Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bahan Sejarah

IBRAHIM YAAKOB

Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Temerloh, Pahang - meninggal
pada 8 Mac 1979 di Jakarta, Indonesia Jenazah beliau disemadikan di Taman Makam
Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nisannya, tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan
Kolonel purnawirawan TNI-AD, NRP 26217.
Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama
yang menentang kerajaan penjajah British. Matlamat Kesatuan Melayu Muda adalah mencapai kemerdekaan
bagi Malaya melalui penyatuan bersama Indonesia di bawah konsep Melayu Raya/Indonesia Raya..[1] Sebagai
pengasas Kesatuan Melayu Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun kerana dia
percaya Jepun akan memberikan kemerdekaan pada Malaya dan secara aktif membantu Jepun melalui aktiviti
gerakan kelima.[2] Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai
Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun pasukan Giyuugun telah
ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera. Ini menyebabkan Ibrahim Yaakob tidak dipercayai
oleh pihak British dan mendorong Ibrahim Yaakob berhijrah dan menetap di Indonesia sehingga tahun 1973.
Beliau merupakan tokoh terkenal di Tanah Melayu, pelbagai tempat bersejarah diletakkan bersempena nama
beliau.
Ibrahim Yaakob berasal daripada keturunan Bugis, di Sulawesi Selatan. Ibu bapanya merantau ke Riau dan
seterusnya ke Temerloh, Pahang sekitar tahun 1920-an. Ayahnya Haji Yaakob merupakan guru agama dan tokoh
yang dihormati. Ibunya bernama Hawa binti Hussein. Ketika berusia 2 tahun, ibu bapanya bercerai. Beliau
dipelihara oleh ibunya dengan hidup sederhana. Pada batu nisan isterinya tercatat nama Maria Kamel bin H Siraj
lahir 15 Disember 1920 dan meninggal dunia pada 20 November 2002. Sejarawan Cheah Boon Keng mencatat
nama isteri Ibrahim Yaacob sebagai Mariatun Haji Sirat.
IBHY mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Tanjung Kertau pada tahun 1918 ketika berusia tujuh
tahun. Pada tahun 1928, beliau telah dipilih menjadi guru pelatih di Pusat Latihan Perguruan di Kuantan, Pahang.
Di antara tahun 1928–1931, Ibrahim menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
di Tanjung Malim, Perak dan menerima semangat nasionalisme daripada Pendeta Zaba dan lain-lain. Pensyarah
di situ mengajar tentang gerakan nasionalisme yang berkembang di India, Mesir dan Indonesia. Pensyarah yang
lain ialah Abdul Hadi Hassan, Nurdin Haji Haron, Harun Mohd Amin (Harun Aminurrashid), Buyong Adil dan Abdul
Rahman Muhyidin. Harun Mohd Amin telah menulis tentang kehebatan pemuda Melayu Panglima Awang yang
mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan.
Surat khabar dari Indonesia seperti Pewarta Deli, Pertja Selatan, Pedoman Masyarakat, Fikiran Rakyat, Soeloeh
Rakyat Indonesia, Semangat Islam, Seruan Azhar, Bintang Timur dan Bintang Hindia turut dibaca dan beredar di
kalangan pelajar. 'Sumpah Pemuda' rakyat Indonesia menjadi ikrar persatuan. [3] Sebelum tertubuhnya KMM,
IBHY dan rakan-rakannya telah mewujudkan satu persatuan sulit yang “berhaluan sosialis” iaitu Ikatan
Semenanjung Malaya/Borneo pada tahun 1929 yang memperjuangkan gagasan “Malaya Raya”. Gesaan IBHY
terhadap masyarakat Melayu supaya menubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu bagi menyatukan orang-orang
Melayu untuk menyelamatkan hak kebangsaaan telah memperlihatkan dirinya sebagai pengerak nasionalisme
Melayu di Tanah Melayu. Beliau juga terlibat aktif dalam Kelab Melayu Bentung pada tahun 1931-
1934, Persatuan Melayu Selangor pada tahun 1938, Persatuan Belia Melayu dan beberapa persatuan yang
menjadi medan IBHY menperjuang dan memperkembangkan ideologinya.
Persatuan Belia Melayu yang pada asalnya bercorak sosial berubah kepada motif politik. Selaras dengan
perubahan tersebut, nama Persatuan Belia Melayu telah ditukar kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) atau turut
dikenali sebagai Young Malay Union. Pada 1939 pada usia 28 tahun, beliau menubuhkan secara rasmi
[[Kesatuan Melayu Muda] yang kebanyakannya terdiri daripada golongan guru Melayu lepasan MPSI. Persatuan
ini menjurus kepada persatuan pemuda Melayu yang berasaskan ‘pemuda-pemuda sedar’ atau ‘progresif’ yang
dalam lingkungan usia lewat 20-an. Beliau sebagai pengasas menjadi Yang diPertua, Onan Haji Siraj sebagai
Naib Yang Dipertua, Abdul Karim Rashid sebagai setiausaha, Haji Othman Abdullah sebagai bendahari, Hassan
Manan, Ahmad Boestaman, Isa Muhamad, Ishak Haji Mohammed, Sultan Djenain dan lain-lain tokoh. Dr
Burhanuddin Helmi menyertai KMM pada 1939. Dato Onn Jaafar yang akan mengasas Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu menyertai KMM pada April 1942. Nama KMM diberikan oleh Sultan Djenain , seorang pelarian
politik Parti Komunis Indonesia yang bertindak sebagai penaung KMM. Tahun 1940, seusia 29 tahun, Ibrahim
Yaakob telah menjadi nasionalis radikal yang mengagumi idealisme dan karisma Sukarno. Ketika Perang
Pasifik meletus pada 7 Disember 1941, Ibrahim Yaakob telah ditangkap oleh pihak British tetapi dibebaskan pada
1942 oleh pihak Jepun setelah Jepun mendarat di Tanah Melayu. Tentera Jepun menubuhkan tentera Pembela
Tanah Air (PETA) di pulau Jawa. Tetapi menubuhkan Giyuugun di pulau Sumatera dan di Tanah Melayu. [5]Dia
meninggal di Jakarta pada 8 Mac 1979. [6] Komander tentera Jepun melantik Ibrahim Yaakob sebagai Leftenan
Kolonel bagi pasukan tentera Giyuugun. KMM tidak tertakluk kepada golongan bangsawan dan sesuai untuk
golongan bawahan. Sementara Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail Tengku
Muhammad Yasin dikuasai oleh golongan bangsawan,slogan KMM ialah “satu untuk semua:semua untuk satu”.

