Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 49

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/307545519

Pemerdagangan Manusia: Hak, Hambatan dan Inisiatif

Book · January 2015

CITATIONS READS

0 9,580

1 author:

Kartini Aboo Talib Khalid


Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi Selangor Malaysia
54 PUBLICATIONS   76 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Migrants and Superdiversity: Issues, Challenges and Approaches. View project

ETNISITI DAN KONSUMER (UKM, DPP-2015-104) View project

All content following this page was uploaded by Kartini Aboo Talib Khalid on 01 September 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PEMERDAGANGAN MANUSIA:
HAK, HAMBATAN
DAN INISIATIF

KARTINI ABOO TALIB


@ KHALID

Siri Kertas Kajian Etnik UKM


(UKM Ethnic Studies Paper Series)
Institute of Ethnic Studies (KITA)
Bangi 2015

iii
Cetakan Pertama / First Printing, 2015
Hak cipta / Copyright Penulis / Author
Institut Kajian Etnik (KITA)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh


diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama
ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Kajian Etnik (KITA),
Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or


transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical
including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from the Institute of
Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by


Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor D.E., Malaysia

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,Selangor D.E Malaysia
http:/pkukmweb.ukm.my/~penerbit/

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam


Penerbitan
Cataloguing-in-Publication-Data

Kartini Aboo Talob@Khalid, 1972-


PEMERDAGANGAN MANUSIA: HAK, HAMBATAN DAN
INISIATIF/KARTINI ABOO TALIB@KHALID.
(Siri Kertas Kerja Kajian Etnik UKM Bil. 42 September)
ISBN 978-967-0741-18-5
1.Human trafficking-Malaysia 2.Crime-Malaysia.
I. Judul II. Siri.
364.1509595

iv
Siri Kertas Kajian Etnik UKM
(UKM Ethnic Studies Paper Series)

Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Hubungan Etnik di


Malaysia: Mencari dan Mengekal Kejernihan dalam
Kekeruhan. Kertas Kajian Etnik UKM Bil.1 (November)
ISBN 978-983-44318-0-8

Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Many Ethnicities,


Many Cultures, One Nation: The Malaysian Experience.
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 2 (November) ISBN 978-
983-44318-1-5

Shamsul Amri Baharuddin. 2009. Culture and


Governance in Malaysia’s Survival as a Nation. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 3 (September). ISSN
2180-1193

Sun Mee Lee. 2009. Construction of Moken Identity in


Thailand: A Case Study in Kuraburi. Siri Kertas Kajian
Etnik UKM Bil. 4 (Oktober). ISSN 2180-1193

Eric Schubert Ansah. 2009. Shaping A New Africa:


What Malaysians Should Know about the
Transformation in Africa. Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 5 (November). ISSN 2180-1193

Thock Ker Pong. 2009. Tsunami Politik 2008 dan Hala


Tuju Perkembangan Pilitik MCA: Krisis dan Dilema di
Sepanjang Jalan. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 6
(Disember). ISSN 2180-1193

v
Sharifah Zaleha Syed Hassan. 2010. Negotiating
Islamism: The Experiences of the Muslim Youth
Movement of Malaysia. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil.
7 (Jun). ISSN 2180-1193

Korakit Choomgrant. 2010. Expression of Sexuality and


Lifestyle in Singapore and Bangkok: A Case Study of
Singaporean Homosexual Men. Siri Kertas Kajian Etnik
UKM Bil. 8 (Julai). ISSN 2180-1193

Michael Banton. 2010. Ethnic Relations: An


International Perspective on the Malaysian Initiative of
2007. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 9 (Ogos). ISSN
2180-1193

Jean-Sébastian Guy. 2010. Toward a Second-Order


Theory of Globalization. Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 10 (Ogos). ISSN 2180-1193

Lennart Niemelä. 2010. WALK! Framing a Successful


Agrarian Reform Campaign in the Philippines. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 11 (September). ISSN
2180-1193

Elinor Lumbang Boayes. 2010. The Deadliest Free Press


in Asia: A case study of the Philippines. Siri Kertas
Kajian Etnik UKM Bil. 12 (September). ISSN 2180-1193

