Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

1.

0 PENGENALAN
Sup adalah makanan cecair, secara amnya dihidang panas tetapi boleh juga dihidang sejuk,
yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan rebusan seperti tulang, daging, ayam
dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain.
Secara tradisinya, sup dikelaskan kepada tiga jenis iaitu sup jernih (clear soup), sup pekat
(thick soup) dan sup khas(specialty and national soup). Sup jernih merupakan sup yang
tidak menggunakan agen pemekat. Biasanya, sup jernih dihidangkan kosong atau bersama
hiasan. Sup jernih adalah seperti consommé, broth, dan bouillon.
Sup pekat pula menggunakan agen pemekat. Antara sup pekat adalah seperti sup berkrim
(cream soup), sup puri (puree sup), sup bisk (bisque soup), chowder soup ( sup pekat yang
dimasak melalui proses rebusan dan menambah kentang, ikan, makanan laut, sayur, susu
dan krim), dan potage soup.
Sup khas merupakan sup yang dikenali atau terkenal di suatu daerah atau tempat tertentu
seperti sup Tom Yam (Thailand), sup tulang (Indonesia dan Malaysia), French Onion soup
(Perancis), Minestone soup (Itali), Gumbo soup (Amerika Syarikat), Mulligatowny (India),
dan Gazpacho (Sepanyol).
Selain daripada sup yang dihidangkan secara hangat dan panas, sup juga turut dihidangkan
secara sejuk. Sup sejuk adalah hidangan musim panas yang paling penting. Di terasnya, ia
adalah salad dengan minuman yang menyegarkan. Kebanyakkan sup sejuk berasal dari
negara Rusia dan Sepanyol. Antara sup sejuk adalah seperti okrosha, bit, holodnil, botvini
dan gazpacho.

1
2.0 MENGHASILKAN SATU LAPORAN (PORTFOLIO) LENGKAP BAGI PRODUK
YANGTELAH DIHASILKAN DI BENGKEL DENGAN MENULIS SEMULA:
a) Resepi
b) Nota
c) Gambarajah Penghasilan Soup

2
2. a) RESEPI
MINGGU 1
i) Resepi Chicken Consommé
Bahan-bahan:
o 300g dada ayam (dicincang)
o 2sb jus lemon
o 100g bawang besar
o 100g saderi
o 100g lobak merah
o 3 biji putih telur
o 1sk thyme kering
o 1 keping daun bay
o 2 biji bunga cengkih
o 2sb lada hitam
o 1L stok putih (white stock)

3
ii) Resepi Cream of Mushroom / Broccoli
Bahan-bahan:
o 300g cendawan / brokoli
o 50g bawang besar
o 10g mentega
o 200ml stok putih (white stock)
o Garam dan lada putih
o Heavy cream / cooking cream

4
iii) Resepi Prawn / Shrimp Bisque
Bahan-bahan:
o 1sb mentega
o 1biji bawang Bombay / 4biji bawang merah (potong brunoises)
o 2biji lobak merah (potong brunoises)
o 1kg udang
o 1 keping daun bay
o 1sk thyme kering
o 2sb puri tomato
o 1L stok ikan (fish stock)
o Garam dan lada putih secukupnya
o Heavy cream

5
iv) Resepi Roasted Pumpkin Soup
Bahan-bahan:
o 1kg labu kuning
o 1 biji bawang besar
o 1sb mentega
o 1 keping daun bay
o Serbuk perasa, garam dan lada putih
o 1L stok sayur (vegetable stock) / air
o Heavy cream

6
MINGGU 2
i) Resepi Potato Chowder
Bahan-bahan:
o 300g dada ayam (kiub kecil) / 200g isi ketam
o 1sb mentega
o 1 biji bawang holland (fine chopped)
o 1 batang saderi (brunoises)
o 1sb tepung
o 500ml stok ayam / stok ketam
o 1 keping daun bay
o 500g kentang
o 500ml susu segar / air
o Heavy cream
o Garam dan perasa

7
ii) Resepi French Onion Soup
Bahan-bahan:
o 2sb mentega
o 3 biji bawang holland (hiris nipis)
o 500ml brown stock (rebusan tulang kambing yang dibakar kemudian direbus dan
ditambah dengan puri tomato, sachet de epices dan red mirepoix)
o 1 keping daun bay
o Garam dan perasa
o French loaf (disapu mentega dan parutan cheddar dan dibakar)

