Pengalaman Pembelajaran Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Pengajian Tinggi Semasa Pandemik Covid-19

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

PENGALAMAN PEMBELAJARAN KENDIRI DALAM KALANGAN

PELAJAR PENGAJIAN TINGGI SEMASA PANDEMIK COVID-19

Sharifah Nurashikin Saiyed Abdullah, Diana Wulandari, Hemalatha Balasubramaniam,


Norhapiza Mat Isa, & Suraya Sharip

School of Education and Modern Languanges (SEML)

Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah

Corresponding author: sharifah11050@yahoo.com

ABSTRACT

Purpose – The COVID -19 pandemic is affecting countless challengers to our health care system and
self-direction system among students. In this paper, focus is given to explain experiences, skills and
impact of self-direction by higher education students during COVID -19 pandemic. In other words, its
aim is not to discuss a meaning of self-direction but to explore and deeply discuss about the learning
experiences, skills and impacts of self-direction among higher education students during COVID - 19.
Methodology – This research used phenomenology design in qualitative approach to explore higher
education’s student’s self-direction learning during COVID -19 pandemic. 10 higher education students
in various higher education institutions involved in the research. The researchers used interview as
medium in collecting data and used the six steps mentioned by (Creswell,2009) to analyze data. The six
steps are organize and prepare the data for analysis, read through all the data, coding the data, use the
coding process to generate a description of the themes, advance how the description and themes will be
represented in the qualitative narrative, and finally, makes interpretation or meaning of the data.

Findings – The analysis from the research emerge 7 themes that conclude the experiences, skills and
impact of the self-direction in teaching and learning among higher education students during pandemic
COVID-19. In revealing the experiences, the students told more about the communication skills,
financial
problem and lecturer’s roles. For the skills that students should have are time management, technology
use skills, and attitude management. Finally, the pandemic gives the positive and negative impact to
students’ self-direction. The positive impacts are the flexibility of the lecturer and time, save time to
travel to the university, high self-confidence and improve computer literacy. In contrast, the negative
impacts are less focus and satisfaction in learning and face difficulties in technical aspects of the use of
technology.

Significance – This study is important for the authority of the higher institutions in order to manage
students teaching and learning process and help the students as the ways that they are needed.

Keywords: Self direction, learning experienced Covid-19, higher education, Pandemic Covid-19, Skills
learning, impact of higher education, teaching and learning
PENDAHULUAN

Pada akhir tahun 2019, seluruh dunia telah dikejutkan dengan serangan virus baharu yang dikenali

dengan Corona virus atau COVID -19. Bermula di daerah Wuhan yang terletak di negara China, virus ini

telah menyebabkan pandemik di seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Virus ini juga telah

menyebabkan kematian seramai ratusan ribu penduduk dunia (World Health Organization (WHO),

2020), manakala di Malaysia, angka kematian telah mencecah seramai 121 orang (Kementerian

Kesihatan Malaysia, 2020). Seramai lebih kurang 2400 pesakit yang telah disahkan positif COVID -19

adalah di antara umur 18 sehingga 49 tahun berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan

Malaysia. Menurut statistik Kementerian Pendidikan Malaysia, purata umur ini adalah berkemungkinan

sebahagian daripada pelajar pengajian tinggi yang sedang mengikuti pengajian dari peringkat Diploma

hingga peringkat Doktor Falsafah (PhD). Disebabkan oleh jumlah jangkitan yang semakin meningkat,

negara kita telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 dan kini

berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sewaktu PKP ini dilaksanakan, semua

institusi pengajian bermula dari tadika hingga universiti dikehendaki menghentikan operasinya. Oleh itu,

pelajar di Institusi pengajian tinggi perlu lebih berdikari dan bersikap proaktif dalam mengurus

pembelajaran secara kendiri. Hal ini bagi mengelakkan pelajar ketinggalan dan kekal fokus terhadap

pengajian. Terdapat tiga soalan kajian yang digunakan untuk memahami aturan kendiri pelajar semasa

pendamik COVID-19, iaitu;

1. Bagaimana pengalaman aturan kendiri pelajar pengajian tinggi sepanjang COVID-19?

2. Apakah kemahiran aturan kendiri yang digunakan sepanjang COVID-19 dan bagaimanakah

keberkesanan kemahiran-kemahiran tersebut?

3. Bagaimanakah pengajaran dan pembelajaran sepanjang COVID-19 memberi kesan terhadap

aturan kendiri pelajar?

Justeru, kepentingan kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengalaman pembelajaran kendiri

pelajar, kemahiran aturan kendiri dan kesannya dalam menghadapi norma baharu pengajian pendidikan
tinggi. Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar pengajian tinggi mengenai

persediaan, cabaran dan kesan aturan kendiri terhadap pengajian semasa pendamik. Selain itu, pihak

institusi pengajian tinggi juga dapat melihat sejauhmanakah pelajar pengajian tinggi menguruskan

pembelajaran kendiri dan mampu memberi galakan serta kemudahan yang bersesuain untuk membantu

pelajar.

METODOLOGI

Rekabentuk kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan fenomenologi dengan pendekatan kualitatif. Untuk

mencapai objektif kajian, para pengkaji ingin memahami semua peserta kajian di dalam konteks mereka

sedia ada. Justeru, di antara ciri-ciri kajian kualitatif yang disebut oleh (Creswell,2009; Patton, 2015)

ialah mengutip data di dalam persekitaran natural dan bertujuan memahami maksud sebenar peserta

kajian.

Kajian fenomenologi pula meneroka bagaimana manusia merasai suatu pengalaman dan mengubah

pengalaman tersebut menjadi suatu bentuk kesedaran terhadap individu dan sebagai suatu perkongsian

yang bermakna (Patton,2015: 190). Oleh itu, para pengkaji ingin melihat bagaimana pengalaman,

kemahiran dan kesan pembelajaran kendiri pelajar pengajian tinggi semasa berlakunya pandemik

COVID -19.

Peserta Kajian

Penentuan peserta kajian adalah berdasarkan tujuan ianya dijalankan. Justeru pengkaji menggunakan

teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) yang mana pengkaji ingin memahami dan meneroka

pengalaman pembelajaran kendiri pelajar pengajian tinggi semasa Pandemik COVID -19. Peserta kajian

yang dipilih adalah berdasarkan kriteria pelajar pengajian tinggi peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah
(PhD) serta sedang mengikuti pengajian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di

Malaysia semasa pandemik COVID-19.

Peserta kajian yang terlibat telah dimaklumkan mengenai tujuan kajian serta etika iaitu kerahsiaan nama

dan identiti peserta semasa laporan kajian. Kesemua peserta kajian ini telah bersetuju untuk menyertai

kajian yang dijalankan Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan semasa proses temu bual

dijalankan disebabkan beberapa kekangan masa daripada peserta kajian yang kebanyakan mereka juga

bekerja dari rumah semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kurang faham beberapa soalan temu

bual. Namun, pengkaji telah memberi ruang masa dengan menetapkan tempoh maklum balas temu bual

sebagaimana yang telah disarankan oleh (Braun&Clarke,2013) dan mengulangi sesi temu bual mengikut

persetujuan peserta kajian. Pengkaji juga menerangkan soalan temu bual menggunakan gaya bahasa

yang mudah difahami peserta kajian.

