Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

TUGASAN KUMPULAN 3

TUGASAN (PERBANDINGAN BENGKEL DALAM & LUAR NEGARA)

KOD KURSUS BBP30103

NAMA KURSUS PENGURUSAN MAKMAL

FAKULTI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

NAMA PELAJAR
1. KHAIRULNIZAM BIN MD YUSOFF CB180062
2. HALIFI NAILI BIN HASHIM CB180018
3. MUHAMAD IZZUDEEN BIN HAIRUDIN CB180044
4. MUHAMMAD RIDHWAN BIN ABDUL RAHMAN CB180045
5. ALIF HAZIQ BIN MOHD NOOR CB180063

SEKSYEN 01

TAHUN 2020/2021

NAMA PENSYARAH Ts. MUHAMAD AMIN BIN HAJI AB GHANI

TARIKH 19 NOVEMBER 2020

MARKAH

1
ISI KANDUNGAN

Bil. Butiran Halaman


BAB 1 : Pengenalan
1.0 Latar Belakang Makmal 3
1.1 Objektif Kajian 6
BAB 2 : Pengurusan
2.0 Keselamatan 6
2.1 Susunatur Makmal 9
2.2 Pengawalan Mesin 12
2.3 Penstoran 14
2.4 Penyelengaraan 16
BAB 3 : Analisis
3.0 Perbandingan Antara Bengkel 18
3.1 Cadangan Penambahbaikan 19
BAB 4 : Kesimpulan
4.0 Kesimpulan Kajian 21

2
BAB 1
PENGENALAN

1.0 Latar Belakang Makmal

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bengkel bermaksud kilang kecil tempat tukang-
tukang bekerja. Seperti yang diketahui, keperluan bengkel dalam institusi pendidikan yang
berasaskan kepada TVET amatlah diperlukan kerana ia menjadi tempat pelatih TVET untuk
menjalankan sebarang kerja yang berbentuk amali dan psikomotor. Bengkel adalah sebuah
bilik yang mempunyai kelengkapan peralatan dan bahan yang digunakan untuk
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (Zainudin & Rosini, 2010). Sebagai contoh,
antara peralatan yang terdapat di dalam bengkel elektronik di setiap industri TVET seperti
UTHM ataupun Kolej Vokasional (KV) adalah seperti Osiloskop, multimeter, pemutar skru,
alat soldering dan sebagainya. Namun jika dilihat kepada peralatan bengkel elektronik di luar
negara seperti Indonesia, mereka turut mempunyai institusi TVET mereka sendiri seperti
STEKOM atau Sekolah Tinggi Elektronika dan Komputer yang turut mempunyai fasiliti
yang serupa seperti yang disebut diatas.

Selain itu, pengurusan bengkel juga amat penting dan perlu mengikut SOP yang disediakan
oleh pihak berwajib kerana kegagalan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan akan
menyebabkan berlakunya kemalangan dan kecelakaan. Terdapat pelbagai faktor yang boleh
menyumbang kepada berlakunya kemalangan seperti faktor persekitaran sosial, kesalahan
manusia, tindakan tidak selamat, kemalangan dan kecederaan (Heinrich, 1980). Melihat
kepada bengkel elektronik ini, antara risiko yang bakal dihadapi jika gagal mematuhi SOP
adalah terkena renjatan elektrik dimana seseorang yang berada dalam situasi ini mempunyai
risiko fatallity yang amat tinggi.

3
Oleh itu, pengurusan bengkel elektronik bukan sahaja hanya tertumpu kepada aspek
pengemaskinian peralatan selepas digunakan malah ianya boleh disifatkan lebih menyeluruh
di mana pembantu bengkel juga perlu mendokumentasikan segala aktiviti di dalam bengkel
termasuk penyediaan informasi rasmi, bukti atau rekod perjalanan sesebuah makmal serta
maklumat peralatan tersebut. Seterusnya, kaedah penyusunan alatan dan bahan menggunakan
label adalah menjadi keutamaan dalam pengurusan bengkel kerana ianya bersesuaian dan
memudahkan proses pemahaman para pelajar dalam menguruskan alatan dan bahan setelah
digunakan.

