Syarat Pertandingan Solar Car

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

SYARAT PERTANDINGAN SOLAR CAR RACE


 
Syarat-syarat Pertandingan

1. Terbuka kepada murid sekolah menengah.(Tingkatan 1-5 )

2. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang peserta
dengan seorang guru pembimbing.

3. Setiap pasukan mesti melibatkan sekurang-kurangnya seorang bumiputera kecuali sekolah


yang terdiri daripada satu kaum.

4. Negeri dibenarkan menghantar 2 pasukan. Setiap satu pasukan hendaklah daripada sekolah
yang sama.

5. 2 pasukan dari setiap negeri akan dibimbing oleh seorang guru pengiring.

6. Satu sekolah daripada setiap negeri hanya boleh menghantar satu model rekabentuk sahaja.

7. Rekabentuk adalah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri ciri aerodinamik.
Saiz dan berat model adalah bebas.

8. Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman.
Penambahan / penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan
model kereta, adalah tidak dibenarkan. 

9. Kuasa maksima setiap rekabentuk model tidak melebihi 1 Watt. 

10. Bilangan dan jenis sel solar yang digunakan adalah bebas.

11. Peralatan, alat gantian dan aksesori model kereta seperti ’soldering iron’, ‘screw driver’,
motor, tayar dsb perlu dibawa sendiri oleh peserta.

12. Motor yang sedia ada dipasaran atau kit motor pasang siap dibenarkan. Bonus akan
diberikan jika ada pasukan yang  membina sepenuhnya motor  kereta.  

13. Hanya satu alat tambahan elektronik sahaja dibenarkan dipasang pada model. Jenis alat
adalah bebas. Model yang menggunakan lebih daripada 1 jenis komponen akan dibatalkan. 

14. Penggunaan suis pada mana-mana bahagian model kereta dibenarkan. Rekabentuk asas
kereta hendaklah mengandungi binaan badan, chasis dan tayar sekurang-kurangnya 4
tayar. Komponen yang boleh ditukar ialah tayar dan motor. 
15. Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model kereta akan diambil kira.

16. Penggunaan kit pasang siap sepenuhnya model kereta daripada pasaran adalah tidak
dibenarkan samada dari segi badan kereta sahaja atau keseluruhan kereta.

17. Kos bagi membina rekabentuk adalah tanggungjawab JPN, Negeri / PPD/PPB sekolah
masing-masing. Urusetia tidak akan menanggung sebarang kos membina, mengangkut atau
sebarang kos tambahan. 

18. Setiap model kereta yang akan dipertandingkan, perlu disertakan juga satu laporan
ringkas / folio sekurang-kurangnya 1 muka surat bersaiz A4. (format laporan diterangkan
pada para 2.1)

19. Keputusan hakim adalah muktamad

You might also like