Minit Mesyuarat Unit Disiplin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PK11 Pengurusan Mesyuarat

5PK 11/3
SISTEM PENGURUSAN KUALITI
SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA

MINIT MESYUARAT HAL-EHWAL MURID (UNIT DISIPLIN) BIL 1 / TAHUN 2018

Tarikh : 05/03/2018

Masa : 3.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Pn. Salmah bt Abd Rani

Kehadiran : En. Ahmad Syahir bin Suhaimi


Pn. Noor Adira binti Abd Raub
Datin Hajah Rumaizah binti Abdul Rahim
Pn. Noor Azila binti Abdul Halim
En. Mohd Zaidi bin Saidin
En. Abe Sohpian bin Abdul Rahman
En. Mohd Shaharul bin Ramli
Pn. Noor Laili Suriahti binti Mior Hanafi
Pn. Siti Hawa binti Ab Halim
Pn. Shafarahanim binti Hairuddin
En. Muhammad AlHasyir bin Hassnan
Pn. Fadhilah binti Mazmi
Pn. Tuan Zaiton binti Tuan Mat
Pn. Nor Syuhadah binti Zawawi
Pn. Juliana binti Mohd Yunus

Tidak hadir : Pn. Siti Zuhaili bt. Abd Samah (bersebab)


Pn. Siti Nurulain binti Abd Rahim (bersebab)
Pn. Nik Rohishumaimi binti Ismail (bersebab)

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Ucapan terima kasih daripada Pengerusi atas kehadiran guru-guru.
1.2 Sedikit ‘housekeeping’
I. Ucapan alu aluan Pengerusi, majlis dimulakan pada jam 3.30 ptg dengan bacaan Al Fatihah.
II. Dua tawaran lawatan penanda arasan ke SMKA Putrajaya ditolak kerana difikir belum
bersedia.
III. Pengurusan Disiplin yang mantap perlulah mengikut SOP, 137. Guru disiplin perlu bertindak
mengikut tatacara sepatutnya.
IV. Panduan tatacara guru disiplin perlulah menjadi panduan buat semua guru disiplin.
V. Pengurusan disiplin yang mantap adalah melalui cara pemantauan berterusan dan berkesan
oleh semua guru disiplin.
VI. Guru disiplin diingatkan untuk mematuhi jadual bertugas harian.
VII. Pengawas Cegah Jenayah perlu memastikan semua pelajar meninggalkan kelas ketika rehat
pertama dan kedua untuk bergerak ke surau.
VIII. Kekeliruan mengenai pengawas pengurusan kelas perlu diatasi segera samada kekal dengan
jawatan pengawas lama atau yang baru.

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00
PK11 Pengurusan Mesyuarat

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Tiada membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada

4 PERBINCANGAN ISU SEMASA :


4.1.Pengerusi berserta ahli mesyuarat membincangkan isu dan masalah Pengawas di sekolah:
i. Untuk Unit Pengawas Kebersihan jumlah terkini ialah 45 orang. Seorang pelajar Aqil Qayyim
telah bertukar sebagai Pengawas PRS. Pengawas 3k akan diserap untuk membantu unit
pahlawan planet, combi dan pertandingan keceriaan kelas. Pemerkasaan ‘zero basket’ juga
dibantu oleh pengawas 3k.
ii. Untuk Unit Pengawas SPBT jumlah terkini ialah 39 orang. Tiada masalah setakat ini.
iii. Untuk Unit Pengawas Cegah Jenayah. Surat Pekeliling telah mewajibkan sekolah untuk
mewujudkan Kelab Pencegahan Jenayah untuk setiap sekolah dan perlu wujud taktikal untuk
mencegah jenayah mengikut persekitaran tersendiri.
iv. Satu anugerah pengurusan pengawas terbaik akan diberi kepada guru dan pelajar pengawas
bakal diberi kepada 3 unit terbaik di hujung tahun.
v. Pengawas PRS. Nama unit PRS akan ditukar kepada PRS sahaja drp PRS dan PPDA. Jumlah
terkini ialah 81 orang.
vi. Pengawas Koperasi diambil menjadi pengawas sahsiah menjadikan unit koperasi berkurang
dari segi jumlah.
vii. Untuk Unit BADAR, masalah dari segi pemantauan di surau dan aktiviti2 keagamaan di
SMAPUTRA perlu diatasi segera.
viii. Unit Pengurusan kelas. Semua pelajar perlu memulakan kelas dengan bacaan doa setiap kali
mula PDP.
ix. Semua unit pengawas tidak dibenarkan membuat perjumpaan slps quran dihatiku dan
perhimpunan rasmi.
x. Pengawas sahsiah jumlah terkini ialah 74. Namun Irfan Naufal mempunyai masalah dari segi
bertugas mengikut jadual. Satu inisiatif perlu dilakukan untuk pengawas sahsiah lebih yakin
untuk menjalankan tugas.
xi. Pencalonan AMT sedang berjalan.

