Kerja Kursus Bahasa Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 10 / TAHUN 2020

HBML 2203

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1.0 PENGENALAN 1-4
2.0 ISI KANDUNGAN 5-14
2.1 Kurikulum Sekolah Bestari
2.1.1 Bersifat Luwes atau Fleksibel,iaitu Mengikut Tahap dan Kebolehan
Murid
2.1.2 Berorientasikan Praktis dan Berasaskan Proses
2.1.3 Berpandukan Nilai,iaitu Pemupukan Akhlak dan Nilai Murni
Merentasi Kurikulum
2.1.4 Futuristik,iaitu Menyediakan Pelajar untuk Menghadapi Masa Depan
2.1.5 Pengembangan Individu,iaitu Membantu Pelajar Mencapai
Perkembangan
2.1.6 Pelbagai Disiplin Ilmu,Bertema serta Berkesinambungan Merentasi
Bidang serta Merangsang Pemikiran

2.2 Pedagogi Sekolah Bestari


2.2.1 Kolaboratif,iaitu Segala Maklumat Dikongsi Secara Bersama
2.2.2 Pelbagai Teknik dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Digunakan seperti Kaedah Stesen,Individu,Berfikrah,Inkuiri,Kontekstual
dan Sebagainya
2.2.3 Berpusatkan Pelajar,iaitu Pembelajaran Masteri seperti Akses Kendiri
(PAK),Kadar Kendiri (PKK) dan Terarah Kendiri (PTK)
2.2.4 Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
2.2.5 Proses Pembelajaran Aktif dan Konstruktif,iaitu Pelajar Membina
Pengertian Sendiri Daripada Input yang Diterima
2.2.6 Pembelajaran Kooperatif iaitu Belajar Secara Berkumpulan
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) UNTUK MATA 15-23
PELAJARAN BAHASA MELAYU YANG MENGAPLIKASIKAN
PEDAGOGI ABAD KE-21
 Langkah-langkah Pelaksanaan
 Contoh RPH
4.0 KESIMPULAN 24-25
5.0 LAMPIRAN 26-30
 Buku teks yang bertema “Bumi Indah Rakyat Bertuah”
 Power Point Pengajaran dan Pembelajaran Pencemaran Sungai
 Aktiviti Penilaian: Contoh Peta Pokok
 Aktiviti Pengayaan : Mencari Kesan Pencemaran Air Berdasarkan
Gambar
 Aktiviti Pemulihan : Padanan Frasa Menjadi Ayat yang Betul
BIBLIOGRAFI 31-32

1.0 PENGENALAN
Pada abad 21 ini,negara menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat
daripada kesan globalisasi,liberalisasi,dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).Salah satu cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem
ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi bagi menghadapi persaingan
negara lain.Perubahan sistem ekonomi ini merupakan satu fenomena yang pasti
menjadi akibat arus
“Memandangkan perdana
betapa yang Sekolah
pentingnya dibawa Bestari
oleh globalisasi.Ekonomi
kepada pembentukanbaharu ini
generasi
memerlukan
akan sokongan telah
datang,kerajaan padu mengambil
daripada sektor pendidikan
langkah untukpenjelmaan
menjadikan melahirkanSekolah
rakyat
Malaysiasebagai
Bestari yang berpengetahuan
satu daripada tinggi
tujuh dalam pelbagai
‘flagship bidang.Tambahan
application’ pula,pada
dalam projek Mega
abad 21 Raya
Koridor ini,seluruh dunia sama ada di negara maju atau negara sedang membangun
Multimedia”.
dijangka akan mengalami perkembangan pesat
(Ucapan YAB dan Menteri
Perdana mencabar Tundalam bidang
Dr Mahathir)
ekonomi,politik,dan sosial.Ramai
Berdasarkan petikan pihak berpendapat
di atas,pengwujudan Sekolahbahawa perubahan tersebut
Bestari diwujudkan sebagai
sedikit
satu sebanyak
daripada tujuhmempunyai kaitan Koridor
Aplikasi Perdana yang rapat
Rayadengan perkembangan
Multimedia bidang
(MSC) Malaysia
pendidikan.Menurut
dengan Dr.Faridah
harapan memberikan Nazir saujana”
“lompatan (2017),pendidikan pada abadpendidikan.
kepada perkembangan ini lebih
mencabar danrombakan
Keseluruhan mesti berupaya
semulauntuk melahirkan
sistem pendidikanmurid-murid
dijangka yang
akan kreatif dan
menolong
inovatif,mampu menyelesaikan
mempercepatkan masalah,dan
pencapaian Falsafah berfikir secara
Pendidikan Negarakritikal.
dan juga menyediakan
Perubahan
tenaga kerja kepada
ilmu yang zaman menghadapi
bersedia k-ekonomi yang
abad menekankan
ke-21.Antarakeperluan
pembaikanmaklumat
terbesar
dan bercirikan
yang globallyialah
harus dilakukan networked
mengubahamat berkait
budaya rapat yang
persekolahan dengan perkembangan
berasaskan ingatan
ICT.Oleh
kepada itu,mana-mana
yang negara yang pemikiran,kreativiti
berasaskan pembangunan dapat menguasai teknologi maklumat
dan keperhatian dan
kepada
mempunyai
semua kemudahan
pelajar jaringan ICT
serta keserasian didianggap
antara mempunyai kelebihan dan seolah-olah
pengajaran,pembelajaran,latihan dan
memiliki dengan
pendidikan kusasa kehendak
tambahan.Sementara
pelajar. itu,negara-negara yang mengabaikan
kemudahan teknologi
Tambahan maklumat
pula,menurut Drakan ketinggalan
Maszlee dalamPendidikan
Malik,Menteri persainganMalaysia,
di peringkat
global ini.Menurut
penubuhan sekolah Mohd
bestari Fuad
adalahSam (2016),pendidikan
lambang turutpendidikan
kejayaan sistem memainkandi peranan
negara
penting dan bestari
ini.Sekolah menjadidicadang
kunci utama kepada kejayaan
penubuhannya secara ekonomi dan kelestarian
berperingkat.Objektif pada ialah
utama abad
21 ini.
melahirkan murid menjadi modal insan berupaya menghadapi cabaran abad ke-21 dan
Maka,pada
berfungsi tahun 1996
dalam masyarakat Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal
berpengetahuan.
KonsepSeterusnya,apakah
Sekolah Bestari bertujuan menyediakan
yang kita faham tentang pendidikan yang Bestari?
konsep Sekolah lebih berkualiti
Konsep
untuk bestari
sekolah meningkatkan pencapaian
adalah sekolah Falsafah sepenuhnya
yang dilengkapi Pendidikan dengan
Negarakomputer
ke tahap
dan
maximum.Teknologi
peralatan multimediamultimedia telah menjadi
lainnya.Sekolah komponen
bestari utama dalam pelaksanaan
akan memperkenalkan konsep
projek ini.Kerajaan
pembelajaran telah mewujudkan
dan pengajaran sekolah
yang berbeza Bestari yang
berbanding lengkap dengan
sekolah-sekolah teknologi
biasa.Konsep
terkini bagi
sekolah jugamemperbaiki
diwujudkan sistem pendidikan
di beberapa buahnegara di di
negara samping menyediakan negara
dunia,terutamanya tenaga
kerja mahir
maju.Di bagi menghadapi
sekolah segala
ini,penggunaan cabaranmaklumat
teknologi dalam arusadalah
globalisasi.
meluas.Ia merangkumi
pelbagai aspek termasuklah aspek guru mengajar,penuntut belajar,latihan
kakitangan,dan sistem pengurusan yang disesuaikan dengan teknologi
maklumat.Mulai tahun 2006,konsep Sekolah Bestari yang sebelum ini terhad kepada
88 buah sekolah diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara melalui konsep
Pembestarian Sekolah.Semua inisiatif ICT yang sedang dilaksanakan oleh KPM
dimanfaatkan.Proses ini dijalankan secara berterusan untuk meningkatkan tahap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan sekolah (PdT)
secara interaktif menggunakan ICT sebagai pengupaya.
Menurut Razak Ibrahim (2012),sekolah bestari berpusatkan pemikiran dan
pembelajaran.Definisi ini menggambarkan bahawa sekolah bestari penuh dengan
aktiviti yang memerlukan fikiran khasnya pemikiran tahap tinggi.Guru,pelajar dan
pengurus sekolah terlibat dan proses berfikir seperti tidak akan membenarkan sesuatu
berlalu atau berlangsung tanpa melalui proses pemikiran yang mendalam atau bertaraf
tinggi,atau lebih kompleks.Semua pihak akan bersama-sama berfikir untuk mencapai
kecemerlangan bersama yang sendirinya tidak ada penghujungnya.Dengan perkataan
lain,semua pihak perlu terus belajar mencari cara terbaik pada masa itu untuk
melaksanakan sesuatu.Budaya belajar untuk menjadi individu yang berilmu menjadi
nilai sosial yang tertinggi,meluas diamalkan tidak mengira tempat,masa,situasi dan
juga individu.Ia tidak akan menjadi fesyen atau ikutan tidak berkekalan sahaja.Secara
mudahnya,berlandaskan konsep kreativiti dan pemikiran kritikal dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP),Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka
semula secara sistemik dari segi amalan PdP dan pengurusan sekolah untuk
menghadapi cabaran zaman maklumat.
Terdapat enam komponen utama dalam program sekolah Bestari iaitu
Pengajaran dan Pembelajaran,Pengurusan dan Pentadbiran,Modal Insan,Kemahiran
dan Tanggungjawab,Proses,Teknologi serta Dasar.