Merriam & Tisdell (2016) menyarankan agar penggunaan teknik persampelan bertujuan dimulakan

dengan mengenal pasti kriteria utama dalam pemilihan peserta mahupun tempat kajian. Berikut

merupakan ciri-ciri peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini:

1. Pelajar pascasiswazah di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

2. Pelajar sedang mengikuti pengajian semester ke dua dan ke atas semasa Pandemik COVID-19.

Justeru, kajian ini melibatkan 10 peserta kajian daripada pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) yang sedang mengikuti pengajian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik

COVID-19. 10 orang peserta kajian ini mencukupi untuk menjawab soalan kajian dan mampu memberi

maklumat yang mencukupi untuk memahami fenomena kajian. Braun & Clarke (2013) menyatakan

bahawa pemilihan jumlah sampel tidak ditentukan dalam kajian kualtitatif tetapi perlu mengambil kira

ketepuan data iaitu tiada maklumat baharu diperoleh dengan bilangan sampel yang mencukupi.
Pemilihan sampel dalam kajian ini menggunakan strategi convenience sampling yang mana peserta

kajian merupakan pemilihan sendiri daripada pengkaji sama ada kenalan rapat dan sebagainya (Braun &

Clarke, 2013). 7 peserta kajian merupakan pelajar peringkat Sarjana, manakala 3 orang merupakan

pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD). Semua peserta kajian selepas ini disebut sebagai Peserta 1 (P1)

hingga Peserta 10 (P10) sebagai menggantikan nama sebenar mereka untuk memastikan tahap

kerahsiaan peserta kajian terpelihara (Berg,2001). Jadual di bawah merupakan demografi peserta kajian

yang terlibat.

Jadual 1.1 Demografi Peserta Kajian

Kategor P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10
i
Jantina P P P P P P P P p p
Peringk PhD Sarjana Sarjana Sarjana Sarjana Sarjana PhD Sarjana PhD Sarjana
at
Tahun 1 1 1 1 2 2 1 1 2 1
Kaedah Whatap Zoom Whatap Whatap Whatap Whatap Whatap Telegra Whatap Whatap
p p p p p p m p p
Bil. Sesi 1 2 2 3 2 2 2 3 2 3
temu
bual

Kaedah Kutipan Data

Menurut Cresswell (2009) pengkaji berperanan untuk menentukan tahap perbincangan isu-isu yang akan

terlibat dalam pengumpulan data. Braun & Clark (2013) menyatakan kaedah pengumpulan data yang

banyak digunakan dalam kajian kualitatif adalah kaedah temubual. Bagi mendapatkan data, kaedah yang

digunakan dalam kajian ini adalah temubual separa berstruktur di mana penyelidik mempunyai senarai

soalan tetapi ada ruang untuk peserta mengemukakan isu-isu yang tidak dijangka oleh penyelidik

sepanjang proses temubual berlaku (Braun & Clark, 2013). Ini adalah jenis temubual yang paling biasa

digunakan dalam penyelidikan kualitatif (Braun & Clark, 2013).


Kewujudan internet membolehkan proses pengumpulan data dilaksanakan secara dalam talian (Salmons,

2015 dipetik daripada Merriam & Tisdell, 2016). Data kualitatif dapat dikumpul melalui e-mel, blog,

perbincangan berkumpulan secara dalam talian, Skype, tweet, teks dan pelbagai medium di media sosial

(Merriam & Tisdell, 2016). Temubual secara dalam talian dapat dilaksanakan dalam dua keadaan iaitu

secara serentak di mana pengkaji dan peserta kajian terlibat dalam sesi temubual dalam masa serentak dan

data diperolehi dalam masa yang sama contohnya dengan menggunakan temubual lisan secara bersemuka

(Merriam & Tisdell, 2016). Keadaan kedua pula adalah temubual secara tidak serentak di mana pengkaji

memberikan soalan temubual dan peserta kajian akan menjawabnya pada yang masa lain seperti melalui

e-mel dan perbincangan berkumpulan secara atas talian (Merriam & Tisdell, 2016). Dalam kajian ini, para

peserta melakukan temubual secara serentak dengan menggunakan Zoom. Bagi temubual secara tidak

serentak pula menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram.

Menurut Cresswell (2009), borang persetujuan kebiasaannya memerlukan beberapa elemen iaitu hak

peserta kajian untuk menarik diri, peserta kajian tidak boleh dipaksa untuk terlibat dalam temubual,

menggariskan tujuan kajian dilaksanakan dan prosedur yang akan digunakan untuk mengumpul data,

faedah yang akan diperoleh oleh peserta kajian daripada kajian yang akan dijalankan dan diakhiri dengan

tanda tangan peserta kajian sebagai tanda persetujuan untuk menjadi peserta kajian. Dalam kajian ini,

sebelum sesi temubual dimulakan, pengkaji meminta persetujuan untuk ditemubual kepada para peserta

kajian melalui aplikasi whatsapp kerana kekangan dari segi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang

dilaksanakan di seluruh Malaysia. Oleh itu, borang persetujuan tidak diserahkan kepada para peserta

kajian tetapi pengkaji tetap membuat penerangan ringkas tentang kajian yang akan dilaksanakan.

Penerangan yang diberikan berkaitan tajuk kajian, keperluan kajian, kepentingan kajian dan kriteria

peserta kajian. Semua maklumat peribadi peserta kajian adalah dirahsiakan dan nama sebenar mereka

tidak didedahkan. Peserta kajian juga diberi ruang untuk bertanya soalan dan akhirnya memberi kata

putus sama ada bersetuju untuk ditemubual atau sebaliknya.


Temubual dijalankan dengan menggunakan Bahasa Melayu. Waktu bagi menjalankan temubual secara

serentak melalui proses perbincangan di antara pengkaji dan peserta kajian yang mana waktu yang

ditetapkan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Masa yang diambil bagi melaksanakan proses

temubual adalah 1 jam yang melibatkan seorang peserta kajian. Bagi temubual secara tidak serentak pula,

pengkaji menghantar semua soalan kepada peserta kajian dan meminta mereka memberikan jawapan dan

pandangan pada bila-bila masa dengan menetapkan tempoh iaitu selewat-lewatnya 2 hari selepas pengkaji

memberi soalan. Ini bagi memastikan pengkaji dapat melakukan transkrip terhadap data-data yang

diperoleh untuk proses reflektif di mana jika ianya tidak menepati kehendak soalan kajian, soalan susulan

akan diberikan dengan melakukan penambahbaikan terhadap struktur ayat bagi mendapatkan data yang

tepat. Masa yang diambil bagi menjawab semua soalan antara 30 minit sehinggan 45 minit yang

melibatkan 8 peserta kajian menggunakan Whatsapp dan seorang peserta kajian menggunakan Telegram.

