Janet Lee Min Yin 2017122340027: Topik 9: Latihan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JANET LEE MIN YIN 2017122340027

Topik 9: Latihan 1

Sila jawab soalan di bawah:


Layari internet dan cari maklumat tentang:
1. Sekolah Bestari
2. Pembestarian Sekolah
Jawapan:

Sekolah bestari
Menurut Kamus Dewan, hlm. 1415 edisi keempat, sekolah bermaksud tempat untuk
belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran, manakala
perkataan bestari menerusi halaman 175 memberi maksud cerdas, pandai,
berpendidikan, berpegetahuan, berbudi pekerti yang baik, beroperasi dengan
berbantukan komputer, teknologi maklumat dan sebagainya. Menerusi
penggabungan dua frasa ini sekolah bestari boleh dikatakan sebagai penggunanan
teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di insitutusi
pembelajaran, ia ini sekolah.

Konsep sekolah bestari


Secara mudahnya sekolah bestari Malaysia boleh dikatakan sebagai satu institusi
pembelajaran yang direka semula secara sistemik, ia itu sistemik dari segi amalan
pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak
(pelajar) menghadapi Zaman Teknologi Maklumat. Komponen utama Sekolah
Bestari adalah seperti berikut:

 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


 Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
 Polisi
 Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
 Teknologi
 Proses

Pembestarian sekolah
Pembestarian Sekolah ialah proses memperluaskan konsep Sekolah Bestari ke
semua sekolah dengan mengambil kira manfaat (leveraging) semua inisiatif ICT
JANET LEE MIN YIN 2017122340027

yang sedang dilaksanakan oleh KPM. Proses ini dijalankan secara berterusan untuk
meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah serta PDP secara interaktif
berasaskan ICT.
Pembestarian Sekolah telah memanfaatkan (leveraging) semua inisiatif ICT yang
telah dan sedang dijalankan oleh KPM seperti Projek SchoolNet, Projek Makmal
Pengkomputeran, Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI), TV Pendidikan melalui web (EduWebTV), Pusat Akses Sekolah,
Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain inisiatif.

You might also like