Tindakan: Makluman

4.2 Pengerusi membincangkan tentang isu kekemasan diri dan pakaian dan para pelajar akan diingatkan
dari semasa ke semasa oleh guru disiplin mengenai isu ini untuk mengelakkan sebarang masalah
berlaku.
Tindakan: Makluman

4.3 Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa sekolah mengambil keputusan
untuk memindahkan pelajar sekiranya ada segelintir pelajar melakukan kesalahan sederhana berulang
kali ataupun berat
Tindakan: Makluman

4.4 Guru-guru disiplin diingatkan untuk memantau sekiranya sesama pelajar ada hubungan. Sekiranya
ada siasatan hendaklah dilakukan dan pelajar berkenaan dikehendaki mengikuti sesi kaunseling.
Tindakan: Ketua Guru Disiplin

4.5 ‘Spotcheck’ akan diadakan di dalam kekerapan sebulan sekali. Setiap spotcheck akan dibantu oleh
Ahli Majlis Tertinggi dan melibatkan satu aspek disiplin (kekemasan diri dan pakaian, barangan

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00
PK11 Pengurusan Mesyuarat

terlarang, telefon bimbit dsb)


Tindakan: Makluman

4.6 Agihan tugas guru-guru disiplin untuk tahun 2018


i. En. Ahmad Syahir (SU): SSDM, Amalan Terbaik
ii. Datin Hajah Rumaizah: Merit amalan baik (SSDM)
iii. En. Mohd Shaharul: Kekemasan rambut panjang murid lelaki, janggut/kumis
iv. Pn. Shafarahanim: Ops Catat (buku catatan)
v. Pn. Noor Adira: Amalan Terbaik
vi. Pn. Noor Syuhada: Kekemasan diri murid pelajar perempuan
vii. En. Mohd Zaidi: Amalan Terbaik
viii. Pn. Fadhilah, En. Alhasyiir: Disiplin murid TMUA
ix. Pn. Siti Nurulain: Merit

Tindakan: Makluman

4.7 Semua guru disiplin diingatkan untuk memberi teguran mengenai pelbagai isu disiplin dari semasa
ke semasa. Peringatan berterusan di harapkan dapat menjana amalan disiplin berkesan secara berterusan
di Smaputra.
Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Pelajar lewat lebih daripada pukul 7.45 perlu keprihatinan guru subjek mengajar dan guru-guru lain
untuk diambil tindakan.

5.2. Dari segi gerakerja guru-guru disiplin perlu wujud penambahbaikan dari sudut data kerana ia sgt
penting utk intervensi guru-guru kepada para pelajar.

PENUTUP
a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(AHMAD SYAHIR BIN SUHAIMI) (SALMAH BINTI ABD RANI)
Setiausaha Disiplin Pengerusi
Tarikh : 9/3/2018 Tarikh : 9/3/2018

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00

You might also like