Braun & Clark (2013) menyatakan pengkaji kualitatif bukanlah robot yang telah diprogramkan,

sebaliknya mereka adalah manusia yang mempunyai gaya personaliti yang tersendiri dalam menggunakan

kemahiran-kemahiran sosial masing-masing dalam menjalankan sesi temubual. Dalam kajian ini,

pengkaji menggunakan kemahiran sosial masing-masing bagi mendekati para peserta kajian. Kemahiran

sosial yang digunakan sepanjang proses temubual perlulah bersesuaian dengan mengambilkira latar

belakang peserta kajian (Braun & Clark, 2013). Perkara ini sangatlah penting bagi memastikan pengkaji

memperoleh data yang tepat, menakjubkan dan terperinci (Braun & Clark, 2013).

Braun & Clark (2013) menggariskan tentang keperluan merekabentuk panduan untuk melaksanakan

temubual bagi tujuan membina kepercayaan dan rapport di kalangan peserta kajian. Bagi proses ini,

pengkaji telah menyediakan senarai soalan temubual bagi setiap soalan kajian di mana ianya telah melalui

proses perbincangan antara semua pengkaji. Proses penerangan tentang soalan-soalan temubual yang

akan ditanya perlu dilakukan pada awal sesi temubual (Smith, 1995 dipetik daripada Braun & Clark,

2013). Pengkaji memberikan penerangan ringkas tentang skop kajian dan gambaran tentang soalan-soalan
temubual yang akan ditanya. Sesi awal temubual dimulakan dengan soalan tentang pengenalan diri dan

keluarga terlebih dahulu. Ini bagi mewujudkan keselesaan dan kepercayaan di kalangan peserta kajian.

Soalan-soalan yang ditanya berkaitan kajian dimulai dengan soalan yang bersifat umum dahulu dan

diakhiri dengan soalan-soalan yang agak terperinci. Soalan-soalan berbentuk terbuka diajukan kepada

peserta kajian bagi membuka ruang untuk mereka memberikan jawapan yang lebih terperinci. Di

penghujung sesi temubual, pengkaji mengajukan clean-up question kepada peserta kajian bagi

memastikan peserta kajian memberikan data secara maksimum. Kadang-kadang clean-up question boleh

memberikan data yang tidak dijangka oleh pengkaji (Braun & Clark, 2013).

Kajian ini menggunakan temubual dalam dua keadaan iaitu serentak dan tidak serentak di mana para

pengkaji menggunakan medium Whatsapp, Telegram dan Zoom bagi mendapatkan data daripada peserta

kajian. Data diperoleh daripada peserta kajian melalui rakaman video, teks dan rakaman audio. Pada

peringkat pertama, pengkaji hanya menemubual 5 orang peserta kajian sahaja. Selepas itu, para pengkaji

bersetuju dan sepakat untuk menambah 5 peserta kajian lagi menjadikan jumlah peserta kajian terkini

adalah 10 orang. Keputusan ini dibuat bagi memastikan semua soalan kajian dapat dijawab dengan lebih

meluas. Pada peringkat pertama sesi temubual, pengkaji berhadapan dengan seorang peserta yang

mempunyai emosi yang kurang stabil. Apabila perkara ini berlaku, pengkaji menggunakan kemahiran

sosial yang ada dengan memberi penerangan ringkas tentang tujuan proses temubual dijalankan dan

menjelaskan tentang maklumat peribadi peserta kajian akan sentiasa dilindungi. Sesi temubual dengan

peserta ini dihentikan seketika dan pengkaji membuat temujanji seterusnya mengikut perbincangan masa

yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Terdapat juga seorang peserta kajian yang mempunyai

masalah kesihatan dan kekangan masa sewaktu sesi temubual dijalankan. Pengkaji menghentikan sesi

temubual terlebih dahulu dan sehari selepas itu, peserta kajian tersebut merekod audio menggunakan

aplikasi Whatsapp bagi menjawab semua soalan yang telah diajukan.


Hasil refleksi daripada dapatan data pada peringkat pertama, terdapat beberapa peserta kajian yang tidak

memberikan jawapan seperti yang diharapkan. Maka, pengkaji mengemukan beberapa soalan tambahan

yang lebih jelas dengan menukar struktur ayat agar mudah difahami oleh peserta kajian. Pendekatan

menggunakan kemahiran sosial digunakan pada peringkat kedua dan ketiga proses temubual di mana

pengkaji menggunakan ayat yang lebih ringan dan tidak formal bagi mewujudkan hubungan dan

keselesaan yang baik antara pengkaji dan peserta kajian.

Menurut Merriam & Tisdell (2016), proses mengumpul dan menganalisis data berjalan serentak dalam

kajian kualitatif. Ianya juga adalah proses yang berterusan sepanjang kajian kualitatif dijalankan

(Merriam & Tisdell, 2016). Apabila selesai sesi temubual pada peringkat pertama, pengkaji akan

melakukan proses transkrip data. Seterusnya diikuti proses menentukan code yang sesuai bagi setiap

jawapan yang diberikan peserta kajian. Hasil refleksi daripada temubual fasa pertama, beberapa soalan

telah diubah kepada struktur ayat yang lebih baik dan tidak formal. Hasil dapatan temubual peringkat

kedua juga dilakukan proses transkrip data dengan menentukan code yang sesuai dan ditentukan sub tema

bagi setiap code. Apabila data sudah mencapai tahap tepu di mana tiada lagi jawapan baru yang diperoleh,

pengkaji menetapkan tema-tema yang sesuai daripada semua sub tema yang diperoleh. Maka, keputusan

terakhir dibuat berdasarkan dapatan kajian dengan menjawab semua soalan kajian yang ditetapkan pada

peringkat awal. Ini menunjukkan proses iteratif berlaku dalam kajian kualitatif di mana proses

pengumpulan data dan menganalisis data dijalankan secara serentak dan berterusan sehinggalah data yang

diperoleh mencapai tahap tepu.

Kaedah Analisis Data


Setelah selesai mendapatkan data daripada peserta kajian, proses analisis data akan dilakukan. Menurut

Cresswell (2009), terdapat enam langkah dalam menganalisis kandungan temubual. Pertama ialah

mengatur dan menyediakan data yang telah diperoleh dengan melakukan proses transkrip data di mana

data mentah akan ditaip dalam bentuk jadual dengan memasukkan bahagian code, sub tema dan tema.
Kedua, membaca semua data yang diperoleh dan ditaip sekali lagi bagi memastikan data mentah dan data

yang ditaip adalah sepadan. Ketiga, melakukan proses coding data iaitu dengan menentukan kata kunci

bagi setiap data . Keempat, menggunakan proses coding untuk menghasilkan tema iaitu dengan

memasukkan semua code ke dalam sub tema yang sesuai. Daripada sub tema pula ditentukan beberapa

tema akhir. Kelima, menjelaskan bagaimana penerangan tema akan dipersembahkan dalam kajian

kualitatif iaitu dengan menjelaskan teme-tema yang diperoleh daripada proses analisis bagi menjawab

semua soalan kajian. Yang terakhir adalah membuat tafsiran maksud bagi semua data yang diperoleh

dengan membuat kesimpulan bagi semua dapatan sepanjang kajian dilaksanakan sehingga selesai

melaksanakan proses analisis. Inilah enam langkah yang pengkaji lakukan dalam mendapatkan dapatan

akhir kajian ini.