Shamsul Amri Baharuddin. 2010. Unity in Diversity:


The Malaysian Experience. Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 13 (Oktober). ISSN 2180-1193

vi
Ong Puay Hoon, Dick Yong, Ong Puay Liu & Ong Puay
Tee. 2010. The Silent Burden: What it Means to be
Dyslexic. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 14
(Oktober). ISSN 2180-1193

Shazlin Amir Hamzah. 2010. Branding Malaysia through


Tourism: When Ads Permeate Our Consciousness, What
Happens to Our Identity? Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 15 (November). ISSN 2180-1193

Tallyn Gray. 2010. Justice and the Khmer Rouge: Ideas


of a Just Response to the Atrocities of Democratic
Kampuchea in Buddhism and the Extraordinary
Chambers in the Courts of Cambodia. Siri Kertas Kajian
Etnik UKM Bil. 16 (Disember). ISSN 2180-1193

Shamsul Amri Baharuddin. 2011. ’Ilmu Kolonial’ dalam


Pembentukan Sejarah Intelektual Malaysia: Sebuah
Pandangan. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 17
(Januari). ISSN 2180-1193

Shamsul A.B. & Anis Y. Yusoff. 2011. Managing Peace


in Malaysia: A Case Study. Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 18 (Mei). ISSN 2180-1193

Clive S. Kessler. 2012. What Every Malaysian Needs to


Know about Race. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 19
(Mac). ISSN 2180-1193

Pue Giok Hun & Shamsul A.B. 2012. Peranakan as a


Social Concept. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 20
(April). ISSN 2180-1193

vii
Denison Jayasooria & Teo Lee Ken (Editors). 2012.
Issues Pertaining to Malaysia’s Ratification of The
International Convention on the Elimination of All
Forms of Racial Discrimination (ICERD) 1965. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 21 (Oktober). ISSN 2180-
1193

Hasan Mat Nor. 2012. Kompilasi Beranotasi mengenai


Orang Asli: Bahan Bertulis dalam Bahasa Melayu di
UKM. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 22 (November).
ISSN 2180-1193

Denison Jayasooria. 2012. Malaysia: The Need for


Inclusiveness. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 23
(Disember). ISSN 2180-1193

Denison Jayasooria. 2012. Issues Pertaining to


Malaysia introducing a New National Harmony Act. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 24 (Disember). ISSN
2180-1193

James T. Collins. 2013. On Malay Manuscripts: Lessons


from the Seventeenth Century. Siri Kertas Kajian Etnik
UKM Bil. 25 (Januari). ISSN 2180-1193

Azmi Aziz dan Shamsul Amri Baharuddin. 2013.


Pluralisme dan Pluralisme Agama: Sebuah Wacana
Konseptual. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 26 (April).
ISSN 2180-1193 (not in print)

Denison Jayasooria dan Muhammad Ismail Aminuddin.


2013. Satu pendekatan dalam membina kesepaduan
sosial melalui penyertaan komuniti. Siri Kertas Kajian
Etnik UKM Bil. 27 (April). ISSN 2180-1193

viii
Wendy Smith. 2013. Managing Ethnic Diversity in a
Japanese Joint Venture in Malaysia. Siri Kertas Kajian
Etnik UKM Bil. 28 (April). ISSN 2180-1193 (not in
print)

Denison Jayasooria (ed.). 2013. Building an Inclusive


Society on the Foundation of Human Rights and
Responsibilities. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 29
(April). ISSN 2180-1193

Pue Giok Hun (pnyt.). 2013. Menyelusuri Cabaran


Kepelbagaian: Pengalaman Malaysia Terkini. Siri Kertas
Kajian Etnik UKM Bil. 30 (Mei). ISSN 2180-1193

Leong Kar Yen. 2013. The State and Unseen Realm:


State Ideology, History and Memory in Indonesia. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 31 (Julai). ISSN 2180-
1193

