Wacana Penulisan Tugasan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

DEFINISI DAN CIRI-CIRI WACANA

Menurut kamus Dewan Edisi Baru (1993:1484), Wacana ialah ucapan, pertuturan,
percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Wacana juga didefinisikan
sebagai Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan.
Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada
dalam bentuk lisan ataupun tulisan dalam kamus dewan edisi keempat. Pada pandangan
Asmah Haji Omar, 1986, Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau
penulis, iaitu sistem bahasa danunsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang
menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atautulisan berkenaan sebagai sesuatu yang
bermakna dalam berkomunikasi.mengikut Teks PRA-U STPM, Wacana juga didefinisikan
sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.
Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas
tingkat ayat.

Antara ciri-ciri wacananya ialah, tautan atau kohesi. Tautan atau kohesi ialah
keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam
sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Contohnya, Syazwani, Siti
dan Faiznur ke perpustakaan. Mereka ke sana untuk meminjam buku. Dalam contoh di atas,
terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua
merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara sana merujuk kepada perpustakaan.
Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan
pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.

Selain itu , wacana juga merupakan Runtutan atau koheren yang mempunyai
kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan
sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana
kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.
Contohnya, Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu.
Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains
dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Contoh di atas
jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan
masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebutbertaut di antara
satusama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.
Ciri seterusnya ialah wacana digunakan untuk menentukan tujuan. Setiap wacana
yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. Tujuan
sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau
pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang
komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan
seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat
Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang
digunakan ialah ayat penyata.

Penerimaan juga merupakan salah satu ciri wacana. Penerimaan ialah Sesuatau
wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca.
Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan
seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang
diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah
tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

Selain itu, maklumat juga diklasifikasikan sebagai salah satu ciri wacana. Maklumat
terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baru. Maklumat lama ialah
maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baru pula ialah maklumat yang baru
sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat
itu sebelum ini. Contohnya, Puan Rita mengajar di sekolah menengah. Sekolah itu
merupakan sekolah berasrama penuh. Ayat “ sekolah itu merupakan sekolah berasrama
penuh” merupakan maklumat baru yang tidak diketahui oleh orang lain.

Akhir sekali, keadaan juga merupakan antara ciri-ciri wacana. Keadaan ialah latar
sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami
sesuatu wacana.
JENIS- JENIS WACANA

JENIS -JENIS WACANA

WACANA LISAN WACANA TULISAN

- DIHASILKAN MELALUI MEDIA


LISAN - DISAMPAIKAN SECARA
-MELIBATKAN PEMBICARA BERTULIS
DAN PENDENGAR - MELIBATKAN PENULIS
- MELIBATKAN KOMUNIKASI DENGAN PEMBACA
INTERAKTIF, YANG - MELIBATKAN KOMUNIKASI
MELIBATKAN HUBUNGAN TIDAK LANGSUNG
PEMBICARA DDAN (KOMUNIKASI SATU ARAH)
PENDENGAR SECARA - CONTOH : TULISAN- TULISAN
LANGSUNG. DI AKHBAR, MAJALAH, DAN
BUKU.
Rencana diatas membincangkan tentang isu pembuangan bayi yang semakin
berleluasa dalam kalangan masyarakat. Terdapat pelbagai ciri wacana yang boleh dijadikan
sebagai contoh. Antaranya ialah ciri kohesi ataupun lebih dikenali sebagai tautan. Tautan
bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang
lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.

Isu pembuangan bayi masih lagi membelenggu kita seolah-


olah tiada jalan penyelesaian. Semuanya berpunca daripada
hubungan lelaki dan perempuan bukan dalam ikatan perkahwinan
yang sah. Yang pasti, setiap kali isu ini timbul, pelbagai pihak akan
tampil membincangkannya di dada akhbar dan juga media sosial.

Perkataan isu ini, dalam ayat ketiga merujuk kepada isu pembuangan bayi seperti mana
yang telah dinyatakan di ayat pertama.

Rekod kelahiran anak luar nikah semakin meningkat dari


setahun ke setahun. Ada yang (kohesi) dibuang di surau atau masjid,
perhentian bebas dan lebih tragis lagi di tempat pembuangan sampah
atau longkang. Anak yang tidak berdosa menjadi mangsa kezaliman
`ibu bapanya’ sendiri.

Tambahan pula, petikan tersebut menunjukkan bahawa perkataan ada yang merujuk
kepada anak luar nikah. Sudah jelaslah disini bahawa ciri tautan digunakan untuk
menunjukkan hubungan antara satu unsur linguistic dengan yang lain.

Seterusnya, rencana tersebut juga menekankan ciri koheren ataupun rentutan.


