Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pentaksiran merupakan satu elemen yang penting dalam dunia pendidikan.

Pentaksiran
merangkumi beberapa elemen yang lain seperti pengujian, pengukuran, penilaian dan
pentaksiran. Walaupun kempat-empat elemen ini mempunyai keunikan tersendiri namun semua
ini adalah subset kepada satu sama lain. Perbezaannya adalah dari aspek tujuan, cara
pelaksanaan, masa dan bentuk sahaja.

Pertama, pengujian iaitu satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur
perubahan yang berlaku dalam sesuatu aspek tingkah laku. Pengujian ini bertujuan untuk
menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Dalam proses perlaksanaan
pengujian, guru perlu menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan.
Seterusnya, melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan akhirnya, menjalankan
pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan. sebagai contoh, guru menjalankan ujian
bulanan, ujian pertengahan tahunan, ujian diognostik, kuiz, projek, portfolio, penghasilan buku
skrap dan lain-lain lagi.

Kedua, pengukuran merupakan proses mengukur pencapaian pelajar yang meliputi


pelbagai kaedah seperti pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan. Pengukuran adalah satu
proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana
individu/pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Pengukuran
boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis
seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan, sementara pengetahuan dan
sikapnya boleh diukur melalui temubual. 

Ketiga, penilaian iaitu sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan nilai. Penilaian memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran
justeru, kaedah mengajar dan kurikulum. Penilaian ini dilaksanakan menerusi penentuan
kaedah pengukuran yang ingin dijalankan oleh gur dan menganalisis pengukuran yang telah
dijalankan. Kemudian, proses interpretasi dijalankan sebelum melapor dapatan kajian dan
tindakan. Sebagai contoh, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah
yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. 

Keempat, pentaksiran merupakan suatu proses yang menentukan peringkat


pencapaian dan prestasi seseorang murid. Pentaksiran ini membantu guru membuat
pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajarannya. Pentaksiran
boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Sebagai
contoh, guru boleh menjalankan aktiviti berkumpulan, ‘role play’, kuiz dan lain-lain lagi untuk
mentaksir kebolehan seseorang murid.

Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang
dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam
memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

You might also like