Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LATIHAN 14

Berdasarkan maklumatyang diberikan, sediokon graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai pelaburon
mengikut negeri terpilih dan aliran pelaburan tempatan dan asing di Malaysia pada tahun 2008 hingga
2010.

Pelaburan amat penting dalam proses membangunkan sektor ekonomi sesebuah negara, Dalam usaha
menarik pelaburan asing melalui FDI, kerajaan telah menyediakan banyak insentlf terutama
pengecualian cukai dan prasarana pelaburan.

Jumlah pelaburan paling tinggi di negeri-negeri terpilih pada tahun 2008 ialah negeri Sarawak sebanyak
RM15168 juta dan kedua tertinggi ialah negeri Johor sebanyak RMl I7ll juta. Manakala bagi negeri Sabah
pula nilai pelaburan pada tahun 2008 kurang sebanyak RM8747 juta berbanding pelaburan negeri Johor
pada tahun yang sama, Jumlah pelaburan negeri Perak mencatatkan nilai sebanyak RM3130 juta. Pada
tahun 2008 nilai pelaburan tempatan bagi tahun 2008 pula berjumlah RM2866 juta kurang sebanyak
RM6138 juta berbanding pelaburan asing pada tahun yang sama.

Ekoran ekonomi yang kurang memberangsangkan, jumlah pelaburan tempatan telah merosot kepada
RM2752 juta pada tahun 2009. Kebanyakan syarikat multinasional banyak tertumpu kepada mengawal
dan mengimbang urus niaga daripada perolehan asas. Pada tahun tersebut juga jumlah pelaburan asing
juga merosot disebabkan iklim ekonomi dan pelaburan yang lemah di barat dan Jepun. Jumlah
pelaburan asing tahun 2009 sebanyak RM4007 juta.

Pada tahun 2009 pelaburan negeri Sarawak bernilai RM8450 juta, merosot sebanyak RM6718 juta
berbanding tahun sebelumnya. Manakala bagi negeri Johor juga menunjukkan jumlah pelaburan yang
merosot kepada RM4063 juta pada tahun 2009, namun jumlah pelaburan bagi negeri Sabah tahun 2009
telah melonjak sebanyak RM2700 juta daripada tahun 2008. Negeri Perak memperoleh nilai pelaburan
yang berkurang sebanyak RM237 juta kepada RM2893 juta pada tahun 2009 sebelum meningkat kepada
RM3039 juta pada tahun 2010.

Pelaburan negeri sabah pada tahun 2010 mencatatkan penurunan yang ketara sebanyak 76.6%
berbanding tahun sebelumnya, namun bagi pelaburan negeri Johor pula menunjukkan nilai pelaburan
yang meningkat kepada RM7464 juta. Nilai pelaburan negeri Sarawak juga mencatatkan jumlah merosot
kepada RM3945 juta pada tahun 2010. Jumlah pelaburan domestik pada tahun 2010 telah bertambah
kepada RM5494 juta manakala pelaburan asing menunjukkan nilai yang meningkat sebanyak RM 39 juta
berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan nilai pelaburan asing mampu melonjak negara mencapai
status negara maju pada tahun 2020.

(sumber: Laporan UPE Negeri-Negeri Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, 2011)

You might also like