Kartini Aboo Talib @ Khalid. 2014. Consociation In


Plural Society: Accommodating Contemporary Malaysia
Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 32 (September).
ISSN 2180-1193

Kartini Aboo Talib @ Khalid. 2014. Moderation and


Power Sharing in Malaysia: Accommodating concept
and practice. Siri Kertas Kajian Etnik Bil. 33
(September), ISSN 2180-1193

Eric Olmedo Panal. 2014. “MAMAKIZATION” Food and


Social Cohesion in Malaysia: A Tentative Framework.
Siri Kertas Kajian Etnik Bil. 34 (November), ISBN 978-
967-0741-03-1

ix
Shamsul Amri Baharuddin. 2015. Politics of Language
and Language of Politics: Theory and Practice of the
‘nation-of- intent’ as articulated in Malaysia. Siri Kertas
Kajian Etnik UKM Bil. 35 (Jun), ISBN 978-967-0741-
10-9

Nurshuhada Binti Mohamed. 2015. Jawatankuasa


Hubungan Antara Kaum (CLC): Sejarah Bermulanya
Proses Perkongsian Kuasa. Siri Kertas Kajian Etnik UKM
Bil. 36 (Ogos), ISBN 978-967-0741-12-3

Mohd Mahadee Ismail. 2015. Keamatan Kemahiran


Sivik: Perbandingan Alumni dan Bukan Alumni Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN). Siri Kertas Kajian
Etnik UKM Bil. 37 (Ogos), ISBN 978-967-0741-13-0

Aananthi a/p Thuraisamy. 2015. Cross Cultural


Relations of Live-In Indonesian Maids within Selected
Malaysian Households. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil.
38 (Ogos), ISBN 978-967-0741-14-7

Mohd Syariefudin Abdullah. 2015. Kesepaduan Sosial


dalam Komuniti di Kawasan Kejiranan Rukun Tetangga
(RT): Kajian di Zon Semenyih, Daerah Hulu Langat
Selangor. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 39 (Ogos),
ISBN 978-967-0741-15-4

Shazlin Amir Hamzah. 2015. Branding the Malaysian


nation: Tracing the role of popular music in the
construction of an imagined community. Siri Kertas
Kajian Etnik UKM Bil. 40 (Ogos), ISBN 978-967-0741-
16-1

x
Pue Giok Hun. 2015. Perkahwinan Campur dan
Fenomena Peranakan di Semenanjung Malaysia. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 41 (Ogos), ISBN 978-967-
0741-17-8

xi
About the UKM Ethnic Studies Paper Series
UKM Ethnic Studies Paper Series marks the inaugural publication of
the Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM. The purpose of this
Paper Series is in line with UKM’s official status as a research
university under the 9th Malaysia Plan. The Series provides a premise
for the dissemination of research findings and theoretical debates
among academics and researchers in Malaysia and world-wide
regarding issues related with ethnic studies. All articles submitted for
this Series will be refereed by at least one reviewer before
publication. Opinions expressed in this Series are solely those of the
writer(s) and do not necessarily reflect the views and policies of
KITA. The first two papers published in November 2008 under this
Series had the ISBN code. For 2009, the Series carries the ISSN
Code. However, the Series reverts to the ISBN code with the
publication of number 34, November 2014.

For further information, please contact:


Prof. Dr. Ong Puay Liu
Chief Editor
UKM Ethnic Studies Paper Series
Institute of Ethnic Studies (KITA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Website : http://www.kita.ukm.my
email: pliu@ukm.edu.my; puayliu@yahoo.com

