Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 31

ASAL USUL KERAJAAN MELAKA

Di Palembang

Institusi Kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh

Parameswara iaitu seorang putera raja yang berasal dari Palembang.

Palembang merupakan sebuah pusat kerajaan Srivijaya. Selepas kejatuhan

kerajaan Srivijaya, Palembang telah dikusai pula oleh kerajaan Majapahit.

Apabila kerajaan Majapahit mula merosot dan berpecah belah menjelang hujung

abad ke-14, kesempatan ini telah diambil oleh Parameswara untuk

membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit. Namun, usaha

Parameswara telah menemui kegagalan apabila Majapahit menyerang

Palembang. Oleh itu, Parameswara terpaksa melarikan diri untuk mencari

tempat perlindungan. Tempat yang dituju beliau adalah Temasik.

Di Temasik

Pada ketika itu, Temasik terletak di bawah penguasaan kerajaan Siam. Ia

diperintah oleh seorang wakil iaitu Temagi. Kedatangan Paameswara dan

pengikutnya, yang terdiri daripada Orang Laut telah disambut baik oleh Temagi.

Kedudukan Temasik yang baik telah meyakinkan Parameswara akan potensi

Temasik untuk menjadi satu kerajaan yang berkembang maju. Oleh itu,

Parameswara telah menunutut hak ketuanannya ke atas Temasik kerana

Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Perkara ini telah ditentang oleh
Temagi.maka terjadilah perbalahan antara Temagi dan Parameswara. Akhirnya,

Temagi dibunuh. Seterusnya, Parameswara menguasai Temasik dan beliau

telah berusaha memajukan Temasik untuk mengembalikan kegemilangan

Temasik. Akibatnya, Siam berasa marah terhadap tindakan Parameswara.

Seterusnya, Parameswara dan Orang Laut serta pengikutnya bergerak

meninggalkan Temasik memandangkan bila – bila masa sahaja Siam akan

menyerang Temasik. Beliau dan pengikut bergerak menuju ke Muar.

Di Melaka

Di Muar, Parameswara masih belum berasa selamat untuk mendirikan

atau membentuk kerajaan yang baru di situ. Jadi, sekali lagi Parameswara dan

pengikutnya berpindah. Mereka meneruskan perjalanannya menuju ke utara

melalui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya, Parameswara tiba di sebuah

perkampungan nelayan berdekatan sebatang sungai. Pada ketika itu,

perkampungan itu telah didiami oleh penduduk yang terdiri daripada Orang Laut,

Orang Melayu dan Orang Asli yang bekerja sebagai nelayan. Malah, ada di

antara mereka yang bekerja sebagai pedagang kecil yang berulang – alik antara

Singapura, Muar, dan Melaka. Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk

menetap di kampung itu memandangkan kedudukannya yang istimewa serta

berhampiran dengan laut. Beliau telah mendirikan kerajaan di situ pada hujung

kurun ke – 14 serta menjadi Raja Melaka yang pertama dan memerintah sehiga

tahun 1413.
a) Faktor – faktor pemilihan Melaka

Pekara pertama yang menarik perhatian Parameswara terhadap kawasan

itu adalah kedudukannya yang amat baik kerana lokasinya yang berhampiran

dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. Muara sungainya pula adalah

sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun dan amat sesuai

sekali untuk dijadikan pelabuhan. Dari segi muka bumi, kawasan sekitarnya yang

berbukit - bukau memainkan peranan penting. Ia adalah berfungsi sebagai

petunjuk kepada pelayar serta memudahkan urusan mengawal perairan Selat

Melaka. Selain itu, bukit – bukau yang bertentangan dengan muara sungai

merupakan benteng pertahanan yang sesuai untuk didirikan sebuah kota. Malah,

pokok api – api di persisiran pantai dapat menjadi benteng pertahanan dan

pelindung semulajadi. Terdapat juga bekalan air bersih di situ.

b) Asal - usul nama Melaka

Asal usul nama Melaka berkait rapat dengan tiga sumber iaitu:

i) Sejarah Melayu

ii) Istilah Arab

iii) Mitos Hindu


i) Sejarah Melayu

Menurut Sejarah Melayu, peristiwa yang mendorong Parameswara untuk

mendirikan kerajaan disitu adalah kerana peristiwa anjing perburuannya telah

ditendang oleh seekor pelanduk kecil. Ketika itu Parameswara sedang berehat di

bawah Pokok Melaka. Peristiwa itu dianggap luar biasa memandangkan

keberanian pelanduk tersebut. Lebih – lebih lagi kedudukan kawasan itu yang

amat strategik. Oleh itu, kawasan tersebut diber nama Melaka sempena pokok

Melaka tempat Parameswara berehat.