Kajian ini melaksanakan enam langkah tersebut dalam proses analisis data. Para pengkaji menetapkan

objektif kajian dan soalan kajian terlebih dahulu. Berpandukan soalan kajian yang telah dibuat, maka

pengkaji membuat beberapa soalan temubual untuk membantu pengkaji mendapatkan data yang tepat

bagi menjawab persoalan kajian.

Semua data yang diperoleh daripada temubual dikumpulkan dan dipindahkan dalam bentuk bertulis dan

dibaca semula oleh pengkaji. Selepas itu proses coding dilakukan. Berdasarkan coding tersebut, pengkaji

menghasilkan pula sub tema yang bersesuaian. Seterusnya setiap sub tema pula akan menghasilkan tema-

tema yang dipersetujui oleh semua pengkaji dipersembahkan dalam kajian kualitatif ini. Akhir sekali,

pengkaji membuat tafsiran dan kesimpulan kajian berdasarkan semua data yang diperoleh.

Pada peringkat awal proses analisis data, terdapat 12 tema yang hasil perkongsian semua pengkaji tentang

data-data yang diperoleh di mana kesemua data tersebut telah menjalani proses transkrip data. Semua

pengkaji mengadakan perbincangan secara bersemuka bagi membincangkan semula semua 12 tema

tersebut. Hasil pertemuan itu, tema dikurangkan kepada 7 tema sahaja di mana 5 tema telah disingkirkan
kerana terdapat pertindihan tema bagi soalan kajian yang berbeza, maka pemilihan satu tema hanyalah

untuk satu soalan kajian sahaja. Tema pembahagian masa dan pembelajaran atas talian bagi soalan kajian

pertama iaitu tentang pengalaman aturan kendiri dilihat lebih sesuai diletakkan dalam soalan kajian dua

iaitu tentang kemahiran aturan kendiri kerana pembahagian masa belajar dan penggunaan pembelajaran

secara atas talian merupakan kemahiran yang digunakan setiap pelajar pengajian tinggi sepanjang tempoh

Covid-19. Tema komunikasi pada soalan kajian dua iaitu tentang kemahiran aturan kendiri pula

diletakkan dalam soalan kajian satu yang berkaitan dengan pengalaman kerana komunikasi dengan rakan

dan pensyarah sepanjang Covid-19 adalah pengalaman baru bagi setiap pelajar pengajian tinggi. Kesan

positif dan kesan negatif pula digabungkan menjadi satu tema sahaja iaitu kesan dalam soalan kajian tiga

kerana kedua-duanya adalah kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berubah

sepanjang Covid-19. Maka, lima tema yang disingkirkan bukanlah bermaksud dibuang terus daripada

data tetapi ianya dimasukkan ke dalam soalan kajian yang difikirkan lebih sesuai kerana berlaku

pertindihan tema. Braun & Clark (2013) menyatakan proses seperti ini sebagai mengulangi analisis yang

telah dibuat sebelum ini dengan mengubah tema bagi membentuk tema yang lebih baik. Ini menunjukkan

bahawa proses iterative bukan sahaja berlaku dalam pengumpulan data, malah ianya turut berlaku dalam

menganalisis data.

Jadual 1.2 menunjukkan soalan-soalan kajian dan sub tema serta tema yang terhasil selepas proses

coding. Daripada rajah ini, dapat dilihat bagaimana tema menjawab persoalan kajian, manakala sub tema

menjelaskan lagi mengenai tema yang terhasil.

Jadual 1.2: Soalan Kajian beserta tema dan sub tema kajian selepas proses pengekodan data

Soalan Kajian Tema Sub-tema

Soalan Kajian 1: 1. Komunikasi Perbincangan maya dengan rakan

Bagaimana pengalaman aturan kendiri


pelajar pengajian tinggi sepanjang
COVID-19?
Perbincangan maya dengan pensyarah

2. Kewangan Kos selenggara gajet

Kos penyediaan teknologi

3. Peranan Pensyarah Pensyarah yang fleksibel

Toleransi

Memahami

Prihatin

Soalan Kajian 2: 4. Pengurusan Masa Pengurusan masa belajar

Apakah kemahiran aturan kendiri yang


digunakan sepanjang COVID-19 dan
bagaimanakah keberkesanan
kemahiran-kemahiran tersebut?

Pengurusan masa keluarga

Persediaan awal

5. Kemahiran Berteknologi Bahan rujukan online

Perpustakaan maya

Kelas maya

6. Pengurusan Sikap Istiqamah

Disiplin

Motivasi diri dan rakan

Soalan Kajian 3: 7. Kesan Kesan Positif

Bagaimanakah pengajaran dan


pembelajaran sepanjang COVID-19
memberi kesan terhadap aturan kendiri
pelajar?

Memudahkan tugasan pelajar

Masa yang fleksibel

Menjimatkan masa perjalanan

Tingkatkan keyakinan diri

Tingkatkan kemahiran berkomputer

Kesan Negatif
Kurang kepuasan

Kurang Fokus

Masalah teknikal

Rajah 1 menunjukkan tema-tema yang telah dihasilkan berdasarkan data-data awal yang telah melalui

proses coding dalam kajian ini. Daripada diagram inilah pengkaji dapat membuat tafsiran dan kesimpulan

bagi kajian ini

Rajah 1: Tema dan sub tema kajian yang terhasil berdasarkan soalan-soalan kajian

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan kepada tiga bahagian iaitu, pengalaman, kemahiran dan

kesan pembelajaran kendiri pelajar pengajian tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) disebabkan oleh Pandemik Covid -19.

1. Pengalaman Pelajar Pengajian Tinggi

Bahagian pertama ini berdasarkan soalan kajian pertama iaitu bagaimana pengalaman aturan kendiri

pelajar pengajian tinggi sepanjang Covid-19? Peserta kajian banyak berkongsi dan menyatakan tentang

tiga aspek berikut iaitu pengurusan kewangan, cara berkomunikasi dan peranan pensyarah semasa

pembelajaran. Aspek-aspek berikut menjawab soalan kajian iaitu bagaimana pengalaman aturan kendiri

pelajar sepanjang pandemic Covid -19.

1.1 Pengurusan Kewangan

. Kewangan memainkan peranan yang penting dalam aturan kendiri pelajar pengajian tinggi. Antaranya

disebabkan oleh kos selenggara gajet seperti computer riba, peranti video (webcam), data internet dan

sebagainya. P4 memang menegaskan kos penyelanggaraan untuk gajet. Menurut beliau :

“online kelas dapat dihadiri Cuma perlu keluarkan kos untuk upgrade gadget dan memandangkan

laptop ada masalah”.


