Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 8
Spiusuietae JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan laris Shah, Tol: 03.554 s600 No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, Fake 030810 3968 40676 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN Enel inseam Ruj. Kami : JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 (21) Tarikh 23 Ramadhan 1442H 05 Mei 2021M Negeri Shah Alam Semua Pengurus Masjid Pengurusan Negeri Selangor Semua Nazir Masjid Institusi Negeri Selangor Semua Nazir Masjid Kariah Negeri Selangor Semua Pengerusi Surau Negeri Selangor EDARAN TERHAD Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Tuan, BUKAN UNTUK EDARAN AWAM KETETAPAN BARU JEMAAH SOLAT FARDHU JUMAAT, SOLAT FARDHU LIMA (5) WAKTU DAN SOLAT SUNAT TARAWIH DI SEMUA MASJID DAN SURAU NEGERI SELANGOR BERIKUTAN PENGISYTIHARAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI ENAM (6) DAERAH DI NEGERI SELANGOR Dengan hormatnya izinkan saya menarik perhatian pihak tuan mengenai perkara di atas. 2. Umum mengetahui, penularan pandemik Covid-19 di Malaysia kebelakangan ini semakin membimbangkan dan tidak menentu. Rekod Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC), Jabatan Kesihatan Malaysia Negeri Selangor menunjukkan lonjakan penularan kes secara agresif dalam komuniti sehingga statistik penularan kembali kepada angka empat (4) digit dengan catatan melebihi 3000 kes. Pola penularan di Negeri Selangor terus pada tahap tertinggi dari awal berbanding negeri lain sangat memerlukan perhatian serius semua pihak. Faktor kepadatan penduduk dan aktiviti sosio-ekonomi yang sentiasa aktif turut berkeupayaan menjadi pemangkin kepada penularan lebih pantas pada skala besar, selain daripada faktor kegagalan mematuhi norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. 3. Menyedari risiko dan kesan lebih besar yang dapat mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Negeri Selangor berkuatkuasa pada 06 ~ 17 Mei 2021, Selaras dengan pelaksanaan PKP tersebut, maka Jabatan ‘Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk mengambil langkah preventif gelombang ke 4 Covid-19 dengan membuat ketetapan baru bilangan jemaah Solat Fardhu Jumaat, Solat Fardhu Lima (5) Waktu dan Solat Sunat Tarawih seperti jadual berikut:~ (CEXAP, CEPAT PAN BERKUALITI sO Ruj. Kami : JAI.SEL.BPM/01/006/2.JLD.S ( 21 ) 3.1 Ketetapan Jemaah Bagi Dearah Terlibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (Petaling, Gombak, Hulu Langat, Klang, Sepang dan Kuala Langat) eee SolatFardhu | Solat Fardhu r | Institusi dunes Teeaiciwaci Solat Tarawih | Masitd Suttan 500 200 500 muslimin Salahuddin . termasuk pentadbir ‘Abdul Aziz jemaah termasuk jemaah termasuk | Shah pentadbir | —_pentadbir 100 muslimat | Masjid Tengku 500 } 200 500 mustimin Ampuan —_jemaah termasuk | jemaah termasuk termasuk pentadbir Jemaah pentadbir pentadbir 50 muslimat 7 100 100 100 Masjid Pengurusan je maah termasuk jemaah termasuk | jemaah muslimin pentadbir pentadbir termasuk pentadbir Masjid 200 | 200 Institus; Je ™aahtermasuk jemaah termasuk | _jemaah musiimin pentadbir pentadbi termasuk pentad Masi al 100 100 | 100 Kariah jemaah termasuk | jemaah termasuk | jemaah muslimin | pentadbir entadbir | | termasuk pentadbir 7 50 50 | 50 Surau Solat Jumaat _Jemaah termasuk | jemaah termasuk | _jemaah muslimin pentadbir pentadbir termasuk pentadbir ff — Surau | a Bal | Keciai - jemaah termasuk || jemaah muslimin pentadbir termasuk pentadbir Ruj. Kami : JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 21) 3.2 Ketetapan Jemaah Bagi Daerah Terlibat Pelaksanaan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor) Ketetapan jemaah bagi Solat Fardhu Jumaat, Solat Fardhu dan Solat Sunat Tarawih adalah kekal mengikut ketetapan terdahulu, tanpa sebarang perubahan berdasarkan Pekeliling Bil(13) dim JALSEL.BPM/01/0062/JLD.5 yang dikeluarkan oleh pihak jabatan bertarikh 22 Mac 2021. 