TAN SRI SENU ABDUL RAHMAN


Tan Sri Senu Abdul Rahman kelahiran Jitra pada 10 Oktober 1919. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
Jitra,1927. Kemudian ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Beliau kemudian melanjut pelajaran ke
University of California dan lulus Sarjana Muda Sains Politik, 1948 dan Sarjana Sastera ( Sains Politik), 1954.
Memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Sekolah Sungai Korok Tinggi,1939 kemudian menjadi pegawai
penerangan dan menyertai politik sehinggalah di lantik sebagai menteri dan duta. Beliau menjadi Setiausaha
Agung UMNO (1969), menjadi Duta Malaya yang pertama ke Indonesia dan Duta Besar Malaya yang pertama ke
Germany dan juga Menteri Penerangan Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan dari tahun
1966 hingga 1968.

Sebagai seorang penjuang dan pencinta ilmu beliau sanggup meninggal keluarga dan menjadi kelasi kapal untuk
membolehkan beliau ke Amerika. Beliau menuntut selama 7 tahun di Amerika dengan dayausaha sendiri melalui
kerja sambilan sehinggalah berjaya kembali dengan ijazah. Sementara itu ketika menjadi pegawai penerangan
mereka pernah mementaskan drama "Aku Berdosa" dan "Salah Pedoman" di Alor Setar.Bersama 11 teman lain,
Beliau telah menghasilkan buku " Revolusi Mental", 1970 yang sering menjadi bahan diskusi dalam dunia Melayu.
Buku Revolusi Mental dihasilkan bersama 11 penulis lain. Rancangan ini telah dibukukan oleh Datuk Ali Haji
Ahmad, Haji Hamzah Alang dan HajiAbdullah Ahmad Badawi dan Prof Datuk Dr Taib Osman pada tahun 1970
dan dicetak 3000 naskah pada 1971. Tujuan buku ini sebagai langkah Pemuda dalam menyedarkan orang
Melayu mengenai masa depan mereka dalam sebuah negara yang baru mendeka. Buku ini mengandungi
penyelidikan mengenai kedudukan orang Melayu termasuk bilangan mahasiswa mengikut kaum di UM pada
1968.

Senu menerima Bintang Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) (1973) yang membawa gelaran 'Datuk'.
Beliau juga menerima gelaran Datuk dari Sultan Kelantan (1980-an). Panglima Mangku Negara (P.M.N) (1988)
oleh Yang di Pertuan Agong yang membawa gelaran 'Tan Sri' pada 1988.
Senu Abdul Rahman meninggal pada 16 Jun 1995 dan dikebumikan di Ampang Jaya. Beliau meninggalkan balu
Puan Sri Fatimah Abdullah, enam anak perempuan dan dua anak lelaki serta 16 cucu.