Mengenai Siri Kertas Kajian Etnik UKM


Siri Kertas Kajian Etnik UKM menandakan penerbitan ulung Institut
Kajian Etnik (KITA). Tujuan penerbitan bersiri ini adalah selaras
dengan status rasmi UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan
dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Penerbitan Kertas bersiri ini
memberi peluang kepada para akademik dan penyelidik di Malaysia
dan luar negara untuk menyebar penemuan-penemuan kajian dan
idea-idea teoretikal masing-masing mengenai isu-isu berkaitan
dengan kajian etnik. Artikel-artikel yang dihantar untuk tujuan
penerbitan akan diwasit oleh sekurang-kurangnya seorang penilai.
Segala pandangan yang diungkapkan oleh penulis artikel dalam
penerbitan bersiri ini adalah pandangan penulis berkenaan dan tidak
semestinya mewakili atau mencerminkan pandangan dan polisi KITA.
Dua kertas yang diterbitkan pada bulan November 2008 di bawah Siri
ini mempunyai kod ISBN. Mulai tahun 2009, Siri Kertas Kajian Etnik
UKM ini membawa kod ISSN. Namun, kod diubah balik ke ISBN
bermula dengan penerbitan nombor 34, November 2014.

xii
KANDUNGAN

Abstrak … 1

Pengenalan … 2

Definisi Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan


Migran … 5
Definisi atau terma berautoriti bagi maksud migran … 6
Keselamatan insan dalam konteks non-traditional
security … 9
Konsepsualisasi perhambaan dan pemerdagangan
manusia … 11
Malaysia dan isu pemerdagangan manusia … 13
Inisiatif Menangani Isu Pemerdagangan Manusia … 18
Menyingkap realiti “the new normal” … 27
Kesimpulan … 30
Rujukan … 31
Mengenai KITA … 35

xiii
Pemerdagangan Manusia:
Hak, Hambatan dan Inisiatif

Abstrak
Pemerdagangan manusia dikenali sebagai perhambaan
zaman moden yang memerlukan komitmen tegas dari
negara untuk menghapus dan mencegah. Seringkali
pemerdagangan manusia ini melibatkan mangsa yang
dianiaya dan dieksploitasi untuk kepentingan dan
keuntungan pihak yang menjual dan membeli manusia
yang diperdagangkan dengan rakus dan tamak.
Kejadian rentas sempadan dan domestik ini
mensasarkan wanita, kanak-kanak, dan buruh asing
yang mudah dieksploitasi. Malaysia telah mengambil
langkah proaktif untuk menyediakan mekanisme
keselamatan dan perlindungan kepada mangsa
pemerdagangan manusia. Usaha mewujudkan undang-
undang untuk mensabitkan mereka yang bersalah serta
memperkemaskan sempadan negara turut melibatkan
pelbagai pihak berkuasa dan komuniti masyarakat.
Penarafan turun naik Malaysia dalam laras indeks
laporan antarabangsa memperlihatkan bahawa
Malaysia masih perlu berusaha menambahbaik
mekanisme keselamatan dan pencegahan yang anti
pemerdagangan manusia. Selain daripada
melaksanakan undang-undang sebagai alat mencegah
dan menghukum pelaku yang terlibat dengan
pemerdagangan manusia, undang-undang turut dilihat
sebagai penegak keadilan yang seharusnya bersedia
dengan pindaan bersesuaian dengan kompleksiti
masalah sosial semasa. Kelemahan perundangan
dengan memberi fokus kepada beberapa isu secara
terpisah adalah lompong yang perlu diperkemaskan.

1
Pengenalan
Kesan kapitalisme dan dokongan kepada pasaran
bebas menjadikan tuntutan material mencabar nilai
kemanusiaan.1 Begitu juga dengan isu pemerdagangan
manusia apabila ada sekumpulan manusia yang tamak
dan mahukan keuntungan hasil penjualan dan
perhambaan manusia. Rasional pasaran tidak pernah
meletakkan isu moral dalam mana-mana agenda
penawaran dan permintaan (supply-demand).
Tambahan lagi persoalan efficiency dan effectiveness
adalah terletak pada keuntungan maksima dengan
modal yang minima dan usaha yang optima. Walaupun
pasaran dan manusia dalam konteks moral adalah
suatu dilemma, tidak bermakna manusia perlu
berpeluk tubuh dan membiarkan keakuran pasaran
menentukan nilai hidup manusia.
Ini bertepatan dengan firman Allah YME
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah
apa-apa yang ada pada diri mereka” (Surah Ar Rad:
Ayat 11)
Kekuatan untuk merubah adalah terletak pada
kemahuan, kesedaran dan keupayaan kita untuk
merubah permasalahan yang direka oleh manusia
dengan menggalakkan kita berfikir serta berusaha
dengan penuh azam untuk mengatasi masalah yang
berlaku. Bersesuaian dengan ini, isu mengenai wanita
dan pemerdagangan manusia atau women and human
trafficking perlu ditelusuri dengan jelas dalam dua
konteks utama iaitu konsepsual (gender) dan institusi
(negara, badan berautoriti dan perundangan).
Pernyataan Barack Obama dalam Trafficking in
Persons Report mencatatkan, “it ought to concern

