Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Hadiah

(Aripin Said)

SINOPSIS

Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan. Hayati


tidak dapat membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka
hanya bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit. Masalah mereka
telah diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan
membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil daripada
Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak sepuluh ribu ringgit atas
jasa ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara.

PEMIKIRAN/TEMA
Kegigihan menuntut ilmu.
Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran
asrama sekolah.

PERSOALAN
i.      Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban
semasa bertugas di sempadan.

ii.    Gigih meneruskan pelajaran. 


Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan
pelajarannya.

iii.   Berusaha untuk menyelesaikan masalah. 


Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga
mereka kepada penghulu.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
Hayati
i.              Gadis yang berusia 15 tahun. 
ii.            Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
iii.           Gigih berusaha
vi.           Mementingkan pelajaran

Watak Sampingan

1.    Fauziah
i.      Ibu kepada Hayati.
ii.    Tabah.
iii.   Penyayang.
.

2.    Pak Mail
i.      Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.
ii.    Tabah.
iii.   Bertanggungjawab.
iv.   Penyayang.

3.    Datuk Penghulu
i.      Bertanggungjawab.
ii.    Amanah.

4.    Encik Musa
i.      Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas
ii.    Amanah

GAYA BAHASA
i.              Bahasa istana
Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda

ii.            Kata ganda


Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga

iii.           Sinkope
Contoh: mak, tuk, nak, dah
iv.           Simpulan bahasa
Contoh: minta diri
v.            Bahasa Arab
Contoh:  assalamualaikum, waalaikumusalam.

PENGAJARAN
      i.        Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.
Contoh:  Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi
masalah kewangan.

    ii.        Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk
negara.
Contoh:  Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga
Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara.

   iii.        Kita hendaklah percaya kepada Tuhan


Contoh:  Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam
kesusasahan.

   iv.        Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.


Contoh:  Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan
kewangan.
LATIHAN

You might also like