Rajah 1.1:Komponen Sekolah Bestari


Dalam Tugasan HBML 2203 iaitu Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran
Bahasa Melayu,kita akan memberikan fokus kepada Pengajaran dan Pembelajaran
daripada enam komponen utama sekolah bestari ini.Kita akan membincangkan
tentang ciri-ciri dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah bestari iaitu kurikulum
dan pedagogi dengan lebih lanjutnya.
2.0 ISI KANDUNGAN (PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)
Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT.Proses pengajaran-
pembelajaran adalah ‘jantung’ atau teras Sekolah Bestari.Proses ini berkaitan dengan
Kurikulum,pedagogi,penilaian dan bahan pengajaran-pembelajaran yang direka
semula bagi membantu para pelajar menjadi lebih berkesan dan cekap.Sekolah Bestari
mendorong para pelajar mengamalkan pembelajaran capaian kendiri dan terarah
kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.
Selain itu,pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari lebih berorientasikan
keperluan pelajar.Pembelajaran ini menggalakkan para pelajar meneliti dan
mengaitkan idea dan konsep dengan mata pelajaran lain serta pengalaman-
pengalaman yang diperoleh dari luar sekolah.Semua kaedah yang digunakan lebih
berasaskan teknologi seperti penggunaan langsung komunikasi elektronik yang
membolehkan pelajar Malaysia berinteraksi dengan tokoh negara luar dan pelajar-
pelajar dari negara-negara lain seperti Britain,Jerman,Perancis dan sebagainya.
Justeru itu,ciri sekolah bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan
pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan
menengah dari seluruh dunia.Hal ini melibatkan pemantapan
kurikulum,pedagogi,penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
sah.Dalam empat komponen ini,kita akan memberi fokus kepada perbincangan
kurikulum dan pedagogi sekolah bestari serta ciri-cirinya.

2.1 KURIKULUM SEKOLAH BESTARI


Menurut Noriati A.Rashid (2013),kurikulum sekolah bestari dirancang supaya
bermakna,mempunyai tanggungjawab sosial,reflektif,holistik,global dan terbuka
berdasarkan matlamat.Kurikulum tersebut menggalakkan pembelajaran
holistik,membenarkan kanak-kanak maju mengikut tahap pencapaian masing-masing
dan mengambil kira keupayaan,minat,dan keperluan pelajar yang berbeza-
beza.Kanak-kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,disemai
dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa.Ciri-ciri
kurikulum sekolah Bestari seperti berikut:

2.1.1 Bersifat Luwes atau Fleksibel,iaitu Mengikut Tahap dan Kebolehan Murid
Di sekolah Bestari,pembelajaran akan bercorak terarah kendiri mengikut kadar
individu,berkesinambungan dan reflektif.Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan
teknologi pelbagai jaringan dan media meliputi seluruh dunia.
Pembelajaran beranjak daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan
pelajar.Kurikulum di sekolah Bestari abad-21 bersifat luwes atau fleksibel,mengikut
tahap dan kebolehan murid.Ia menggalakkan pembelajaran membenarkan pelajar
maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil minat dan
keupayaan pelajar yang berbeza-beza.
Pelajar juga akan dibimbing berpusatkan budaya berfikir dengan manfaatkan
teknologi dan sumber ilmu serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu
dalam pelbagai situasi.Kurikulum Sekolah Bestari memupuk kemahiran penyelesaian
masalah yang kreatif dan pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan
dan bertanggungjawab terhadap keputusan itu.Selain itu,pelajar akan membuat
pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul
data.Penjaringan melalui internet membolehkan mereka intertaksi dengan pelajar dan
guru lain serta orang ramai di seluruh dunia.