Rentutan bermaksud kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga
menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

Amat menyedihkan apabila kebanyakan kes pembuangan bayi


membabitkan wanita Islam, oleh itu sudah tiba masanya satu kaedah
penyelesaian yang lebih menyeluruh dirangka. Meskipun beberapa
tindakan sudah diambil bagi menangani isu tersebut antaranya
mewujudkan Yayasan Orphancare bagi menempatkan sementara bayi
Merujuk kepada teks diatas, ayat “ Amat menyedihkan apabila kebanyakan kes
pembuangan bayi membabitkan wanita Islam oleh itu, sudah tiba masanya satu kaedah
penyelesaian yang lebih menyeluruh dirangka. Meskipun, beberapa tindakan sudah diambil
bagi menangani isu tersebut antaranya mewujudkan Yayasan Orphancare bagi
menempatkan sementara bayi terbuang atau baby hatch, isu pembuangan bayi masih terus
berlaku,” Ia menunjukkan kesinambungan idea tentang isu pembuangan bayi.

Seterusnya, ciri interteks juga terdapat di rencana tersebut. Interteks merupakan


pengetahuan sedia ada pembaca mahupun pendengar mengenai sesuatu perkara yang
diperkatakan tahap penerimaan semakin tinggi apabila masyarakat semakin banyak
mendengar dan membaca sesuatu maklumat. Melalui interteks, pembaca atau penerima
akan lebih memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan. Kefahaman sesorang
terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantunya menghasilkan
interteks.

Isu pembuangan bayi masih lagi membelenggu kita seolah-


olah tiada jalan penyelesaian. Semuanya berpunca
daripada hubungan lelaki dan perempuan bukan dalam
ikatan perkahwinan yang sah. Yang pasti, setiap kali isu ini
timbul, pelbagai pihak akan tampil membincangkannya di
dada akhbar dan juga media sosial.

Tahap pengetahuan masyarakat terhadap isu pembuangan bayi akan menjadi semakin
tinggi apabila masyarakat lebih membaca dan mendengar sesuatu maklumat.
BIBLIOGRAFI

http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/697-kes-pembuangan-bayi-dilaporkan-
antara-2010-2016-1.507223

http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wacH

Husin Hj Fateh Din. Wacana penulisan : Sasbadi


CARA-CARA MENANGANI ISU PEMBUANGAN BAYI

Marcapada ini, negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi,
sosial ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi dan globalisasi. Kini, nama
Malaysia begitu tersohor di pentas dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga
dengan kejayaan yang telah ditempa oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia. Namun begitu,
di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang
sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi.

Sebelum kudis menjadi tokak, kemelut remaja ini haruslah diatasi segera. Kita tidak
seharusnya mendopang dagu tetapi pelbagai pendekatan yang proaktif perlulah diambil
demi menangani masalah ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Satu daripada
langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi
pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan
buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai
akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini
harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai
contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang
perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu
diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

Selain itu, Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk
menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah
menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah
diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Albert Einstein pernah
berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana
bersolat itu dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif
untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.
angkah yang seterusnya ialah pihak kebajikan masyarakat perlu menyediakan
perkhidmatan kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan
individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami
ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai
contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan
sebenar. Penubuhan Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat
memberikan perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang telah terlanjur ini. Oleh
hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu
mangsa-mangsa tersebut daripada terus melakukan perkara yang terkutuk.

Akhir sekali, Pihak kerajaan mahupun Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah
berganding bahu mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun
peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi
kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan
bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi
warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya
tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen
kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain.
Kempen murni ini haruslah dilakukan secara berketiak ular dan bukannya hangat-hangat
tahi ayam. Sesungguhnya, usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk
membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam kehidupan.
PENANDA WACANA

Penanda Wacana digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa
dalam sesuatu wacana. Dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya terdapat lima penanda
wacana. Antaranya ialah Penanda Penghubung. Penanda wacana ini digunakan untuk
menghubungkan unsur-unsur linguistic dalam teks.

1) Penanda penghubung

 Meskipun beberapa tindakan sudah diambil bagi menangani isu


tersebut antaranya mewujudkan Yayasan Orphancare bagi
menempatkan sementara bayi terbuang atau baby hatch, isu
pembuangan bayi masih terus berlaku.

Perkataan meskipun merupakan penanda penghubung tentangan iaitu menunjukkan


pertentangan maklumat.

2) Penghubung Tambahan

Mahu tidak mahu dalam silibus Pendidikan Islam perlu diberikan lebih
penekanan tentang hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan
agar pelajar kita tahu tentang perbuatan terkutuk itu bermula dari
peringkat sekolah rendah lagi. Bagi pelajar bukan Islam pula mereka
boleh didedahkan tentang perkara itu dalam subjek Pendidikan Moral.

Perkataan agar merujuk kepada penanda penghubung tambahan yang digunakan untuk
menghubungkan unsur-usur linguistik secara tambahan.

3) Penghubung musabab

Pendedahan tentang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan


yang tidak terbatas juga perlu diberikan kepada anak-anak kita
kerana inilah punca sebenarnya perbuatan zina. Oleh itu ibu bapa
perlu lebih proaktif memantau aktiviti anak-anak mereka dan
sentiasa mengingatkan mereka tentang bahayanya pergaulan
bebas.

Perkataan kerana merujuk kepada penanda penghubung Musabab yang digunakan untuk
menghubungkan unsur-unsur linguistik secara berkesan.

You might also like