Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

OPEN UNIVERSITY

MALAYSIA

ZAIRIN BINTI HUSSIN HBMT1203


761101-01-6914 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR
ONE

1.0 Pengenalan

Pendidikan Matematik KBSM menekankan mengenai perkembangan potensi individu


secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Oleh itu, bagi memastikan pendidikan
matematik KBSM dapat berjalan dengan berkesan, guru-guru matematik hendaklah
memiliki skim pengajaran yang selari dan selaras dengan kehendak-kehendak KBSM.
Maka dengan itu, pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas perlu kepada
strategi yang kemas dan teratur . Strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling
sesuai ialah melalui pengalaman aktif, reflektif dan pengabstrakan ( Nik Aziz, 1992).
Seorang pendidik harus mengetahui cara mengajar yang berkesan. Ini adalah kerana
kerana proses pengajaran dan pembelajaran matematik adalah berbeza dengan
matapelajaran-matapelajaran lain. Kanak-kanak boleh diumpamakan sebagai span yang
akan menyerap apa sahaja pengetahuan yang diberikan kepada mereka, terutamanya jika
ianya diajar dalam bentuk yang menarik. Sepertimana penambahan, penolakan adalah
antara konsep matematik awal yang akann dipelajari oleh mereka sebelum mereka
mempelajari konsep matematik lain yang lebih rumit.
Di dalam tugasan ini, kita akan membincangkan mengenai 3 jenis pendekatan yang
menyeronokkan dan boleh digunakan bagi mengajar konsep penolakan bagi murid-
murid tahun1.
OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

ZAIRIN BINTI HUSSIN HBMT1203


761101-01-6914 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR
ONE

2.0 Mengajar konsep tolak adalah antara kemahiran awal yang akan diajar kepada murid-
murid selepas nombor dan juga tambah. Penolakan adalah songsangan bagi penambahan.
Ianya berkait rapat dengan proses untuk mencari baki dan beza sesuatu nombor. Terdapat
bermacam-macam kaedah mahupun teknik di internet yang boleh digunakan untuk
mengajar tolak dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Hasil daripada carian
mengenai kaedah mengajar tolak yang menyeronokkan dan berkesan, saya telah memilih
tiga kaedah yang akan dibincangkan seperti di bawah.

2.1 Menggunakan dadu


Mempelajari tolak dengan menggunakan dadu sangat menyeronokkan terutama
sekali apabila ia melibatkan semua murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan
ialah dengan membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil. Setiap
kumpulan akan dibekalkan dengan sejumlah bijiran di dalam bekas, sebiji dadu,
pensel dan kertas. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh setiap murid dalam
kumpulan ialah mengira jumlah bijiran yang terdapat di dalam bekas yang diberi.
Kemudian, di dalam kumpulan kecil tersebut, murid dalam kumpulan akan
mencampakkan dadu secara bergilir-gilir. Murid yang mencampakkan dadu tadi
akan memakan bijiran mengikut nombor yang diperolehi daripada dadu tersebut.
Kesemua ahli kumpulan akan mengira baki bijirin yang tinggal dan menulis ayat
matematik yang terbentuk daripada aktiviti tadi. Aktiviti yang sama akan
bertukarganti dengan murid lain dalam kumpulan tersebut. Aktiviti ini sangat
berkesan kerana melalui aktiviti ini, murid-murid dapat pemahaman yang lebih
jelas mengenai konsep matematik iaitu
Sumber : http://heidisongs.blogspot.com/2009/05/subtraction-ideas.html
OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

ZAIRIN BINTI HUSSIN HBMT1203


761101-01-6914 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR
ONE

2.2 Nyanyian lagu kanak-kanak dan Gerakan


Menyanyi adalah satu aktiviti yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Dengan
menyanyi secara tidak langsung mereka diajar mengenai konsep tolak iaitu
pengurangan. Seperti contoh yang diperolehi di internet, murid akan
menyanyikan lagu sambil membuat gaya yang sepadan dengan lirik lagu
berkaitan dengan operasi tolak. Antara lagu yang boleh digunakan ialah lagu :

Five Little Speckled Frogs


Five little speckled frogs,sat on a great big log,
Eating the most delicious bugs, yum, yum,
One jumped into the pool, Where it was nice and cool,
Now there are four speckled frogs
Four little speckled frogs, Sat on a great big log,
Eating the most delicious bugs, yum, yum,
One jumped into the pool, Where it was nice and cool,
Now there are three speckled frogs
Three little speckled frogs,Sat on a great big log,
Eating the most delicious bugs, yum, yum,
One jumped into the pool, Where it was nice and cool,
Now there are two speckled frogs
Two little speckled frogs, Sat on a great big log,
Eating the most delicious bugs, yum, yum,
One jumped into the pool, where it was nice and cool,
Now there are one speckled frog
Two little speckled frogs, Sat on a great big log,
Eating the most delicious bugs, yum, yum,
One jumped into the pool, where it was nice and cool,
Now there are one speckled frog

http://www.youtube.com/watch?v=SVPmtaHmL4g
OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

ZAIRIN BINTI HUSSIN HBMT1203


761101-01-6914 TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL AND YEAR
ONE

Antara yang diterangkan dalam laman web Little Giraffes Teaching Idea, ialah dalam
aktiviti ini murid-murid boleh menggunakan patung katak lembut dan karpet lembut kanak-
kanak sebagai prop. Lima orang murid dipilih memegang setiap patung katak dan
menggayakan lagu tersebut mengikut lirik lagu. Murid akan melompatkan patung katak ke
karpet bagi menggayakan katak itu melompat. Murid-murid lain akan menyanyi lagu
tersebut beramai-ramai. Seekor katak akan dikeluarkan bagi setiap rangkap yang
dinyanyikan. Aktiviti ini boleh diulangi dengan penyertaan oleh murid-murid lain secara
bergilir-gilir.
Sumber : http://www.littlegiraffes.com/mathadditionsubtraction.html

Hasil carian dari laman web Susan Kramer, beliau mencadangkan beberapa lagu lain yang
sesuai untuk mengajar tolak. Lagu ini juga disertai dengan gerakan oleh murid secara
berkumpulan. Salah satu daripadanya ialah :

First we're 8 all


in a circle.
2 gallop away
then we're 6.
2 gallop away
then we're 4.
2 gallop away
then we're 2.
2 gallop away
then there's none!

Antara aktiviti yang dicadangkan ialah murid-murid akan berada dalam kumpulan kecil
seramai 8 orang dan membentuk satu bulatan . Murid ini boleh bergerak ke depan ke
belakang ataupun bergerak dalam bulatan mengikut arah jam. Setiap murid akan bergalop
sebanyak 8 kali dalam bulatan mengikut rentak lagu dan di akhir setiap rentak 2 orang murid
akan bergerak keluar dari bulatan. Aktiviti diteruskan sehingga tiada lagi pelajar yang tinggal
dalam bulatan tersebut.

Sumber : http://www.susankramer.com/singing.html#5.

You might also like