Kenali Rakan Anda

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

CPR2011
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

TAJUK:
KENALI RAKAN ANDA

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


WANIE AMEERA BINTI AMIR TARMIZI D20191089424
NAMA PENSYARAH DR. SAKINAH BINTI SALLEH
KUMPULAN KULIAH G
PROGRAM AT46 - MULTIMEDIA
SEMESTER 1
SESI A201
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1. 1.0 Pengenalan 2
2. 2.0 Transkrip Sesi Bimbingan 3-6

3. 3.0 Refleksi 7-9


3.1 Kemahiran Memberi Khidmat
4. 4.0 Kelebihan dan Kelemahan 10

5. 5.0 Lampiran 11

6. 6.0 Rujukan 12

1
1.0 PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan
kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Pelajar yang telah
dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tidak bertugas untuk memberi nasihat dan
menyelesaikan masalah orang lain seperti tugas seorang kaunselor tetapi membantu dengan
menjadi teman untuk meluahkan perasaan selain menanam kepercayaan dalam diri individu
untuk mendapatkan bantuan pada saluran yang dirasakan perlu.
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga mampu memberi sumbangan di sekolah atau di
peringkat universiti dengan mewujudkan suasana persekitaran yang selamat melalui budaya
penyayang dan saling membantu di kalangan pelajar selain memupuk nilai diri yang peka,
bertolak ansur dan bertimbang rasa serta rela membantu orang lain dalam masyarakat majmuk
yang berbilang kaum. Hal ini bersesuaian dengan prinsip PRS iaitu bersedia dan rela membantu
rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan
fizikal.
Komunikasi diperlukan dalam pelbagai aspek di dalam kehidupan seperti berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan fizikal, perhubungan, memenuhi identiti, kerohanian dan
menyediakan keperluan instrumen atau peralatan. Oleh itu, satu temubual dan khidmat
bimbingan “Kenali Rakan Anda” telah dijalankan bersama rakan saya iaitu Nur Diana binti
Mohamad Asri. Beliau berumur 20 tahun dan berasal dari Kedah. Beliau merupakan anak sulung
daripada empat adik beradik. Beliau juga merupakan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan
Idris di bawah program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau dikenali
sebagai seorang yang sangat komited dengan kerja yang dilakukan dan sentiasa memberi
komitmen dengan baik.

2
2.0 TRANSKRIP SESI BIMBINGAN

Pembimbing: Assalamualaikum saudari Diana. Apa khabar? Saudari sihat?

Cik Diana: Waalaikumussalam, khabar baik. Alhamdulillah saya sihat.

Pembimbing: Alhamdulillah. Bagaimana keadaan saudari sekarang dengan


pembelajaran secara dalam talian? Adakah semuanya berada dalam
keadaan yang baik?

Cik Diana: Pada mulanya saya berasa selesa dengan pembelajaran atas talian ini
kerana
saya tidak perlu pulang ke kampus dan menghadapi kesukaran seperti
menunggu bas, menghabiskan duit di kampus untuk membeli barang
keperluan dan sebagainya. Tetapi, sejak akhir-akhir ini setelah berada di
rumah agak lama saya berasa agak tidak selesa dan saya berasa hilang
fokus terhadap pembelajaran secara dalam talian ini. Adakah saudara juga
berasa perkara yang sama seperti saya?

Pembimbing: Ya benar saudari. Saya juga berasa perkara yang sama seperti saudari
tetapi saya tetap berusaha untuk terus bersemangat untuk menghadapi
pembelajaran dalam talian ini. Begitu juga dengan saudari. Saudari jangan
berputus asa dan teruskan semangat saudari agar saudari lebih fokus dan
berjaya menghadapi cabaran ini.

Cik Diana: Baiklah saudari. Saya akan terus cuba untuk bangun dan bersemangat
untuk menghadapi cabaran belajar secara dalam talian ini.

Pembimbing: Ya benar. Saudari mestilah yakin dengan diri saudari. Seperti yang
saudari katakan sebelum ini, saudari berasa hilang fokus terhadap
pembelajaran secara dalam talian semenjak berada di rumah.

3
Cik Diana: Ya benar saudari.

Pembimbing: Apakah yang menyebabkan saudari berasa hilang fokus terhadap


pembelajaran secara dalam talian semenjak saudari berada di rumah?

Cik Diana: Seperti yang saudari tahu, saya merupakan anak sulung daripada empat
adik beradik. Sebagai anak sulung tentulah saya harus melakukan kerja
rumah dan menguruskan adik-adik saya apabila ibu dan ayah saya keluar
bekerja. Tambahan pula, pada waktu sekarang sekolah ditutup kerana
Covid-19 yang sedang melanda di negara kita. Jadi, saya perlu melakukan
dua kerja pada waktu yang sama iaitu menguruskan adik-adik saya dan
juga menumpukan perhatian terhadap pembelajaran saya. Tetapi, saya
tidak dapat memberi perhatian yang secukupnya terhadap pelajaran saya
kerana untuk menguruskan kerja rumah dan adik-adik saya bukanlah satu
perkara yang mudah sambil belajar. Kadang-kadang dengan masa yang
terhad ini, saya juga menjadi agak tertekan dengan bebanan kerja yang
diberikan oleh pensyarah.

