Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SAINS TAHUN 5 SK.

PINAWANTAI KUDAT
PROJEK HAIWAN IMAGINASI
A. KANDUNGAN KURIKULUM
i) Tema: SAINS HAYAT
ii) Tajuk: HAIWAN
iii) Standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi


3.2. Mereka Cipta 3.2.1 .Mencipta model haiwan imaginasi yang boleh melindungi TP 6 -Mereka bentuk model haiwan
Model Haiwan diri daripada musuh dan cuaca melampau. imaginasi dengan mengaplikasikan
pengetahuan tentang ciri dan tingkah
3.2.2. Menaakul ciri khas pada model haiwan imaginasi bagi laku khas haiwan serta membuat
melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau. penaakulan tentang ciri tersebut..

iv) Objektif projek :


Di akhir projek ini, murid dapat mereka bentuk model haiwan imaginasi dengan mengaplikasikan pengetahuan
tentang ciri-ciri dan tingkah laku khas haiwan serta membuat penaakulan tentang ciri tersebut.

v) Kriteria kejayaan :
1. Murid dapat mereka bentuk model haiwan imaginasi
2. Murid dapat menyatakan ciri-ciri dan tingkah laku khas haiwan imaginasi untuk melindungi diri
daripada musuh dan cuaca melampau.
B. ARAHAN
1. Lakar model haiwan imaginasi kamu pada sehelai kertas A4
2. Label ciri-ciri khas dan tingkah laku khas model haiwan imaginasi kamu.
3. Cadangkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan model haiwan imaginasi kamu.
4. Hasilkan model haiwan imaginasi tersebut.
5. Murid digalakkan untuk memilih dan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah masing-masing untuk projek ini.
Dapatkan bantuan orang dewasa untuk membuat pemotongan yang menggunakan pisau.
6. Ibu bapa mengambil gambar bahan-bahan yang digunakan , proses mereka bentuk haiwan imaginasi dan hasil akhir.
7. Murid akan membentangkan hasil kerja dihadapan kelas apabila belajar secara bersemuka nanti.

C. PROJEK YANG DIHASILKAN


1. Lakaran haiwan imaginasi
2. Model haiwan imaginasi

D. JADUAL PELAKSANAAN

1. Tempoh pelaksanaan : 2 minggu

MINGGU AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN


1 1. Murid melakar model haiwan imaginasi pada sehelai kertas A4
2. Murid melabel ciri-ciri khas dan tingkah laku khas model haiwan imaginasi
3. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk mereka bentuk model haiwan imaginasi.

2
1. Murid mereka bentuk model haiwan imaginasi yang telah dirancang.

E. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN


1. Instrumen yang digunakan : Hasil akhir model haiwan imaginasi,

2. Rubrik pentaksiran : Merujuk standard prestasi Dskp

You might also like