Melihat kepada suasana bengkel elektronik di Malaysia dan luar negara, tidak banyak beza
yang boleh dilihat, malahan ia hampir sama. Sebagai contoh bengkel elektronik di Fakulti
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional di UTHM (Rajah 1), susun atur, peralatan dan suasana
bengkelnya sama sahaja jika dilihat kepada susunan bengkel elektronik di Institut Teknologi
Indonesia (Rajah 3) dan STEKOM (Rajah 4).

Rajah 1 : Meja kerja FPTV, UTHM

4
Rajah 2 : Simbol mandatori di Bengkel Elektronik FPTV, UTHM

Rajah 3 : Meja kerja Institut Teknologi Indonesia

Rajah 4 : Susun atur meja kerja STEKOM

5
1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

1. Undang-undang dan peraturan bengkel elektronik di Malaysia dan luar negara.


2. Susunatur makmal serta SOP bengkel elektronik di Malaysia dan luar negara.
3. Kaedah penstoran yang diamalkan bengkel elektronik di Malaysia dan luar negara.
4. Jenis piawaian yang terlibat bagi bengkel elektronik di Malaysia dan luar negara.

BAB 2
PENGURUSAN
2.0 Keselamatan

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keaadaan selamat ataupun terhindar daripada
bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah di maklumkan kepada pengguna bagi
menegelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang dinyatakandalam Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA-Occupational Safety andHealth Act 1994)
iaitu pihak majikan bertanggungjawab menyediakan maklumat,arahan, latihan dan penyeliaan
serta kemudahan bagi menjamin keselamatan dankesihatan pekerja. OSHA ini tertakluk di
seluruh dunia di mana ia merangkumi segala jenis pekerjaan dan tempat kerja.

2.0.1 Aspek Keselamatan Penggunaan Elektrik Di Bengkel

1. Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul.


2. Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau mencabut plag.
3. Tidak mencuba membaiki sendiri peralatan elektrik.
4. Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah.
5. Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat wayarnya telah rosak.
6. Tidak mengendalikan alatan elektrik dengan tangan yang basah.
7. Tidak menggunakan alatan elektrik di tempat yang basah.
8. Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik .

6
9. Memastikan tamatan plag adalah betul apabila membuat pendawaian plag.
10. Sekiranya berlaku kejutan elektrik, suis utama mesti dimatikan dengan serta merta.

2.0.2 Penggunaan Alatan Kecemasan

1. Alat Pemadam Api

Rajah 5 : Contoh gambar pemadam api yang boleh digunakan dibengkel

Cara menggunakan alat pemadam api :


 Keluarkan pin picu
 Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api
 Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur.

2. Kotak Pertolongan Cemas

Rajah 6 : Contoh gambar kotak pertolongan cemas yang boleh digunakan dibengkel

 Kotak pertolongan cemas perlu disediakan di dalam bengkel untuk merawat kecederaan.
 Kotak pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti iodine, ubat
antiseptic, kapas, gunting, plaster, pin, dan pembalut luka.

7
2.0.3 Tingkah Laku Didalam Bengkel

Untuk mengelakkan kemalangan ketika berada di tempat kerja, beberapa peraturan


hendaklah dipatuhi. Biasanya, di setiap bengkel terdapat peraturan am yang telah di tetapkan
dan peraturan ini boleh dikelaskan kepada dua, iaitu:

 Keselamatan diri
 Keselamatan di bengkel.

Keselamatan Diri

Pengguna perlu mematuhi peraturan berpakaian ketika berada di bengkel.Selain itu pengguna
hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan mengendalikan peralatan
dan mesin semasa berada di tempat kerja. Dan akhir sekali pengguna tidak dibenarkan
bermain-main dan bergurau senda dengan rakan-rakan sama ada dengan peralatan dalam
bengkel.

Keselamatan Di Bengkel

Setiap bengkel mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan
dengan baik dan lancar. Selain itu , bengkel mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan
sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi
sebarang masalah. Dan bengkel hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti
serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.

8
2.1 Susunatur Bengkel Dalam Negara Dan Luar Negara

Sesebuah bengkel perlulah drancang dengan baik. Faktor yang dijangka berkaitan perlulah
diperincikan oleh mereka yang pakar. Ini bagi memastikan bengkel mencapai maklumat yang
dikehendaki selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Berikut merupakan contoh
susun atur bengkel dari dalam negara dan luar negara.

