Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Sebelum itu mereka menggunakan ikan untuk membuat keropok

Kini keropok menjadi kegemaran semua.

KEROPOK LEKOR & KEROPOK KERING

Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari oleh penduduk-penduduk dari
pelbagai golongan di negara ini juga di negara jiran. Di Malaysia terdapat pengusaha keropok
yang menjalankan perusahaan mereka terutama di persisiran pantai di Kelantan, Terengganu,
Pahang, Johor dan Kedah.

Keropok adalah sejenis makanan ringan yang digemari ramai oleh penduduk Malaysia. Keropok
lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung kanji dan/atau
tepung sagu sebagai bahan utama, garam, gula dan MSG sebagai bahan perasa. Jenis-jenis
ikan yang biasa digunakan untuk memproses keropok ialah ikan parang, tamban, selayang,
kerisi, lolong bara, biji nangka, conor dan lain-lain.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji
dan kandungan protein tidak kurang daripada 15 peratus.

Keropok yang bermutu boleh diperolehi bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan yang
digunakan, nisbah bahan utama serta proses penyediaan. Keropok yang bermutu juga dapat
dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila ianya digoreng di dalam minyak panas.

Terdapat beberapa kenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan
seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.

You might also like