Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA KERTEH 1

KETENGAH JAYA
23300 DUNGUN
TERENGGANU

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MEWARNA DAN


MELUKIS POSTER
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

TARIKH
29 OGOS 2019

HARI
KHAMIS

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER
SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2019

1. NAMA PROGRAM
Pertandingan mewarna dan melukis poster sempena sambutan Bulan Kebangsaan
2019

2. PENGENALAN
Pertandingan melukis dan mewarna merupakan satu kelendar aktiviti sekolah. Aktiviti
yang diadakan pada setiap tahun dapat membangkitkan minat murid mengambil
bahagian untuk menonjolkan bakat sendiri. Pertandingan mewarna ini juga bertujuan
bagi meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan bagi Tahun 2019.

3. TEMPAT/ TARIKH
Tempat : Bilik Darjah
Tarikh : 29 Ogos 2019

4. OBJEKTIF
a) Meningkatkan daya kreatif dan inovasi murid murid.
b) Memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan bakat melukis dan
mewarna.
d. Memupuk semangat Muhibbah.
e. Menggalakkan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.
f. Memupuk murid menghayati dan menghargai pengorbanan pejuang- pejuang
kemerdekaan tanah air.

5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid sekolah Kebangsaan Felda Kerteh 1

6. JAWATANKUASA
Pengerusi : Cikgu Roslan bin Sulaiman ( Guru Besar )
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Kamarudin bin Ibrahim ( PK Kokurikulum )
Naib Pengerusi 2 : Cikgu Hasnawi bin Alfadzil ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 3 : Cikgu Zakaria bin Mukhtar ( PK Hal Ehwal Murid )
Penyelaras : Cikgu Mastura binti Ramli
Setiausaha : Cikgu Rohana binti Awang
Bendahari : Cikgu Hasnah binti Omar
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
Perakam Peristiwa : Cikgu Hafizul bin Hussin
Juri Mewarna dan Melukis Poster : Guru-guru PSV/DSV
Hadiah : Cikgu Noraini binti Mat Sapia
Laporan/ Dokumentasi : Cikgu Noora binti Chik

7. CADANGAN AKTIVITI:
Tarikh : 29 Ogos 2019
Masa : 11:10- 1:10 Tengahari

a) Murid akan mengadakan aktiviti di kelas masing-masing.


b) Guru matapelajaran pada waktu berkenaan akan mengedarkan bahan dan
memantau murid menjalankan aktiviti.
c) Guru PSV/ DSV kelas berkenaan akan memilih pemenang (4 pemenang).
d) Hadiah akan disampaikan semasa hari Penutup Bulan Kemerdekaan.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA HARGA SEUNIT X BIL JUMLAH


Hadiah Pertandingan (Mengikut kelas)

Tempat Pertama – Pensil warna 12pcs Panjang + alat tulis RM 8.00 X 16 RM 128
Tempat Kedua – Pensil Warna 12pcs Panjang RM 6.00 X 16 RM 96
Tempat Ketiga – Pensil warna 12pcs Pendek RM 4.00 X 16 RM 64
Tempat Keempat – Alat tulis (Pensil+ pemadam + pembaris) RM 2.00 X 16 RM 32
Tempat Kelima - Alat tulis (Pensil + Pemadam + pembaris) RM 2.00 X 16 RM 32
RM 352
Bahan
Kertas Lukisan RM 30.00 X 3 RM 90
Lukisan Bergambar RM 0.50 X 454 RM 227
Kain Rentang RM 7.00 X 10 M RM 70
Plastik Pembalut Hadiah RM 1.50 X 20 RM 30
RM 417

JUMLAH KESELURUHAN RM 769


9. PENUTUP
Diharapkan pertandingan ini akan berjaya dilaksanakan dengan lancarnya.
Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi memastikan
perancangan yang telah diatur berjalan lancar. Segala kerjasama didahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

….………………………….. …………………………
( ROHANA BINTI AWANG ) ( ROSLAN BIN SULAIMAN )
Ketua Panitia PSV, Guru Besar,
SK Felda Kerteh 1 SK Felda Kerteh 1
Dungun, Terengganu Dungun,Terengganu

You might also like