Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

Exhibition

21th April - 21th May 2020

Nadia Yasliza Sabri, The Ruler. A Warrior. An Adventurer, Acrylic on Canvas, 91.2 cm x 61 cm, 2020 (Closed up artwork)

from the continuation of our


previous exhibition WANITA?
Aiman Asyran
Asmida Ariffin
Ayue Juman
Anasuha Suhairi
Faira Aris
Fatin Izzati
Marisa R Ng
Mariyam Shany (Manje)
Nadia Yasliza Sabri
Nadya Ahmad Kamal
Nasyie Saleh
Poojitha Menon
Raimi Sani
Rishya Roslan
Ruzamira Abdul Razak
Syakirah Jaffar
Sofia Harun
Teh Nadira
Visithra Manikam
LELAKI!
Ketua keluarga, pemimpin, leader, khalifah; terma-terma ini selalu dipakai untuk
menggambarkan seorang lelaki. Tapi sejauh manakah kebenaran ini? Pendapat
tentang lelaki adalah sebuah spektrum yang menarik. Di salah satu penghujung
spektrum tersebut, lelaki dijunjung sebagai pemimpin, sebagai khalifah, sebagai
yang teragung di dalam institusi kekeluargaan, komuniti, dan negara. Di penghujung
lagi satu, lelaki dianggap sampah, penyangak, dan perosak wanita. Jadi, apakah
sebenarnya ‘lelaki’?

Sempena pameran LELAKI! oleh A.P Art Gallery, saya, seorang wanita, telah dijemput
untuk menulis coretan pendek tentang pameran ini untuk berkongsi pandangan
tentang lelaki dari sudut yang lain.

Untuk menjawab soalan “Apakah sebenarnya lelaki?”, lelaki dedefiniskan sebagai


salah satu daripada dua jantina selain wanita, dan dibezakan oleh jenis kromosom,
organ pembiakan, serta ciri-ciri fizikal lain. menurut Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), lelaki bermaksud manusia daripada jantina yang tidak melahirkan anak dan
merupakan pasangan kepada perempuan. Namun begitu, faktor-faktor biologi
bukanlah penentu tunggal untuk menandakan bahawa seseorang itu adalah lelaki
kerana ramai lelaki lahir tanpa fisiologi lelaki yang tipikal (Perchuk, Watney, Hooks,
1995).

Secara tradisionalnya, lelaki mempunyai peranan yang penting dalam keluarga,


komuniti, dan negara. Peranan-peranan ini berasal daripada kepercayaan
bahawa lelaki seharusnya mempunyai sifat maskulin. Apakah itu masculinity
atau kejantanan? Menurut Shehan (2018) dan Martin & Finn (2010), kejantanan
dedefinisikan sebagai sebuah set sifat, tingkah laku, dan peranan yang berkaitan
dengan lelaki yang berasal daripada social construct sesebuah masyarakat atau
budaya. Ini bermaksud sifat maskulin adalah berbeza menurut konteks masyarakat.
Namun begitu, terdapat beberapa sifat maskulin yang merentasi masyarakat dan
kaum seperti kekuatan, keberanian, kebebasan, kepemimpinan, dan ketegasan
(Carli, 2001). Menurut DBP pula, sifat-sifat lelaki ‘tulen’ adalah keberanian dan
ketangkasan.

Kerana ini, expectation terhadap lelaki adalah berbeza daripada wanita. Secara
umumnya wanita dianggap sebagai kaum yang lebih lemah. Lelaki diangkat sebagai
kaum yang lebih superior dan ini mewujudkan sistem patriarki yang masih berkuasa
hingga kini. Benar, ini adalah sesuatu yang tidak adil kepada kaum Hawa, tapi
adakah ianya adil kepada kaum Adam juga? Adakah semua lelaki selesa menerima
peranan-peranan yang diturunkan daripada nenek moyang mereka? Adakah
peranan yang dikaitkan dengan lelaki ini masih sama jika dibanding dengan zaman
dahulu dan sejauh manakah ia telah berubah? Adakah definisi masculinity atau
kejantanan masih sama?