2.1.2 Berorientasikan Praktis dan Berasaskan Proses


Fokus pembelajaran murid dalam kurikulum sekolah Bestari adalah
berbeza.Kurikulum sekolah Bestari abad-21 ini tidak memberi tumpuan lagi pada
pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat tetapi bagaimana untuk
belajar.kini,pelajar menggunakan maklumat yang telah mereka telah belajar dan
menunjukkan penguasaan mereka terhadap kandungan dalam projek-projek yang
mereka usahakan.Pelajar belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang
betul,bagaimana untuk menjalankan siasatan yang sesuai,bagaimana untuk mencari
jawapan dan cara untuk menggunakan maklumat.Semua pembelajaran ini adalah
berorientasikan praktis dan berasaskan proses.Ini adalah untuk mewujudkan mereka
yang belajar sepanjang hayat.Dengan adanya matlamat ini dalam fikiran,murid
bergerak di luar peranan sebagai murid yang mana belajar melalui pengalaman dunia
sebenar.

2.1.3 Berpandukan Nilai,iaitu Pemupukan Akhlak dan Nilai Murni Merentasi


Kurikulum
Menurut Dr.Faridah Nazir (2017),penerapan nilai murni merentasi kurikulum yang
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dapat membantu
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.Hal ini demikian kerana nilai-nilai
murni yang ingin diterapkan merupakan penggabungan secara seimbang unsur-unsur
yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meliputi elemen
nilai jasmani,emosi,rohani dan intelek (Mohd Arif Ismail,2014).
Nilai murni diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran abad-21 agar
pelajar sedar akan kepentingan dan mengamalkannya.Nilai murni ini merangkumi
aspek kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan kebangsaan dan global yang
menjadi amalan dalam kehidupan harian.
Pendekatan nilai murni dalam PdP abad ke-21 secara langsung boleh dilakukan
oleh guru melalui pendekatan kognitif misalnya melalui teknik perbincangan,main
peranan,sumbang saran dan penceritaan bagi isu-isu nilai yang mempunyai kaitan
langsung dengan isi pelajaran,manakala pendekatan penerapan nilai secara tidak
langsung boleh dilakukan secara bersahaja bagi unsur-unsur nilai yang memerlukan
penghayatan dan kesedaran.Sommers (2013) menyarankan agar guru-guru
menggunakan pendekatan penerapan nilai secara langsung untuk menerapkan nilai
murni dalam PdP mereka.Perkara ini didasarkan kepada pandangan beliau bahawa
menerusi penerapan nilai secara langsung,mampu memberi pemahaman yang lebih
jelas kepada pelajar berkaitan nilai-nilai yang perlu dihayati oleh mereka.

2.1.4 Futuristik,iaitu Menyediakan Pelajar untuk Menghadapi Masa Depan


Menurut Ishak Ramly,Ph.D (2015),Kurikulum Futuristik bermaksud pengajaran dan
pembelajaran yang mampu memenuhi kehendak masa hadapan dari pelbagai aspek
termasuk teknologi,pedagogi,keperluan sumber manusia dan perubahan idealogi.
Kurikulum futuristik sekolah Bestari memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan,kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.Ia juga merangkumi pendekatan yang berpusatkan
kepada pelajar yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan kelemahan
masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat.Pengalaman belajar direka
untuk membantu pelajar menyatupadukan pengetahuan baru dan memurnikannya bagi
melahirkan celik akal melalui bandingan beza,membuat induksi,deduksi dan
menganalisis.Selain itu,kurikulumm futuristik juga relevan dalam penekanan terhadap
pembelajaran koperatif,berfikir secara kritis dan reflektif,pengembangan
kreativiti,kemahiran generik,patriotisme,ketatanegraan,penghayatan nilai-nilai
murni,pelbagai kecerdasan dan kemahiran untuk belajar.
Justeru,kurikulum futuristik dalam sekolah Bestari dapat ditransformasikan
dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk menggantikan kurikulum yang sedia ada
bagi untuk memastikan pendidikan di negara kita dapat menangani cabaran yang
dibawa arus oleh globalisasi dan bersesuaian sekali dengan gagasan untuk membina
masyarakat penyayang yang disarankan oleh wawasan 2020.

2.1.5 Pengembangan Individu,iaitu Membantu Pelajar Mencapai Perkembangan


Kurikulum sekolah Bestari digubal berlandaskan prinsip-prinsip yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Antara kandungan prinsipnya ialah pendekatan
bersepadu,perkembangan individu secara menyeluruh,pendidikan yang sama untuk
semua murid,pendidikan seumur hidup.Prinsip perkembangan individu secara
menyeluruh boleh diklafikasikan sebagai perkembangan yang seimbang dari aspek
JERI.Melalui penekanan kepada aspek-aspek ini maka pendekatan yang digunakan
harus bersepadu,dengan memastikan perkembangan jasmani,rohani,emosi dan intelek
menjadi fokus di dalam pendekatan yang digunakan.Perkembangan pelajar secara
menyeluruh adalah penting kerana ia berupaya membentuk seorang insan yang
seimbang dan harmonis.

2.1.6 Pelbagai Disiplin Ilmu,Bertema serta Berkesinambungan Merentasi Bidang


serta Merangsang Pemikiran
Salah satu ciri kurikulum sekolah Bestari adalah terdapat pelbagai disiplin
ilmu,bertema,berkesinambungan merentasi bidang serta merangsang
pemikiran.Merentas Bidang Ilmu (Disiplin) merujuk proses nilai tambah yang
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang diterapkan
dalam standard kandungan.Elemen-elemen yang diterapkan bertujuan mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat mengangani
cabaran semasa dan masa hadapan.Dalam KSSR pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21,elemen merentas ilmu yang diterapkan adalah seperti kemahiran
keusahawanan,inovasi,dan juga kemahiran TMK.Dalam sekolah Bestari,kemahiran
asas TMK amat penting kepada murid Tahun 1 dan akan diajarkan pada awal
tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan
TMK.Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperlukuhkan secara
merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.

2.2 PEDAGOGI SEKOLAH BESTARI


Pedagogi sekolah Bestari merupakan satu bentuk pembelajaran yang bercorak terarah
kendiri individu,berkesinambungan dan reflektif.Ini berlaku dengan adanya
penggunaan teknologi multimedia dan jaringan maklumat yang luas.Pembelajaran
beranjak daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar dengan berpandukan
pelbagai kebolehan mereka.Ciri-ciri Pedagogi Sekolah Bestari adalah seperti yang
berikut:

2.2.1 Kolaboratif,iaitu Segala Maklumat Dikongsi Secara Bersama


Menurut Sturman (2013), kolaboratif merujuk kepada satu urusan yang melibatkan
dua orang atau lebih yang bekerjasama secara kolaboratif pada setiap peringkat
tugasan,iaitu merancang,melaksanakan dan menilai masalah.Oleh hal yang
demikian,kolaboratif merujuk kepada kerjasama erat antara dua pihak atau
lebih.Menurut Nunan (2014) pula,pembelajaran kolaboratif merujuk kepada
perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan sesama murid dalam
kumpulan.Oleh itu,strategi ini menitikberatkan kaedah projek dan sumbangsaran yang
berpusatkan murid sepenuhnya.Walaubagaimanapun,objektif pengajaran dan
peraturan telah ditetapkan oleh guru terlebih dahulu.Guru juga membahagikan murid-
murid kepada beberapa kumpulan tertentu dan bertindak sebagai fasilator.Murid-
murid akan menetapkan objektif pembelajaran dan memainkan peranan masing-
masing dalam kumpulan yang dibentuk.Murid-murid juga bertindak menguruskan
sesuatu projek secara berkumpulan merujuk kepada guru jika ada masalah.
Menurut Termit Kaur (2014),kemahiran kolaboratif sama pentingnya dengan
kemahiran komunikasi,pembentukan pengetahuan,penyelesaian masalah berdasarkan
pengalaman sebenar,regulasi kendiri serta penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi atau ICT dalam kurikulum abad 21.Menurut beliau,kurikulum pada abad
21 merupakan rangkuman daripada tiga bidang ilmu,iaitu teknologi,pedagogi,dan
kandungan untuk sesuatu mata pelajaran.Oleh itu,kolaboratif didefinisikan sebagai
kebolehan murid-murid untuk berkongsi tanggungjawab dan bersama-sama membuat
keputusan dengan rakan-rakan yang lain dalam kumpulan.Definisi ini selari dengan
Hargreaves (2012),iaitu dalam pengajaran kolaboratif,murid-murid saling
bergantungan antara satu dengan yang lain untuk mengemukakan dan menerima idea
atau maklumat,sokongan moral,dan galakan apabila menghadapi kesukaran.

2.2.2 Pelbagai Teknik dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


Digunakan seperti Kaedah Stesen,Individu,Berfikrah,Inkuiri,Kontekstual dan
Sebagainya.
Guru menggunakan pelbagai strategi,pendekatan,dan kaedah untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran seperti kontekstual,inkuiri,simulasi dan
sebagainya.Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi
pelajaran dengan pengalaman harian individu,masyarakat dan alam
pekerjaan.Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan
pengetahuan baharu dengan keadaan sekeliling dan menghayati kerelevanan
pembelajaran dalam kehidupan mereka.
Seterusnya,teknik inkuiri dikenali sebagai tenik tinjau siasat.Teknik ini
merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan
yang berorientasikan masalah.Teknik ini berupaya menimbulkan daya refleksi dalam
kalangan murid-murid.Teknik inkuiri juga merupakan satu kaedah pengajaran bahasa
yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti dalam kalangan murid
kerana murid akan sering mengemukakan soalan seperti
“mengapa”,“bagaimana”,“apa” dan sebagainya.Hal ini dapat melatih murid untuk
mengemukakan pelbagai soalan.Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah
memberikan latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis.Sehubungan itu,pengendalian teknik inkuiri terdiri daripada lima langkah utama
iaitu,proses mengenal pasti masalah,mengkaji ramalan,mengumpulkan
maklumat,menganalisis dan membuat rumusan.
Bagi simulasi pula,simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan
hampir menyerupai keadaan sebenar.Aktiviti simulasi memerlukan murid berinteraksi
sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk membuat keputusan,
menyelesaikan masalah,isu atau tugasan semula.Melalui teknik ini,murid-murid
berpeluang menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan
maklumat,menjalankan temu ramah dengan individu tertentu,dan mencatat isi-isi
penting.Murid-murid digalakkan untuk memberikan pendapat,cadangan,membuat
keputusan,dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.Selain itu,simulasi juga memberikan peluang kepada murid-
murid untuk merasai dan mengalami sendiri sesuatu situasi dan masalah.Melalui
teknik ini,pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan,terutamanya melalui kemahiran lisan,membaca,dan menulis.

2.2.3 Berpusatkan Pelajar,iaitu Pembelajaran Masteri seperti Akses Kendiri


(PAK),Kadar Kendiri (PKK) dan terarah Kendiri (PTK)
Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pembelajaran bersifat
individu.Pembelajaran masteri berfokus kepada penguasaan murid-murid terhadap
sesuatu perkara yang diajarkan kepada mereka.Pendekatan ini diperkenalkan oleh
Benjamin Bloom pada tahun 1960-an.Melalui pendekatan ini,pelajar diberi peluang
untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat
mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.Sumber-sumber ICT seperti
tayangan video,perisian kursus,permainan komputer pendidikan,penggunaan papan
putih interaktif dan bahan-bahan internet yang terpilih dapat membantu pelajar
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.
Manakala pembelajaran bersifat individu ini terdiri daripada empat pendekatan
iaitu Terarah Kendiri,Kadar Kendiri,Akses Kendiri yang lebih berfokuskan kepada
pembelajaran berpusatkan murid.Dengan adanya ICT,konsep pembelajaran ini
menjadi lebih mudah untuk direalisasikan.Contohnya,melalui penggunaan perisian
kursus dengan terarah kendiri,pelajar boleh menentukan apa yang hendak dipelajari
mengikut kadar kemampuan sendiri,mampu mengakses sendiri,malah dapat mentaksir
pembelajaran sendiri.Strategi ini membolehkan pelajar menjadi lebih
bertanggungjawb terhadap pembelajaran,lebih tekun dan yakin untuk mencapai
standard kurikulum.
 2.2.4 Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Sekolah Bestari merupakan model sekolah yang efektif dan moden.Sekolah ini akan
beroperasi menggunakan moeden seperti multimedia,pembelajaran menggunakan
komputer,CD-ROM,penggunaan internet,laman web,dan kaedah pembelajaran yang
telah diprogramkan dengan sistematik dan dapat menarik minat pelajar.
Menurut KPM (2001),penggunaan ICT dalam PdP bermaksud menggunakan
ICT secara berfikrah,bersesuaian dan terancang untuk meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan PdP.ICT boleh digunakan sebagai alat pentadbiran,alat
penyelidikan dan sebagai media atau sember PdP.Menurut Wan Rozali
(2003),penggunaan ICT terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek pengajaran dan
pembelajaran.Penggunaan ICT dalam aspek pengajaran ialah ICT digunakan sebagai
alat demonstrasi,jaringan pendidikan dan alat persembahan.Manakala penggunaan
ICT dalam aspek pembelajaran pula ialah penggunaan ICT untuk pembelajaran
penerokaan,tuturiol,ICT sebagai pemudah komunikasi dan sebagai alat aplikasi.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
keberkesanan proses PdP serta dapat memudahkan pelajar memahami pelajaran,dapat
memberi peluang yang sama rata terhadap pembelajaran kepada semua pelajar tanpa
mengira latar belakang,meningkatkan motivasi kendiri pelajar,membolehkan pelajar
mengakses maklumat dan mengumpul dalam masa yang singkat,serta dapat
meningkatkan daya kreativiti dan daya imaginasi pelajar dan dapat meningkatkan
pencapaian kognitif dalam kalangan pelajar.
Justeru,penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang
perlu bagi menarik minat pelajar untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan
dan segala halangan yang boleh menghalang mereka daripada ilmu.Seorang guru
perlu perlu menguasai kemahiran asas menggunakan komputer seperti Microsoft
Word,Microsoft Excel,Microsoft Access,Microsoft Power Point dan Internet kerana
kebanyakan urusan pentadbiran sama ada untuk PdP,pengurusan dan pentadbiran di
jabatan-jabatan kerajaan mahupun di sektor swasta telah menerapkan penggunaan
komputer dengan meluas.