“Baik tempat ini sedang pelanduknya lagi gagah baik kita berbuat negeri

di sini. Apabila ditanya apakah nama pokok tempat baginda berteduh, orang di

situ menjawab: Kayu Melaka namanya tuanku. Maka titah baginda, jika demikian

Melakalah nama negeri ini (W.G. Shellabear(1995), Sejarah Melayu, Edisi 3)”

ii) Istilah Arab

Pedagang – pedagang arab sering berkunjung ke Melaka untuk

berdagang. Lalu mereka menamakan Melaka bersempena:

a) Mulaqah yang bermaksud pertemuan

b) Malakat yang bermaksud perhimpunan segala dagang

Istilah – istilah ini diberikan memandangkan kemajuan Melaka sebagai

sebuah pelabuhan entreport yang sering dikunjungi oleh pedagang dari pelbagai

negara.
iii) Mitos Hindu

Terdapat rujukan mengenai Pokok Amalaka (pada bahagian Vaishnava

Khanda) dalam karya Skanda Purana. Ia menunjukkan bahawa pokok Amalaka

dianggap sebagai pokok pertama yang tumbuh di alam ini. Buah pokok Amalaka

dianggap mempunyai kuasa ajaib. Malah, ia juga dikatakan sebagai tempat

kediaman tuhan agama Hindu iaitu, Brahmin, Vishnu dan Shiva. Hal – hal ini

menyebabkan pedagang – pedagang India mengaitkan pokok Amalaka dengan

Melaka memandangkan Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang sangat

maju serta sistematik.


PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka mencapai kegemilangannya ketika ditadbir

oleh pemerintahnya yang begitu berwibawa iaitu:

1400 – 1414 Masihi Parameswara


1414 – 1424 Masihi Megat Iskandar Shah
1424 – 1444 Masihi Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445 Masihi Sultan Abu Syahid
1445 – 1459 Masihi Sultan Muzaffar Shah
1459 – 1477 Masihi Sultan Mansor Shah
1477 – 1488 Masihi Sultan Alauddin Riayat Shah
1488 – 1511 Masihi Sultan Mahmud Shah
1511 – 1513 Masihi Sultan Ahmad Shah

Namun, terdapat pemerintah Melaka yang terkenal kerana sumbangan

yang besar dalam memajukan kerajaan Melaka. Mereka adalah Parameswara,

Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah, dan Sultan Alauddin Riayat Shah.

Parameswara

Parameswara merupakan seorang pemimpin yang bijak dan berwawasan.

Beiau juga berpandangan jauh dan cekap dalam merancang pembangunan dan

kemajuan Melaka sehingga menjadi satu pelabuhan entreport yang berkembang

maju. Pelbagai langkah yang berkesan telah dilaksanakan oleh Parameswara

untuk membangunkan Melaka.Dalam sistem pentadbiran, pelbagai jawatan yang

telah diwujudkan untuk membantu baginda memerintah dan mentadbir Melaka.

Antaranya adalah melantik beberapa pembesar yang bertanggungjawab dalam


hal ehwal balairung seri, 40 orang bentara untuk menjalankan perintah dan

biduanda kecil untuk membawa alat – alat kebesaran diraja.

Sistem perundangan yang diwujudkan Parameswara ialah untuk

mengekalkan keamanan dan keselamatan Melaka. Undang – undang yang

diwujudkan berkaitan dengan aktiviti perdagangan, kegiatan pertanian serta

kesalahan jenayah.

Selain itu, pelbagai kemudahan penting disediakan untuk menggalakkan

kedatangan pedagang – pedagang asing ke Melaka. Antaranya ialah bekalan air

bersih dan makanan, tempat penginapan yang khusus untuk para pedagang

yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kemudahan gudang untuk menyimpan

barang, kemudahan membaiki kapal, kemudahan pengangkutan seperti kapal,

perahu, jong, lancara,serta tenaga kerja yang ramai.

Untuk memastikan keselamatan Melaka terjamin, Parameswara telah

menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dan China. Hubungan

diplomatik dengan Siam dijalinkan untuk mengelakkan Melaka daripada diserang

oleh Siam dan memastikan kedaulatan Melaka diiktiraf Siam. Hubungan degan

Chian pula mula terjadi apabila apabila rombongan China yang diketuai oleh

Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404. Parameswara telah

bersetuju menghantar ufti dan menjadi negeri naungan China.

Di samping itu, Parameswara turut mewujudkan angkatan laut yang terdiri

daripada Orang Laut untuk menjaga keselamatan perairan Melaka. Ini

membolehkan pedagang selamat daripada serangan lanun.