Rajah 7 : Bengkel Universiti Mercubuana Indonesia

Rajah 8 : Bengkel Elektronik di Universiti Tun Huseein Onn Malaysia

9
Perancangan pelan lantai mestilah teratur. Ini merupakan salah satu petunjuk yang penting
dalam merancang bengkel. Terdapat tiga jenis pelan lantai iaitu:

1. Pelan Lantai Proses

Mengumpulkan mesin-mesin di suatu lokasi mengikut jenis mesin. Ini akan menghasilkan
satu ruangan kerja yang sama.

2. Pelan Lantai Produk

Menyusun kelengkapan mesin mengikut langkah kerja untuk menghasilkan sesebuah produk.

3. Pelan Lantai Gabungan Antara Proses Dan Produk.

Dirancang mengikut gabungan ciri-ciri proses dan produk. Jenis pelan lantai ini kurang
digunakan.

2.1.1 Susun Atur Bengkel

Seperti yang dilampirkan dibawah adalah contoh perbandingan yang boleh ditunjukkan oleh
pengkaji , merujuk kepada rajah 9 adalah susun atur plan lantai bagi bengkel dinegara
Malaysia manakala di rajah 10 pula adalah susun atur plan lantai bagi bengkel dinegara
Indonesia

10
Rajah 9 : Contoh susun atur plan lantai bagi bengkel di institusi Malaysia

Di dalam bengkel elektronik di sebuang bengkel elektronik di Mlaysia sudah pun mencapai
tahap yang memuaskan dan dilengkapi pelbagai kemudahan asa seperti soket keluaran, kipas
siling, lampu, kipas ekzos dan lain-lain. Akan tetapi, banyak lagi kemudahan dan penigkatan
tahap keselamatan boleh ditambahbaik dalan perancangan susun atur bengkel di Institusi
Malaysia.

Rajah 10 : Contoh susun atur plan lantai bagi bengkel di institusi Indonesia

Tidak dapat dinafikan susun atur bagi bengkel elektronik di Indonesia juga berada di tahapa
yang memuaskan dan menepati ciri-ciri asas dalam sebuanh bengkel. Terutamanya, kelebihan
penyediaan ruang bagi memudahkan pergerakan di dalam bengkel tersebut.

11
2.2 Pengawalan Mesin Dan Peralatan Dalam Dan Luar Negara

Pengawalan mesin dan perlatan perlu ada bagi memastikan Keselamatan peralatan yang berada
di bengkel perlu diberi perhatian khusus oleh pengguna dan pengurusan sesebuah bengkel.
Peralatan-peralatan yang ada dibengkel perlu diselenggara dengan baik dan berkala. Cara ini
dapat mengelakkan kerosakan berlaku pada peralatan-peralatan yang digunakan dan dapat
mengesan peralatan yang telah rosak. Selain itu, aturan penggunaan peralatan atau mesin dengan
betul perlu disertakan bersama-sama peralatan atau mesin tersebut iaitu lebih dikenali sebagai
“Standart Operating Procedure” (SOP). Dengan adanya SOP ini, pengguna sentiasa diberi
peringatan tentang langkah-langkah dan cara penggunaan sesuatu mesin tersebut. Salah guna
atau penggunaan peralatan yang kurang mahir boleh menyebabkan kemalangan berlaku.
keselamatan mesin adalah seperti berikut iaitu sebelum menggunakan mesin, pelajar haruslah
mengetahui dan memahami cara mengguna, mengendali dan memberhentikan mesin dengan cara
yang betul. Mengetahui tempat yang merbahaya di atas mesin. Tahu bila waktunya
menggunakan dan mengenakan pelindung mata dan bila masanya perlu memegang sesuatu
alatan elektrik. Perkakasan kuasa perlu dijaga supaya bersih dan kering. Kekotoran atau
longgokan gris yang terkumpul boleh menyebabkan berlaku litar pintas. Akhir sekali, pastikan
bahagian yang beroperasi pada mesin mempunyai pelindung atau pengadang keselamatan.
Penyenggaraan alat-alat hendaklah dilakukan mengikut jadual. Pemeriksaan mingguan dan
harian hendaklah dibuat pada alat-alat dan mesin yang digunakan. Kerosakan mesin dan alat-alat
hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru untuk tindakan selanjutnya. Mesin dan alat-alat
hendaklah dijaga dan digunakan dengan baik berpandukan langkah-langkah yang ditetapkan.