“When I’m talking to groups that are all men, we talk about how the masculine
role limits them. They often want to talk about how they missed having real fathers,
real loving, present fathers, because of the way that they tried to fit the picture of
masculinity,”

Coretan di atas merupakan nukilan daripada Gloria Steinem, seorang wartawan


politik dan aktivis sosial yang diiktiraf sebagai pemimpin dan jurucakap gerakan
feminis Amerika Syarikat sekitar era 60an dan 70an. Berdasarkan temuduga dan
perbualan dengan beberapa kumpulan yang terdiri daripada kesemuanya lelaki,
beliau sedar bahawa ramai lelaki merasakan bahawa sifat-sifat kejantanan ini
mengehadkan kehidupan mereka. Sifat-sifat ini mengehadkan kadar emosi yang
boleh dipamerkan kepada masyarakat kerana menurut stigma, pameran emosi
merupakan sesuatu yang feminin. Kerana ini, ramai yang tidak mendapat kasih
sayang sepenuhnya daripada bapa mereka dan sebagainya. Jadi adakah sifat-
sifat maskulin ini masih relevant untuk dibebankan pada lelaki? Adilkah perkara ini
kepada lelaki?

Setiap manusia, tak kira jantina, adalah seorang individu, dan setiap individu dicipta
berbeza dari segi personaliti, paras rupa, dan sebagainya. Memaksa seseorang
menerima sesebuah peranan yang berasal daripada kepercayaan masyarakat
kuno adalah tidak adil. Kini, terma toxic masculinity sering dibincangkan. Toxic
masculinity bermaksud sifat-sifat maskulin yang dipupuk hanya atas sebab mahu
menunjukkan dominance. Dalam konteks sains sosial, toxic masculinity merujuk
kepada sifat-sifat maskulin tradisional yang boleh membahayakan lelaki, wanita
dan masyarakat secara keseluruhannya . Konsep toxis masculinity ini tidak bertujuan
untuk memburukkan lelaki atau sifat-sifat tersebut, tetapi untuk menekankan kesan
buruk pematuhan secara buta sifat-sifat maskulin tertentu seperti pertunjukan
dominasi, keberdikarian, dan sifat mahu bersaing yang kuat (Hess, 2016). Ayat-
ayat seperti “boys will be boys” adalah punca toxic masculinity masih wujud dalam
zaman sekarang kerana lelaki, terutama sekali kanak-kanak sengaja didorong untuk
menjadi kasar dan kurang sensitif untuk memperlihatkan kejantanan mereka. Lelaki
yang tidak patuh dengan stigma ini dianggap ‘lembut’.

Bagi saya, setiap manusia mempunyai kebebasan untuk mengekspresi diri mereka
melalui sifat-sifat tersendiri yang dikurniakan, dan tak seharusnya dipaksa untuk
memikul peranan-peranan yang arbitrary. Benar, lelaki dan wanita masih berbeza
dari segi biologi tapi ini tidak bermakna mereka perlu patuh pada peranan-peranan
jantina yang kuno. Lelaki seharusnya bebas untuk menunjukkan emosi dan tidak
perlu patuh kepada toxic masculinity yang dibebankan kepada mereka. Dengan
cara ini, saya percaya pendapat tentang lelaki akan bergerak ke arah penghujung
spektrum yang positif dan lelaki tidak lagi dianggap penyangak, perosak, dan
pengganas.

Zaman kini, lelaki bukan hanya menggalas tanggungjawab sebagai pencari rezeki.
Malah, terma househusband atau stay-at-home dad yang bermaksud suri rumah
lelaki semakin kerap digunakan. Lelaki kini bukan sahaja dianggap kasar dan
didorong untuk membuat kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal, tapi kita dapat
melihat bahawa ramai lelaki menjadi chef, pereka fesyen, model, jururawat, dan
pelbagai lagi kerjaya yang secara tradisionalnya dianggap feminin. Lelaki zaman
kini lebih fleksibel dan versatile dari segi peranan dan personaliti. Kita dapat melihat
peranan jantina atau gender roles semakin pupus kerana kita mula sedar bahawa
setiap manusia adalah individu tersendiri. Oleh itu, tidak adil untuk kita mengadili
sebuah jantina hanya berdasarkan sifat-sifat yang ‘diiktiraf’ beberapa ratus tahun
dahulu. Tak kira lelaki atau wanita, kita harus berganding bahu dan bertoleransi
untuk mencapai keharmonian dan produktiviti yang optimum sama ada di peringkat
negara, masyarakat, mahupun keluarga.

