Ujian Lisan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Terima kasih saudari ______________

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada Cikgu ____________dan
Cikgu ____________, selaku pentaksif ujian lisan bertutur Bahasa Melayu dan rakan-rakan yang dikasihi
sekalian. Saya Sharon_________ dari kelas 3C akan membicarakan kepentingan hutan kepada masyarakat

Antara kepentingan hutan kepada masyarakat ialah merupakan kawasan tadahan.Hutan merupakan sumber
air dominan yang kita gunakan dalam rutin harian. Sekiranya hutan semakinpupus, cuba kita bayangkan
bagaimana kehidupan kita tanpa air. Sememangnya kita sedar bahawa kita tidak boleh hidup tanpa air
walaupun sehari kerana kegiatan rutin harian kita sentiasa menggunakan air seperti membasuh kereta,
mencuci pinggan, mandi dan juga menampung keperluan asas bagi manusia. Kegiatan pembalakan haram
semakin berleluasa pada hari ini dan menyebabkan hutan di negara semakin terancam. Hal ini akan
menyebabkan kita kehilangan kawasan tadahan hujan sekali gus kita akan kehilangan sumber air yang
berkualiti. Oleh itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita hendaklah mengambil berat terhadap
kegiatan pembalakan haram yang mengancam kepentingan hutan.

Isi kedua saya ialah hutan juga dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi. Hali ini kerana
hanya hutan sahaja yang boleh menjalankan proses fotosintesis. Proses fotosintesis amat penting dalam
kehidupan masyarakat dalam memastikan purata suhu di negara kita tidak meningkat kerana kesan rumah
hijau boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat. Sekiranya hutan ditebang, bilangan tumbuhan
hijau akan berkurangan dan menyebabkan peratus karbon dioksida bertambah seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Oleh yang demikian masyarakat yang bersikap materialistic hendaklah mengikis sikap tamak
dalam sanubari mereka itu kerana anjakan paradigma.

Akhir sekali, sektor pelancongan yang dapat menjana ekonomi negara juga merupakan peranan hutan. Hal
ini kerana pihak kerajaan telah menubuhkan kawasan eko-pelancongan yang dapat memlihar kepupusan
flora dan fauna seperti Taman Negara Bako di Sarawak dan TamanNegara Kinabalu. Kawasan-kawasan
hutan ini merupakan kawasan yang diharamkan kegiatan pembalakan dijalankan. Sememangnya tindakan
pihak kerajaan yang drastik ini telah menyelamatkan hutan di negara daripada pupus. Di samping itu, hutan
dapat menjana ekonomi negara melalui kegiatan eksport kayu-kayu belian yang berharga yang mendapat
pasaran yang tinggi di persada antarabangsa. Sehubungan itu,hutan telah membantu negara meningkatkan
pembangunan negara ke arah kemajuan supaya negara dapat berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan
negara-negara lain.

Sekian sahaja pembentangan saya pada hari ini. Pembentangan seterusnya saya serahkan kepada
__________________ untuk membicarakan _____________________. Silakan

You might also like