Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ISTEM DOKTRIN PENGASINGAN KUASA PEMERINTAHAN AMERIKA SYARIKAT

DAN MALAYSIA
Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris disebut “separation of powers”
merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan
dalam negara kepada tiga cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan
(Legislatif) dan Kehakiman. Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman”
(tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud
dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan
(despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan
seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut. Doktrin pengasingan kuasa
adalah suatu doktrin yang menjadi asas kepada kebebasan atau lebih dikenali sebagai
liberalisme. Ini adalah kerana apabila kuasa dalam sistem pemerintahan dihadkan dan
mempunyai garis panduan yang tersendiri, maka, ia dapat mengelakkan dari
berlakunya kezaliman. Kuasa yang telah dihadkan menjadi satu batasan kepada setiap
bidang untuk bertindak lebih jauh dalam menjalankan sistem pentadbiran. Ia boleh
mengelakkan dari berlakunya pertindihan kuasa antara satu-satu bidang yang
mengawal pentadbiran negara.

Doktrin Pengasingan Kuasa Dalam Demokrasi di Amerika Syrarikat (US)

Untuk ini kita akan lihat bagaimana pengamalan doktrin pengasingan kuasa atau
“separation of power” ini dilakukan di Amerika Syarikat (US) yang merupakan sebuah
negara memperjuangkan demokrasi. Penduduk di US lebih mementingkan ideologi
liberalisme yang membawa kepada hak kebebasan individu agar setiap individu berhak
untuk bersuara supaya tidak wujud penindasan, kezaliman dan ketidakadilan kepada
rakyat. Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung
antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala
undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan
kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan
menguatkuasakan undang-undang tersebut.
Tiga bidang kuasa ini telah diwujudkan dalam perlembagaan US. Dalam bidang
legislatif, ia merujuk kepada dua dewan yang dikenali sebagai ‘House Of
Representative’ dan ‘Senate’ yang telah diwartakan dalam Artikel 1 dalam
perlembagaan US. Cabang kuasa Eksekutif, yang dianggotai oleh kumpulan Presiden,
Timbalan Presiden, dan juga jabatan-jabatan yang menjalankan kuasa pemerintahan
utama telah diwartakan dalam Artikel 2 dalam perlembagaan. Cabang kehakiman yang
dianggotai oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi telah diwartakan dalam
Artikel 3 dalam perlembagaan. Setiap bidang yang dipecahkan dalam pengasingan
kuasa ini ada bidang kuasa tersendiri dan setiap darinya mempunyai had dan batasan
kuasa yang tersendiri. Setiap dari kuasa yang telah diwartakan telah diperiksa oleh satu
badan bebas yang lain. Sebagai contohnya, sekiranya presiden telah melantik hakim
untuk memegang jawatan dalam Mahkamah Persekutuan dan juga Mahkamah Tinggi
dan dalam masa yang sama presiden juga telah melantik setiausaha untuk untuk
jabatan pemerintahan. Tetapi perlantikan ini haruslah diluluskan dan mendapat
kebenaran daripada Senate. Kongres juga berhak untuk meluluskan satu rang undang-
undang, namun, presiden mampu dan berhak menolaknya jika rang yang dibuat dan
diluluskan itu boleh mendatangkan kerumitan dalam jangka masa panjang kerana
presiden mempunyai kuasa veto dalam menentukan hala tuju negara.

Kesemua semak dan seimbang ini walau bagaimanapun tidak efisien. Ini
menggalakkan kewujudan dan kehadiran liberalisasi dalam sistem pentadbiran dan
pemerintahan di US. Ini adalah kerana dengan pengasingan kuasa setiap bidang dalam
kerajaan telah dihadkan kepada kuasa masing-masing. Ini bermakna tiada pemusatan
kuasa dalam setiap cabang pemerintahan seterusnya tiada satu bidang pun yang
mendominasi bidang kuasa yang lain. Sebagai contoh, dalam kes presiden Nixon,
dalam skandal Watergate. Walaupun beliau ialah seorang presiden, namun, beliau
tetap disiasat oleh badan kehakiman kerana disyaki terlibat dalam skandal Watergate.
Ini jelas menunjukkan liberalisme berlaku dalam sistem pemerintahan dan juga
sekaligus menjalankan keadilan kepada rakyat. Badan eksekutif tidak berhak
mencampuri urusan yang telah dikendalikan oleh badan kehakiman walaupun Nixon
adalah ketua dalam bidang eksekutif sekaligus sebagai pemimpin kepada negara yang
di tadbir.
Dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat, teori pengasingan kuasa diterima
sepenuhnya kerana ia dianggap sebagai salah satu ciri-ciri demokrasi yang perlu
dijalankan. Pengasingan kuasa yang dijalankan menurut para falsafah, ia mendukung
ciri-ciri demokrasi selaras dengan dasar yang dijalankan di Amerika Syarikat. Selain
daripada itu, dikatakan teori pengasingan kuasa ini menyokong penuh liberalisme di
Amerika Syarikat. Oleh itu, dalam Negara yang mengamalkan demokrasi dan
pengasingan kuasa pasti mengamalkan budaya liberalisme secara tidak langsung agar
faktor-faktor tertentu terpelihara. Penduduk dan rakyat di Amerika Syarikat lebih
mementingkan hak kebebasan individu. Oleh itu, para pemimpin US juga haruslah
sentiasa peka akan rakyat yang sentiasa menuntut hak kebebasan dan hak asasi
manusia yang dijunjung tinggi sekian lamanya di US.

