Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil.

1/2018

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MABUL, SEMPORNA
BIL.1/2018

Tarikh : 3 Januari 2018 (Rabu)


Masa : 2.30 – 4.00 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Pulau Mabul
Pengerusi : Encik Amirhan Bin Latuwo
Agenda :
(1) Ucapan Pengerusi
(2) Pengesahan minit mesyuarat lalu
(3) Perkara berbangkit
(4) Pembentangan analisis pencapaian panitia Matematik 2017
(5) Pembubaran dan Pembentukan Jawatankuasa Panitia tahun 2018
(6) Pembentangan aktiviti panitia
(7) Pembentangan Kewangan 2018
(8) Pembentangan AJK 2018
(9) Headcount Matapelajaran Matematik
(10) Pelan Tindakan Panitia
(11) Perbincangan mengenai perancangan aktiviti sepanjang tahun 2018
(12) Hal-hal lain
Kehadiran :
(1) Ustaz Hassan Bin Mat (Guru Besar)
(2) Encik Hamran Bin Jupuri (Penolong Kanan Pentadbiran)
(3) Encik Budlaji Bin Tianggi (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
(4) Encik Amirhan Bin Latuwo (Ketua Panitia Matematik)
(5) Mohd Jeffery Bin Ibrahim (Guru Matematik)
(6) Encik Madsaif Bin Hj Katik (Guru Matematik)
(7) Ustaz Ag Ruzaini Bin Ag. Ali Omar
(8) Ustaz Abdul Hadi Bin Mat Yusoff
(9) Ustaz Mohd Fadhil Bin Mohd Nor
(10) Encik Ahmad Lutfi Bin Khamisan
(11) Encik Ahmad Fahmi Bin Ali
(12) Encik Sudirman Bin Tawakal
(13) Encik Ismail Bin Sunu
(14) Encik Mohammad Ali Bin Abdul Latif
(15) Puan Hetykoesmadewi Binti Hashim
(16) Puan Shahreena Binti Babil
(17) Puan Latifah Binti Abdul Haru
(18) Cik Amira Faridah Binti Abdul Munib
(19) Encik Arman Bin Mohd Arfan Salim
(20) Encik Mohd Aksan Bin Eragam
(21) Puan Marlina Bin Binti Mahrdan
(22) Encik Asman Bin Palimbang

1
Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil.1/2018

Intipati mesyuarat :
Bil Perkara
1 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi telah memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen Guru-guru dan AKP
serta kesudian para barisan Pentadbir untuk sama-sama hadir dalam mesyuarat kali
ini. Walaupun mesyuarat dijalankan waktu petang.
1.3 Pengerusi telah memaklumkan bahawa mesyuarat pertama ini akan
membincangkan beberapa agenda penting (rujuk agenda di atas).
1.4 Mesyuarat kali ini diharapkan dapat menambah baik pengurusan panitia dan
memastikan semua perancangan dapat dibincangkan dengan tersusun.
2 Ucapan Guru Besar
2.1 Penolong Kanan 1 telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panitia Matematik
kerana berjaya menjalankan mesyuarat panitia yang Kedua kalinya untuk tahun ini.
2.2 Beliau mengharapkan agar panitia dapat merancang dan mengurus panitia dengan
sebaik-baiknya bagi memastikan impak dalam peningkatan profesionalisme dan
kualiti akademik dan kokurikulum.

3 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu


3.1 Pengerusi telah memaklumkan bahawa tiada minit mesyuarat bagi tahun lepas.
Perkara ini telah dibincang secara bersama dan tiada minit yang perlu disahkan.
4 Pembentangan Analisis Pencapaian Panitia Matematik 2017
4.1 Pengerusi telah membentangkan berkenaan dengan pencapaian murid dalam
peperiksaan semester akhir 2017. Rumusan analisis pencapaian tersebut telah
diagihkan di dalam mesyuarat ini kepada semua guru.
4.2 Secara keseluruhan, pencapaian murid adalah memuaskan dan mendapat markah
lulus.
4.3 Manakala terdapat jugak murid yang mendapat markah hanya melepasi markah
lulus iaitu antara markan 40% - 45%.
4.4 Antara rumusan yang dilihat menjadi punca murid hanya mendapat markah
sedemikian dalam subjek ini ialah, tahap kemampuan membaca dan menulis murid
yang lemah. Dan membuatkan murid hanya menjawab pada bahagian yang hanya
difahami dan meninggalkan soalan yang kurang atau tidak difahami
5 Pelan Tindakan
5.1 Terdapat beberapa cadangan untuk menangani murid yang tidak cemerlang dalam
mata pelajaran ini, iaitu :-
5.1.1 Gaya atau strategi pengajaran dan pembelajaran guru perlu lebih
dimantapkan dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang
digunakan. Di samping itu, guru perlu lebih kerap memberikan latihan
kepada murid bagi memastikan murid tidak banyak membuang masa
selepas waktu persekolahan.
5.1.2 Penggubalan kertas soalan perlu lebih mempelbagaikan bentuk soalan
agar tahap kebolehan murid juga boleh dicapai. Setiap soalan yang
dikemukakan, lebih elok jika diberikan satu contoh agar mudah difahami.
5.1.3 Turut dicadangkan ialah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, guru
boleh mendedahkan terlebih dahulu beberapa soalan yang akan masuk
dalam ujian kepada murid sekurang-kurangnya tiga soalan.
5.1.4 Banyakkan soalan yang bergambar

