Tutorial

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

Berdasarkan rajah 1 iaitu Carta pai yang menunjukkan bangsa pelajar Institut Pendidikan Guru,
bangsa Melayu merupakan bilangan responden yang tertinggi iaitu sebanyak 44%. Kemudian 26%
pelajar adalah berbangsa Cina dan 14% pelajar adalah berbangsa India. Terdapat 10% daripada
jumlah pelajar tersebut yang tidak mengemukakan identity bangsa mereka, meninggalkan 6% pelajar
yang berbangsa Asli. Perkara ini membuktikan bahawa pelajar yang berbangsa Asli merupakan
bilangan responden yang paling rendah. Hal ini disebabkan borang soal-selidik yang dihasilkan telah
diagihkan kepada rakan sekelas di mana majoritinya pelajar berbangsa Melayu. Selain itu, bangsa
Asli merupakan minority kerana kadar kemasukan bangsa Melayu, Cina dan India dalam kerjaya
perguruan lebih tinggi berbanding dengan bangsa asli ini. Dapat disimpulkan bahawa majoriti pelajar
di Institut Pendidikan Guru adalah berbangsa Melayu.

2. Berdasarkan Rajah 2 iaitu carta palang yang menunjukkan jenama kasut yang dipilih oleh pelajar
Institut Pendidikan Guru untuk ke kuliah telah menunjukkan pelajar Institut Pendidikan Guru lebih
memilih jenama kasut lain selain daripada yang dinyatakan seperti jenama, Bata, Oasis, Verns, XES
dan Kasut You. Jenama yang tidak didedahkan itu dipilih oleh majoriti responden iaitu seramai 14
orang. Jenama kedua tertinggi ialah Bata iaitu sebanyak 11 orang, diikuti jenama XES seramai 7
orang dan jenama Kasut You sebanyak 6 orang. Selain itu, jenama Oasis dan Verns mendapat
kekerapan yang sama iaitu sebanyak lima orang menunjukkan bilangan paling sedikit. Bata
merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar mahupun para pensyarah. Namun,
setelah menyelidik para responden, bata tidak mendapat ujian majoriti disebabkan harganya yang
lebih tinggi berbanding jenama lain. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pelajar lebih mengemari
kasut berjenama yang tidak disenaraikan dalam kajian ini.

You might also like