Setelah membuat kajian, kedua-dua buah makmal menggunakkan SOP yang sama bagi
pengawalan mesin dan peralatan. Hal ini disebabkan kedua-dua makmal ini ingin mengawal
mesin dan peralatan atas sebab ingin menjaga keselamatan sama ada mesin atau peralatan dan
keselamatan penggunanya sekali. Oleh itu, SOP yang diguna pakai untuk pengawalan mesin dan
peralatan nya sama. SOP tersebut diambil dari pengilang/pembuat mesin atau peralatan itu
sendiri.

12
2.2.1 Cara-cara untuk mengawal alatan dan mesin bagi memastikan keselamatan pengguna dan
juga peralatan tersebut terjamin adalah seperti berikut:

 Jaga semua mesin dan peralatan supaya bersih dan tidak berhabuk, serpihan-serpihan dan
tidak berkarat.
 Lincirkan semua mesin sebagaimana yang disyorkan oleh pembuatnya. Semua bahagian
mesin yang bergesel, berputar dan bergelongsor perlu dilincirkan.
 Bersihkan , lincirkan dan buat penyelarasan pada alat pemotong atau benda kerja hanya
apabila mesin sedang pegun.
 Cuma jurumesin sahaja boleh dibenarkan mensuiskan mesin. Sebarang pemerhati
hendaklah beradai di luar kawasan selamat yang ditandakan untuk mesin berkenaan.
 Fahamkan mesin tersebut dengan mendalam sebelum menggunakannya.
Biasakan/fahamkan kawalan-kawalannya sekali. Bertanyalah sekiranya berasa ragu-ragu.
 Minta orang yang bertanggungjawab memeriksa persiapan kerja sebelum mensuiskan
kuasa. Jika boleh, gerakkan mesin itu satu kitar (cyle) dengan tangan sebagai cubaan.
 Ketepikan semua alat, alat pengukur dan perengkuh dari mesin itu sebelum mensuiskan
kuasanya.
 JANGAN cuba memberhentikan mesin dengan tangan.
 Berhentikan mesin sebelum membuangkan serpihan-serpihan. Gunakan berus. JANGAN
cuba menggunakan jari untuk membuangkan serpihan yang terlekat antara mata alat
dengan berndakerja semasa mesin sedang berjalan.
 JANGAN menggunakan sesuatu mesin jika penghadang keselamtannya tiada, jika
pesawatnya rosak atau ianya mempunyai kerosakan elektrik. Laporkan semua kerosakan
pada guru dengan serta merta.
 Belajarlah untuk mengenali bunyi dengung atau bunyi mesin yang berjalan dengan
sempurnanya. Sebarang perubahan bunyi dari mesin yang sedang dikendalikan itu
hendaklah dilaporkan kepada guru.
 JANGAN tinggalkan mesin yang sedang berjalan tanpa dijaga walaupun untuk seketika.
 JANGAN biarkan mesin terdedah kepada tegasan yang tidak wajar, umpamanya
mengikat terlalu kuat atau memotong terlalu dalam.
 Jika serpihan berterbangan , gunakanlah perlindungan mata.
13
2.3 Penstoran

Penstoran atau dikenali sebagai penyimpanan bahan merupakan satu proses di dalam
memastikan bahan-bahan yang dikenali sebagai stok atau asset berada dalam keadaan yang
teratur dan selamat.
Terdapat empat kaedah penyimpanan ini,empat kaedah penyimpanan tersebut adalah;

 Menggunakan ruang simpanan secara ekonomik


 Menyusun dengan cara yang teratur
 Menyusun agar tidak menghalang kerja-kerja pemunggahan
 Menyusun bagi memudahkan pengeluaran mengikut sistem MDKD

Stok yang disimpan perlu dijangka kekerapan penggunaannya kembali bagi menganggar masa
pengeluarannya.