2
every person, because it’s a debasement of our
common humanity. It ought to concern every
community, because it tears at the social fabric. It
ought to concern every business, because it distorts
markets. It ought to concern every nation, because it
endangers public health and fuels violence and
organized crime. I am talking about injustice, the
outrage of human trafficking which must be called by
its true name – modern slavery” (Trafficking in Persons
Report, 2013: 7).

Laporan ini menegaskan bahawa


pemerdagangan manusia adalah perhambaan zaman
moden yang mencipta ketidakadilan dan menzalimi
manusia. Pemerdagangan manusia mengancam nilai
kemanusiaan, merosakkan struktur sosial,
menghambat pasaran, membahayakan kesihatan
awam dan menjadi bara mencetus keganasan dan
jenayah terancang. Mereka yang menjadi mangsa
adalah mereka yang lemah dan tidak berupaya. Maka,
eksploitasi sebegini harus dihentikan.

Smith (2000) dan Chapkis (2003) menyatakan


setiap tahun di Amerika Syarikat, mangsa
pemerdagangan orang melibatkan wanita dan kanak-
kanak mencecah 50,000 setiap tahun. Wanita dan
kanak-kanak dipaksa dan ditipu oleh jaringan industri
haram antarabangsa termasuk menjadi buruh paksa,
keldai dadah, perkhidmatan domestik, kerja-kerja
pertanian, dan pelacuran. Mangsa pemerdagangan
orang dibawa masuk tanpa dokumen ke Amerika
Syarikat turut dipaksa bekerja di sektor perkilangan
dan perladangan. Istilah perdagangan hamba atau “sex
trade” [Corssette (2000); Smith (2000); dan Chapkis
(2003)] sentiasa menjadi fokus utama dalam isu

3
pemerdagangan orang yang menuntut penguatkuasaan
bukan sahaja di peringkat dalam negeri tetapi juga
secara global untuk memperkasakan badan
penguatkuasa dengan jaringan kerjasama yang lebih
efektif.
Menurut Laporan International Labour
Organization (ILO), pada 2012 dianggarkan 20.9 juta
manusia direkodkan terlibat dalam aktiviti buruh paksa
di seluruh dunia.2 Daripada jumlah yang dianggarkan
ini, lebih kurang 3.3 juta buruh paksa ditangkap di
rantau Asia Pasifik. Kokko (2008) menyatakan bahawa
laporan dari United Nations Office of Drugs and Crime
(UNODC) menggambarkan fenomena pemerdagangan
manusia meliputi 161 buah negara yang berfungsi
sebagai sumber, transit dan destinasi bagi
pemerdagangan manusia. Faktor kepada meluasnya
pemerdagangan manusia adalah kompleks dan strategi
menangani isu ini bukanlah dimensi yang menawarkan
hanya satu jalan penyelesaian tetapi memerlukan
tindakan kolektif dari pelbagai pihak.
Di sini jelas bahawa isu pemerdagangan
manusia seharusnya dilihat dalam konteks gender
dengan tidak memisahkan wanita daripada lelaki
kerana mangsa pemerdagangan dan penyeludupan
orang melibatkan mereka yang lemah dan teraniaya
tanpa mengira gender termasuklah kanak-kanak. Hak
mereka yang teraniaya ini hendaklah dibacakan dengan
jelas melalui penjelasan terma, definisi, hambatan dan
inisiatif yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak yang
telah dipertanggungjawabkan untuk membanteras
jenayah pemerdagangan dan penyeludupan orang.