Parameswara juga mewujudkan ikatan konsep daulat. Ia bermaksud

rakyat perlu menunjukkan semangat sedia bekorban demi negara, menghargai

pemimpin dan menunjukkan taat setia kepada raja.

Sultan Muzaffar Shah

Pada zaman pemerintahannya, Melaka telah mula meluaskan kuasanya.

Antara kawasan yang berjaya dikuasainya adalah Pahang, Inderagiri dan

Kampar. Perluasan kuasa ini berjaya kerana kebijaksanaan baginda dalam

mengambil sebarang tindakan. Contonya, baginda menghantar Tun Perak untuk

menghadapi serangan Siam ke atas Melaka serta mengeratkan hubungan

dengan kerajaan China. Malah, baginda bijak menyelesaikan perbalahan antara

orang Melayu dengan India - Muslim di istana.

Sultan Mansor Shah

Baginda lebih banyak meneruskan dasar perluasan kuasa dengan

menguasai Bernam dan Perak di Semenanjung Tanah Melayu manakala Siak di

pantai timur Sumatera. Baginda juga berjaya mematahkan cubaan negeri –

negeri itu untuk mebebaskan diri dari Melaka.

Sultan Alauddin Riayat Shah

Baginda merupakan seorang sultan yang gagah, warak dan

mementingkan pentadbiran negara. Untuk membanteras kejadian jenayah di


Melaka, baginda menyamar menjadi rakyat biasa. Kejayaan perluasan kuasa

yang paling besar pada zaman baginda adalah ke atas Aru.

SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN


Berdasarkan sistem ini, sultan atau raja ialah ketua negara dan ketua

politik atau pentadbiran. Baginda menjadi lambang kekuasaan, keagungan, dan

kedaulatan sesebuah negara. Di bawahnya terdapat empat orang pembesar,

iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Para

pembesar ini mempunyai tanggungjawab yang telah ditugaskan. Setiap

pembesar mempunyai pejabat yang dipanggil ‘balai’. Ia berfungsi sebagai tempat

rakyat membuat pengaduan atau membayar cukai. Seterusnya, Pembesar

Empat dibantu oleh Pembesar Berlapan seperti Syahbandar. Selepas itu,

mereka dibantu pula Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Pentadbiran dijalankan mengikut kaedah permuafakatan. Kaedah ini

boleh mengelakkan sultan daripada mengambil tindakan sesuka hati. Bentuk

pentadbiran ini kemudiannya diikuti dan diterapkan dalam sistem pemerintahan

di negeri – negeri Melayu (Gullick, 1978:180)

FUNGSI PEMBESAR

a) Bendahara

Bendahara berperanan sebagai penasihat utama sultan dan menteri

utama dalam sistem pentadbiran negeri. Bendahara juga menjadi pemerintah

tertinggi angkatan tentera, menjaga pertahanan dan memelihara adat istiadat

diraja. Selain itu, bendahara juga ditugaskan untuk merangka dan menggubal

dasar – dasar kerajaan. Malah, dalam hal – hal tertentu, Bendahara berkuasa

untuk memilih dan menabalkan sultan baru serta menjadi pemangku sultan

sekiranya baginda gering atau ke luar negara. Di samping itu, Bendahara juga
bertindak sebagai Ketua Hakim dan seorang yang boleh mempengaruhi sesuatu

perbicaraan mahkamah.

Kronologi Bendahara – bendahara Melaka:

 Tun Perpatih Putih (Seri Wak Raja)

 Seri Amar Diraja

 Tun Perpatih Sedang (Seri Wak Raja)

 Tun Ali (Seri Nara Diraja)

 Tun Perak (Paduka Raja)

 Tun Perpatih Putih

 Tun Mutahir (Seri Maharaja)

 Paduka Tuan (Bendahara Lubok Batu/Tepok)

b) Penghulu Bendahari

Selepas Bendahara, pembesar kedua kanan ialah Penghulu Bendahari

sebagai Menteri Kewangan negeri. Penghulu Bendahari digelar Seri Nara Diraja.

Tugas utamanya adalah menjaga dan menyelia kewangan dan hasil mahsul

negara yang diperoleh dari pungutan cukai yang dikendalikan ole Temenggung

dan Syahbandar. Penghulu Bendahari bertanggungjawab terhadap Syahbandar

dan Bendahari. Beliau menyimpan daftar hamba – hamba raja dan berperanan

mewakili pemerintah ufti daripada wilayah – wilayah jajahan.