Lelaki Sebagai Tema


LELAKI! adalah sebuah pameran oleh A.P Art Gallery yang diadakan 100 peratus
dalam bentuk virtual untuk menuju ke arah the new normal. Pameran ini diadakan
sebagai pasangan pameran WANITA? yang baru berakhir. Pameran LELAKI! akan
berlangsung selama sebulan iaitu dari 21 April ke 21 Mei 2020.

Mengapa Lelaki sebagai tema? Pameran WANITA? telah mempamerkan karya-


karya tentang wanita yang dihasilkan oleh artis-artis lelaki. Sebagai pasangan
lumrah, pameran LELAKI! membawa kesinambungan yang sama. Pameran ini akan
memaparkan karya-karya daripada 19 artis wanita yang bakal membawa anda ke
dunia minda mereka tentang lelaki.
Di dalam coretan saya tadi, kita telah bertanya beberapa soalan seperti apakah itu
lelaki? Apakah peranan lelaki? Apakah lelaki kepada WANITA? Pameran ini akan
meneroka persepsi artis-artis wanita ini kerana sememangnya lelaki memainkan
pelbagai peranan dalam kehidupan seorang wanita, dari segi positif ke negatif.

Pameran ini akan membantu anda mendapat jawapan bagi soalan-soalan di atas
dengan pameran karya-karya daripada Aiman Asyran, Asmida Ariffin, Ayue
Juman, Anasuha Suhairi, Faira Aris, Fatin Izzati, Marisa R Ng, Mariyam Shany
(Manje), Nadia Yasliza, Nadya Ahmad Kamal, Rishya Roslan, Nasyie Saleh,
Poojitha Menon, Raimi Sani, Ruzamira Abdul Razak, Syakirah Jaffar, Sofia Haron,
Teh Nadira dan Visithra Manikam.

Sekali lagi, saya ingin menekankan bahawa pameran ini akan diadakan secara
virtual untuk keselesaan dan keselamatan semua pihak. Sama-sama kita menyokong
karyawan-karyawan wanita kita untuk meneroka minda dan pandangan mereka
tentang lelaki.

Maya Zaharudin | 11 April 2020


2:21 pagi sambil memerangi COVID-19
secara #DudukDiRumah
Aiman Asyran

Please Stay At Home


N/A, 61cm x 61cm, 2020, RM550
Asmida Ariffin

TUAN
Board, Gauze, Paint and Shellac, 30 cm x 12 cm, 2020, RM390
Ayue Juman

“Tungkus II Tingki”
Cellulose Fibre, Paper Mache & Kayu Belian, 53.5 cm x 41 cm, 2020, RM450
Anasuha Suhairi

‘Nouri’
Charcoal on Canvas, 60.9 cm x 60.9 cm, 2020, RM700
Faira Aris

Khalifah
Color Pencil on Paper, 20 cm x 20 cm, 2020, RM150
Fatin Izzati

anak lelaki siapa

Anak Lelaki Siapa


Photography, Digital Editing, 21 cm x 29.6 cm, 2020, RM220
Fatin Izzati

Anak Lelaki Siapa II


Photography, Digital Editing, 21 cm x 29.6 cm, 2020, RM220
Marisa R Ng

The Naked Truth No.4


Color Pencil on Paper, 91.4 cm x 121.9 cm, 2014, RM8,800
Marisa R Ng

The Naked Truth No.5


Color Pencil on Paper, 91.4 cm x 121.9 cm, 2014, RM8,800
Mariyam Shany (Manje)

The Veil of Despair


Photography, Digital Painting Printed on Canvas, 60 cm x 60 cm, 2020, RM800
Nadia Yasliza Sabri

The Ruler. A Warrior. An Adventurer.


