Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Faktor Terdapatnya Jurang Maklumat di Antara Kawasan Bandar

dengan Kawasan Luar Bandar

Melalui proses globalisasi, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan


dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki
oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media
komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan
ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang
lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang
singkat.

Walau bagaimanapun, terdapat jurang maklumat diantara kawasan bandar


dengan kawasan luar bandar. Salah satu sebab terdapatnya jurang ini ialah
kerana isu literasi dalam teknologi. Isu literasi dalam bidang teknologi ini
bermaksud tidak tahu menggunakan peralatan komputer. Penduduk di kawasan
bandar mahir menggunakan komputer kerana mereka mampu mendapatkan
sebuah komputer berbanding dengan penduduk di kawasan luar bandar. Ini
menyebabkan penduduk di kawasan bandar lebih mahir menggunakan teknologi
maklumat ini berbanding dengan penduduk dikawasan kampung. Selain itu,
terdapat segelintir penduduk di kawasan kampung yang tidak ingin
menggunakan teknologi maklumat kerana mereka berada selesa dengan
pemikiran mereka yang sedia ada dan tidak menyukai perubahan.

Selain itu, isu muatan juga merupakan salah satu sebab terdapatnya jurang
maklumat diantara penuduuk dikawasan bandar dengan penduduk di kawasan
luar bandar. Bahasa dominan di internet ialah bahasa Inggeris. Seseorang itu
harus memahami bahasa Inggeris walaupun hanya asasnya supaya dapat
menggunakan teknologi maklumat ini, jika tidak mereka tidak dapat
menggunakannya. Penduduk di kawasan bandar dapat menggunakan teknologi
ini kerana mereka mempunyai asas dalam bahasa Inggeris manakala penduduk
di kawasan bandar pula tidak mempunyai asas dalam bahasa Inggeris dan ini
merupakan calah satu faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat
menggunakan teknologi ini.

Selain itu, sekolah di kawasan pendalaman tidak dilengkapi dengan makmal


komputer dan peralatan komputer yang lengkap. Pelajar di kawasan pendalaman
tidak didedahkan kepada teknologi ini berbanding dengan pelajar dikawasan
bandar. Ini menyebabkan pelajar dikawasan bandar lebih arif menggunakan
teknologi ini berbanding dengan pelajar dikawasan pendalaman.

Sumber rujukan > internet ( www.borneopost.online.com.my)

You might also like