Sulalatus Salatin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

VIDEO 1 – SULALATUS SALATIN (PENGARANG MELAYU DAGANG DAN DALANG)

Dagang adalah seorang pujangga yang merasakan dirinya fakir iaitu seseorang yang merendahkan
dirinya kepada Tuhan dalam penulisannya. Penulisannya tidak berlebih-lebihan, hanya perkara baik
yang ditulis dan tidak ada sesuatu yang imaginasi melampau-lampau. Dagang juga dikategorikan
sebagai pujangga istana pada zaman tradisi dan mempunyai visi dan misi dalam penulisan manuskrip.
Kebanyakkan karya dagang membawa pembaca ke sfera faedah. Dalang ialah orang yang membawa
satu cerita secara berlebih-lebihan. Watak yang dibawa akan dinyatakan secara terperinci. Karya-kaya
dalang berada di tingkat bawah dalam kategori sastera Melayu Tradisional iaitu karya yang hanya
memberi hiburan semata-mata. Karya dalang ialah karya penglipurlara kerana memberikan plot yang
mudah. Oleh itu, karya dalang akan membawa kisah kehebatan dan keistimewaan watak-watak dan
akan menutup cerita dengan pengakhiran yang bahagia.

VIDEO 2 – SULALATUS SALATIN (KARYA AGONG KANON DAN MITOS)

Kanon ialah sesebuah karya yang menjadi rujukan kepada teks-teks sastera sejarah lain atau ia berada
di pusat dalam lingkungan karya adat. Kanon yang kita gunakan ialah teks sulalatus salatin atau
sejarah Melayu. Sulalatus Salatin merupakan teks yang diiktiraf sebagai karya agong dan bahan
warisan oleh UNESCO. Ia berada di bawah sastera sejarah kerana mengandungi unsur sastera dan
unsur sejarah. Unsur sastera ialah perkara-perkara fiksyen atau mitos manakala unsur sejarah ialah
perkara-perkara benar seperti nama tokoh. Kita tidak boleh pisahkan unsur sastera dan unsur sejarah
jika ingin membacanya. Sejarah yang difahami oleh masyarakat tradisi ialah karya yang mempunyai
unsur mitos dan mitos pada waktu itu dianggap suci dan benar-benar berlaku dan sekiranya mahu
membaca teks tersebut kita perlu meletakkan diri kita pada zaman tradisi. Sulalatus Salatin menjadi
karya kanon kerana teks-teks yang baru belum menghubungkan raja mereka dengan 3 beradik di
Bukit Siguntang.

VIDEO 3 – SULALATUS SALATIN;HIKAYAT MELAYU (SEJARAH MELAYU VERSI


TENGKU SAID)

Hikayat Melayu merupakan sebuah teks sastera sejarah. Penulisan Hikayat Melayu dikatakan
mengikut kepada model karya kanon iaitu Sulalatus Salatin. Hikayat Melayu merupakan sebuah teks
cermin kepada cermin kerana teks hikayat mengulang kembali karya kanon iaitu teks sulalatus
Salatin. Hikayat Melayu merupakan karya adab yang dapat memberi faedah kepada pembaca. Dalam
penulisan terdapat beberapa adab pengarang antaranya merujuk kepada nenek moyang, mengulang
kepada tradisi, rendah diri dan mengenalkan diri sebagai fakir dan yang terakhir mengikut tatacara
islam. Di dalam penulisan Hikayat Melayu, pengarang iaitu Tengku Said telah mengekalkan beberapa
formula antaranya ialah tradisi lisan di mana pengarang masih lagi menggunakan kata sahibul hikayat.
Kedua, pengarang masih lagi menggunakan idea-idea daripada kitab dan ayat Al-Quran. Ketiga,
pengekalan dalam pengulangan motif, tema dan episod. Antara kepentingan sejarah Melayu sebagai
genre sintesis dan pengaruhnya dalam Hikayat Melayu ialah mempunyai unsur budaya Hindu+Islam.
Konsep idealisme istana juga masih dikekalkan dimana ideologi politik Hindu iaitu raja berkuasa
mutlak. Dalam konteks Islam pula, raja adalah sebagai khalifah yang menerima mandat daripada
Tuhan sehingga dapat menjamin keadilan sesebuah karya dalam menceritakan keadaan ideologi
politik Islam dan Hindu yang teragung dalam sejarah Melayu.

You might also like