TUN ABDUL GHAFFAR BABA


Tun Abdul Ghaffar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah(1931-1936) dan Sekolah Melayu
Tangga Batu Melaka(1937-1940), beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris(kini UPSI),
Tanjung  Malim dari 1946 hingga 1949. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949-1955) sebelum
beralih kepada kerjaya politik(1955-2004). Jiwa beliau sebagai seorang guru terus meresap dalam kerjaya
politiknya, menjadikannya perantara yang penting antara semua pemimpin politik dan sentiasa bersedia
berkhidmat kepada negara.

Dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Negeri Sembilan dalam keluarga yang terdiri daripada 10 orang adik beradik,
Tun Abdul Ghaffar pernah bekerja menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika
usia 14 tahun, beliau menjadi pemungut bola golf dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong
Pertama, Tunku Abdul Rahman. 20 tahun kemudian, beliau yang menjadi Ketua Menteri Melaka duduk semeja
dengan Tunku Abdul Rahman di Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara. Tidak keterlaluan dikatakan
bahawa Tun Abdul Ghaffar tidak pernah menjadikan kemiskinan hidup sebagai alasan yang menghalang beliau
mencapai kejayaan kerjaya hingga ke peringkat tertinggi.

Tun Abdul Ghaffar mula mengorak langkah untuk memperjuangkan nasib bangsa dan negara apabila melibatkan
diri dalam kancah politik pada tahun 1940 dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda(KMM) di Melaka ketika
berusia 15tahun. Kemudian bergerak aktif dalam PKMM dari tahun 1945 hingga 1948. Pada tahun 1955, Tun
Abdul Ghaffar menyertai UMNO di Melaka apabila mendapati PKMM tidak sesuai lagi dengan pemikiran dan
kewajaran perjuangan untuk membela nasib bangsa dan negara. 11 tahun kemudian, bintang politik beliau
semakin menyerlah apabila memegang beberapa jawatan penting seperti Majlis Terting UMNO Melaka,
Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden
UMNO(1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah(1991), Pengerusi BN Sabah(1992) dan Setiausaha
Agung Barisan Nasional(1974-1993).

Beliau mula terlibat sepenuh masa dalam bidang politik apabila bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri
Melaka Luar pada pilihanraya umum pertama 1955. Pada 1 Jun 1959, beliau dilantik sebagai Ketua Menteri
Melaka ketika berusia 34 tahun. Kawasan pilihanraya yang terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu
Berendam Melaka yang dimenanginya pada pilihanraya 1999. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri
dan Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat dengan kerajaan menerusi rekod pencapaian cemerlang dengan
kemenangan dalam 11 pilihanraya umum sejak 1955 hingga 1999 atas tiket Parti Perikatan dan Barisan Nasional.

Tun Abdul Ghaffar dilantik menjadi Pengerusi MARA yang pertama mulai 1 September 1967 sehingga Oktober
1971 bagi meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA(1972)
yang kini dikenali sebagai UiTM. Selain Timbalan Perdana Menteri, jawatan lain yang pernah beliau sandang
ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tun Abdul Ghaffar telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri
iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr.Mahathir. Tun Ghaffar pernah memangku jawatan
Perdana Menteri selama 3minggu semasa zaman pemerintahan Tun Abdul Razak yang ke luar menghadiri
sidang Komanwel. Atas semangat perpaduan dan setia kawan, Tun Ghaffar juga pernah diberi kepercayaan
menjadi pengerusi Jawatankuasa Ad-Hoc Perhimpunan Agung MCA untuk memilih jawatankuasa pusat yang
baru ketika MCA dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas
presiden Tan Sri Dr Neo Yee Pan.

Jasa dan sumbangan besar Tun Abdul Ghaffar terhadap politik negara sewajarnya dikenang. Wajahnya yang
tenang dan bersahaja benar-benar mengambarkan kematangan seorang ahli politik berjiwa rakyat yang
bersemangat. Beliau contoh terbaik seorang pemimpin yang perlahan-lahan naik ke peringkat tertinggi
kepimpinan negara. Kini nama Tun Abdul Ghaffar diabadikan di MRSM Jasin sebagai MRSM Tun Ghaffar Baba
pada 27 Julai 2006 dan di enam buah FELDA di Melaka. 

You might also like