Doktrin Pengasingan Kuasa Dalam Demokrasi di Malaysia

Perkara asas dalan doktrin pengasingan kuasa adalah dalam sistem pemerintahan
dihadkan dan mempunyai garis panduan yang tersendiri mengikut pengasingan yang
menjadi tunjang perlaksanaan konsep “separation of power” . Selari sebagai sebuah
negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, Malaysia juga mengamalkan doktrin
pengasingan kuasa, tetapi sejauhmanakah pengamalan dan perlaksanaan doktrin
pengasingan kuasa diguna pakai di Malaysia dalam mengelakkan pemusatan kuasa
pemerintahan di dalam tangan sesuatu kumpulan tertentu.
Di Malaysia, pengasingan kuasa ini telah dipecahkan kepada tiga cabang atau organ
kerajaan iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan
kehakiman (judiciary). Badan perundangan atau legislatif adalah badan yang
menggubal, meminda dan meluluskan sesuatu undang-undang. Ianya didokong oleh
dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat, yang mana keahlian Dewan
Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya manakala Dewan Negara keahliannya
dipilih oleh Yang Dipertuan Agong mengikut kepakaran bidang masing-masing. Badan
pentadbiran atau legislatif merupakan badan yang melaksanakan undang-undang, serta
menjalankan pentadbiran mengikut perlembagaan dan undang-undang yang terdiri
daripada barisan menteri kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Manakala, badan
kehakiman atau judiciary pula yang mentafsirkan undang-undang melalui sistem
kehakiman di Malaysia dalam Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah
Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. 

Walau bagaimanapun doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia berbeza


daripada doktrin yang asal. Malaysia mengamalkan doktrin yang mengutamakan kuasa
relatif antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Yang
Dipertuan Agong (YDPA), sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam
ketiga-tiga badan berkenaan, ini kerana Malaysia mengggunakan konsep Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu
terletak pada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-
Pertuan Agong adalah sekaligus merupakan ketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan.
Menurut Perlembagaan, baginda bukan sahaja memegang kuasa eksekutif malahan
juga kuasa perundangan. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa
memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa
perundangan Persekutuan. Di sini, Raja Berperlembagaan adalah raja yang
memerintah secara terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. Baginda
memerintah berdasarkan kuasa yang telah diberikan kepada baginda. Ini bermakna,
baginda tidak boleh untuk memerintah secara mutlak mengikut kehendak hatinya
sendiri. Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh
Perdana Menteri dan mengikut budi bicara baginda sendiri yang termaktub dalam
Perlembagaan, Artikel 40, Perkara 2.

Disamping itu, jika kita lihat pengamalannya di Malaysia, badan perundangan


(perundangan) dan badan pentadbiran (eksekutif) tidak terdapat pengasingan secara
ketat diantara kedua-duanya dan dan ianya tidak selari dengan konsep ‘seperation of
power’ di mana kuasa tersebut hendaklah dipecahkan atau diasingkan. Di sini, badan
eksekutif yang mentadbir juga merupakan orang yang terlibat dalam badan legislatif
yang membuat perundangan untuk dilaksanakan. Ini kerana ahli yang terlibat dalam
perundangan dalam Dewan Rakyat juga merupakan ahli dalam badan pentadbiran
(legislatif). Pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan
perundangan (legislatif) dan badan kehakiman semestinya bebas dari campurtangan
pihak Eksekutif dan Legislatif. Pada masa yang sama Perlembagaan Persekutuan -
Perkara 122 B juga memperuntukkan bahawa perlantikan kehakiman ke mahkamah-
mahkamah Tertinggi adalah dibuat oleh pihak Eksekutif yang menunjukkan ada
kawalan tidak langsung terhadap badan kehakiman. Pihak Eksekutif pula dikawal oleh
Parlimen dan bertanggungjawab kepadanya. Oleh yang demikian sistem pengasingan
kuasa berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan nampak kepentingan dalam
mengelakkan pemusatan kuasa pemerintahan di dalam tangan sesuatu kumpulan
tertentu sahaja.

Maka itu, idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama tidak
harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya dan
menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan
pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas antara badan perundangan, eksekutif dan
kehakiman tanpa sebarang pertindihan. Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang
membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat dan tidak boleh
menyerahkankuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-
kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahan negara
dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu
juga dengan badan kehakiman yang hanya dibenrkan melaksana kuasa kehakiman dan
tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan. Matlamat
doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam tangan
mana-mana pihak.

You might also like