Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

(A) 

Kepupusan Haiwan
1. Maksud pupus: lenyapnya atau sudah tiada lagi spesies haiwan itu di
bumi ini.
2. Contoh haiwan yang sudah pupus:
1. T-Rex
2. Burung Dodo
3. Quagga
4. Mamot
5. Harimau bertaring lengkung
6. Serigala Tasmania
7. Harimau dahan Taiwan
8. Ikan lumba-lumba Sungai Cina
9. Singa laut Jepun
10. Harimau Jawa

 
(B) Diancam Kepupusan
1. Maksud diancam kepupusan: Bilangan spesies hidupan tersebut
semakin berkurang dari tahun ke tahun.
2. Contoh jenis tumbuhan yang diancam kepupusan:
1. Anggerik Merpati
2. Periuk Kera
3. Rafflesia
4. Orkid Selipar
5. Kacip Fatimah
6. Tongkat Ali
7. Cengal
8. Keruing
9. Meranti
10. Pokok Bakau
3. Contoh jenis haiwan yang diancam kepupusan:
1. Badak Sumbu
2. Tapir
3. Gajah
4. Harimau
5. Panda
 
 
(C) Aktiviti yang mengancam Haiwan dan Tumbuhan
1. Terdapat 3 faktor utama uang mengancam haiwan dan tumbuhan:

1. Aktiviti Manusia
1. Pembalakan tanpa kawalan
2. Pemburuan haram berleluasa
3. Penerokaan kawasan
2. Bencana Alam
1. Banjir
2. Gempa Bumi
3. Ribut Taufan
3. Pencemaran
1. Pencemaran Air – Tumpahan Minyak
2. Pencemaran Tanah – Pembuangan Sampah
3. Pencemaran Udara – Pembakaran terbuka
 

(D) Pemeliharaan dan Pemuliharaan Haiwan dan


Tumbuhan
1. Usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan perlu dilakukan bagi
menyelamatkan haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan.
2. Maksud pemeliharaan: Usaha mengekalkan keadaan asal haiwan
dan tumbuhan daripada musnah.
3. Contoh-contoh aktiviti pemeliharaan:
1. Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan
tumbuhan
2. Elak membeli produk yang diperbuat daripada spesies haiwan
terancam.
3. Menganjurkan kempen menentang pembalakan dan pemburuan
haram.
4. Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies
yang dilindungi.
5. Mewartakan hutan sebagai hutan simpan.
6. Menebang pokok terpilih sahaja.
7. Menguatkuasa undang-undang dan peraturan.
8. Mewartakan kawasan paya bakau sebagai tapak Ramsar
9. Mewartakan taman laut.
4. Maksud pemuliharaan: Usaha mengembalikan haiwan dan
tumbuhan kepada keadaan asal.
5. Contoh-contoh aktiviti pemuliharaan:
1. Mendirikan pusat rehabilitasi.
2. Mendirikan pusat perlindungan dan pusat pembiakan.
3. Menanam semula pokok. 
Rujukan: 
Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen
Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015).
Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like