4. Selain dari ketetapan baru bilangan jemaah seperti dinyatakan di para 3 di atas, jabatan ini juga telah membuat ketetapan berhubung pelaksanaan aktiviti masjid dan ‘surau bagi daerah yang terlibat dengan zon pelaksanaan PKP dan PKPB seperti berikut:- 4.1. Aktiviti Masjid Dan Surau Di Daerah Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 4.44 412 Program Kuliah / Tazkirah Jumaat Boleh dilaksanakan oleh pengkuliah dan pentazkirah bertauliah dengan syarat tambahan tidak dibenarkan memanggil atau menjemput mereka yang berada di luar daerah dari masjid atau surau berkenaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program Kuliah Dhuha Khas bagi muslimat adalah ditangguhkan. Qiamuliail Boleh dilaksanakan dengan kehadiran jumlah jemaah terhad tidak melebihi ketetapan jemaah untuk mendirikan Solat Fardhu Lima (5) Waktu. Iftor Petugas / Jamuan Selepas Kuliah Iftor untuk petugas masjid dan surau serta jamuan selepas program kuliah adalah dibenarkan dengan had bilangan tidak melebihi bilangan jawatankuasa masjid dan surau. Tadarus Aktiviti tadarus dan majlis khatam Al-Quran bagi muslimin dan muslimat boleh dilaksanakan di masjid dan surau dengan syarat tidak melebihi ketetapan jumlah jemaah Solat Fardhu Lima (5) waktu. 42 4.3 415 416 4AT 418 Ruj. Kami : JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 21 ) Kutipan zakat Fitrah Kutipan Zakat Fitrah oleh amil-amil fitrah yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) di masjid dan surau adalah terus dibenarkan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP yang disediakan oleh LZS. Solat Jenazah Pengurusan Solat Jenazah di masjid dan surau adalah dibenarkan dengan ketetapan separuh dari jemaah Solat Fardhu Lima (5) Waktu yang dibenarkan. Pengoperasian Kiosk Di Kawasan Masjid Dan Surau Operasi sebarang bentuk kiosk dikawasan masjid dan surau adalah tidak dibenarkan dan perlu ditangguhkan Pelaksanaan Mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Kariah Masjid dan Jawatankuasa Surau boleh dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang ketat. Namun pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Masjid atau Surau adalah tidak dibenarkan. Aktiviti Masjid Dan Surau Di Daerah Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) ‘Semua masjid dan surau dalam daerah pelaksanaan PKPB dibenarkan untuk melaksanakan sepenuhnya aktiviti yang ditetapkan dalam pekeliling terdahulu jabatan ini tanpa sebarang perubahan. Ketetapan Pelaksanaan Solat Sunat Eidul Fitri 1442H Ketetapan khusus mengenai pelaksanaan Solat Eidul Fitri 1442H akan disediakan oleh pihak JAIS dalam tempoh terdekat bagi membolehkan ketetapan tersebut dijadikan panduan khusus bagi pelaksanaan Solat Eidul Fitri berkenaan. 44 Ruj. Kar JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 21 ) Kemudahan Solat Khas Bagi Musafir Pentadbir Masjid dan Surau dalam tempoh pelaksanaan PKP dan PKPB hendaklah terus memberi akses dan kemudahan ruang solat kepada musafr, pemandu e-hailing, khidmat penghantar makanan dan pemandu kenderaan awam dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. 5. Sehubungan dengan itu, jabatan ini juga mengharapkan kerjasama penuh daripada semua Pentadbir Masjid dan Surau di Negeri Selangor untuk mengambil langkah segera meningkatkan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh jabatan ini tanpa kompromi, terutamanya dalam memastikan semua pentadbir dan jemaah untuk:- 5.1 5.2 5.3 5.4 55 5.6 5.7 5.8 Memakai pelitup mulut dan hidung (face mask); Membawa sejadah saiz standard; Berwudhuk dari rumah; Menggunakan hand sanitizer ketika hadir dan pulang; Jemaah yang tidak sihat dan bergejala serta mempunyai bacaan suhu lebih 37.4°C adalah dilarang hadir, Sentiasa mengekalkan penjarakan fizikal 1.5 meter; Tidak berasak-asak semasa masuk dan keluar dari masjid dan surau; dan Merekod kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera. 6. Bagi memastikan Covid-19 dapat dikawal dengan lebih efektif jika berlaku penularan di masjid dan surau, maka pihak Y.Bhg. Tan Sri / Dato’ / Tuan adalah dikehendaki untuk mengambil langkah-langkah dan tindakan proaktif segera seperti berikut:- 6.1 Mengenalpasti segera latar belakang serta maklumat jemaah yang didapati 6.2 63 positif Covid-19 dan maklumat kehadiran ke masjid dan surau; Mengenalpasti individu atau jemaah yang ditemui