Pembimbing: Saya memahami perasaan dan tanggungjawab saudari sebagai anak


sulung. Ya benar menjadi anak sulung merupakan tanggungjawab besar
yang perlu digalas dengan sebaik mungkin. Tetapi, menjadi seorang
pelajar juga merupakan tanggungjawab yang perlu digalas untuk
menuntut ilmu sehinggalah berjaya membuktikan kejayaan kepada diri
kita serta keluarga kita. Saudari hendaklah meletakkan tanggungjawab diri
saudari sebagai anak sulung dan juga sebagai seorang pelajar dengan
seimbang. Saudari mestilah membahagikan masa di antara tanggungjawab
seorang anak dan juga tanggungjawab sebagai seorang pelajar dengan
baik. Selain itu, saudari juga perlu sentiasa berfikiran positif dan
melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan hati yang sentiasa tenang.

4
Cik Diana: Ya, saya setuju dengan pernyataan saudari. Saya perlu lebih positif dalam
setiap tindakan yang saya lakukan. Oleh itu, saya akan menjadi seseorang
yang lebih tenang dan agar dapat membina keyakinan dalam diri saya
bahawa saya boleh menghadapi cabaran belajar secara dalam talian di
rumah.

Pembimbing: Bagus saudari. Jika saudari berasa terbeban dengan kerja-kerja yang perlu
dilakukan, contohnya seperti yang saudari katakan iaitu kerja-kerja rumah
yang perlu diselesaikan pada setiap hari. Maka, saudari hendaklah
meminta pertolongan daripada adik-adik saudari untuk membantu saudari.
Hal ini juga dapat membuatkan mereka dapat belajar untuk berdikari
dalam membuat kerja-kerja di rumah seperti mengemas rumah dan
sebagainya. Dengan itu, saudari akan lebih mempunyai masa untuk fokus
terhadap pelajaran dan menyiapkan tugas-tugas yang diberikan kepada
saudari.

Cik Diana: Betul saudari. Saya harus meminta bantuan daripada adik-adik saya agar
lebih memudahkan kerja saya dan saya tidak akan berasa terbeban dengan
pelbagai kerja yang perlu diselesaikan dalam sesuatu masa. Walau
bagaimanapun saudari, bolehkah saya ingin meminta pendapat saudari
sedikit?

Pembimbing: Boleh saudari. Tiada masalah. Silakan.

Cik Diana: Apakah perlu untuk saya berterus terang dengan ibu bapa saya agar
mereka memahami situasi saya sekarang? Saya tidak bermaksud untuk
mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang anak. Tetapi, saya
hanya mahukan mereka memahami saya bahawa saya juga perlukan
perhatian dan sokongan daripada ibu bapa saya sepanjang menghadapi
pembelajaran secara dalam talian ini.

5
Pembimbing: Pada pendapat saya, saya sangat bersetuju dan menggalakkan saudari
untuk berterus terang dengan ibu bapa saudari. Saya memahami tentang
kesibukan kerja ibu bapa saudari. Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa
haruslah meluangkan sedikit masa untuk anak-anak untuk berkomunikasi
dan berkongsi masalah. Hal ini akan menimbulkan komunikasi yang
positif antara keluarga. Saudari perlulah bercakap dengan baik dengan ibu
bapa saudari dan luahkan apa jua masalah yang saudari hadapi. Justeru
itu, ibu bapa saudari akan dapat menumpukan perhatian dan memberi
sokongan kepada saudari untuk terus fokus dalam pelajaran sehingga
mencapai kejayaan.

Cik Diana: Baiklah saudari. Saya sangat berterima kasih kepada saudari kerana sudi
mendengar luahan hati saya. Saya berasa lebih tenang dan fikiran saya
menjadi lapang. InsyaAllah selepas ini saya akan lebih positif dan
bersemangat dalam menuntut ilmu.

Pembimbing: Sama-sama saudari Diana. InsyaAllah semoga saudari terus bangkit dan
saya doakan saudari sentiasa dipermudahhkan urusan. Apa jua masalah
yang saudari hadapi, sentiasalah hadapi ia dengan tenang serta mohonlah
doa dan pertolongan dari Allah swt. Terima kasih kerana sudi meluangkan
masa bersama saya.

Cik Diana: Baiklah. Sama-sama.

