Minit Mesyuarat HEM Kali Ke3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SMK Simpang Beluru, Enggor, Kuala Kangsar, Perak

Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Program Pendidikan Khas Integrasi


Kali 3/2020

Tarikh : 26 Oktober 2020


Masa : 1.00 petang -2.00 petang
Tempat : Bilik Pendidikan Khas, SMK Simpang Beluru, Enggor
Pengerusi : En. Azhare bin Anor Basah
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Kehadiran : 8 orang

Nama Yang Hadir :


1. En. Azhare bin Anor Basah (Penolong Kanan Pentadbiran)
2. Pn. Nor Azura binti Esha (Setiausaha)
3. Pn. Na’amah binti Shahruddin (Penyelaras)
4. Pn. Halimah binti Mohd Sabdin (GPKI)
5. Pn. Aslizawati binti Ghazali (GPKI)
6. Cik Munirah binti Idrishah (GPKI)
7. Pn. Faeiza Azlin bin Arif Shah (PPM)
8. En. Nor Taqiuddin bin Nor Hassin (PPM)

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Tn. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan PPM ke mesyuarat kali
ini. Beliau mengucapkan selamat dating dan tgerima kasih kepada semua guru di
atas kehadiran ke mesyuarat kali ini.
Tindakan : Makluman

1.2 Beliau memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah


Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit yang lalu


2.1 Pn. Azura selaku setiausaha membentangkan minit Mesyuarat HEM Program
Pendidikan Khas Integrasi kali 2/2020
Tindakan : Makluman
2.2 Pn. Aslizawati binti Ghazali mencadangkan agar minit Mesyuarat HEM Program
Pendidikan Khas Integrasi kali 2 / 2020 diterima dan disahkan.
Tindakan : Makluman

2.3 Cadangan tersebut di sokong oleh Pn. Halimah binti Sabdin.


Tindakan : Makluman

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Perkara 4.2, setiap kelas dan laluan ke kelas pendidikan khas telah dilabel dan
PdPc juga telah dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
Tindakan : Makluman

3.2 Perkara 4.3, waktu persekolahan dan jadual waktu telah dirombak dimana setiap
hari isnin hingga khamis, waktu PdPc akan berakhir jam 12.40 tengahari dan hari
jumaat pada jam 11.30 pagi.
Tindakan : Makluman

3.3 Perkara 4.5, taklimat SOP kepada ibu bapa / penjaga telah diadakan pada 14
Julai 2020 (Selasa) jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Seminar SMK Simpang
Beluru.
Tindakan : Makluman

3.4 Perkara 5.1, memo waktu persekolahan bagi sesi 2020 (selepas PKP) telah
diedarkan dan dimaklumkan kepada ibu bapa / penjaga.
Tindakan : Makluman

3.5 Perkara 5.4, perhimpunan di luar bilik darjah sebelum murid bergerak pulang ke
rumah telah dikuatkuasa 20 Julai 2020 (Isnin).
Tindakan : Makluman
4.0 Hal-Hal Lain
4.1 EMK
4.1.1 Pn Azura memaklumkan bahawa Elaun murid fasa 2 sudah dikreditkan ke
dalam akaun murid pada 22 oktober lepas.
Tindakan : Makluman Guru
4.1.2 Pn. Azura juga memaklumkan bahawa hanya seorang sahaja murid yang
masih belum menerima EMK kerana baru sahaja mendapat kad OKU.
Murid ini akan menerima EMK bermula tahun hadapan.
Tindakan : Makluman Guru

4.1.3 Memandangkan elaun murid sudah dikreditkan ke dalam akaun murid, Pn.
Aslizawati mencadangkan agar guru kelas mengutip bayaran yuran pada
murid yang masih belum menyelesaikan yuran .
Tindakan : Guru Kelas

4.2 Disiplin Murid


4.2.1 Pn. Naamah mengingatkan semua guru kelas agar memantau kehadiran
murid dan memberikan surat amaran kepada murid yang mempunyai
kehadiran yang tidak memuaskan.
4.2.2 Pn. Aslizawati memaklumkan bahawa surat amaran sudah dihantar untuk
murid kelas 3 PKKS Prisma.
Tindakan : Guru Kelas
4.3 APDM
4.3.1 Pn. Naamah meminta guru kelas mengemaskini maklumat murid dalam
APDM terutama di bahagian maklumat penjaga.
Tindakan : Semua guru

4.4 Buku Teks


4.4.1 Pn. Naamah bertanyakan mengenai buku teks tingkatan 5 kepada Pn.
Aslizawati. Pn. Aslizawati memaklumkan bahawa buku teks tingkatan 5
masih belum dikeluarkan.
Tindakan : Makluman Guru

4.5 Surat berhenti Persekolahan


4.5.1 Pn. Naamah meminta agar guru kelas menulis maklumat yang tepat pada
surat berhenti sekolah jika murid berhenti sekolah sebelum umur 18 tahun.
Jika murid berhenti sebelum berumur 18 tahun, guru kelas perlu menulis
sebab seperti tidak minat untuk meneruskan persekolahan.
Tindakan : guru kelas
5.0 Ucapan Penangguhan
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan PPM
5.2 Pengerusi mengharap apa yang diputuskan di dalam mesyuarat akan dapat
dimanfaatkan oleh guru-guru yang berkenaan bagi kecekapan pengurusan dan
kejayaan Program Pendidikan khas Intergrasi.
5.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ……………………………….
Nor Azura Binti Esha En. Azhare bin Anor Basah
Setiausaha Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Simpang Beluru.

You might also like