2.2.5 Proses Pembelajaran Aktif dan Konstruktif,iaitu Pelajar Membina Pengertian


Sendiri Daripada Input yang Diterima
Pembelajaran aktif atau actice learning merupakan segala bentuk pembelajaran yang
melibatkan murid berperanan secara aktif dalam proses pembelajaran.Pembelajaran
aktif juga bermaksud mengoptimumkan penggunaan semua potensi yang dimiliki oleh
murid untuk mencapai satu tahap pembelajaran tertinggi sesuai dengan kemampuan
yang dimiliki.Pembelajaran aktif juga adalah untuk memastikan agar murid terus
fokus,sentiasa bersedia,dan terlibat dalam proses pembelajaran.
Manakala pembelajaran konstruktif merupakan proses pembelajaran yang
menerangkan kaedah yang disusun dalam minda manusia.Mengikut kefahaman
konstruktif,ilmu pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada pelajar
dalam bentuk yang serba sempurna.Pelajar perlu membina sesuatu pengetahuan
mengikut pengalaman masing-masing.Pembelajaran adalah hasil daripada usaha
murid sendiri dan guru tidak mempengaruhi pembelajaran murid.
Peranan guru bukan lagi mengajar tetapi membimbing.Peranan guru sebagai
salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang mengetahui segala-
galanya.Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan
pembelajaran,penilaian,penyelidikan,dan cara melaksanakan kurikulum.Aspek
pembelajaran lebih utama daripada pengajaran.Teknik dan kaedah pembelajaran akan
bertumpu kepada kejayaan murid dalam membina skema pengkonsepan berdasarkan
kepada pengalaman yang aktif.Guru akan berperanan sebagai murid atau
penyelidik.Dengan cara ini,guru akan lebih memahami cara murid membina konsep
atau pengetahuan.Justeru,guru memperoleh kemahiran untuk membina dan mengubah
suai kefahaman serta komunikasi dengan orang lain.Guru akan memahami bahawa
proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan
dalam kehidupan.Guru tidak boleh belajar untuk pelajar,sebaliknya pelajar akan
membina kefahamannya sendiri.
Setiap pelajar mempunyai peranan dalam menentukan perkara yang akan
dipelajari oleh mereka.Tumpuan diberi untuk menyediakan pelajar kepada peluang
bagi membentuk pengetahuan dan kemahiran dengan mengubungkaitkan pengalaman
lampau mereka dengan kegunaan masa hadapan.Pelajar tidak dibekalkan dengan
fakta-fakta sahaja,sebaliknya penumpuan diberikan pada proses berfikir dan
kemahiran komunikasi.
2.2.6 Pembelajaran Kooperatif iaitu Belajar Secara Berkumpulan
Pembelajaran kooperatif ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan
yang membolehkan murid saling belajar dan membantu antara satu dengan yang lain
untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.Ahli kumpulan akan bekerja,berkongsi
idea,bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat sendiri dan
kumpulan.Pembelajaran kooperatif dapat menghasilkan satu tugasan kumpulan di
samping mewujudkan interaksi antara murid,menjalinkan kerjasama,dan memupuk
semangat berpasukan yang kuat.
Menurut Dr.Faridah Nazir (2017),pembelajaran kooperatif merupakan satu
model pembelajaran yang memerlukan murid-murid mempunyai pelbagai kebolehan
untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan.Pendapat yang sama juga telah
dikemukakan oleh Wan Rozali (2013),iaitu pembelajaran kooperatif,murid-murid
menjalankan aktiviti atau tugas secara bersama dalam kumpulan kecil.Menurut Nunan
(2014) pula,murid-murid akan belajar bersama melalui kerjasama dalam kumpulan
kecil yang terdiri daripada empat atau enam orang dalam pembelajaran
kooperatif.Murid-murid dalam setiap kumpulan terdiri daripada jantina dan kaum
yang berbeza serta mempunyai pelbagai kebolehan.Perbezaan antara murid-murid
dalam kumpulan dapat melatih mereka untuk menerima perbezaan dan menyesuaikan
diri dengan lebih.
Kesimpulannya,pengajaran dan pembejaran merupakan aspek penting dalam
pelaksanaan kurikulum.Menjelang abad 21,murid-murid perlu menggunakan segala
kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses
pembelajaran.Sumber pengetahuan utama pada abad 21 merupakan sumber yang
berkaitan dengan teknologi maklumat.Oleh iu,kemudahan seperti
komputer,multimedia,cakera padat,dan Internet perlu disediakan untuk kegunaan
semua murid.Pengajaran dan pembelajaran pada abad 21 diharap dapat dibantu
sepenuhnya dengan kommputer.Perkara ini bukan bertujuan menggantikan guru tetapi
untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan,berkesan,dan lebih bermakna kepada murid-murid.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) UNTUK MATA


PELAJARAN BAHASA MELAYU YANG MENGAPLIKASIKAN
PEDAGOGI ABAD KE-21

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Nama guru : WONG SZE HOOI


Kelas : 4 Merah
Bilangan Murid : 20 orang
Lingkungan Usia Murid : 10 tahun
Tarikh : 22 September 2019
Masa : 8.10 a.m – 9.10 a.m
Tempoh pelaksanaan : 1 jam
Tema : Tema 9 Bumi Indah Rakyat Bertuah
Tajuk : Unit 27 Sayangi Alam Sekitar (Pencemaran Air)
Standard Kandungan :
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
Standard Pembelajaran :
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul menggunakan diksi dan ayat yang sesuai

Sistem Bahasa : Tatabahasa: Ayat Majmuk

Objektif
Pada akhir pengajaran,murid dapat:
(i) Menceritakan semula dengan tepat maklumat yang dilihat dan didengar tentang
cara menjaga alam sekitar
(ii) Menceritakan menggunakan ayat majmuk,sebutan yang jelas,dan intonasi yang
betul

Pengisian Kurikulum
a) EMK :
Ilmu : Pendidikan Moral,Sivik,Kewarganegaraan
Nilai : Kebersihan Fizikal,Kesyukuran,Kerjasama,Bertanggungjawab