Sistem letakan stok terbahagi kepada dua iaitu:

(a) Letakan stok tetap


 pengeluaran stok adalah jarang,mengikut keperluan.
(b) Letakan stok rambang
 pengeluaran stok adalah kerap

Mengikut kajian yang telah kami buat, kedua dua makmal menggunakan kaedah penstoran yang
sama bagi memudah kan mereka untuk menyusun, mengatur, merekod dan mengenal pasti lokasi
asset/stok disimpan. Hal ini kerana, kaedah atau SOP yang digunakan kedua dua makmal ini bagi
penstoran sangat berguna dan berkesan. Kaedah ini membuat kan penstoran barangan atau alatan
lebih teratur dan tersusan dan memudah kan pihak mereka untuk jejak dimana barangan itu.

14
2.3.1 Peraturan Am Penstoran

1. Ruang stor dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti seksyen elektrik, mekanikal,
alat ganti, bahan kimia, alat tulis dan sebagainya.
2. Diberi tanda pengenalan dengan menggunakan susunan abjad atau nombor atau kedua-
duanya sekali.Setiap para melintang diberi satu huruf dan setiap jalur kotak (tegak) diberi
satu nombor.

Contoh: Pensil 2B terletak di Seksyen A, rak nombor 1, para B


dan kotak nombor 2
*LOKASI Pensil 2B ialah di A-1B2

2.3.2 Contoh-Contoh Penyimpanan Barang Di Dalam Stor:

Stor yang bersih dengan simpanan barang yang tersusun rapi serta system lokasi yang jelas bagi
memudahkan pelaksanaan segala aspek pengurusan stor.

Rajah 11 : Penyimpanan Barang yang tersusun rapi dan lokasi yang jelas.

15
2.4 Penyelengaraan

Penyelanggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan
mengawalselia bangunan,kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan dan persekitara
Penyenggaraan yang baik boleh menjamin sesuatu aset dimana dapat memberikan kualiti yang
memuaskan sebagai contoh mesin yang telah dibaiki dapat mengurangkan kerosakan.

2.4.1 Klasifikasi Penyelenggaraan

Menurut Piawaian British BS 3811 (1984) mengkategorikan penyelenggaraan kepada dua (2)
kategori iaitu penyelenggaraan terancangan dan tidak terancang. Mohd Suhaimi (2004) dan
Shahril Bazlin (2004) menjelaskan bahawa penyelenggaraan terancangan ialah sebagai kerja
yang dilaksanakan dengan membuat ramalan ke atas masalah yang timbul, tindakan kawalan dan
juga rekod-rekod aktiviti penyelenggaraan yang lalu. ia dirancang terlebih dahulu bagi tujuan
rawatan dan pencegahan awal agar kekal berfungi dengan baik. Penyelenggaraan tidak terancang
pula ialah aktiviti tanpa perancangan awal dan luar jangka di mana penyelenggaraan yang
dilakukan apabila berlaku kerosakan secara mengejut atau akibat bencana alam. Oleh itu kerja-
kerja penyelenggaraan ini hanay bagi mengfungsikan semula operasi tersebut sahaja.

2.4.2 Jenis penyelenggaraan terancang :-

i. Penyelanggaraan bersifat mencegah

penyelenggaraan berjadual (Penyelenggaraan secara berkala mengikut tempoh masa yang


ditetapkan 0 dan penyelenggaraan berdasarkan keadaan di mana laporan pemeriksaan yang
menunjukkan perlu di selenggara.

16
ii. Penyelenggaraan bersifat membaik pulih

penyelenggaraan dilakukan setelah mengetahui keadaan sebenar sesuatu elemen sesebuah


bangunan, perkhidmatan atau peralatan.

2.4.3 Penyelenggaraan Tak Berancang

Kerja-kerja atau aktiviti penyelenggaraan yang dilakukan tanpa perancangan awal dan berlaku
secara mengejut akibat kerosakan atau bencana alam.