Selain itu, beliau berperanan menjadi setiausaha sultan untuk membeli

senjata peperangan dan mengeluarkan perbelanjaan negeri termasuk keperluan


sultan seperti membina istana (Ismail Hamid,1988:120). Penghulu Bendahari

juga berperanan menjaga bangunan istana, kelengkapan dalam istana serta

memeriksa senarai jemputan diraja sekiranya terdapat majlis – majlis rasmi

sultan.

c) Temenggung

Antara gelaran yang diberikan kepada jawatan ini adalah Seri Maharaja

dan Seri Awadana. Temenggung bertanggungjawab penuh untuk

mengukuatkuasakan undang – undang dan peraturan negeri, terutamanya

berkaitan menjaga keamanan dan keselamatan negeri Melaka. Beliau juga

bertanggungjawab menjadi ketua penguasa penjara serta mempunyai kuasa

untuk menahan orang yang didapati melakukan kesalahan atau melanggar

undang – undang (Ismail Hamid, 1988:119). Selain itu, Penghulu Bendahari

menjaga sistem timbangan dan sukatan yang betul serta mengawasi cukai

perniagaan.

d) Laksamana

Jawatan ini diwujudkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah.

Tugas ini memerlukan beliau untuk mengetuai angkatan pertahanan serta

menjadi ketua utusan politik dan perdagangan. Beliau juga bertangungjawab

menjaga keselamatan di perairan Melaka. Sekiranya ketiadaan Bendahara,

beliau perlu membuat keputusan untuk menyediakan angkatan perang bagi

menentang musuh.
e) Syahbandar

Syahbandar bertanggungjawab dalam hal ehwal perdagangan seperti

memungut cukai kepala dan cukai perdagangan daripada saudagar asing yang

datang ke Melaka, mengawal lalu lintas perkapalan di pelabuhan serta

menentukan perdagangan berjalan dengan lancar. Syahbandar bertugas

menjaga urusan pentadbiran dan kepentingan para saudagar asin serta

perjalanan kapal – kapal dagang yang memasuki perairan Melaka. Selain itu,

Syahbandar juga mempunyai kuasa ke atas perkara yang berkaitan dengan

anak – anak yatim dan sesiapa yang tertindas. Beliau juga bertugas

menyediakan stor simpanan bagi menyimpan barang perdagangan di pelabuhan,

bertanggunjawab untuk mengadakan kemudahan rumah – rumah gudang dan

menghalang serta mencegah perbuatan rasuah di kalangan saudagar dan

kakitangan kerajaan. Empat orang Syahbandar telah dilantik oleh Sultan Melaka

untuk menguruskan pedagang.

 Syahbandar I Pedagang dari Gujerat

 Syahbandar II Pedagang dar China, Ryukyu dan Champa

 Syahbandar III. Pedagang dari Benggala, Kalingga, Parsi dan Pegu

 Syahbandar IV Pedagang dari Pasai, Jawa, Banda dan Maluku

FAKTOR – FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA


Menjelang pertengahan abad ke -15, Melaka telah pun berjaya muncul

sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Kegemilangan Melaka sebagai

sebuah pusat perdagangan jelas dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu melalui

pernyataan yang berbunyi:

‘Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekalian datang ke Melaka,

terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.’

Kedudukan

Penggunaan Geografi Kemudahan

B. Melayu Pelabuhan

Pelabuhan Peranan

Entrepot Faktor - Syahbandar


faktor

Peranan Undang –

Laksamana undang laut

Sistem cukai Sistem mata

yang baik wang

a) Kedudukan Geografi
Kedudukan Melaka di Selat Melaka merupakan satu tempat yang amat

strategik, iaitu di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.

Hal ini membolehkan Melaka mengawal Selat Melaka yang merupakan laluan

utama bagi kapal dagang. Akibatnya, perdagangan di Selat Melaka dapat

dikuasai oleh Melaka. Ia juga merupakan tempat persinggahan para pedagang

asing untuk berdagang, mendapatkan bekalan makanan dan minuman serta

membaiki kapal tidak kira dari Barat mahupun Timur. Malah, ia juga sesuai

dijadikan tempat menunggu pertukaran angin monsun kerana terlindung dariada

tiupan angin monsun. Bentuk muka bumi yang berbukit – bukau dan muara

Sungai Melaka yang juga sangat dalam turut menjadi faktor utama.

b) Kemudahan Pelabuhan

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pelabuhan. Antaranya,

kemudahan tempat tinggal, kemudahan gudang untuk menyimpan barang,

kemudahan pengangkutan, seperti kapal, perahu, jong, lancara dan gajah,

kemudahan tenaga pekerja dan kemudahan membaiki kapal. Keselamatan

pedagang pula terjamin dengan adanya kemudahan angkatan laut yang terdiri

daripada Orang Laut.