Peraturan Sosiobudaya : Kesantunan dan Laras Bahasa


Patriotisme : Jati Diri
Pendidikan Alam Sekitar : Bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran
Kreativiti dan Inovasi : Persediaan,imaginasi tentang masa depan,tindakan

b) TMK :
Murid menggunakan TMK untuk mencari kesan pencemaran sungai

c) KKT :
Kemahiran Berfikir,KBAT,Didik Hibur,Kecerdasan Pelbagai (verbal
linguistic,muzik,visual ruang,interpersonal),Pembelajaran Kooperatif,Pembelajaran
Kontekstual,Pembelajaran Kontruktivisme,BCB,Kajian Masa Depan

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


a) Bahan eleltronik/Bahan :
Komputer Riba,LCD,Power Point, Gambar,Buku Teks
b) Kad Tugasan/Arahan :
Kertas Mahjung

Pengetahuan Sedia Ada (PSA)


Murid pernah melihat :
1) Kawasan sungai yang kotor
2) alam sekitar yang tidak terjaga
3) mangsa demam denggi,dan
4) penyemburan denggi

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
Pada 22 Jun 2019,saya telah menjalankan PdP untuk mata pelajaran dalam Bahasa
Melayu yang mengaplikasikan pedagogi abad ke-21 untuk darjah Tahun 4 di
sekolah.Dengan mengikuti langkah-langkah pengajaran yang disediakan dalam
RPH,saya mendapati murid-murid sangat meminati dan mudah menguasai tajuk yan
saya diajarkan.Di bawah disertakan langkah-langkah pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran saya di kelas Darjah 4.
Set Induksi :
Dalam set induksi,guru memaparkan dengan video “ Sungai Tercemar”.Murid-murid
mengamati video tersebut.Selepas itu,guru dan murid-murid bersoal jawab berkenaan
tayangan video tersebut.Guru mengaitkan tayangan video dengan tajuk pelajaran hari
ini.Murid-murid mengaitkan PSA dengan set induksi guru dan tajuk pembelajaran.

Pengenalan
Langkah 1:
Dalam langkah 1,guru memaparkan sekeping gambar dalam power point untuk murid
menelitinya.Guru berbincang dengan murid tentang gambar yang
ditunjukkan.Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menyampaikan
maklumat yang terdapat pada gambar tersebut.Murid-murid diminta mencatat
maklumat yang disampaikan oleh rakan.Selepas itu,Beberapa orang murid dipilih
untuk menceritakan semula yang disampaikan oleh rakan tanpa bantuan gambar.

Langkah 2:
Dalam langkah 2,guru memaparkan punca gambar sungai tercemar dalam power
point.Murid-murid dibahagikan dalam kumpulan.Murid-murid dalam kumpulan
dikehendaki menilai keadaan sungai yang terdapat dalam gambar dan menyatakan
idea mereka tentang punca berlakunya pencemaran pada sungai tersebut.

Langkah 3:
Dalam langkah 3,guru juga menggunakan teknik perbincangan kumpulan dan teknik
bercerita untuk menjalankan PdP.Mula-mula,murid-murid melihat tayangan video dan
menyebut secara kuat dengan sebutan yang betul dan jelas kandungan tayangan
tersebut.Murid-murid berbincang dalam kumpulan kecil dan menilai sikap yang
ditunjukkan oleh penghuni rumah dalam menangani masalah denggi.Selepas
itu,murid-murid menonton tayangan video “Mencegah Denggi” yang dipaparkan oleh
guru.murid-murid menonton tayangan video dan menceritakan semula dengan tepat
cerita tersebut yang jelas dan intonasi yang betul.

Langkah 4 (Aktiviti Permainan):


Langkah yang keempat merupakan sesi permainan “Musical Chair”.Sesi permainan
ini sebagai pengukuhan untuk murid-murid.Mula-mula,guru menerangkan peraturan
tentang “Musical Chair” kepada murid-murid.Seterusnya,guru memasangkan lagu “
Chicken Dance” dan murid-murid bermain permainan “Musical Chair”.Apabila lagu
berhenti,murid yang terkeluar dikehendaki menyatakan punca pencemaran sungai
(air) dan cara mengatasi masalah tersebut.Murid-murid lain membuat penilaian.

Langkah 5 (Penilaian,Pengayaan dan Pemulihan)


Mula-mula,guru menjalankan aktiviti penilaian.Dalam aktiviti penilaian,murid-murid
dikehendaki melakar peta pemikiran (peta pokok) berdasarkan maklumat yang telah
dilihat dengan jelas dan didengar secara dalam berkumpulan.Selepas itu,murid-murid
membentangkan di hadapan kelas untuk dinilai oleh guru.
Untuk aktiviti pemulihan,murid-murid mendengar frasa yang dibaca oleh
rakan dan memadankan frasa tersebut menjadi ayat yang betul.Bagi aktiviti
pengayaan pula,Murid-murid diminta mencari kesan pencemaran air berdasarkan
gambar menggunakan TMK dan mencatat maklumat berkaitan.

Penutup (Rumusan):
Dalam sesi rumusan,murid-murid merumuskan tentang punca-punca pencemaran
sungai.Selepas itu,murid-murid menonton video yang dipaparkan oleh guru dan
menyanyikan lagu “denggi” sebagai penutup.Murid-murid diminta mencari bahan
cerita daripada surat khabar berkaitan demam denggi untuk PdP seterusnya.

Sebagai refleksi sendiri,saya mendapati kebanyakan murid-murid dapat menguasai


dan meminat tajuk yang saya mengajar dengan mengikuti langkah-langkah RPH yang
disediakan dan dirancangkan yang mengaplikasi pedagogi abad ke-21.Untuk lebih
teliti,saya telah membuat contoh rancangan pengajaran dan pembelajaran harian
bertajuk Sayangi Alam Sekitar (Pencemaran Air) dalam Bahasa Melayu.Contoh RPH
seperti yang disertakan di bawah:

Langkah/
Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
Masa
Set Induksi Tayangan Video “Sungai Teknik: Soal jawab/Penerangan Ilmu:
(5 minit) Tercemar” - Moral
1. Murid-murid dipaparkan - Sivik
dengan tayangan video.
2. Guru dan murid-murid Nilai:
bersoal jawab berkenaan - Kebersihan Fizikal
tayangan video tersebut. - Kesyukuran
3. Guru mengaitkan tayangan - Bertanggungjawab
video dengan tajuk
Soalan: pelajaran hari ini. Pendidikan Alam
1. Apakah yang kalian lihat 4. Murid-murid mengaitkan Sekitar:
dalam tayangan? PSA dengan set induksi Bertanggungjawab
2. Mengapakah berlaku guru dan tajuk terhadap kebersihan
begitu? pembelajaran. persekitaran
3. Nyatakan bahan-bahan
yang dibuang ke dalam BBM:
sungai. - Komputer riba
- LCD
Jangkaan Jawapan: - Power Point
1. Saya melihat pencemaran - Video
sungai berlaku.
2. Kejadian itu berlaku kerana
penduduk membuang
sampah ke dalam sungai.
3. Bahan-bahan yang dibuang
ke dalam sungai bisanya
tin-tin,botol-botol,dan
bahan-bahan plastik.