Kos selanggara gajet adalah masalah yang timbul apabila kelas dalam talian diadakan. Sekiranya pelajar-

pelajar menghadapi masalah dengan penyeleggaraan gajet maka kelas dalam talian tidak dapat dijalankan

dengan berkesan. Selain itu, kos tanggungan oleh seseorang pelajar untuk selanggara gajet terlalu mahal

ketika pandemik Covid -19. Jelas di sini bahawa kekangan kewangan untuk selanggara gajet memainkan

peranan yang amat luas di kalangan pelajar.

Dapatan temubual tersebut, menunjukkan bahawa kos persediaan teknologi untuk kelas dalam talian

terlalu tinggi jika dibandingkan pada hari biasa. Justeru ini, membebankan pelajar yang mempunyai

masalah kewangan dan mereka juga gagal merancangan pembelajaran yang berkesan.

1.2 Cara Komunikasi

Daripada analisis data yang diperolehi tema Cara Komunikasi boleh disenaraikan sebagai salah satu tema

yang penting. Dalam menghadapi pandemik ini dan dengan keadaan yang terhad , faktor komunikasi

adalah salah satu faktor yang penting perlu ditekankan. Kaedah komunikasi sewaktu pandemik juga

berbeza iaitu lebih kepada komunikasi atas talian. Medium komunikasi yang digunakan adalah seperti

aplikasi Whatsapps , Telegram , Google Meet, Webex dan juga aplikasi Zoom . Berdasarkan jawapan

peserta kajian menjelaskan kepentingan perbincangan secara maya dengan pensyarah dan juga rakan

sepengajian ,

“Online kelas dapat dihadiri cuma perlu untuk …. (P3)”

Penyataan P3 juga disokong oleh P5 yang menyatakan bahawa ;

“... menghubungi Pensyarah dan kawan-kawan sekiranya ada kemusykilan ….”

Disebabkan pelajar tidak dapat menghadiri kelas secara fizikal , perbincangan secara maya merupakan

salah satu kaedah pembelajaran kendiri yang dipraktikkan oleh peserta kajian.

1.3 Peranan Pensyarah


Tenaga pensyarah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembelajaran kendiri dapat

dilaksanakan dengan baik oleh para pelajar . Memandangkan norma baharu akibat daripada pandemik

COVID -19, pelajar pusat pengajian tinggi tidak dapat menjalani kaedah pembelajaran seperti biasa.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan , pelajar perlu melakukan

pembelajaran kendiri untuk memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran tetap berjalan. Antara peranan

pensyarah yang disebut oleh peserta-peserta kajian dalam memastikan pembelajaran terus berlaku dalam

sesi pandemik ini ialah seperti bersikap lebih toleransi, fleksibel, memahami dan prihatin.

Toleransi

Seperti yang dinyatakan oleh peserta kajian , pensyarah memainkan peranan yang penting bagi

memastikan sesi pembelajaran terus berlangsung ;

“- Bertoleransi dengan masalah pelajar dan selalu optimis untuk memotivasikan

pelajar”…(P3)

Maksud toleransi di sini ialah para pensyarah menjadi lebih bertolak ansur dari segi masa mengadakan

kelas , penghantaran tugasan juga perbincangan berdasarkan tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan.

Fleksibel

Fleksibel dan toleransi adalah berkait rapat antara satu sama lain. Seperti juga toleransi, peranan

pensyarah yang lebih fleksibel dapat membantu pensyarah mengaturkan kelas yang lebih bersesuaian

dengan dengan keadaan terkini pelajar. Fleksibel dalam melayani pertanyaan daripada pelajar sendiri . Ini

dapat dilihat daripada jawapan P4;

“ Pensyarah lebih fleksibel dalam membantu pelajar pada bila-bila masa dan memberi tugasan

bersesuaian dengan tempoh masa “

Memahami / Prihatin

Daripada jawapan peserta kajian yang seterusnya menunjukkan peranan pensyarah dalam memahami

keperluan pelajar dalam menghadapi pandemik Covid-19 . Peserta kajian P2 menyatakan ;

“Pensyarah menjadi penunjuk arah apa yang perlu dilakukan. Pensyarah Bersama-sama
dalam kumpulan pelajar atas talian untuk memudahkan perbincangan masalah. “

Atas keprihatinan pensyarah juga ialah menyediakan beberapa platform alam maya yang dapat

memudahkan pelajar meneruskan pembelajaran mereka . Ini dinyatakan oleh peserta kajian P5 dalam

jawapannya .

“Pensyarah patut membuat rakaman video atau audio dan menghantar semula

kepada pelajar samada melalui apikasi whatsapps , telegram dan sebagainya

sebagai rujukan. Jika ada pelajar yang terlepas disebabkan gangguan talian internet dan lain-

lain sebab.”

2. Kemahiran Aturan Kendiri

Manakala bagi soalan kajian kedua iaitu apakah kemahiran aturan kendiri yang digunakan sepanjang

Covid-19 dan bagaimana keberkesanan kemahiran-kemahiran tersebut? Bagi bahagian kedua ini,

kemahiran aturan kendiri yang digunakan sepanjang Covid -19 melibatkan 3 tema utama yang diperoleh

daripada temubual para peserta kajian. Kemahiran perlu ada ialah, pengurusan masa, kemahiran

berteknologi dan pengurusan sikap.

2.1 Pengurusan Masa

Kemahiran pertama yang perlu ada ialah kemahiran pengurusan masa di mana 9 daripada 10 peserta

kajian menyatakan kemahiran pengurusan masa diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

sepanjang Covid-19. Pengurusan masa pula dapat dibahagikan kepada beberapa sub tema iaitu

pengurusan masa belajar, pengurusan masa keluarga, dan persediaan awal.

Pengurusan masa belajar


Bagi pengurusan masa belajar, P6 menyatakan “Saya akan memastikan saya menguruskan masa saya

dengan lebih baik . Saya akan membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya

memastikan tugasan disiapkan dlm masa yg ditetapkan dgn menguruskan masa dengan baik”.

Pengurusan masa keluarga

Bagi pengurusan masa keluarga pula, P10 menyatakan “Sebelum ni : 8 pagi hingga 5 petang digunakan

untuk pembelajaran dan penulisan tesis, selebihnya digunakan untuk bersama keluarga. PKP : Terpaksa

ubah keseluruhan jadual. Bangun awal pagi sebelum subuh untuk membaca, mencari artikel dan jurnal

bagi membantu penulisan tesis. Siang, waktu baby tidur akan fokus semula, buka laptop dan melakukan

penulisan, curi-curi masa sewaktu anak kecil tidur. Pada waktu malam sebelum PKP saya jarang buka

laptop tapi sejak PKP ni setelah anak-anak tidur saya terpaksa buka laptop untuk menyelesaikan

tugasan-tugasan saya”.

Persediaan awal

Bagi persiapan awal, P5 menyatakan “Sebelum kelas bermula saya terlebih dahulu membaca, dan

memahami topik yang akan dibincangkan agar lebih memberikan kefahaman semasa pensyarah

menerangkan semasa kelas berlangsung”.