c) Keberkesanan Undang – undang Laut Melaka


Untuk melicinkan perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal

Undang – undang Laut Melaka. Undang – undang Laut Melaka mempunyai 24

fasal. Antara perkara penting yang ditegaskan dalam Undang – Undang Laut

Melaka ialah peraturan dan tatatertib berniaga, larangan dan tanggungjawab

nakhoda, anak kapal dan kiwi, cara berjual beli serta hukum – hukum jenayah

yang berlaku di kapal.

d) Sistem Cukai dan Surat Kebenaran Berniaga

Kerajaan Melaka telah memperkenalkan sistem cukai yang teratur,

berpatutan, dan adil. Sebelum berlaku urusan jual beli, pedagang perlu

membayar Panduan iaitu cukai rasmi. Kerajaan Melaka juga memperkenalkan

sisitem Cukai Berkeutamaan autau Cukai Mengikut Tempat. Kadar cukai adalah

seperti berikut:

Peratus Cukai Pedagang


6% Barat (India, Tanah Arab, Siam dan Pegu)
3% Kepulauan Melayu
Hadiah China dan Kepulauan Ryukyu

Surat kebenaran berniaga perlu diperoleh oleh pedagang yang berdagang

di Melaka. Tujuan surat ini adalah sebagai sumber pendapatan kerajaan

seterusnya memastikan urusan perdagangan berjalan lancar.

e) Pengunaan sistem mata wang


Kerajaan Melaka memperkenalkan penggunaan mata wang logam iaitu

‘calains’ yang diperbuat daripada timah. Malah, wang emas tempatan juga

digunakan dalam urusan jual beli.

f) Bahasa Melayu sebagai lingua franca

Menurut Tome Pires dalam bukunya The Suma Oriental of Tome Pires,

terdapat 84 bahasa yang dituturkan di pelabuhan Melaka. Namun, bahasa

Melayu dijadikan lingua franca atau bahasa perantaraan. Ini memudahkan

perdagangan di Melaka.

Mata wang yang digunakan dalam urusan perdagangan di Melaka

ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA


Pusat Empayar Agung

Empayar Melaka yang terkenal dibentuk melalui penaklukan, kerelaan

kerajaan lain untuk mendapatkan perlindungan dan perkahwinan diraja.malah,

Melaka menjadi satu empayar besar kerana kecekapan bendaharanya.

Melalui kaedah penaklukan, kerajaan Melaka telah menakluk beberapa

buah kerajaaan lain seperti Pahang dan Kampar. Ia berjaya meluaskan

kuasanya kerana kebijaksanaan Sultan Melaka serta memiliki askar yang berani

dan sanggup berkorban. Tujuan perluasan kuasa kerana menjamin keselamatan,

kemakmuran dan keutuhan kerajaan Melaka.

a) Perluasan Kuasa Secara Kerelaan

Kejayaan Melaka menyebabkan beberapa pemerintah secara rela ingin

bernaung di bawah kerajaan Melaka. Antaranya ialah Jambi dan Lingga.

Pengaruh kerajaan Melaka juga diperluas melalui pemberian bantuan kepada

kerajaan lain yang menghadapi huru – hara dalam negeri. Contonya, Raja Pasai,

Sultan Zainal Abidin yang menghadapi pemberontakan untuk menggulingkan

beliau telah dibantu oleh Melaka. Selain itu, Pasai juga telah meminta bantuan

Melaka mengalahkan kerajaan Aru. Akibatnya, Pasai mengakui kekuasaan

Melaka.

b) Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan


Ini merupakan salah satu cara Melaka untuk meluaskan empayarnya.

Putera dan puteri Melaka telah dikahwinkan dengan putera dan puteri dai

kerjaan lain seperti Pahang, Kelantan dan Siak. Oleh itu hubungan persaudaraan

ini seterusnya dapat meluaskan pengaruh kerajaan Melaka.

Kesan Perluasan Kuasa Kerajaan Melaka

Kesan perluasan kuasa adalah Melaka menerima pelabagai ufti dan

hadiah. Antaranya, 40 000 calains setahun daripada tanah jajahan Klang,

Bernam, Perak dan Jugra. Selain itu, 40 kati emas setahun diterima daripada

Kampar, Inderagiri dan Pahang serta 40 buah perahu dan lancara bersama

hulubalang daripada Lingga, Rokan, Tunggal dan Rupat.