Langkah 1 Gambar Pencemaran Sungai Teknik: “Kerusi Panas” Nilai:


(12 minit) - Kebersihan Fizikal
1. Guru memaparkan sekeping - Kerjasama
gambar dalam power point - Bertanggungjawab
untuk murid menelitinya.
2. Guru berbincang dengan Pendidikan Alam
murid tentang gambar yang Sekitar:
ditunjukkan. Bertanggungjawab
3. Beberapa orang murid terhadap kebersihan
dipilih secara rawak untuk persekitaran
menyampaikan maklumat
yang terdapat pada gambar BBM:
tersebut. - Komputer riba
4. Murid-murid diminta - LCD
mencatat maklumat yang - Power Point
disampaikan oleh rakan.

Contoh perkara yang Teknik: Bercerita EMK:


dibincangkan: Kreativiti dan Inovas
- Keadaan sungai (Persediaan)
- Punca pencemaran 1. Beberapa murid lain dipilih
untuk menceritakan semula KKT:
maklumat yang disampaikan Kemahiran
oleh rakan tanpa bantuan Berfikir,KBAT,Didik
gambar. Hibur,Kecerdasan
Pelbagai (verbal
linguistik,muzik,
interpersonal),dan
Pembelajaran
Kooperatif

Langkah 2 Punca Pencemaran Sungai Teknik: Sumbang Saran Nilai:


(8 minit) - Kebersihan Fizikal
1. Pembuangan sampah-sarap 1. Murid-murid dalam - Bertanggungjawab
2. Pembuangan sisa toksik kumpulan dikehendaki
3. Tumpahan minyak menilai keadaan sungai Pendidikan Alam
yang terdapat dalam Sekitar:
gambar dan menyatakan Bertanggungjawab
idea mereka tentang punca terhadap kebersihan
berlakunya pencemaran persekitaran
pada sungai tersebut.
2. Murid-murid diminta BBM:
menyatakan penyakit yang - Komputer Riba
relevan dengan kesan - LCD
pencemaran sungai (air). - Power Point

EMK:
Kreativiti dan Inovas
(Imaginasi)

KKT:
Kajian Masa Depan

Langkah 3 Tayangan Video “Hapuskan Teknik: Perbincangan Nilai:


(10 minit) Aedes Cegah Denggi” kumpulan - Kebersihan Fizikal
- Bertanggungjawab
1. Murid-murid melihat
tayangan video dan Pendidikan Alam
menyebut secara kuat Sekitar:
dengan sebutan yang betul Bertanggungjawab
dan jelas kandungan terhadap kebersihan
tayangan tersebut. persekitaran

2. Murid-murid berbincang BBM:


dalam kumpulan kecil dan - Komputer riba
menilai sikap yang - LCD
ditunjukkan oleh penghuni - Power Point
rumah dalam menangani - Video
masalah denggi.
Tayangan Video “Mencegah Teknik Bercerita: BBM:
Denggi” - Komputer riba
1. Murid-murid menonton - LCD
tayangan video dan - Power Point
menceritakan semula - Video
dengan tepat cerita tersebut
menggunakan ayat sendiri KKT:
dengan sebutan yang jelas Kemahiran Berfikir,
dan intonasi yang betul. KBAT,
Kecerdasan Pelbagai
(verbal
linguistik,interperson

Langkah 4 Peraturan permainan “Musical 1. Murid-murid mendengar BBM:


(8 minit) Chair” : peraturan tentang - Komputer riba
1. Guru memasangkan lagu permainan “Musical Chair” - Lagu
“Chicken Dance dan daripada guru.
murid- murid bermain 2. Guru memasangkan lagu Nilai:
permainan “Musical “Chicken Dance” dan Bekerjasama
Chair”. murid-murid bermain
2. Apabila lagu berhenti, permainan “Musical KKT:
murid yang terkeluar Chair”. Mengelas
dikehendaki menyatakan 3. Apabila lagu
punca pencemaran sungai berhenti,murid yang
(air). terkeluar dikehendaki
menyatakan punca
pencemaran sungai (air)
dan cara mengatasi masalah
tersebut.
4. Murid-murid lain membuat
penilaian.

Langkah 5 Penilaian Aktiviti: Melakar Peta Pokok Peta Pemikiran:


(12 minit) Peta Pokok
“Langkah-langkah mengatasi 1. Murid-murid dikehendaki
pencemaran air” melakarkan peta pemikiran EMK:
(peta pokok) berdasarkan Kreativiti dan Inovas
8 Peta Pemikiran i-THINK – maklumat yang telah dilihat
Peta Pokok dengan jelas dan didengar BBM:
secara dalam berkumpulan. Kertas Mahjung

2. Murid-murid
membentangkan di hadapan
kelas untuk dinilai guru
Pemulihan: Aktiviti: Padanan BBM:
A B Lampiran 2
Alam Sekitar dibuang 1. Murid-murid mendengar
merata- frasa yang dibaca oleh rakan
rata
dan memadankan frasa
Rumah bersih kesihatan
terjamin tersebut menjadi ayat yang
Sampah-sarap sudah betul.
tercemar
Bersihkan pembawa
longkang penyakit
Nyamuk,lipas,da air tidak
n tikus bertakung

Pengayaan: Teknik: Perbincangan KKT:


Kemahiran Berfikir,
1. Murid-murid diminta KBAT,Didik Hibur,
mencari kesan pencemaran Kecerdasan Pelbagai
air berdasarkan gambar (verbal
menggunakan TMK dan linguistik,muzik,
mencatat maklumat visual ruang,
berkaitan. interpersonal),
Pembelajaran
1. Bau busuk Kooperatif,
2. Hidupan air mati Pembelajaran
3. Alam tercemar dan Kontekstual,
pemandangan rosak Pembelajaran
4. Denggi merebak Kontruktivisme,BCB
Kajian Masa Depan

BBM:
- Komputer Riba
- LCD
- Power Point

EMK:
TMK- mencari kesan
pencemaran sungai

Penutup Rumusan Teknik: Soal Jawab Ilmu:


(5 minit) - Kesihatan
Kognitif 1. Murid-murid merumuskan - Muzik
tentang punca-punca
Tindakan Susulan pencemaran sungai. Nilai:
2. Murid-murid menonton - Kebersihan Fizikal
Sosial video yang dipaparkan oleh - Kesyukuran
- Tayangan Video “Teaser guru dan menyanyikan lagu - Kerjasama
Upin & Ipin Musim 9 – “denggi” sebagai penutup. - Bertanggunjawab
Skuad Bebas Denggi” 3. Murid-murid diminta
mencari bahan berita Pendidikan Alam
daripada surat khabar Sekitar:
berkaitan demam denggi Bertanggungjawab
untuk PdP seterusnya. terhadap kebersihan
persekitaran
Teknik Nyanyian:
KKT:
Lagu “Denggi” 1. Menyanyi lagu “Denggi” Kemahiran
Berfikir,Kecerdasan
Pelbagai (verbal
linguistik,muzik),

