PBL Sains Tahun 3 (Topeng Gigi Haiwan)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SAINS TAHUN 3 SK.

PINAWANTAI KUDAT
PROJEK TOPENG GIGI HAIWAN

A. KANDUNGAN KURIKULUM
i) Tema: SAINS HAYAT
ii) Tajuk: HAIWAN
iii) Standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi


4.1 Tabiat Pemakanan 4.1.4. Membanding dan membezakan kegigian haiwan herbivor, TP 4 - Menaakul kegigian haiwan
karnivor, dan omnivor. herbivor, karnivor dan omnivor
berdasarkan tabiat pemakanan.

iv) Objektif projek :


Di akhir projek ini, murid dapat mereka bentuk Topeng Gigi haiwan yang dapat menerangkan kegigian haiwan
herbivor,karnivor dan omnivor berdasarkan tabiat pemakanan.

v) Kriteria kejayaan :
1. Murid dapat mereka bentuk topeng gigi haiwan yang kemas dan menarik
2. Murid dapat menyatakan tabiat pemakanan haiwan yang dipilih dengan betul.
B. ARAHAN
1. Murid menghasilkan topeng gigi haiwan berpandukan buku teks sains halaman 69.
2. Murid boleh memilih sama ada mereka bentuk topeng gigi haiwan herbivor,karnivor atau omnivor.
3. Murid digalakkan untuk memilih dan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah masing-masing untuk projek ini.
Dapatkan bantuan orang dewasa untuk membuat pemotongan yang menggunakan pisau.
4. Ibu bapa mengambil gambar bahan-bahan yang digunakan untuk mereka bentuk topeng gigi haiwan , proses mereka bentuk
topeng gigi haiwan dan hasil akhir.
5. Murid akan membentangkan hasil kerja dihadapan kelas apabila belajar secara bersemuka nanti.

C. PROJEK YANG DIHASILKAN


1. Topeng gigi haiwan

D. JADUAL PELAKSANAAN

1. Tempoh pelaksanaan : 2 minggu

MINGGU AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN


1 1. Murid membaca maklumat tantang haiwan kegigian haiwan dalam buku teks sains halaman.

2. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk mereka bentuk topeng gigi haiwan.

3.Murid melakar topeng gigi haiwan .

2 1. Murid mewarnakan topeng gigi haiwan.


2. Murid menggunting dan membuat kemasan akhir topeng gigi haiwan

E. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

1. Instrumen yang digunakan : Hasil akhir topeng gigi haiwan,

2. Rubrik pentaksiran : Merujuk standard prestasi Dskp

You might also like