Pusat Perdagangan Dunia

Hubungan dengan negara luar amat penting untuk memastikan keutuhan

empayar sesebuah kerajaan. Ia bertujuan dapat menjamin keselamatan Melaka

dan menjaga kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka. Hubungan luar

Melaka boleh dibahagi kepada hubungan serantau serta hubungan

antarabangsa.

a) Hubungan Serantau
Sejak zaman Parameswara, kerajaan Melaka telah menjalinkan hubungan

diplomatic dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Siak dan Kampar. Melalui

hubungan perdagangan, Melaka telah memperoleh bahan – bahan seperti lada

hitam, emas,dan beras dari Pasai, beras, bahan makanan dan rempah dari Jawa

serta emas dari Siak dan Kampar. Secara tidak langsung ekonomi negeri –

negeri tersebut juga dapat dimajukan.

Hubungan Melaka – Pasai

Hubungan bermula melalui perkahwinan Sultan Melaka iaitu sultan Megat

Iskandar Shah dengan Puteri Pasai serta pertukaran pendapat mengenai soal –

soal berkaitan dengan hukum agama Islam. Oleh itu, hubungan Pasai dan

Melaka dianggap setaraf. Ini terbukti apabila Melaka menghantar pembesar dan

tentera untuk menamatkan huru – hara di Pasai.

Hubungan Melaka – Kampar dan Siak

Hubungan terjalin apabila kedua – duanya ditakluki oleh Melaka. Tujuan

Melaka adalah untuk menguasai perdagangan negeri tersebut. Oleh itu, kedua –

duanya dianggap lebih rendah dari Melaka. Ia terbukti apabila istilah sembah

digunakan di dalam surat serta ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu

dihantar.

b) Hubungan Antarabangsa Melaka


Hubungan Melaka - China

Hubungan diplomatik dan perdagangan yang penting melibatkan Melaka

dan China adalah apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka padatahun

1404. hubungan tersebut memang menguntungkan kerajaan Melaka daripada

ancaman Siam dan Majapahit kerana kedudukan Melaka diiktiraf oleh Kerajaan

China. Oleh itu, perdagangan Melaka bertambah maju dengan keadaan Melaka

yang aman damai serta lebih ramai kehadiran pedagang dari China.

Hubungan Melaka – Siam

Hubungan antara Melaka dengan Siam terjalain apabila utusan diplomatik

yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menterri Jana Putera dihantar ke Siam.

Factor utama hubungan ini diperbaiki adalah kepentingan ekonomi seperti

mendapatkan bekalan beras, kayu jati dan bahan makanan.

Hubungan Melaka – Kepulauan Ryukyu

Hubungan yang terjalain adalah dalam bentuk diplomatik dan

perdagangan. Malah, ia bertambah erat apabila Sultan Mansor Shah

menghantar surat kepada kerajaan Ryukyu menegur sikap pedagangnya yang

kurang sopan di Melaka. Ini terbukti apabila Raja Ryukyu memohon maaf dan

mengiktiraf Melaka.

Hubungan Melaka – Gujerat


Ia berlaku melalui perdagangan. Ini kerana kain serta rempah ratus

dibekalkan oleh pedagang Gujerat. Mereka juga memainkan peranan utama

dalam penyebaran agama Hindu.

Hubungan Melaka – Tanah Arab

Hubungan perdagangan yang terjalin adalah kerana mareka datang ke

Melaka untuk mendapatkan emas, rempah,kain sutera dan teh. Mereka juga

bertanggungjawab terhadap penyebaran agama Islam di Melaka.

Pusat Penyebaran Agama Islam

Kerajaan – kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu adalah yang paling

awal menerima ajaran agama Islam iaitu Kedah pada abad ke – 9. buktinya,

penemuan Batu Nisan di Tanjung Inggeris. Di Terengganu pula adalah pada

abad ke – 13. Sebagai bukti, penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang. Agama

Islam mula bertapak di Melaka pada abad ke – 15 apabila Megat Iskandar Shah

memeluk Islam.

a) Kedatangan Islam ke Melaka

Agama Islam disebarkan di Melaka melalui pelbagai cara. Salah satu

adalah melalui perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan puteri Pasai yang

beragama Islam. Tindakan baginda telah menyebabkan ia diikuti oleh para

pembesar dan rakyat jelata. Menurut Hikayat Raja Pasai dan Bustanus-Salatin,
orang yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di Melaka ialah

Syeikh Abdul Aziz, seorang mubaligh arab dari Makkah.