8
iii) Resepi Sea Cucumber Soup
Bahan-bahan:
o 250g sea cucumber (dihiris nipis)
o 6 biji cendawan shintake kering (direndam dan dihiris nipis)
o 1 biji putih telur
o 1cm halia (julienne nipis)
o 2 ulas bawang putih (ciccang halus)
o 1sb cuka
o 1L stok ayam
o 2sb kicap cair
o 1sk minyak bijan
o 2sb tepung jagung (larutkan dalam air terlebih dahulu)
o Garam dan lada putih
o Daun bawang (sebagai hiasan)

9
iv) Resepi Chinese Hot and Sour Soup
Bahan-bahan:
o 1.5L air
o 50g isi ayam (cincang) / isi ketam
o 4 biji cendawan hitam
o ½ biji lobak merah
o 1 biji cili merah (buang biji)
o 1cm halia
o 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
o 1 biji tauhu (dipotong panjang dan halus)
o 2sb cuka
o 1sk minyak bijan
o 1sk serbuk stok ayam
o 1sb kicap cair
o 1sb sos cili
o 1 biji putih telur (dipukul)
o 1sb tepung jagung (larutkan dalam air terlebih dahulu: slurries)
o Garam dan lada putih
o Daun bawang / daun sup (sebagai hiasan)

10
v) Resepi Puree of Cauliflower
Bahan-bahan:
o 1 biji bawang holland (cincang halus)
o 2 ulas bawang putih (cincang halus)
o 1sb mentega
o 1 keping daun bay
o 500ml stok ayam / air
o ½ batang saderi
o Cauliflower (potong kecil)

11
MINGGU 3
i. Resepi Sup Tulang
Bahan-bahan:
o 2kg tulang
o 2 biji bawang besar (dicincang dan ditumbuk)
o 5 ulas bawang merah (dicincang dan ditumbuk)
o 5 ulas buah pelaga
o 5 ulas cengkih
o 2 batang kulit kayu manis
o 5 ulas bunga lawang
o 1 labu bawang putih (ditumbuk)
o 3 inci halia (ditumbuk)
o 1 sudu besar serbuk jintan manis
o 1 sudu besar serbuk lada hitam
o 1 gelas air asam jawa
o 2-liter air
o Garam
o 1 sudu rempah ratus

12
ii) Resepi Sup Tom Yam
Bahan-bahan:
Untuk Pes:
o 7 ulas bawang merah
o ½ bawang besar
o 3 biji cili merah
o 10 biji cili kering
o 1 inci lengkuas
o 3 batang serai
o 1 sudu besar udang kering
o 4 helai daun limau purut
o 1 inci belacan bakar
o Air asam jawa
o Gula dan garam
Untuk sup:
o 500g ayam (dipotong dadu)
o 250g udang
o 250g sotong
o 250g kepah
o 2 labu bawang besar (dipotong 6)
o 5 ulas bawang putih (diketuk)
o 1 inci lengkuas (diketuk)
o 2 batang serai (diketuk)
o 6 helai daun limau purut
o 2 biji tomato
o 1 sudu besar sos ikan
o 2 biji limau nipis
o 6 biji cili padi
o Garam dan gula
o Bunga kobis

13
iii) Resepi Chicken Gumbo
Bahan-bahan:
o Ayam
o Kacang bendi (potong kecil)
o Saderi (dihiris)
o Bawang Merah (dihiris)
o Lada benggala merah (dipotong kiub)
o Perasa dan daun bay
o Air
o Tomato (dihancur)
o Tomato paste

14
iv) Resepi Minestrone
Bahan-bahan:
o Bawang besar (dipotong kiub)
o Saderi (dipotong kiub)
o Lobak merah (dipotong kiub)
o Bawang putih
o Tomato paste
o Pasta (Fussili)
o Peas
o Black eye peas
o Perasa dan herba

15
2. b) NOTA RESEPI

1) Chicken Consommé
Chicken consommé merupakan stok klasik atau sup jernih yang sudah ada sejak abad
keenam belas. Kata Perancis consommé secara harfiah bermaksud “habis’ atau “selesai,
Sup ini dibuat dari stok berperisa dari rebusan daging lembu. Sup ini menjalani proses
mendidih dan proses skim the scum (clarification), bagi menjadikannya sup yang jernih.
Consommé sering dihidangkan sebagai pembuka selera dan sering disajikan dengan hiasan
sayur-sayuran sederhana yang dipotong dalam brunoise atau julienne.