2.4.4 Peyelenggaraan Di Bengkel Elektronik , FPTV

Bagi mendapat data yang lebih tepat pegkaji mengambil alternatif untuk membuat satu temu
ramah bersama pegawai pembantu makmal yang menjaga Bengkel Elektronik ,FPTV. Nama
pegawai pembantu makmal tersebut adalah Puan Maizathul Sahida binti Othman , Beliau
memberi informasi bahawa penyelenggaran yang dilakukan di bengkel elektronik FPTV adalah
mengunakan sistem peyelenggaran terancang dimana setiap 5 bulan sekali Puan Maizathul
Sahida binti Othman dan dibantu oleh pembantu teknik bangunan mengesan kerosakkan yang
bakal berlaku , Bagi penyelenggaran barang atau peralatan elektronik Puan Maizathul Sahida
binti Othman membuat pemantaun mengunakan sistem peyelenggaraan yang terancang dimana
ia akan diselenggara secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan sekali .Kaedah pendekatan yang
digunakan oleh Puan Maizathul Sahida binti Othman adalah bagi memastikan peyelanggaran
yang menyeluruh dilakukan bagi menepati sistem piawaian yang sedia ada .

2.4.5 Peyelenggaraan Di Bengkel Di Indonesia

Berikutan dengan kengkangan yang dihadapi oleh pegkaji , pegkaji mengambil alernatif untuk
mencari sumber menerusi dalam talian , maka dengan pencarian oleh pengkaji mendapati
bahawa penyelenggaran di bengkel di Indonesia lebih menitik beratkan kepada sistem
penyelenggaran yang tak terancang ini berikutan yang dapat dilihat atas dasar kengkangan kos
mahupun pembangunan infrastruktur yang kurang baik menjadi salah satu faktor sistem

17
penyelenggaran tak berancang digunakan di institusi di Indoesia .Mereka lebih mengfokuskan
kepada aktiviti yang melibatkan pembelajaran teori yang sering dilakukan didalam bilik kuliah,
pegkaji juga mendapati bahawa peralatan yang digunakan disana tidak secanggih yang
digunakan dinegara Malaysia ini berikutan kekangan kos yang menjadi faktor utama.

BAB 3
ANALISIS
3.0 Perbandingan Antara Bengkel

3.0.1 Perbandingan Bengkel Elektronik Malaysia Dan Luar Negara

Setelah dilaksanakan analisis didapati tiada perbezaan yang besar pada bengkel yang berada di
Malaysia mahupun diluar negara khususnya Indonesia. Dari segi pentadbiran hampir sama iaitu
mereka mempunyai ketua makmal yang bertindakan dalam menjaga makmal.

Dari segi keselamatan mereka juga menggunakan peralatan mencegah api yang sama
iaitu pemadam api. Cuma yang berbeza adalah kuantiti dan jenama yang digunakan didalam
bengkel tersebut, Setiap perlu juga mempunyai kotak keselamatan. Oleh yang demkian kotak
kecemasan yang terdapat adalah sama dengan yang berada diMalaysia kandungannya. Bengkel
di luar negara menggunakan konsep susunatur yang tersendiri iaitu mereka merapatkan
kedudukan mereka dengan dinding berbeza dengan Malaysia yang menggunakan ruang tengah
sebagai ruang meletak meja. Ruang tengah merupakan ruang yang lebih kondusif berbanding
merapatkan ke dinding disebabkan oleh tenaga pengajar dapat melihat secara lebih jelas
berkaitan dengan tindakan dan perkara yang dilakukan oleh para pelajar semasa melakukan
amali.

Pengawalan mesin yang dilaksanakan untuk kedua-dua bengkel menggunakan SOP yang
hampir sama. Tetapi perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Antara SOP yang sama adalah
mecatatkan nama, gunakan dengan betul dan berhemah dan kemaskan semula setelah
menggunakan peralatan atau mesin yang digunakan. SOP ini dirangka ini juga dirangka bagi

18
mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini untuk berlaku ketika menggunakan
peralatan.
Stor merupakan tempat menyimpan barang bagi semua bengkel. Setiap stor mempunyai
cara penyimpanannya yang tersendiri. Tetapi dalam konsep untuk penstoran penyimpanannya
adalah sama dengan Malaysia. Antara perkara yang sama adalah peraturan Am penstoran.
Contoh boleh dilhat di Bab 2.3.