Selain itu, golongan pedagang dari arab dan India juga memainkan

peranan penting menyebarkan agama Islam di Melaka. Aktiviti berdakwah

dijalankan semasa mereka berdagang di Melaka. Di samping itu, ada juga di

kalangan mereka yang telah berkahwin dengan penduduk setempat serta ereka

juga telah membawa ahli – ahli agama untuk berdakwah di Melaka. Kedatangan

Islam disambut baik kerana ia meliputi segala aspek kehidupan.

b) Keunggulan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam

Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam pada

abad ke – 15. Kebanyakan Ulama dan pendakwah menjadikan Melaka sebagai

tempat pertemuan mereka. Ini kerana mereka menjadi guru agama kepada

sultan, pembesar dan rakyat jelata. Malah, mereka sanggup menyebarkan

agama sehingga ke luar Melaka.

Sultan Melaka juga memainkan peranan penting dalam penyebaran

agama Islam di Melaka. Antaranya adalah menyambut baik kedatangan agama

Islam, menyediakan tempat tinggal untuk pendakwah serta mengambil kira

kebajikan mereka, mendirikan madrasah dan surau sebagai institusi agama

seperti yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Shah. Institusi tersebut dijadikan

tempat untuk mempelajari agama serta membaca Al – Quran. Sultan Mansor


Shah pula mengambil berat mengenai Islam sehingga sanggup menghantar Tun

Bija Ali ke Pasai untuk berbincang mengenai agama Islam.

c) Peranan Istana

Istana dijadikan tempat menterjemahkan dan menyadur kitab – kitab

agama Islam. Antara kitab yang terkenal adalah Hikayat Amir Hamzah serta

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Dalam urusan pentadbiran pula, konsep

musyawarrah diterapkan oleh pemeritah. Melaka juga adalah pusat pengajian

tasawuf yang terkenal.


Faktor yang

membantu

penyebaran Islam

Perdagangan Peranan Ulama Penaklukan

Pedagang yang Mubaligh dan ulama Jajahan takluk semakin

memeluk Islam akan akan dihantar ke luas dan raja dan

menyebarkan kepada semua jajahan untuk rakyat negeri itu

kaum keluarga serta menyebarkan agama memeluk Islam sebagai

rakan Islam taat setia.

Perkahwinan Peranan Sultan


Tentera
Islam disebarkan Menyediakan banyak
Tentera upahan akan
secara tidak langsung institusi agama dan
menyebarkan agama
apabila berlaku mengalakkan
Islam di negeri mereka.
perkahwinan diraja penyebaran Islam
PUSAT KEGIATAN ILMU

a) Peranan Istana

Istana merupakan pusat perkembangan ilmu pada zaman Kesultanan

Melayu Melaka kerana disitulah berkumpulnya golongan cerdik pandai, pusat

simpanan buku – buku penulis tempatan dan asing serta aktiviti intelektual.

Golongan cerdik pandai banyak bertumpu di istana kerana mereka berpeluang

menjadi jurutulis, pengarang dan ulama.

Jurutulis bertanggungjawab untuk mengarang surat rasmi raja,menggubak

perjanjian dan menjadi guru kepada anak – anak raja. Tugas pengarang pula

adalah untuk mengarang sejarah, menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan,

menyusun salasilah raja dan mencatat diari istana manakala ulama ditugaskan

menulis dan menterjemahkan kitab agama Islam. Golongan ini juga ditugaskan

untuk menterjemahkan karya – karya daripada Tanah Arab dan Parsi.

b) Kesusasteraan

Karya – karya tejermahan yang terkenal adalah Hikayat Amir Hamzah,

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Karya – karya

saduran pula adalah Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi

Wafat, Hikayat Nabi Yusof dan Hikayat Bakhtiar. Selain itu, golongan cerdik

pandai turut menghasilkan hikayat Melayu. Antaranya adalah Hikayat Hang

Tuah serta Hikayat Bayan Budiman. Kandungan hikayat Melayu biasanya


bersifat diktatik iaitu memberi nasihat. Selain itu, karya undang – undang turu

dihasilkan. Contohnya, Hukum Kanun Melaka dan Undang – Undang Laut

Melaka.

c) Tulisan Jawi

Terdapat pengenalan kepada kepada sistem tulisan iaitu tulisan Jawi.

Tulisan ini digunakan untuk menyampaikan dakwah, persuratan dan surat –

surat rasmi.
FAKTOR – FAKTOR KEMEROSOTAN MELAKA

Kemasyuran Melaka sebagai pusat pelabuhan enterpot yang unggul telah

menarik perhatian kuasa Barat seperti Portugis. Kesultanan Melayu Melaka

mengalami kemerosotan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kemerosotan Melaka.