BBM:
Video

4.0 KESIMPULAN
Seperti yang kita tahu,sekolah Bestari sememangnya mempunyai kebaikan dan
mengurangkan beban guru dan pelajar.Sekolah Bestari juga mempunyai konsep yang
lebih kurang sama dengan sekolah kluster.Ia juga meliputi beberapa komponen bagi
merealisasikan sistem pembelajaran yang sistematik dan tersusun.Perkembangan
sekolah Bestari telah menjadi satu arah aliran dalam perkembangan pendidikan yang
tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia.Selain itu,sekolah
Bestari merupakan sekolah yang satu-satunya dapat melahirkan pelajar yang cerdik
dan berpengetahuan dan dijangkakan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-
cabaran Wawasan negara.
Dari segi kurikulum,kurikulum sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk
pelajar mencapai perkembangan yang seimbang.Pelajar sebagai pembelajar aktif di
sekolah Bestari.Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan
memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta menggunakan secara menyeluruh
dan bersepadu dalam pelbagai situasi.Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat
keputusan dan bertanggungjawab terhadap sesuatu keputusan itu.Oleh itu,pelajar akan
membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul
data dan pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan,kebangsaan dan
global.Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan
guru-guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia.
Bagi segi pedagogi pula,pedagogi sekolah Bestari yang lebih menarik dan
sistematik dapat menarik minat pelajar untuk meneroka dengan lebih lanjut tentang
ilmu pengetahuan sedia ada.Hal ini berbeza dengan sistem sekolah lama atau sistem
sekolah biasa yang lebih menjurus kepada penggunaan buku teks semata-mata.Pelajar
akan mencari sendiri maklumat-maklumat yang dapat menajamkan pemikiran
mereka.Sebagai contoh,sekolah Bestari menggalakkan penggunaan ICT dalam
pengajaran.Dengan penggunaan internet dan bahan-bahan bercetak yang lain,pelajar
dapat meneroka lebih banyak maklumat dan mampu menarik minat mereka dalam
pembelajaran.
Kesimpulannya,melahirkan pelajar dari sekolah Bestari telah menjadi satu
fenomena bagaimana seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru
dan pelajar dilaksanakan bagi melahirkan pelajar yang berdikari dan berfikiran kreatif
serta berdaya maju.Selain itu,pengurusan sekolah pula harus dilaksanakan dengan
berlandaskan konsep berfikir berasaskan teknologi canggih pada masa
ini. Pengwujudan Sekolah Bestari juga telah mendedahkan betapa pentingnya
guru mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif disamping memahirkan diri di
dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.Suasana di sekolah bestari digambarkan
mempunyai kelengkapan komputer dengan kadar satu komputer kepada empat orang
pelajar.Pelajar dalam sekolah bestari dikatakan akan membuat pengembaraan
maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data.Jaringan digunakan
untuk mengumpul data dan berinteraksi ke seluruh dunia.Pelajar yang tidak dapat
hadir ke sekolah akan dapat belajar dari rumah.Pembelajaran juga boleh berlaku di
luar waktu sekolah.Segala idealisme yang dibayangkan oleh sekolah bestari
merupakan sesuatu yang dibanggakan.

(3378 patah perkataan)


LAMPIRAN 1
( Buku teks yang bertema “Bumi Indah Rakyat Bertuah” )

LAMPIRAN 2
(Power Point Pengajaran dan Pembelajaran Pencemaran Sungai )

LAMPIRAN 3
Aktiviti Penilaian : Contoh Peta Pokok
( “Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air”)

LAMPIRAN 4
(Aktiviti Pengayaan : Mencari Kesan Pencemaran Air Berdasarkan Gambar)
Mencari kesan pencemaran air berdasarkan gambar menggunakan
TMK dan mencatatkan maklumat berkaitan.

1. ___________________________________________________________________

2.___________________________________________________________________

3. ___________________________________________________________________

4. ___________________________________________________________________
LAMPIRAN 5
(Aktiviti Pemulihan : Padanan Frasa Menjadi Ayat yang Betul)

Mendengar frasa yang dibaca oleh rakan dan memadankan frasa tersebut
menjadi ayat yang betul.

A B
Alam Sekitar dibuang merata-rata

Rumah bersih kesihatan terjamin

Sampah-sarap sudah tercemar

Bersihkan longkang pembawa penyakit

Nyamuk, lipas, dan air tidak bertakung


tikus
APENDIKS

RUJUKAN BUKU

Dr.Faridah Nazir. (2017). Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21. Shah Alam,
Selangor: Axford Fajar Sdn. Bhd

Mohd Fuad Sam. (2016). Pengurusan Sekolah Bestari. Johor Bahru, Malaysia: Badan
Cemerlang Sdn. Bhd

Razak Ibrahim. (2012). Sekolah Bestari Dan ICT. Petaling Jaya, Selangor: Cemerlang
Publications Sdn. Bhd

Noriati A.Rashid. (2013). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam,


Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Mohd Arif Ismail. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Puchong, Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Sommers. (2013). Pembelajaran Transformatif. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan


Negara Malaysia Berhad

Ishak Ramly,Ph.D. (2015). Kad Pintar Dan Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Penerbit
Pinang Sdn. Bhd

Sturman. (2013). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi. Subang Jaya,
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Nunan. (2014). Pedagogi Abad ke-2. Selangor, Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd

Termit Kaur. (2014). Pembelajaran Abad 21. Petaling Jaya, Selangor: Fajar Bakti
Sdn.
Bhd

Hargreaves. (2012). The Brain.Targeted Teaching Model For 21st-Century Schools.


New York: Basic Book

Pembelajaran Secara Konstruktivisme (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum,


Kementerian Pelajaran Malaysia

Wan Rozali. (2013). 47 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21. Petaling Jaya, Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
RUJUKAN LAIN
Video “Sungai Tercemar”
https://www.youtube.com/watch?v=5XNfMP3FVok&t=2s diakses pada
18 September 2019

Video “Hapuskan Aedes Cegah Denggi”


https://www.youtube.com/watch?v=EAEyvDIYTZ8 diakses pada
18 September 2019

Video “Mencegah Denggi”


https://www.youtube.com/watch?v=LgIMZ8p2sRA diakses pada
18 September 2019

Video “Teaser Upin & Ipin Musim 9 – Skuad Bebas Denggi”


https://www.youtube.com/watch?v=9v_2oZt_6oo diakses pada 18 September 2019

Lagu “Denggi”
https://www.youtube.com/watch?v=SqpK0uLnpbg diakses pada 18 September 2019

You might also like