Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Pengenalan

                Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai
keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap
keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ikatan masyarakat terus
dikukuhkan dan dieratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. 

                    Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan
tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Situasi ini membolehkan mereka
bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah, sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri
dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba
pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh
ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan
keramaian serta pesta.

                Apabila sesuatu pertandingan permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk
kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat.
Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung
yang mengambil bahagian. Oleh sebab itu, permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan
rakyat. Terdapat permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu
bapa dan datuk nenek kita sahaja. Namun, terdapat permainan yang terus kekal  digemari lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-
lain.

1. Contoh Permainan TradGalah Panjang

2. Batu Seremban

3. Sepak Raga

4. Ketinting

5. Congkak

6. Gasing

7. Wau Tradisional Melayu

Cara Bermain
1. Galah Panjang  (Portal 1Klik, 2008)

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan
penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai
empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua sahaja. Tugas ketua kumpulan
adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di
sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala,
permain hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan
undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Sesiapa yang menang akan
menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu,
sama ada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

2. Batu Seremban/ Selambut  (Wikipedia)

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan
gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai
dua hingga empat orang atau lebih. Kemahiran semasa bermain Batu Seremban ialah melambung
dan menangkap.

3. Sepak Raga (Portal Rasmi Negeri Johor atas talian, 2013)

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini
dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan.
Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu
mestilah bergilir-giliran menimbang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke lantai. Jika bola
itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

4. Ketinting/ Teng-Teng  (Portal Rasmi Negeri Johor atas talian, 2013)

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap
gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi
dari empat pemain dalam satu gelanggang, permainan akan mendatangkan kesukaran bagi setiap
pemain untuk berteng-teng. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak di mana gundu berada di
dalamnya, sama da kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika terpijak permain itu akan dikira mati,
giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
5. Congkak  (Portal Rasmi Negeri Johor, 2013)

Yang berikut merupakan peraturan permainan congkak:


a. Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang masa. Kedua-dua
mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan papan
congkak tersebut diletakkan di tengah. Mulanya, kedua dua pemain akan mencapai semua biji yang
terdapat di salah satu lubang yang berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7
biji pada waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut mula. 

b. Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang, mengikut daerah ke
kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil ‘rumah’. Setiap
pemain akan memilih ‘rumah’ mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka melepaskan satu demi
satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masing-masing.

c. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya sudah habis
diletakkan. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil biji yang masih ada di mana-mana deret sendiri. Sekiranya biji yang
terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak
lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Kadangkalanya, apabila salah satu
daripada pemain sudah pun kalah, yang ‘pemenang’ itu mengambil kesemua biji-biji yang masih
berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke dalam ‘rumahnya’. Pemenangnya adalah dia
yang telah mendapat lebih biji.

d. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam lubang kosong di
kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti, Pemain itu boleh menembak lubang
lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu mengaut kesemua biji (jika ada) di dalam kampung
tersebut dan meletakkannya di ‘rumah’ mereka.

6. Gasing 
Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya,
dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya
menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya
hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak
dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
7. Wau Tradisional Melayu
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan
seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik
melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau atau layang-
layang tersebut tinggi di udara. 

You might also like