Pada konteks penyelenggaraan, didapati terdapat perbezaan yang agak ketara di antara
bengkel Elektronik FPTV iaitu Malaysia dan juga Bengkel di Indonesia. Bengkel Malaysia lebih
menggunakan konsep perancangan dan terancang perlaksanaannya manakala di Indonesia
mereka menggunakan konsep yang tidak terancang disebabkan kos. Peralatan mereka juga tidak
secanggih diMalaysia. Di luar negara lebih mengekalkan konsep pembelajaran teori di bilik
kuliah manakala Malaysia memanfaatkan bengkel sedia ada sebaik-baiknya.

Bengkel Elektronik FPTV Bengkel Elektronik


Skop
( Malaysia) ( Indonesia)
Keselamatan (undang-undang
Sama Sama
& peraturan)
Susunatur makmal / bengkel Susunan pada tengah bengkal Susunan pada tepi bengkel
Pengawalan mesin/ peralatan Kawalan sama Kawalan sama
Penstoran SOP yang sama SOP yang sama
Penyelenggaraan Terancang Tidak Terancang

3.1 Cadangan Penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan yang boleh dicadangkan kepada bengkel Elektronik adalah menaik
tahap keselamatan dengan mementingkan lebih aspek keselamatan. Keselamatan adalah sesuatu
yang perlu diberikan perhatian yang tinggi kepada semua. Undang-undang yang diaplikasikan
perlu diteliti perlaksanaannya agar keselamatan pengguna atau pelajar terjamin Ketika
menggunakan bengkel.

19
Susunatur bengkel di Indonesia perlu di lihat semula agar segala ruang dapat
dimanfaatkan seperti susunatur di Malaysia. Malaysia kemungkinan mempunyai ruang Kapasiti
bengkel yang lebih besar dan disebabkan itu susunatur meja lebih selesa dan sesuai untuk
pembelajaran.

Pengawalan mesin perlu penambaikan dari segi pemeriksaan setelah mesin atau peral
atan telah digunakan ini bagi mengelakkan kerosakkan pada mesin atau peralatan yang telah
digunakan. Pemeriksaan ini juga dapat menjaga kualiti mesin dan jangka hayat penggunaan
mesin dapat dipanjangkan.

SOP dalam menyimpan barang perlu lebih teliti agar susunan barang akan sentiasa kemas
dan berada pada tempat yang sesuai. Ini Bagi mengelakkan kes kecurian untuk berlaku di dalam
stor. Penyelia atau Ketua adalah orang bertanggungjawab dalam SOP ini.

Penyelenggaran yang dilaksanakan di bengkel Indonesia perlu dilaksanakan dengan


konsep yang terancang agar bengkel akan sentiasa keadaan selamat untuk digunakan.
Penyelanggaran ini adalah sesuai perkara yang menggunakan kos yang tinggi. Maka tidak hairan
mengapa Malaysia mampu melaksanakan penyelenggaran dalam keadaan yang terancang.
Indonesia perlu mencari sumber yang lain untuk menyelenggara bengkel mereka.

20
BAB 4
KESIMPULAN

4.0 Kesimpulan Kajian


Kesimpulannya, jika dilihat antara bengkel di dalam negara dan luar negara (Indonesia) kedua-
duanya mempunyai persamaan dari segi susun atur dan alatan khususnya. Namun jika dilihat dari
fasiliti, bengkel elektronik di Malaysia lebih lengkap dan teratur dan ini mungkin disebabkan
faktor kemajuan dan pemerintah dimana Malaysia lebih maju dalam segenap aspek seperti
mendapat peruntukan terus ari kerajaan jika mahu membuat penyelengaraan bengkel. Seterusnya,
melihat pengurusan bengkel elektronik bukan sahaja hanya tertumpu kepada aspek
pengemaskinian peralatan selepas digunakan malah ianya boleh disifatkan lebih menyeluruh di
mana pembantu bengkel juga perlu mendokumentasikan segala aktiviti di dalam bengkel
termasuk penyediaan informasi rasmi, bukti atau rekod perjalanan sesebuah makmal serta
maklumat peralatan tersebut. Oleh itu, bengkel yang cemerlang seharusnya mempunyai
organisasi dan pengurusan yang baik dan teratur agar segala tugasan atau kerja yang hendak
dilakukan berjalan lancar tanpa sebarang isu.

21

You might also like