Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL

TAMAN INTAN
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN TELEFON:
FAX:
04-4244977
04-4257844
KBA3043@moe.edu.com

Ruj kami: SKTI.100-15/3/24(1)


Tarikh : 22 Disember 2020

Tuan Haji Ismail bin Othman


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan,
Jalan Stadium,
05604 Alor Setar
Kedah Darul Aman

Tuan,

PERMOHONAN PENURAPAN TAR DI PINTU MASUK SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU


ISMAIL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2 Untuk makluman pihak tuan, permukaan jalan tar di hadapan pintu masuk Sekolah
Kebangsaan Tunku Ismail memerlukan penurapan tar yang baharu atas faktor keselamatan
murid-murid.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan untuk menurap
jalan tersebut yang berukuran 63 kaki x 23 kaki untuk keselamatan murid-murid semasa
datang dan balik sekolah. Untuk makluman pihak tuan juga , beg sekolah jenis seret yang di
bawa oleh murid-murid pernah tersadung di lubang-lubang yang terdapat di jalan tersebut.

4. Bersama-sama dengan ini juga, saya lampirkan gambar kerosakan untuk rujukan pihak
tuan. Pegawai berurusan ialah Puan Zuraida binti Zakaria, Penolong kanan Hal Ehwal Murid
( 013-4724705) untuk sebarang persoalan.

Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


“KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”
Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
ABDUL TAUWAB BIN CHE AHMAD
GURU BESAR
SEK KEB TUNKU ISMAIL
Lampiran Ruj kami: SKTI.100-15/3/24(1)
PERMOHONAN PENURAPAN TAR DI PINTU MASUK SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU
ISMAIL

Keadaan lubang yang berbahaya

Keadaan lubang yang berbahaya

You might also like