4
Definisi Pemerdagangan Manusia dan
Penyeludupan Migran
Perkataan dan istilah pemerdagangan manusia dan
penyeludupan migran perlu dijelaskan secara
perbandingan. Ini kerana dua istilah tersebut sering
kali digunapakai dalam keadaan bertindan lapis atau
overlapping yang mengelirukan. Ada beberapa elemen
yang boleh membezakan antara pemerdagangan orang
dan penyeludupan migran iaitu:
1) Instrumen
2) Rentas sempadan atau tidak
3) Bentuk eksploitasi (berterusan, berulang, atau
tamat bila tiba ke destinasi)

Jadual 1 Perbezaan antara Pemerdagangan


Orang dan Penyeludupan Migran
Pemerdagangan Orang Penyeludupan Migran
Instrumen atau hukum Instrumen atau hukum
antarabangsa yang terlibat antarabangsa yang
adalah Protocol to Prevent, terlibat adalah Protocol
Suppress and Punish against the Smuggling of
Trafficking in Persons, Migrants by Land, Air,
especially Women and and Sea di bawah UN
Children di bawah UN Convention on
Convention on Transnational Organised
Transnational Organised Crime.
Crime
Elemen utama bagi Elemen penting di dalam
membuktikan sebarang penyeludupan migran
kesalahan berhubung adalah ianya mesti
dengan pemerdagangan melibatkan unsur rentas
orang adalah unsur sempadan.

5
eksploitasi dan ia boleh
berlaku di dalam sesebuah
negara tanpa melibatkan
aspek rentas sempadan.
Ianya juga boleh berlaku di
peringkat domestik.
Melibatkan elemen Melibatkan kerelaan
eksploitasi, manipulasi, orang yang diseludupkan
ancaman terhadap mangsa dan keuntungan terhadap
yang terlibat. Eksploitasi sindiket penyeludupan
berterusan dan berulang. migran. Kegiatan
penyeludupan tamat
apabila tiba di destinasi.
Sumber: Azizah Kassim (2014).

Definisi atau terma berautoriti bagi maksud


migran
Konvensyen Hak Asasi Migran oleh Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu3 mendefinisikan migran sebagai “an
individual who has resided in a foreign country for
more than one year irrespective of the causes,
voluntary or involuntary and the means, regular or
irregular, used to migrate,” iaitu individu yang tinggal
di negara bukan negara asalnya lebih dari satu tahun
tanpa mengira sebab-musabab, sama ada caranya
sukarela atau paksa, kebiasaan atau tidak, digunakan
bagi tujuan berhijrah ke luar negara.
Terdapat beberapa istilah migran yang
digunapakai bagi merujuk konteks migran yang
berbeza seperti yang dinyatakan oleh International
Organization for Migration4 iaitu:

6
1) Documented migrant – a migrant who entered a
country lawfully and remains in the country in
accordance with his or her admission criteria
(Seseorang yang masuk melalui cara sah dan
tinggal di sesebuah negara tersebut sehingga
tamat tempoh kriteria kemasukan yang
dibenarkan)

2) Economic migrant – a person leaving his or her


habitual place of residence to settle outside his
or her country of origin in order to improve his
or her quality of life (Seseorang yang berpindah
dari tempat bermaustautin ke luar negara yang
bukan negara asalnya semata-mata untuk
merubah kualiti kehidupan atau dalam kata lain
meninggalkan negara asal demi untuk mencari
pekerjaan)

3) Irregular5 migrant – also known as


undocumented person, a person who owing to
unauthorized entry, breach of a condition of
entry or the expiry of his or her visa (Seseorang
yang masuk atau transit di sesebuah negara
secara undang-undang tetapi telah tamat
tempoh visanya)

4) Skilled migrant – A migrant worker who because


of his or her skills or acquired professional
experience is usually granted preferential
treatment regarding admission to a host country
(and is therefore subject to fewer restrictions
regarding length of stay, change of employment
and family reunifications) (Seorang pekerja
mahir dan diberi layanan istimewa terutamanya
dari segi masuk ke negara tuan rumah

