Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT BIL.

1/2019

TARIKH : 7 Januari 2019


MASA : 2.30 -3.30 petang
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK BELIMBING

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Anazir bin Mamat (Guru Besar)
2. En. Zamri Bin Zaini (PK 1)
3. Pn. Rahilah Binti Ontong (PK HEM)
4. Pn. Sharifah Norfarhan Binti Syed Idrus (PK Kokurikulum)
5. Mohamad Khairul Amir bin Zainudin
6. Pn. Khairunnisa Binti Ramlan Khaer
7. Cik Nor Azlin Binti Abd. Rashid
8. Pn. Shahirah Binti Roslan
9. En. Mohd Ridzuan Bin Yakub
10. Pn. Lailatushahirah Binti Saffie
11. Encik Mohd Ridzuan B. Yakub
12. Cik Nor Azlin Bt. Abd. Rashid

1.0 BACAAN DOA


1.1 Guru Besar SK Belimbing mengucapkan salam kepada semua guru dan meminta semua
guru untuk membaca surah al-Fatihah bagi memberkati mesyuarat kali ini.

Makluman : Semua guru

PERUTUSAN PENGERUSI
1. Ucapan Alu-aluan (PK Pentadbiran)
1.1. Pengerusi unit ICT mengucapkan selamat datang kepada semua guru yang
hadir ke mesyuarat unit ICT buat kali pertama tahun 2019.
1.2. Bacaan Ummul Kitab
1.3. Pengerusi memaklumkan bahawa En. Mohamad Khairul Amir Bin Zainudin
akan dilantik sebagai setiausaha Unit ICT pada tahun 2019 dan surat lantikan
rasmi akan menyusul kemudian.
1.4. Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa untuk meningkatkan
penggunaan ICT, guru-guru perlu membuat penilaian, pengubahsuaian,
menggalakkan penggunaan dan merekod penggunaan makmal komputer
untuk pemantauan.
1.5. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Pahang telah datang ke SK Belimbing pada hujung tahun 2018 bagi
menyelenggara dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan internet
dan komputer di sekolah.
1.6. SK Belimbing menerima sejumlah 10 buah Chromebook untuk kegunaan pdpc
oleh pihak BTPN Pahang.
Makluman : Semua guru

2. Pengagihan jawatankuasa kerja unit ICT tahun 2019.

Penyelaras Makmal Komputer/ICT En. Khairul Amir

Pengurusan aset dan dokumentasi Cik Erny Yusnira

Keceriaan Pn. Norfarhan

Pembelajaran dan pengajaran Cik Nor Azlin

Pengurusan dan penyelenggaraan En. Khairul Amir

Latihan Dalaman Pn. Shahirah

Tindakan: semua AJK


3. Status terkini komputer yang terdapat di makmal ICT
3.1 12 unit komputer tidak dapat berfungsi dengan baik
3.2 12 unit komputer mempunyai sambungan internet
3.3 Komputer guru berfungsi dengan baik
3.4 Hanya 1 unit LCD Projektor boleh digunakan
3.5 Printer laser jet masih boleh berfungsi.
3.6 9 unit Chromebook masih berfungsi dan satu tidak boleh berfungsi
Tindakan: makluman
4. Jadual waktu penggunaan makmal ICT
4.1 Jadual waktu penggunaan makmal ICT masih belum disediakan kerana
menunggu perubahan jadual waktu sekolah daripada En. Zamri, GPK Pentadbiran
disebabkan pertukaran guru keluar masuk ke SK Belimbing. Untuk tempoh itu
guru-guru boleh menggunakan makmal ICT pada bila-bila masa mengikut
kekosongan pada masa tersebut.
Tindakan: penyelaras
5. Mata pelajaran TMK
5.1 Telah berlangsung untuk tahun 4 hingga 6 dan TMK juga diselitkan dalam mata
pelajaran Sains bagi tahun 1 hingga tahun 3.
5.2 Format RPH dan penulisan impak sudah dibincangkan dalam mesyuarat Panitia
Sains.
5.3 Waktu bagi pengajaran TMK adalah selang 2 minggu bergilir dengan mata
pelajaran RBT.

Tindakan: semua Guru TMK

6. Laman sesawang SK Belimbing dan Portal Rasmi Dashbord VLE Frog


6.1 Laman sesawang akan dibangunkan oleh En. Khairul Amir pada tahun ini dan
megalu-alukan AJK lain bersedia untuk membantu.
6.2 Cadangan Alamat laman sesawang SK Belimbing ialah:
http://www.skbelimbing.blogspot.com
6.3 Portal VLE Frog sekolah akan sentiasa dikemaskini iaitu sekurang-kurangnya
sekali seminggu.

Tindakan: makluman

7. Program/ Pertandingan
7.1 Penyelaras mencadangkan pertandingan VLE FROG di kalangan murid tahap
2 untuk memantapkan penggunaan VLE Frog dan tempoh diberikan selama 3
bulan untuk mengemaskini VLE Frog.
7.2 Antara program lain yang dibincangkan sesuai ialah:
7.3 LADAP VLE Frog untuk guru
7.4 Keceriaan makmal komputer
7.5 Sudut pameran
Tindakan: makluman

8. Penggunaan makmal ICT


8.1 Penyelaras berharap pada tahun 2019 lebih ramai guru-guru menggunakan
makmal ICT dan menulis rekod penggunaan.

Tindakan: semua AJK

9. Hal-hal lain
- Tiada
10. Ucapan penangguhan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan Oleh,

………………………………... ………………………….......... ………………………………

(MOHAMAD KHAIRUL AMIR B. ZAINUDIN) (ZAMRI BIN ZAINI) (MOHD ANAZIR B. MAMAT)

You might also like