Berdasarkan tiga sub tema yang dinyatakan di atas, ianya memberi kesan positif kepada semua peserta

kajian. Ini kerana semua peserta kajian berusaha mengubah jadual dan kaedah belajar mereka sepanjang

COVID-19 bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka berjalan lancar.

2.2 Kemahiran Berteknologi

Kemahiran kedua ialah kemahiran berteknologi di mana ianya merujuk kepada tiga sub tema iaitu bahan

rujukan online, buku online, perpustakaan maya dan kelas maya. Sebanyak enam peserta kajian
menjelaskan penggunaan kemahiran berteknologi bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran

sepanjang COVID -19.

Bahan rujukan online

Bagi sub tema carian bahan rujukan online pula, P3 menyatakan “Saya menguruskan pembelajaran

seperti biasa, membaca dan mencari bahan dari internet menghubungi pensyarah dan kawan2 sekiranya

ada kemusykilan”.

Perpustakaan maya

Bagi sub tema buku online, P2 menyatakan “- “Saya menggunakan sumber rujukan atas talian 100%

seperti mendapatkan buku rujukan article dan lain-lain dari sumber internet seperti perpustakaan maya

dari mana-mana university.”

Bagi aspek perpustakaan maya pula, P6 menyatakan “rujukan online juga diambil dari library

university”.

Kelas maya

Akhir sekali bagi sub tema kelas maya, P9 menyatakan “Menggunakan teknologi dan ienternet secara

bijak agar dapat join untuk pembelajaran online serta mudah mencari rujukan secara online”.

Oleh itu, kemahiran berteknologi diperlukan untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran

sepanjang COVID-19. Enam peserta kajian yang telah memberi respon terhadap kamahiran berteknologi

telah membuat persiapan dan persediaan bagi berdepan sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang

tempoh COVID-19. Ini menunjukkan kemahiran berteknologi memberi kesan yang positif dalam

melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar pengajian tinggi sepanjang tempoh COVID -19.

2.3 Pengurusan Sikap


Dalam berdepan dengan pandemik COVID-19, kemahiran aturan kendiri yang banyak disebut oleh

peserta kajian ialah berkenaan pengurusan sikap. Sikap yang membentuk individu serta memberi

kekuatan dalam berdepan dengan pembelajaran semasa pandemik. Sikap-sikap yang perlu ada yang

disebut oleh peserta kajian ialah, istiqamah, disiplin diri, dan memotivasikan diri dan rakan.

Istiqamah

Istiqamah iaitu melaksanakan sesuatu kerja dengan konsisten dan bersistematik merupakan sikap yang

perlu ada kepada pelajar walau apapun keadaan .Sikap ini yang digunakan oleh peserta kajian dalam

mengatur pembelajarn kendiri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut P1 “Strategi saya

adalah istiqamahlah maksudnya setiap hari mesti belajar”. Menguatkan lagi pandangan tersebut, P3

menyatakan “membuat perancangan awal setiap minggu..” menunjukkan kepada adanya amalan

berterusan dalam pembelajaran.

Disiplin diri

Selain itu, disiplin diri juga merupakan kemahiran aturan kendiri yang perlu ada. P3 menyatakan

“extensive reading sebelum kelas …” menunjukkan sikap berdisiplin dalam pembelajaran. P7

mengukuhkan lagi kepentingan disiplin dengan berpendapat “disiplin kendiri perlu sentiasa ditingkatkan

(penyediaan jadual kerja yang dipatuhi)”.

Motivasi diri dan rakan-rakan

Antara kemahiran yang perlu ada juga ialah motivasi diri dan rakan-rakan supaya pembelajaran berlaku

secara berterusan. P3 menyatakan “motivate sesama sendiri semua boleh beri kerjasama” bertujuan

supaya pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mengikut ketetapan masa yang telah diberikan.

3. Pengajaran dan pembelajaran sepanjang Covid-19 memberi kesan terhadap aturan kendiri

pelajar
Pada bahagian ini akan dibincangkan tentang soalan kajian ketiga iaitu bagaimanakah pengajaran dan

pembelajaran sepanjang Covid-19 memberi kesan terhadap aturan kendiri pelajar? Berdasarkan jawapan

daripada peserta kajian, kesan dijadikan sebagai tema dalam kajian ini. Manakala sub tema dalam kajian

ini iaitu kesan positif dan kesan negatif. Adapun contoh kesan positif dalam kajian ini iaitu pensyarah

yang fleksible, masa yang fleksible, jimat masa perjalanan, dapat meningkatkan keyakinan diri,

meningkatkan kemahiran berkomputer. Manakala kesan negatif dalam kajian seperti kurang fokus,

masalah teknikal dan kurang kepuasan.

3.1 Kesan positif aturan kendiri pelajar

Memudahkan tugasan pelajar

Kesan positif dalam kajian ini ialah memudahkan tugasan pelajar kerana para peserta kajian menyatakan

para pensyarah sangat komited dalam proses pengajaran dan pemberian tugasan. Penyataan tersebut

sesuai dengan jawapan peserta kajian P1 “pensyarah lebih fleksibel dalam membantu pelajar pada bila-

bila masa dan memberi tugasan bersesuaian dengan tempoh masa”. Jawapan daripada peserta kajian P1

disokong oleh jawapan daripada peserta kajian P2, P3, P4 dan P10. P2 menyatakan bahawa “pensyarah

menjadi penunjuk arah apa yang perlu dilakukan, pensyarah bersama-sama dalam kumpulan pelajar

atas talian untuk memudahkan perbincangan masalah serta dapat lebih perhatian dari pensyarah kerana

apa juga masalah kita dapat berhubung terus dengan pensyarah berbanding dalam kelas pensyarah

perlu memberi perhatian pada keseluruhan kelas”. P3 pula menyatakan, “bertoleransi dengan masalah

pelajar dan selalu optimis untuk memotivasikan pelajar”. Manakala P4 mengukuhkan bahawa,

“pensyarah boleh menyediakan nota sebelum kelas dan juga boleh menyediakan kelas online tambahan

untuk membantu pelajar”. Whatsapp dan emel merupakan medium utama sebagaimana yang yang

dinyatakan oleh P10, “segala maklumat terkini dimaklumkan oleh pensyarah dalam kumpulan group”.

Semua dapatan ini diperoleh daripada soalan temubual di mana pengkaji meminta peserta kajian

menceritakan pengalaman masing-masing tentang kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran

yang berlaku sepanjang Covid-19 ke atas keupayaan aturan kendiri mereka.