oleh jemaah yang didapati positif Covid-19 untuk mengesan individu yang akan diklasifikasi sebagai kontak rapat atau kontak kepada kontak rapat; Mengarahkan semua individu yang menjadi kontak rapat atau kontak kepada kontak rapat serta ahli keluarganya untuk tidak menghadirkan diri ke masjid atau surau, sebaliknya menjalankan kuarantin diri di rumah; Ruj. Kami : JALSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 24) 6.4 Memaklumkan segera kepada jemaah yang terdapat kes penularan di masjid atau surau agar tidak hadir / pergi ke masjid atau surau lain yang berhampiran sebaliknya menunaikan solat di kediaman masing-masing sehingga keadaan kembali terkawal semula; 6.5 Melaksanakan segera kerja-kerja sanitasi (Nyahkuman) samada dengan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pusat Kesihatan Daerah (PKD) atau oleh syarikat swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); 6.6 Menasihatkan semua kontak rapat untuk melaksanakan ujian saringan Covid (Swab Test) dan menjalankan kuarantin diti di rumah sehingga mendapat keputusan saringan; 6.7. Sekiranya kontak rapat didapati positif Covid-19, maka pentadbir masjid dan surau selanjutnya hendaklah segera memaklumkan agar semua kontak kepada kontak rapat hendaklah melaksanakan ujian saringan Covid-19 dan mengkuarantinkan diri di rumah sehingga mendapat keputusan saringan; dan 6.8 Mengambil langkah segera memaklumkan kepada Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan & Penilaian Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Masjid dan Surau Negeri Selangor (JPPPMS) Peringkat Daerah. 7. Setelah menerima laporan kes, Pegawai Tadbir Agama Daerah selaku pengerusi JPPPMS akan merujuk kes penularan Covid-19 yang dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) beserta maklumat yang diterima bagi mendapatkan pandangan dan nasihat. Lanakah menarik lonagaran yang diberi akan dibuat dengan lebih serius jika dengan jelas terdapat pelanggaran SOP yang ditetapkan. 8. Ketetapan ini akan berkuatkuasa pada 06 Mei 2024 (Khamis) mulai Solat Fardhu ‘Subuh sehingga suatu ketetapan baru dikeluarkan oleh jabatan ini secara rasmi yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Semoga semua Pentadbir masjid dan Surau sentiasa terus waspada dengan penularan wabak Covid-19 yang masih terus mengancam kesejahteraan dan kehidupan masyarakat ketika ini 9. Berdasarkan ketetapan terbaru ini, maka ketetapan terdahulu pihak JAIS berdasarkan pekeliling Bil (13) dim. JAILSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 bertarikh 22 Mac 2021 bagi masjid dan surau di daerah pelaksanaan PKP adalah dibatalkan sepenuhnya Namun pekeliling tersebut akan terus dikuatkuasakan pemakaiannya bagi semua masjid dan surau dalam daerah pelaksanaan PKPB di Negeri Selangor. Ruj. Kami : JAISEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 21 ) Segala perhatian dan keprihatinan semua pihak dalam menggalas tugas penting dan tanggungjawab yang diamanahkan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam. “SELANGOR MAJU BERSAMA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang Ypenjalankan amanah, (DATO’ HI Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor IHAN BIN AHMAD) ppms., PPT. Ruj. Kami : JALLSEL.BPM/01/006/2.JLD.5 ( 21 ) Salinan Kepada: 10. 11. Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari Dato’ Menteri Besar Selangor Y.B. Dato’ Nor Azmie bin Diron Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Y.A.D. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor §.S. Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid Mufti Negeri Selangor Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Negeri Selangor Y.D.H D.C.P Dato’ Arjunaidi bin Mohamed Ketua Polis Negeri Selangor Y.Bhg. Dato’ Lela Bakti Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani Setiausaha Sulit Kepada D.Y.M.M Sultan Selangor Y.Bhg. Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan Pengarah, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Selangor Semua Y.D.H Orang Besar Daerah Timbalan Pengarah Operasi, JAIS Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan JAIS

You might also like