6 Pembentangan Kewangan Panitia 2018


6.1 Berdasarkan kepada rekod pelaksanaan panitia tahun 2017, tiada penyata
kewangan yang perlu dijelaskan.

2
Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil.1/2018

7 Pembentangan Aktiviti sepanjang 2017


7.1 Program UPSR yang dijalankan seperti program Gerak IQ sangat memberi impak
yang besar kepada murid tahun 6.

8 Pembubaran dan Pembentukan Jawatankuasa Panitia tahun 201 8


8.1 Setelah selesai pembentangan pengurusan panitia pada tahun 2018, Ketua Panitia
Matematik memohon kepada Guru Besar untuk membubarkan jawatankuasa Panitia
tahun 2017.
8.2 Guru Besar telah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga kepada semua pelaksanaan program di bawah panitia ini. Beliau
mengharapkan, agar pengurusan panitia ini terus sukses pada masa akan datang.
8.3 Setelah selesai, pembahagian tugas dilakukan secara musyawarah dan tolak ansur.
Bagi mengelakkan beban tugas kepada seorang guru sahaja, ahli mesyuarat sepakat
untuk menerima tugas yang diberikan dengan lapang dada. Ketua Panitia optimis,
tugas bagi setiap jawatankuasa dapat dijalankan dengan baik melalui kerjasama
antara ahli.
8.4 Berikut ialah pembahagian tugas dalam organisasi ini :-
8.4.1 Ketua Panitia Matematik : Encik Amirhan Bin Latuwo
8.4.2 Setiausaha Panitia : Encik Madsaif Bin Hj Katik
9 Perbincangan mengenai pembahagian mata pelajaran mengikut kelas
9.1 Guru Mata Pelajaran Matematik mengikut kelas
9.1.1 Tahun 1 : Encik Madsaif Bin Hj Katik
9.1.2 Tahun 2 : Encik Madsaif Bin Hj Katik
9.1.3 Tahun 3 : Encik Madsaif Bin Hj Katik
9.1.4 Tahun 4 : Encik Amirhan Bin Latuwo
9.1.5 Tahun 5 : Encik Amirhan Bin Latuwo
9.1.6 Tahun 6 : Encik Amirhan Bin Latuwo
10 Perbincangan mengenai perancangan aktiviti sepanjang tahun 2018
10.1 Perancangan aktiviti telah dirancang (rujuk lampiran) dengan merujuk kepada Buku
Pengurusan Sekolah.
11 Pembentangan struktur kewangan panitia
11.1 Berdasarkan kepada rekod pelaksanaan panitia tahun 2018, tiada penyata
kewangan yang dicatatkan.
12 Hal-hal Lain
12.1 Kekurangan alatan dan kemudahan dalam pengajaran Matematik seperti Bahan
Bantu Mengajar. Penyelesaian adalah dengan membeli peralatan yang diperlukan
mengunakan duit peruntukan PCG 2018

Mesyuarat berakhir pada jam 4.14 minit petang tengah hari. Tarikh mesyuarat akan datang akan
dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(MADSAIF HJ KATIK) (AMIRHAN LATUWO) ( )

3
Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil.1/2018

Setiausaha, Ketua Panitia Matematik,


Panitia Matematik, SK Pulau Mabul, Semporna.
SK Pulau Mabul, Semporna.
Tarikh : Tarikh :

Minit mesyuarat ini diterima sah oleh :-

Pencadang :_______________________________

Penyokong : ______________________________

Tarikh : ________________ Masa : _________________

You might also like