Masa yang fleksibel

Selain pensyarah yang fleksible, masa yang fleksible juga memberikan kesan positif terhadap proses

pembelajaran kendiri sepanjang covid 19. Pernyataan tersebut sesuai dengan jawapan P1, “boleh belajar

bila-bila masa sahaja”, serta jawapan daripada P4 iaitu, “dapat belajar untuk menguruskan masa dengan

lebih baik”. Respon daripada P6 pula ialah “dapat belajar untuk menguruskan masa dengan lebih baik

dan juga dapat mencari material tambahan untuk belajar” dan “kesan positif.. jadual pdpc anjal

merentas masa dan lokasi, pemnbelajaran lebih santai…penggunaan ict yang menarik dan sesi

pembelajaran dirakam” merupakan jawapan daripada P7.

Jimat masa perjalanan

Jimat masa merupakan salah satu kesan positif terhadap proses pembelajaran kendiri sepanjang Covid

-19. Penyataan tersebut sesuai dengan jawapan;

“Boleh belajar dari rumah dan pelajar tak perlu melakukan perjalanan menghadiri kuliah” (P5).

“Tidak perlu hadir kuliah. Boleh belajar dari rumah, macam saya pelajar separuh masa, perlu berjalan

jauh utk menghadiri kelas. Tapi skrg, saya dpt jimatkan masa dan wang kerana belajar dari rumah”

(P6).

“Jimat masa dan tenaga kerana tak perlu pergi ke kelas” (P9).

Meningkatkan keyakinan diri

Dapat meningkatkan keyakinan diri juga kesan positif terhadap proses pembelajaran kendiri sepanjang

Covid-19. Antara jawapan peserta kajian ialah, “defense proposal lebih berani kerana tidak berdepan

secara realiti (P1) dan “cuba buat yang terbaik walaupun hasilnya tidak sebaik face-to-face” (P3).

Kemahiran berkomputer
Hal yang paling memiliki kesan positif dalam proses pembelajaran kendiri sepanjang Covid-19 iaitu

meningkatkan kemahiran komputer kerana dengan memiliki kemahiran komputer pelajar akan mudah

untuk mencari bahan rujukan dan maklumat serta dapat menerapkan pembelajaran atas talian dengan

pensyarah walaupun tidak dapat berjumpa. Jawapan peserta kajian iaitu “pembelajaran online

meningkatkan kemahiran computer literacy” (P1), “cuba yang terbaik utk selesai kan masalah teknologi

di pihak sendiri dan redha klu pihak pensyarah ada masalah (P3), “pensyarah perlu peka keperluan

pelajar…arif penggunaan media sosial” (P7), “lebih kreatif selesaikan sesuatu masalah. Contohnya :

soal selidik dulunya menggunakan kertas, sekarang menggunakan google form bagi collect data” (P10).

Berdasarkan jawapan daripada peserta kajian, dapat dilihat bahawa pensyarah yang fleksible, masa yang

fleksible, jimat masa perjalanan, keyakinan diri serta kemahiran menggunakan komputer memainkan

peranan yang penting dalam pembelajaran kendiri sepanjang COVID -19. Jawapan peserta kajian selari

dengan teori aturan kendiri iaitu keupayaan pelajar pelajar dalam mengurus dan mengawasi pembelajaran

sendiri melalui pengurusan masa yang fleksible dan jimat masa perjalanan, mengurus pembelajaran atas

talian dengan cara meningkatkan kemahiran berkomputer, menilai hasil usaha sendiri yang dapat

meningkatkan kemahiran berkomputer serta maklum balas daripada rekan pelajar dan pensyarah oleh

kerana itu pensyarah lebih bersifat fleksible.

3.2 Kesan negatif aturan kendiri pelajar

Manakala kesan negatif terhadap aturan kendiri pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang

Covid-19 ialah kurang fokus, masalah teknikal dan kurang kepuasan.

Kurang fokus

Penyataan tersebut sesuai dengan jawapan peserta kajian seperti kurang fokus merupakan kesan negatif

terhadap aturan kendiri pelajar sepanjang Covid-19. Perkara ini berlaku kerana sekiranya pembelajaran

dilakukan di rumah, pelajar akan terganggu dengan kehadiran ahli keluarga. Penyataan tersebut sesuai

dengan jawapan peserta kajian iaitu ;


“byk tuntutan lain jd kurang fokus utk belajar, environment tidak kondusif utk belajar” (P3).

“susah untuk fokus kalau belajar di rumah kerana anak selalu kacau” (P9).

Proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang Covid-19 adalah secara atas talian dan ianya berlaku di

rumah masing-masing di mana kebanyakan peserta kajian merupakan mereka yang telah berkeluarga dan

mempunyai anak. Maka, tugasan sebagai ibu atau bapa juga perlu digalas oleh peserta kajian dan dalam

masa yang sama juga mereka adalah pelajar pengajian tinggi. Situasi ini menjadikan mereka kurang fokus

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah teknikal

Selain kurang fokus kesan negatif yang harus diperhatikan dalam proses pembelajaran kendiri sepanjang

COVID-19 iaitu masalah teknikal. Antara jawapan peserta kajian,;

“internet yang terhad sekiranya berada di tempat tertentu”(P1)

“Kekangan teknologi- kurang kan motivasi students utk terus  belajar” (P3).

“Internet tidak membantu” (P4dan P6).

“Tidak semua pelajar mempunyai akses internet yang baik, bila talian terputus ada bahagian yg akan

ketinggalan..jika tidak ada ulangan dari pensyarah” (P5).

“Masalah teknikal untuk akses internet.. tidak mahir menggunakan ICT..tiada sentuhan personal

pensyuarah dan pelajar”(P7).

“Internet yang slow membuat susah untuk mencari bahan rujukan” (P9).

Kurang kepuasan

Kurang kepuasan merupakan kesan negatif pembelajaran kendiri sepanjang COVID-19. Pernyataan

tersebut sesuai jawapan peserta kajian “Lebih puas kalau berdiskusi dengan pensyarah dan kawan secara
langsung kerana kalau ada hal yang tak paham boleh tanya” (P9), “banyak sikit la. Banyak perkara

tergendala. Whatsapp dan emel sahaja, tak boleh face to face, agak terbatas. Kadang2 berlakunya salah

faham bila tak berbincang face to face. Bahan rujukan amat-amat terbatas. (P10).

Kesimpulan daripada jawapan peserta kajian sangat terlihat kesan negatif seperti kurang fokus, masalah

teknikal serta kurang kepuasan memiliki pengaruh dalam pembelajaran kendiri sepanjang Covid-19.

Jawapan peserta kajian selari dengan teori aturan kendiri iaitu keupayaan pelajar pelajar dalam mengurus

dan mengawasi pembelajaran sendiri oleh kerana itu pelajar kena fokus saat pembelajaran kendiri semasa

COVID-19. Mengurus pembelajaran atas talian, masalah teknikal akan menjadi cabaran apabila talian

internet tidak stabil serta terdapat maklum balas daripada rakan pelajar dan pensyarah apabila

pembelajaran melalui talian menyebabkan pelajar merasai kurang mendapat kepuasaan belajar.

