Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kekuatan asid

1. Kekuatan asid dan alkali bergantung pada darjah pengionan asid dan
alkali dalam air.
2. Asid kuat ialah asid yang mengion sepenuhnya dalam air
menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang tinggi.
3. Asid lemah ialah asid yang mengion separa dalam air menghasilkan
kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah.
Misalnya,

Asid Kepekatan Darjah penceraian

Asid hidroklorik 0. 1 Mol dm-3 100%

Asid etanoik 0. 1 mol dm-3‘ 1.34%

1. Dalam jadual di atas, kedua-dua asid hidroklorik dan asid etanoik


mempunyai kepekatan yang sama.
2. Bagaimanapun, darjah penceraian asid hidroklorik ialah 100%
manakala darjah penceraian asid etanoik hanya 1.34%.
3. Asid hidroklorik mengion sepenuhnya dalam air menghasilkan
kepekatan ion hidrogen H+ yang tinggi. Maka ia dikelaskan sebagai asid
kuat.
4. Asid etanoik hanya mengion separa dalam air, menghasilkan
kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah. Oleh itu ia dikelaskan sebagai
asid lemah.
5. Dalam larutan akueus asid lemah, kebanyakan daripada asid lemah itu
masih kekal dalam bentuk molekul-molekul kovalen dan sedikit sahaja
bilangan molekul asid bercerai membentuk ion-ion.
6. Contoh-contoh asid kuat
a. asid sulfurik
b. asid hidroklorik
c. asid nitrik
7. Contoh-contoh asid lemah
a. asid etanoik
b. asid sulfurus
c. asid fosforik
d. asid karbonik
Kekuatan Alkali
1. Alkali kuat ialah alkali yang mengion sepenuhnya dalam air
menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH – yang tinggi.
2. Alkali lemah ialah alkali yang mengion separa dalam air menghasilkan
kepekatan ion hidroksida, OH– yang rendah.
3. Contoh-contoh alkali kuat
a. natrium hidroksida
b. kalium hidroksida
c. barium hidroksida
d. kalsium hidroksida
4. Contoh-conroh alkali lemah
a. Ammonia
b. natrium hidrogen karbonat

You might also like