Acrylic on Canvas, 91.2 cm x 61 cm, 2020, RM4,400
Nadya Ahmad Kamal

Percaya
Pen on Paper (Sketchbook), 26 cm x 19 cm (without frame), 2018, RM450
Nasyie Saleh

Tanjak Bersauh
Collage & Acrylic on Canvas, 60.9 cm x 60.9 cm, 2020, RM1,300
Poojitha Menon

The Seeker
Oil on Canvas, 91.4 cm x 121.9 cm, 2016-2020, RM5,000
Raimi Sani

Hygge
Oil on Canvas, 75.5 cm x 92 cm, 2020, RM2,200
Rishya Roslan

Najib
Watercolor & Graphite,19 cm x 27 cm, 2020, RM350
Ruzamira Abdul Razak

ABOH
Watercolour on Paper, 121.9 cm x 60.9 cm, 2020, RM1,900
Syakirah Jaffar

Sometimes I Feel Blue


Oil Pitt Pencil, Pencil, Charcoal, Watercolour on Smooth Heavyweight Paper
19 cm x 27 cm, 2020, RM550
Sofia Harun

The Misunderstood Faith


Oil on Canvas, 260 cm x 137 cm, 2020, RM8,800
Teh Nadira

Bridge The Gap


Acrylic and Charcoal on Canvas, 59.5 cm x 100 cm, 2020, RM2,500
Visithra Manikam

Lelaki Terakhir
Acrylic on Canvas, 100 cm x 100 cm, 2020, RM3,900
A.P ART GALLERY
A.P Art Gallery is one of the pioneer art gallery and narratives of his collection play an important
businesses in Malaysia. Founded in 1983, the role in the research of local visual art today and
humble beginnings of the gallery started out with hopefully for the future.
Rahime Harun – a man who had been an art
entrepreneur and collector since the 80s ambitiously After his passing in 2008, Rahime Harun’s legacy
hoping to own his own art museum one day. Rahime continues to live on in 2018. After 10 years of A.P
Harun was involved in Anak Alam and Balai Seni Art Gallery being on a hiatus, Rahime Harun’s
Lukis before establishing A.P Art Gallery in Central daughter, Nazura Zahian Rahime has reinvented
Market, The Weld and later in Kuala Lumpur and revived A.P Art Gallery with their first exhibition
International Airport (KLIA) with his wife Zarina Ariffin. entitled Eulogy.
During its operation under Rahime,
A.P Art Gallery strived to promote young and Today, the gallery still remains in Taman Melawati
upcoming artists, undertook talented artists for and is now equipped with a new addition of a
apprenticeship, and enhanced art appreciation section that offers affordable paintings, etchings
throughout the country. In 1994, while running the and crafts for art enthusiasts and visitors. Nazura’s
galleries in the city, A.P Art Gallery’s operation was new vision for A.P Art Gallery is to bridge the gap
centralised in its headquarters in Taman Melawati between art lovers of different levels by holding
– a three-floor shophouse that consisted of an art art talks, art workshops and art classes at the
gallery, printmaking studio, frame making studio gallery hand in hand with its art exhibitions of their
and home. permanent collection as well as with young artist.

Over the years, A.P Art Gallery’s collection A.P Art Gallery showcases Rahime Harun’s 30
expanded immensely as Rahime Harun continued year collection by modern masters, and young
to collect various artworks of different forms, styles upcoming artists from the local art scene. A.P Art
and themes. Today, his collection holds a significant Gallery strives to share its collection with all levels
body of work that is of importance to Malaysian of the society with an earnest hope that it will aid
art and its history. Some significant works in his in research, inspire the public and spread the
collection are from renowned Malaysian artists appreciation of art. The gallery aspires to become
such as Abdullah Ariff, Latiff Mohidin, Patrick Ng, a private art museum in the future.
Awang Damit, Khalil Ibrahim, Syed Ahmad Jamal
and Dzulkfili Buyong, just to name a few. The context
© 2020 A.P Art Gallery
All Rights Reserved

Electronically Published by
A.P Art Gallery

Curatorial
Nazura Rahime
Megat Zaim Zharif

Coordinator
Nazura Rahime

Writer
Maya Zaharudin

Designed by
Ahmad Muzammil

A.P Art Gallery would like to thank everyone who has made this exhibition a success.
All artworks are reproduced with the permission of the copyright owners. This catalog is copyrighted.
Other than academic research, critism or review, as permitted by the Copyright Act 1987, no part or image from
this catalogue may be reproduced by any process without written permission of the copyright owners.
A.P ART GALLERY
w apag.art c 03-4108 8851 ap.artgallery.my ap.artgallery
9169 Jalan Negara, Taman Melawati, Kuala Lumpur

You might also like