3.0 REFLEKSI

6
3.1 KEMAHIRAN MEMBERI KHIDMAT

i) Kemahiran Membina Perhubungan


Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi
kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan
rasa selamat antara pembimbing dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah
memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama
yang positif. Pembimbing mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan
dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti
membina suasana alam sekeliling, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka,
kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk
dalam kaunseling.

ii) Kemahiran Bimbingan dan Layanan


Bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan
kemahiran bagi menangani isu-isu dan cabaran-cabaran dalam kehidupan secara
berkesan. Bimbingan juga adalah proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa
untuk mengembangkan potensi mereka supaya dapat membuat pemilihan yang bijak dari segi
aspek peribadi, kerjaya dan sosial. Proses pendidikan yang memberi pertolongan positif kepada
individu untuk faham dirinya, gunakan potensi dan peluang pendidikan. Contohnya, semasa sesi
bimbingan berlangsung pembimbing melakukan kemahiran bimbingan dan memberikan layanan
yang positif kepada klien.

iii) Kemahiran Menyoal


Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini
adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
Biasanya, soalan akan ditanya oleh pembimbing dan dijawab oleh klien. Soalan-soalan yang
dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami
perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan
berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa
merasa dirinya terggugat. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat,

7
mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di dalam sesi
kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan
terbuka.
Jones (2004) menjelaskan kaunselor perlu membuat perkara yang perlu diambilkira
dalam membuat soalan seperti berikut:
- Tujuan soalan: Kaunselor yang efektif bertanya soalan yang mengundang
kepada perkembangan pemahaman masalah klien dan dirinya.
- Jumlah soalan: Kaunselor boleh bertanya soalan yang hanya bertumpu kepada masalah
semasa atau soalan yang lebih umum.
- Tahap intimasi: Kaunselor perlu bersifat sensitif kepada soalan yang boleh
memberi kesan kepada intimasi perhubungan.

iv) Kemahiran Mendengar


Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi
kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar
daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah
diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang
sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Semasa sesi bimbingan
berlangsung, pembimbing memberi ruang kepada klien untuk meluahkan perasaan dan
pembimbing berperanan sebagai pendengar.

v) Kemahiran Parafrasa
Kemahiran memparafrasa ini ialah respons pembimbing setelah mendengar isi dan memerhati
tingkah laku klien. Pemahaman pembimbing ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek
tetapi tepat dan padat maksudnya. Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan
pembimbing mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Menurut Ishammudin
Hj. Ismail (1999) menjelaskan bahawa tujuan kemahiran parafrasa adalah mengulangi semula
kepada klien kata-kata yang baru disebutkan, menjelas dan memberikan tumpuan kepada apa
yang klien baru sebutkan, memberitahu klien bahawa pembimbing mendengar apa yang
diperkatakan, mengelak kekeliruan dan ketidaksefahaman dan membantu klien untuk berfikir.
vi) Kemahiran Konfrontasi

8
Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan
pembimbing. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, pembimbing harus menggunakan nada
yang lembut yang mengandungi unsur-unsur ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak
tersalah tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh pembimbing
kepada klien dalam situasi-situasi tertentu.

vii) Kemahiran Merumus


Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang
telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika
dibandingkan dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien dan
mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Terdapat tiga
kemahiran merumus iaitu merumus di awal sesi, merumus di pertengahan sesi dan merumus di
akhir sesi. Ishamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah:

- Menjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien.


- Mengenal pasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu timbul berhubung kait
dengan mesej tersebut.
- Supaya klien mendengar semula kata-katanya.
- Supaya tidak ada berlaku distorsi (distortion).
- Sesuai digunakan apabila sesi terhenti atau terbantut.
- Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan boleh mempercepatkan proses kaunseling.
- Sintesis aspek-aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran klien.

4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN

9
i) Kelebihan

- Pembimbing dapat menyesuaikan dan mengekalkan keadaan yang tenang dan baik
bersama klien sepanjang sesi bimbingan berlangsung.
- Pembimbing dapat mengawal keadaan semasa sesi bimbingan berlangsung dan dapat
menumpukan perhatian dan fokus kepada perlakuan klien.
- Klien dapat meluahkan fikiran dan perasaan tentang masalah yang dihadapi apabila
bersama pembimbing.
- Pembimbing dapat memberi maklum balas dan menerima respon daripada klien.
- Komunikasi pembimbing bersama klien berjalan dengan lancar tanpa ada sikap dan
pendapat yang bercanggah.
- Pembimbing dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien dengan baik.

ii) Kelemahan

- Pembimbing kurang menggunakan kemahiran rumusan semasa sesi bimbingan


berlangsung.
- Pembimbing kurang menggunakan kemahiran dorongan minima. Klien lebih
menggalakkan diri untuk meluahkan perasaannya.
- Informasi yang diterima daripada klien sangat terbatas. Pembimbing kurang dapat
mengenal pasti masalah yang dihadapi klien dengan lebih mendalam.

5.0 LAMPIRAN

10
Sesi bimbingan “Kenali Rakan Anda”

6.0 RUJUKAN

Jones, R.N (2004). Practical Counselling and helping skills. Sage Publications. London.

11
Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur. 
Aras Mega (M). Sdn. Bhd.

12

You might also like