2) Cream of Mushroom / Broccoli


Cream of Mushroom / broccoli atau krim sup cendawan / brokoli ialah sup jenis mudah di
mana asas roux dicairkan dengan krim atau susu dan kemudian cendawan dan sup rebusan
cendawan ditambah. Ia terkenal di Amerika Utara sebagai sup bertin pekat jenis biasa.
Selain itu, krim cendawan ini boleh digantikan dengan brokoli.

3) Prawn / Shrimp Bisque


Bisque merupakan sup yang berasaskan dari makanan laut seperti udang dan ketam serta
bertekstur lembut dan berkrim. Sup ini sangat popular di negara seperti Perancis. Bisque
adalah renehan sup daripada hasil laut. Sup ini dipekatkan dengan menggunakan krim.

4) Roasted Pumpkin Soup


Sup labu adalah sup pekat yang biasanya dibuat dari puri buah labu. Ia dibuat dengan
menggabungkan isi buah labu dengan stok. Selain itu, ia juga boleh dihidang secara panas
atau sejuk. Hidangan sup ini sangat popular di Amerika Syarikat terutamanya Ketika
menyambut Hari Kesyukuran. Sup labu juga adalah salah satu makanan utama di kem
penjara Vietnam Utara semasa Perang Vietnam.

5) Potato Chowder
Chowder merupakan sejenis sup atau rebusan yang sering menggunakan susu atau krim.
Kebanyakan chowder menggunakan bahan seperti makanan laut yang merangkumi ikan,
kerrang dan udang. Bagi sayur-sayuran pula seperti jagung, barli dan kentang. Chowder
sangat popular di negara Amerika Utara, New England dan Atlantic Canada.

6) French Onion Soup


French Onion Soup atau nama aslinya ialah Soupe a’ I’oignon Gratinee adalah sejenis sup
bawang yang telah dihidangkan sejak zaman Rom kuno, dan dianggap makanan miskin.
Sup ini muls diperkenalkan di Perancis pada abad ke-17. Salah satu perkara yang
menjadikan sup ini istimewa ialah rasa karamel dari bawang yang digoreng secara perlahan
sehingga bawang berubah warna kepada coklat.

16
7) Sea Cucumber Soup
Sea cucumber merupakan sup yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina. Sup
ini bertekstur slurry kerana menggunakan tepung jagung sebagai agen pemekat. Selain itu
sup ini sering dijadikan sebagai makanan yang dapat menghangatkan tubuh kerana ada
halia.

8) Chinese Hot and Sour Soup


Chinese Hot and Sour Soup adalah sup masyarakat Cina di negara China yang popular di
daerah Beijing adan Sinchuan. Sup ini biasanya berasaskan daging dan ada rasa masam
dan pedas.

9) Puree of Cauliflower
Puree of Cauliflower atau namanya di Perancis ialah soup creme du barry, dimana ia
diperkenalkan pada abad ke-17 dan hanya golongan bangsawan yang mampu membeli
kobis putih ini.

10) Sup Tulang


Sup Tulang adalah hidangan yang terdiri daripada daging kambing atau tulang sapi yang
direbus kemudian dijadikan sebagai kuah hidangan mi. Sup ini mengambil masa yang agak
lama supaya daging menjadi lembut. Hidangan sup tulang dikaitkan dengan komuniti Muslim
India dimana pada tahun 1950-an, seorang peniaga warung bernama Abdul Kadir
menggunakan tulang daging kambing yang kemudiannya direbus dan dijadikan sebagai
kuah minya.

11) Sup Tom yam


Sup Tom yam merupakan gabungan perkataan bahasa Thai iaitu Tom bermaksud proses
pendidihan manakala Yam bermaksud herba masam pedas yang merujuk kepada teknik
masakan Thai dan penghasilan sup panas. Sup ini dipercayai sudah ada pada tahun 1868-
1910. pada masa itu sup Tom Yam hanya menggunakan iakn haruan dan ikan pari, dan
belum menggunakan udang.