7
[kelonggaran peraturan dari segi tempoh
menetap, perubahan pekerjaan dan
penyatuansemula keluarga])

5) Temporary migrant worker – skilled, semi-


skilled, or untrained workers who remain in the
destination country for definite periods as
determined in a work contract with an individual
worker or service contract concluded with an
enterprise. Also called contract migrant workers
(Pekerja mahir, separa-mahir atau tidak terlatih
yang tinggal di negara yang dituju sepertimana
tertakluk dalam kontrak perkhidmatan kerja
yang ditandatangani bersama individu, atau
syarikat. Turut dikenali sebagai pekerja kontrak)

Dapat diperhatikan istilah dan terma bagi


migran tidak menunjukkan unsur paksaan dan
terpaksa, tetapi jika pekerja asing ini berdepan dengan
keadaan di mana passport dipegang oleh majikan,
pekerja asing yang masuk secara sah dengan separa
kemahiran yang ada boleh bertukar menjadi
pemerdagangan bila mana pekerja tersebut dipaksa
membayar hutang ke atas “enslaved contract” yang
dikatakan didahulukan oleh majikan sebagai harga
membawa pekerja tersebut masuk dan bekerja
diindustri kepunyaan majikan. Konteks ini menjadikan
terma pekerja migran atau pekerja asing terdedah
kepada eksploitasi.

8
Keselamatan insan dalam konteks non-traditional
security
Konsep keselamatan insan mula mendapat perhatian
dunia apabila United Nations Human Development
Report dikeluarkan pada tahun 1994. Penekanan aspek
“freedom from fear and freedom from want”
menjadikan peranan negara dan masyarakat komited
untuk melindungi manusia (Zarina, 2006: 220).
Tambahan pula keselamatan insan adalah pendekatan
komprehensif yang tidak hanya fokus semata-mata
pada isu peperangan tetapi merentasi sempadan
bangsa, kepercayaan, budaya, gender, umur, kelas
sosial, dan etnik. Pendekatan keselamatan insan ini
boleh dilakarkan dalam isu pemerdagangan dan
penyeludupan migran kerana ia jelas mempersoalkan
aspek keselamatan dan kesejahteraan manusia yang
tergugat kesan daripada ketamakan material kumpulan
penjahat yang beroperasi secara underground.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (atau
United Nations) telah mengenal pasti tujuh (7) kategori
keselamatan insan iaitu ekonomi, makanan, kesihatan,
persekitaran, peribadi, masyarakat dan politik (UNDP
Report 1995: 125-43). Jika salah satu daripada
kategori ini terancam, maka keselamatan insan turut
terancam. Merungkai isu pemerdagangan dan
penyeludupan migran, isu ini jelas mengancam
keselamatan insan. Mereka yang diculik, dipasarkan,
dan dipaksa menjadi pelacur atau buruh paksa tanpa
bayaran menggambarkan penderitaan mangsa dan jika
kegiatan ini berlarutan, tamadun manusia menjadi
hancur, dan hilang nilai kemanusiaannya. Arase (2010:
809) menjelaskan bahawa keselamatan bukan
tradisional melibatkan ancaman yang bersifat bukan
ketenteraan seperti isu lanun, pendatang haram,