KESIMPULAN

Pandemik COVID-19 menyebabkan cabaran dalam pelbagai bidang sosial, kesihatan, ekonomi serta

pendidikan. Dalam bidang pendidikan, semua institusi pendidikan telah diarahkan untuk ditutup. Hal ini

menyebabkan semua pelajar dari sekolah rendah sehingga universiti harus memulakan pengajian secara

menggunakan alternative lain; antaranya pembelajaran secara atas talian. Bagi pelajar pengajian tinggi,

mereka boleh belajar untuk menguruskan diri yang dikenali sebagai pembelajaran kendiri.

Pembelajaran kendiri merupakan suatu keupayaan pelajar dalam mengurus dan mengawal

pembelajaran sendiri antaranya melalui talian internet, telefon, whatsapp dan telegram. Selain itu pelajar

juga mestilah berkeupayaan untuk berkolaborasi dengan pensyarah dan rakan-rakan pelajar.

Pembelajaran kendiri yang dilaksanakan oleh pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) semasa pandemik COVID-19 menjelaskan pengalaman, kemahiran pembelajaran dan kesan

terhadap pelajar. Antara pengalaman yang diperolehi oleh pelajar ialah dapat berkomunikasi melalui
pelbagai medium, peruntukan kewangan untuk penyediaan alat bantu belajar seperti gajet dan

penyediaan teknologi serta peranan pensyarah yang fleksible. Selain pengalaman, kemahiran

pembelajaran kendiri yang dilalui pelajar ialah kemampuan untuk mengurus masa, kemahiran

menggunakan teknologi serta pengurusan sikap konsistensi pelajar dan disiplin yang tinggi.

Manakala kesan daripada pembelajaran kendiri iaitu terdapat kesan positif dan kesan negatif terhadap

pelajar. Kesan postif terhadap pelajar seperti masa yang lebih fleksible, meningkatkan kemahiran

menggunakan komputer serta menambah keyakinan diri pelajar. Kesan negatif pelajar iaitu pelajar

kurang fokus sekiranya belajar di luar bilik darjah seperti belajar di rumah kerana terdapat banyak

gangguan daripada ahli keluarga, talian intenet yang kurang stabil mengganggu proses pembelajaran

serta pelajar kurang kepuasan belajar sekiranya tidak berjumpa pensyarah secara langsung.

Kesimpulannya, pembelajaran kendiri pelajar pengajian tinggi perlu dikaji bertujuan untuk

mengetahui bagaimana pengalaman pelajar melalui proses pembelajaran kendiri semasa pandemik

COVID-19, kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pelajar serta kesan diperolehi. Oleh kerana itu

pengkaji telah membuat perancangan kajian tentang pengalaman pembelajaran kendiri sepanjang

COVID-19.

PENGAKUAN

Kajian ini tidak menerima geran khusus daripada mana-mana agensi pembiayaan dalam sektor awam,

komersil, atau bukan untuk keuntungan.

RUJUKAN

Berg. B.L. (2001). Qualitative Research Method for the Social sciences (4th Edition). Boston: Allyn &

Bacon Publication.

Braun, Virginia & Clarke, Victoria. (2013). Successful Qualitative Research: a practical guide for
Clarke, Victoria beginners. London: SAGE Publication.

Creswell, W. John. (2009). Research Design Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods

Approaches. 3rd Edition. USA: Sage Publications,Inc.

Jasmi, K.A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif in Kursus

Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organised by

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggung Ibrahim, Johor.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Info COVID-19. http://covid-19.moh.gov.my/terkini [ 5 Julai

2020].

Merriam, Sharan B. & Tisdell, Elizabeth J. (2016). Qualitative Research: A guide to design and

implementation (4th ed.). San Francisco: John wiley & Sons.

Patton, Michael Quinn. (2015). Qualitative Research & Evaluation Method. 4th Edition. USA:

Sage Publications,Inc.

World Health Organization (WHO). Coronavirus disease (COVID-19) pandemic.

https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019 [ 8 July 2020]

Appendix A

Soalan Kajian dan Soalan Temu Bual

Bi Soalan Kajian Soalan Temu Bual

l
1. Bagaimana pengalaman aturan kendiri pelajar 1. Ceritakan pengalaman pembelajaran anda

pengajian tinggi sepanjang COVID-19? sepanjang pandemik COVID-19


2. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi

sepanjang pandemik COVID-19?


2. Apakah kemahiran aturan kendiri yang 1. Apakah strategi yang anda gunakan untuk

digunakan sepanjang COVID-19 dan memastikan pembelajarn berlangsung

bagaimanakah keberkesanan kemahiran- sepanjang pandemik COVID-19?

kemahiran tersebut?
2. Bagaimanakah anda menyiapkan tugasan

yang diberi sepanjang pandemik COVID-19?


3. Bagaimanakah pengajaran dan pembelajaran 1. Apakah kesan positif dan negatif terhadap

sepanjang COVID-19 memberi kesan terhadap pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar

aturan kendiri pelajar? semasa pandemic COVID-19?


2. Bagaimanakah anda menangani masalah

yang dihadapi?
3. Bagaimanakah pensyarah membantu anda

menguruskan pembelajaran sepanjang

pandemic COVID-19?

Appendix B

Contoh Transkrip Temu Bual

Appendix C

Contoh Analisis Data


Research Data Extract Codes Sub-themes Themes
Questions
Participat 1
1. Bagaimana - “Pembahagian masa - Pembahagian
pengalaman antara belajar dan juga masa belajar dan
- Pembahagian
aturan kendiri pengurusan keluarga urus keluarga
masa belajar
pelajar pengajian perlu seimbang . Saya
tinggi sepanjang banyak mendapatkan
Covid-19? bahan rujukan online - Bahan rujukan Pembahagian masa
untuk pembelajaran. “ online
-Pengurusan
keluarga
Participant 2
- “Saya menggunakan -Perancangan awal
sumber rujukan atas
talian 100% seperti
mendapatkan buku - Sumber rujukan
rujukan article dan lain- atas talian
lain dari sumber internet - Bahan rujukan
seperti perpustakaan online
maya dari mana-mana
- Sumber daripada
university.” perpustakaan Bahan rujukan atas
- Buku rujukan
maya dari talian
online
universiti lain
Participant 3
- Membuat perancangan - Perpustakaan
awal setiap minggu, baca online Kelas atas talian
nota online dan buat
ringkasan
- Extensive reading -Online kelas /
sebelum kelas pada hari - Perancangan kelas atas talian
Sabtu awal untuk kelas
- Online kelas dapat -Kelas atas talian
dihadiri suma perlu Menyediakan kos
- Kos persediaan
keluarkan kos untuk - Kos tambahan tambahan untuk
untuk kelas atas
upgrade gadget dan untuk penyediaan pembelajaran
talian
memandangkan laptop pembelajaran kendiri
ada masalah

Participant 4
-Berkomunikasi
- “Saya akan mencari dengan ahli yang
dan menggunakan bahan lain atas talian Sentiasa
bacaan online untuk -Bahan atas talian berkomunikasi
membantu diri saya. “ dengan ahli atas
talian

- Bahan dari
internet
-Berkomunikasi
dengan internet

Appendix C

Contoh persetujuan peserta kajian

You might also like