12) Chicken Gumbo Soup


Chicken Gumbo adalah sejenis hidangan yang berasal dari Louisiana oleh Lousiana Creoles
pada abad ke-18. Hidangan ini terdiri daripada broth, bendi, daging atau kerang, agen
pemekat dan sayur-sayuran. Gumbo dibahagikan dengan jenis pemekat yang digunakan
seperti Gumbo Afrika menggunakan sayur bendi. Hidangan ini adalah campuran ramuan
dan amalan dari pelbagai budaya termasuklah Afrika barat, Perancis, sepanyol, Jerman,dan
Choctaw.

17
13) Minestrone
Minestrone adalah sup pekat yang berasal dari Itali. Sup ini berasal dari kata minestra,
istilah yang digunakan untuk menggambarkan sup pekat. Secara amnya, minestrone
dimasak daripada sos tomato. Ia adalah antara masakan yang paling popular di Itali. Dari
segi sejarahnya, minestrone merupakan campuran sisa makanan yang tidak digunakan bagi
mengelakan pembaziran. Sup ini turut boleh dihidang bersama pasta.

18
2. c) Gambarajah Penghasilan Sup
1) Chicken Consommé
Cara-cara masakan:
a) Dalam pot masukkan mirepoix, ayam, putih telur dan onion brulee. Kacau sebati.
b) Masukkan stok ayam.
c) Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
d) Biarkan merendidih. Skim the scum (clarification) bagi menjadikannya jernih.
e) Masak dalam 1-2 jam.
f) Setelah masak, tapiskan dengan menggunakan kain muslin. Kemudian perasakan.

19
2. Cream of Mushroom / Broccoli
Cara-cara masakan:
a) Bersihkan cendawan, cuci dan dicincang / dihiris nipis, ketepikan
b) Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang sampai layu.
Masukkan cendawan.
c) Masukkan pati ayam, susu mentah, krim pekat, masak dengan api sederhana
d) Masukkan garam, lada, thyme, dan masak krim sup sampai menjadi pekat. Hidangkan
Mushroom Soup panas dengan roti garlic.

20
3. Prawn / Shrimp Bisque
Cara-cara memasak:
a) Panaskan mentega hingga cair.
b) Masukkan sisa udang (kepala, kulit, kaki, ekor) tadi. Masak hingga kepala bertukar warna,
sambil melenyek-lenyek supaya kandungannya keluar.
c) Tambah 2 cawan air, tutup periuk dan renehkan 15 minit. Biarkan sejuk.
d) Masukkan ke dalam blender dan blend sehingga lumat. Tapiskan.
Prawn Bisque
e) Cairkan mentega dan masak isi udang sehingga bertukar warna. Asingkan.
f) Masukkan bawang, celery dan carot, masak dalam 5 ke 8 minit.
g) Masukkan sos tomato dan gaul.
h) Masukkan buah tomato, daun bay, stok udang dan separuh isi udang yang dicincang.
Renehkan 30 minit.
i) Keluarkan daun bay, masukkan yang lainnya ke dalam blender dan blend sehingga
berkrim.
j) Tuang kembali ke dalam periuk. Masukkan separuh lagi isi udang dicincang halus
(tinggalkan seekor untuk garnish) dan heavy cream.
k) Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Reneh dalam 10 minit.
l) Garnish dengan seekor isi udang dan daun sup.

21
4. Roasted Pumpkin Soup
Cara-cara memasak:
a) pertama, dalam kadai besar panaskan 2 sudu besar minyak zaitun. atau gunakan minyak
atau mentega berperisa neutral.
b) tumiskan 1 bawang yang dihiris nipis hingga mengecil.
c) tumiskan 2 ulas bawang putih.
d) masukkan labu yang dihiris 2 cawan (400gm). gunakan labu pilihan anda.
masukkan juga ½ sdt garam dan ½ sdt lada.
e) tumis selama satu atau 2 minit hingga berubah sedikit warna.
f) seterusnya masukkan 2 cawan air dan gaul rata.
g) tutup dan rebus selama 15 minit dengan api sederhana.
h) masak labu dengan baik dan biarkan sejuk sedikit.
i) pindahkan ke pengisar dan kisar hingga menjadi pes halus.
j) tuangkan sup labu yang sudah siap ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan satu sudu
besar krim. sebagai alternatif, gunakan yogurt Yunani jika anda mementingkan diet.
l) akhirnya, sajikan sup labu yang ditaburkan dengan lada hitam atau simpan di dalam peti
sejuk selama seminggu dan nikmati apabila diperlukan.

