gambaran jelas kepada pembaca. Satu artikal yang baim perlu memberi cadangan dan
implikasi kajian supaya ia boleh digunakan pada masa akan datang.
RUJUKAN

Abdul Rahim, H., & Saliza, A. (2008). Tahap Penguasaan Guru dalam Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains Menengah Rendah. Paper presented at the
Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, 11–12 October 2008, Johor.

Dhanapal, R. (2007). Hubungan Iklim Akademik Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

Tamil dengan Konsep Kendiri, Relians Kendiri dan Kesediaan Intelek. (Unpublishd
doctoral dissertation). Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Quinn, M. E., and George, K. D. (1975). Teaching hypothesis formation. Science

Education, 59(3), 289–296.

Sharifah Maimunah Syed Zin, dan K. M. Lewin. 1993. Insights into Science Education: Planning

and Policies in Malaysia. Paris: UNESCO.

Sharifah Maimunah Syed Zin (2003). The Teaching of Maths and Science Through English in

Malaysia Schools. Curriculum Development Centre. Ministry of Education Malaysia.

Sinar Harian. (2019, Mac 12). Tiada Keperluan Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Smart School Project Team. 1997. The Malaysian Smart School: An MSC Flagship Application,

A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Spradley, J.S. 1980. Participant Observation. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Sprague, C. S., H. J. Funk, H. H. Jaus, J. R. Okey, R. J. Rezba., dan R. L. Fiel. 1995. Learning

and Assessing Science Process Skills. (3rd Ed.) Dubuque: Kendall/Hunt Publishing
Company.
Star. (2001, Januari 12). Science for Year One students.

TIMSS (1999). National Center for Education Statistics. TIMSS results. [Atas Talian]

http://nces.ed.gov/timss/results.asp.

Taylor, S.J., dan R. Bogdan. 1984. Introduction to Qualitative Research: the Search for
Meaning

(2nd Ed.) New York: John Wiley.

Yeam, K.P. (2007). Tahap Pencapaian dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains dalam

Kalangan Guru Pelatih. (Unpublished M.Ed thesis). Universiti Sains Malaysia, Penang

Zurida Ismail. 1998. Penguasaan Kemahiran Proses Sains Pelajar Sekolah Rendah dan

Menengah. Jurnal Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum.1(1):109-120.

You might also like