Antaranya ialah:

a) Kelemahan pemimpin

Selepas kematian Tun Perak, Melaka menghadapi kekurangan pemimpin

yang berkebolehan. Bendahara Tun Mutahir yang mengambil alih tempat Tun

Perak adalah seorang yang pilih kasih. Kesannya, terdapat perasaan iri hati

kepada beliau seterusnya difitnah ingin mengatasi kekayaan Sultan Melaka.

Tanpa usul periksa, hukuman dijatuhkan. Setelah menyedari kesilapan baginda,

takhta baginda pun diserahkan kepada anakandanya iaitu Raja Ahmad. Sultan

Ahmad Shah adalah seorang yang tidak cekap serta suka berpoya – poya.

Bendahara yang menggantikan Tun Mutahir pula seorang yang tua uzur serta

tepok (sakit lumpuh akibat sesuatu penyakit). Pentadbiran Melaka semakin

lemah apabila tiada pemimpin berwibawa serta berlakunya amalan rasuah dan

fitnah secara berleluasa. Kenaikan cukai juga telah dikenakan menyebabkan

ramai pedagang berpindah ke pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam dan Brunei.
b) Masalah Perpaduan

Ia berlaku kerana perebutan pengaruh antara orang Melayu dan orang

India-Melayu. Ia terjadi kepada Laksamana Khoja Hassan serta Tun Mutahir.

Kesannya, tiada perpaduan di kalangan pembesar serta rakyat Melaka berpecah

belah dan tidak bersatu.

c) Kelemahan Askar Melaka

Melaka tidak mempunyai perlalatan yang lengkap seperti Portugis. Malah,

askar Portugis adalah terlatih. Melaka hanya menggunakan senjata tradisional

seperti keris, panah, sumpit beracun dan tombak. Portugis juga telah menerima

sokongan daripada pengkalan tentera mereka iaitu di Goa, India. Askar – askar

upahan pula tidak bersemangat kerana mereka melarikan diri apabila Melaka

diserang.

d) Kedatangan Portugis

Portugis merupakan orang Eropah pertama yang terawal keluar dari

benua Eropah untuk belayar. Kejayaan Portugis ada kaitan dengan mengalakkan

penemuan jalan laut oleh pelayar Portugis iaitu Putera Henry. Sebagai bukti,

Bartholomew Diaz tiba di Tanjung Harapan pada 1488, Vasco da Gama tiba di

India pada 1498 dan Lopez de Sequeira tiba di Melaka pada 1509. ia juga ad

kaitan dengan slogan ‘Gospel, Gold dan Glory’.


Pertama, faktor keagamaaan (Gospel). Portugis ingin menebus kembali

kekalahan dalam Perang Salib seterusnya menghancurkan kerajaan Islam di

Timur. Seterusnya, mereka ingin menyebarkan agama Kristian.

Kedua, faktor ekonomi (Gold). Kawasan di Timur memang terkenal

dengan rempah ratus. Rempah ratus memang diperlukan untuk mengawet dan

menyedapkan makanan seperti daging serta untuk memanaskan badan. Ketika

itu, perdagangan ini dikuasai oleh orang Islam. Oleh itu, mereka mahu

menguasai perdagangan yang cukup menguntungkan.

Ketiga, faktor politik (Glory). Pemerintah Portugis ketika itu berpendapat

Portugal adalah negara kecil. Oleh itu, untuk memartabatkan kedudukan mereka

jadi mereka perlu menjajah negara lain sekaligus membina empayar yang luas.

Peristiwa Serangan Portugis

1509 Ketibaan Lopez de Sequeira

1510 Angkatan perang untuk menyerang Melaka diketuai oleh

Alfonso de Albuquerque.

25 Julai 1511 Serangan Portugis pertama. Jambatan Sungai Melaka

berjaya dikuasai. Kejayaan ini kerana Portugis mendapat

tahu kelemahan pertahanan dari Si Kitol.

10 Ogos 1511 Serangan kedua dari Portugis. Angaktan tentera Melaka

berjaya dikalahkan.

24 Ogos 1511 Melaka dikuasai oleh Portugis.


Sultan Ahmad Shah dan ayahandanya berundur ke Muar bersama

pengikutnya dan para pembesar. Mereka seterusnya berundur ke Pahang dan

seterusnya ke Bentan. Sultan Ahmad Shah mangkat di Bentan. Sultan Mahmud

Shah telah mendirikan sebuah negeri di situ. Walaupun tidak lagi mempunyai

kuasa yang besar, Sultan Mahmud Shah tidak pernah berputus asa malah terus

melancarkan beberapa siri serangan terhadap Portugis dalam matlamat

mendapatkan semula Melaka.

You might also like