22
5. Potato Chowder
Cara-cara memasak:
a) Untuk chicken stock, rebus semua bahan dgn api besar selama 5 minit. Kemudian, renih
dgn api kecik selama 20 minit. Tapis dan ambik stock sebanyak 1 1/2 liter.

b) Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih & bawang besar.

c) Masukkan kentang & chicken stock. Masak sampai kentang empuk.

d) Masukkan daun cincang, biar sekejap. Agak layu je, tutup api.

e) Tapis bahan2 tu dan masukkan bahan yg ditapis tu dalam blender. Biarkan air sup tu dlm
piyuk. Blend sampai halus.

f) Tuang semula bahan blend ke dalam sup. Perasakan dgn salt & pepper. Masak kejap dlm
1-2 minit.

23
6. French Onion Soup
Cara-cara memasak:
a) Panaskan mentega di dalam pot menggunakan api sederhana. Masukkan bawang dan
masak sehingga bewarna keperangan. (bawang hendaklah dimasak sempurna sehingga
bewarna perang yang sekata. Gunakan api yang perlahan. Masak selama 30 minit.)
b) Masukkan stok dan renehkan sehingga mendidih selama 20 minit.
c) Masukkan stok dan renehkan sehingga mendidih selama 20 minit.
d) Potong roti 1cm- 2cm tebal. Bakar roti bersama keju. Letakkan di atas sup. Hidangkan.

24
7. Sea Cucumber Soup
Cara-cara masakan:
a) Rendam 6 timun laut kecil di dalam air selama 1 hari. Pisahkan timun laut dengan
panjang dan mengikis usus dengan pisau. Kikis juga permukaan timun laut dengan
pisau. Masukkan timun laut ke dalam bekas selama 10 hari, bilas dan ubah air setiap hari.

b) Pada hari pembuatan sup, beri timun laut bilas terakhir. Potong panjangnya dan
kemudian pilah. Potong ayam menjadi kepingan kecil dan masukkan tulang untuk
sup. Potong kulit dari halia dan potong kecil. Keluarkan kulit dari bawang putih dan biarkan
dalam kepingan yang cukup besar.

c) Ukur 3 cawan air dalam periuk sup dan didihkan. Masukkan ayam, halia dan bawang
putih ke dalam periuk. Tutup dengan penutup dan masak sup selama 30 minit dengan api
sederhana. Waktu memasak untuk timun laut berbeza-beza. Timun laut kecil ini memakan
masa antara 20 hingga 30 minit waktu memasak. Timun besar boleh memakan masa lebih
lama untuk dimasak. Sebelum menghidangkan sup ini, masukkan garam.

25
8. Chinese Hot and Sour Soup
Cara-cara masakan:
a) Rebus kuah, cendawan, rebung, tauhu, bawang putih, halia, cuka, sambal, kicap dan gula
mendidih dalam kuali besar dengan api sederhana tinggi, kecilkan api dan reneh selama 5
minit.
b) Campurkan tepung jagung dan air dan reneh hingga sup pekat sedikit, lebih kurang 2
minit.
c) Perlahan-lahan tuangkan telur ke dalam aliran nipis sambil mengacau sup.
d) Campurkan minyak bijan, lada putih dan bawang hijau, angkat dari api.

26
9. Puree of Cauliflower
Cara-cara memasak:
a) Potong kubis bunga, bersihkan dan rebus sehingga teksturnya jadi lembut. Tuskan.
b) Gunakan food processor untuk hancurkan kubis bunga. Jika tiada food processor, guna
pengisar biasa (blender) pun boleh. Tuangkankan sedikit susu. Agak-agak je asalkan kubis
bunga dapat dikisar dengan baik. Jangan tuang semua sekali. Kita tak nak kubis bunga
lenyek yang terlalu cair.
c) Pastikan kubis bunga dan susu dikisar kasar sedikit sehingga ada tekstur kasar dari kobis
tersebut.
d) Masukkan kisaran ke dalam sebuah mangkuk besar. Tambah 1 - 2 sudu mentega, sedikit
garam, sedikit lada hitam/lada sulah.
e) Akhir sekali, tabur serbuk oregano/parsley sebagai garnishing.

