Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama Nor Salihah binti Bab Latih


Tajuk Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap
Tarikh
Masa
Kumpulan KLM 10, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
A. Persediaan Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

1. Objektif khas 1. Membuat persetiaan pengakap setiap kali perjumpaan


pengakap.
2. Mengingati undang-undang pengakap dan
mengamalkannya dalam kehidupan.

2. Pengetahuan sedia ada Murid pernah menyaksikan video ikrar bacaan persetiaan
pengakap

3. Alat dan bahan bantu Gambar


mengajar
B. Pendahuluan 1. Guru memberi salam dan bertanya khabar murid-murid.
2. Guru mengambil dan mencatat kehadiran murid-murid.
Pengenalan tajuk aktiviti yang 3. Ketua pengakap melaporkan kehadiran murid kepada
akan dijalankan guru pembimbing.
4. Guru menunjukkan gambar sekumpulan murid sedang
berdiri membacakan Persetiaan Pengakap dan
Undang-undang Pengakap (rujuk Lampiran 1).
5. Guru menanyakan soalan berkait dengan gambar yang
ditunjukkan.

Soalan: Apakah yang sedang dilakukan oleh kumpulan


murid di dalam gambar ini?
Jangkaan jawapan: Membaca Persetiaan Pengakap /
Undang-undang Pengakap

6. Dengan maklum balas daripada murid-murid


berkenaan, guru memperkenalkan tajuk pembelajaran
dan mengaitkan kepentingan pembelajaran ilmu ini.
C. Penyampaian 1. Guru memaparkan Persetiaan Pengakap (rujuk
Lampiran 2) di skrin.
Aktiviti 1: Pendedahan dan 2. Guru membacakan Persetiaan Pengakap kepada
Penghayatan kepada murid-murid.
Persetiaan Pengakap 3. Guru menghuraikan secara ringkas maksud Persetiaan
Pengakap kepada murid-murid.
4. Guru menekankan kepentingan menghayati Persetiaan
Pengakap kepada murid-murid.

Aktiviti 2: Pendedahan dan 1. Guru memaparkan Undang-undang Pengakap (rujuk


Penghayatan kepada Lampiran 2) di skrin.
Undang-undang Pengakap 2. Guru membacakan Undang-undang Pengakap kepada
murid-murid.
3. Guru menghuraikan secara ringkas maksud Undang-
undang Pengakap kepada murid-murid.
4. Guru menekankan kepentingan menghayati Undang-
undang Pengakap kepada murid-murid.
Aktivti 3: Bacaan Persetiaan 1. Guru mendemonstrasikan kepada murid-murid tentang
Pengakap dan Undang- bagaimana membaca Persetiaan Pengakap dan
undang Pengakap oleh Undang-undang Pengakap.
murid-murid secara individu 2. Murid-murid diarahkan untuk membacakan Persetiaan
Pengakap dan Undang-undang Pengakap secara
individu.
3. Murid-murid diberikan masa selama 5 minit untuk
bersiap sedia sebelum memulakan sesi bacaan
Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap.
4. Guru akan memantau dan menegur sekiranya terdapat
kesalahan sewaktu bacaan dilakukan.
Aktiviti 4: Bacaan Persetiaan 1. Guru mengarahkan murid-murid untuk melakukaan
Pengakap dan Undang- bacaan Persetiaan Pengakap dan Undang-undang
undang Pengakap oleh Pengakap secara berkumpulan.
murid-murid secara 2. Salah seorang daripada murid-murid perlu menjadi
berkumpulan ketua bacaan Persetiaan Pengakap dan Undang-
undang Pengakap.
3. Murid-murid boleh menawarkan diri sendiri untuk
mengetuai bacaan tersebut. Sekiranya tiada
sukarelawan daripada pihak murid, guru boleh memilih
mana-mana murid untuk mengetuai bacaan tersebut.
4. Guru akan memantau dan menegur sekiranya terdapat
kesalahan sewaktu bacaan dilakukan.
D. Penutup 1. Guru membuat rumusan terhadap isi pelajaran yang
disampaikan dan menerapkan nilai-nilau murni yang
berkait dengan Persetiaan Pengakap dan Undang-
undang Pengakap.
E. Penilaian 1. Guru akan memastikan setiap ahli pengakap menulis
semula Persetiaan Pengakap dan Undang-undang
Pengakap di dalam buku log pengakap masing-masing.
2. Murid-murid perlu menghantar bukti gambar
menunjukkan bahawa mereka telah menyiapkan
tugasan yang diberikan ke dalam Telegram Pengakap.
3. Guru akan menyemak hasil kerja yang telah dihantar
dan memberi maklum balas.

Lampiran 1:

Gambar sekumpulan murid sedang berdiri membacakan Persetiaan Pengakap dan


Undang-undang Pengakap
Lampiran 2:

Gambar Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap

You might also like