27
10. Sup Tulang
Cara-cara masakan:
a) Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali
ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu
kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya
gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih
sedap.
b) Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut.
Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan
membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah
itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang
mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh
digunakan jika hendak memasak gulai tulang.
c) Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah
kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
d) Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga
wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng
sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk
rebusan tulang (termasuk minyak).
e) Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2.
Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk.
f) Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.

28
11. Sup Tom Yam
Cara-cara memasak:
a) Tumis ayam dengan sedikit minyak. Bila ayam kelihatan putih, angkat dan pindahkan
ayam tersebut ke bekas yang lain. Ketepikan.
b) Kemudian masukkan bahan untuk sup kecuali sayur-sayuran. Kacau rata.
c) Kemudian masukkan pes ke dalam sup. Kacau rata. Masukkan ayam tadi.
d) Biarkan mendidih. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.

29
12. Chicken Gumbo
Cara-cara memasak:
a) Kumpulkan bahan-bahan.
b) Kupas dan cincang bawang .
c) Potong lada loceng separuh memanjang; buang biji dan batangnya. Potong lada menjadi
dadu.
d) Potong saderi. Ketepikan sayur-sayuran
e) Untuk roux , cairkan pemendekan dalam ketuhar Belanda besar dengan api
kecil. Masukkan tepung dan masak, kacau, hingga coklat sederhana — lebih kurang 10
hingga 15 minit. Kacau roux secara berterusan agar tidak terbakar. Sekiranya ia terbakar,
anda harus memulakannya dari awal.
f) Masukkan sayur-sayuran cincang ke roux, sesuaikan api hingga sederhana-rendah hingga
sederhana, dan terus memasak, terus kacau, sehingga bawang lut.
g) Perlahan-lahan masukkan stok ayam dan didihkan, terus kacau.
h) Masukkan tomato dadu, okra, garam, lada, thyme, oregano, cayenne, dan daun
salam; didihkan
i) Kurangkan api menjadi rendah dan didihkan, tidak ditutup, selama 20 minit.
j) Masukkan ayam ke sup dan masak, tutup, selama 6 hingga 8 minit lebih lama, atau
sehingga ayam dimasak dengan sempurna. Rasakan sup dan sesuaikan perasa dengan
lebih banyak garam dan lada, jika diperlukan.

30
13. Minestrone
Cara-cara memasak:
a) Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Tumis bawang holland hingga layu, masukkan
bawang putih dan hirisan daging lembu. Kacau rata dan masak hingga daging berubah
warna. Gunakan api kecil dan kacau sentiasa. Tambah lobak merah dan saleri, kacau rata
dan masak sekejap.
b) Masukkan sos spaghetti tomato, kacau dan tuang air. Biarkan menggelegak, kemudian
kecilkan api dan renihkan selama 35 minit, kacau sekali sekala. Masukkan kiub pati daging
lembut, kacang merah dan pasta tadi (tak perlu direbus), Masak hingga pasta lembut.
c) Tambah garam secukup rasa dan lada hitam jika suka. Masak sekejap lagi dan rasa, jika
ok boleh matikan api. Cedok secukupnya sup tadi ke dalam mangkuk sesuai, tabur dengan
sedikit parutan keju parmesan dan juga hirisan daun parsli.

31
KESIMPULAN
Sup memberi manfaat tersendiri seperti meransang system penghadaman sebelum makan.
Ia juga amat sesuai untuk dihidangkan kepada orang sakit dan juga kanak-kanak untuk
meransang seleranya.
Selain itu, penggunaan bahan yang berkualiti dalam penghasilan sup sangat penting dalam
menjadikan rasa sup lebih baik. Oleh itu, sup yang terlalu berminyak atau terlalu pekat
adalah sangat tidak sesuai. Sup haruslah dihidang seiring dengan warna dan penggunaan
bahan dalam sup tersebut.
Kesimpulannya, penyediaan sup haruslah teliti selain dari menjaga kualiti sup tersebut.

32
RUJUKAN
http://westerncuisine-kkkua.blogspot.com/p/la-2_21.html
http://cercitedapur.blogspot.com/2013/03/consomme-soup-hot-appetizer_24.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sup
https://www.google.com/search?q=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2F
&oq=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2F&aqs=chrome..69i58j69i57j69i
60l3.3542j0j4&sourceid=chrome&ie=UTF-8

33

You might also like