9
pemerdagangan manusia dan penyeludupan dadah.
Sementara Buzan et. al (1997) menyatakan bahawa
ancaman bukan ketenteraan adalah suatu proses yang
bersifat discursive kerana proses mengenalpasti bentuk
ancaman diterima apabila ianya diiktiraf oleh
masyarakat secara kolektif sebagai suatu yang
merbahaya. Dalam kata lain, “societies identify
existential threats to securitization”. Ini menjadikan
proses mengenalpasti ancaman bukan ketenteraan
suatu yang rumit dan tidak tersusun. Haas (1992:1-
35) mencadangkan bahawa dalam isu tertentu, usaha
untuk mengenalpasti sesuatu masalah yang bersifat
ancaman boleh dilakukan dengan menggunakan
jaringan pakar bidang yang akan berkongsi konsep dan
mengenalpasti perkara-perkara berkaitan ancaman
bagi membantu pembuat dasar membuat keputusan.
Berdasarkan kepada konsep keselamatan bukan
tradisional ini, istilah operasi kepada isu
pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran
termasuk dalam perkara yang diiktiraf sebagai
ancaman kepada keselamatan manusia. Ancaman ini
boleh dilihat dalam konteks penderaan fizikal dan
emosi, perhambaan manusia secara paksa, buruk
paksa tanpa bayaran, dan isu penipuan dan penculikan
yang melanggar hak asasi seorang manusia merdeka.
Bertepatan dengan konteks ini, kajian kes mengenai
pemerdagangan manusia serta inisiatif untuk
mengatasi masalah ini di Malaysia, diketengahkan
sebagai usaha untuk melihat keupayaan negara dalam
membanteras pemerdagangan manusia yang seringkali
dilihat bertindan lapis dengan penyeludupan migran.

10
Konsepsualisasi perhambaan dan
pemerdagangan manusia
Choi-Fitzpatrick (2012: 13-15) menjelaskan bahawa
“slavery is wrong, trafficking is slavery”6 – perhambaan
adalah salah, pemerdagangan orang adalah
perhambaan. Beliau mengaitkan perhambaan dan
pemerdagangan dalam makna yang setara apabila
membincangkan konteks migrasi dan pekerja.
Perhambaan melibatkan pelbagai bentuk kuasa dan
proses yang lazimnya unsur paksaan itu bersifat tidak
begitu ketara. Pemerdagangan orang tidak selalunya
melibatkan unsur keganasan walaupun kecenderungan
berlakunya keganasan adalah suatu yang boleh
dijangka. Pemaksaan fizikal terhadap pekerja untuk
melakukan sesuatu kerja tanpa bayaran atau
pampasan yang setimpal dianggap satu perhambaan,
tambahan lagi jika hak asasi manusia yang paling asas
dinafikan seperti makan, minum, pakaian dan
sebagainya.
Pemerdagangan orang sebagai perhambaan
bentuk semasa perlu difahami sebagai sambungan
kepada tema perhambaan manusia yang telah lama
wujud dalam sejarah manusia dan bukannya suatu
tema baru (Brysk & Choi-Fitzpatrick 2012). Isu
pemerdagangan orang dan perhambaan sering kali
dikupas dalam konteks eksploitasi seksual, jenayah
terancang, dan berakhir dengan keperluan kepada
bantuan teknikal yang bersifat intervensi sahaja.
Kebanyakan undang-undang atau dasar membanteras
pemerdagangan orang lebih tertumpu kepada
perlindungan berbanding pencegahan. Jika ditinjau
pemerdagangan orang dan eksploitasi seksual,
pemerdagangan orang tidak selalunya melibatkan
keganasan seksual. Dalam perspektif gender, wanita

11
tidak selalunya selamat walau di rumah, dalam
kalangan keluarga, di tempat kerja, berada dalam
negara atau di luar negara, keganasan seksual
terhadap wanita tidak perlu menunggu kepada
berlakunya fenomena pemerdagangan orang. Seks
dagangan dalam perbincangan gender inequity
menjuruskan kupasan dalam bentuk jika ianya paksaan
maka secara konstruktif, perkhidmatan ini adalah suatu
bentuk keganasan terhadap wanita, sebaliknya jika
ianya adalah kerelaan individu (self-willingness) dalam
melaksanakan hak asasi, maka ianya adalah pasaran
kepada perkhidmatan (Wasileski & Miller 2012: 107-
10).
Pemerdagangan orang perlu dilihat dan dinilai
dalam konteks perhambaan kerana isu perhambaan
boleh menyatupadukan manusia sejagat untuk
membanterasnya. Setiap negara, agama dan
kepercayaan, serta individu yang rasional mengutuk
dan benci perhambaan. Pemerdagangan orang
memerlukan penjanaan kuasa politik yang bersepadu
dari semua pemimpin negara dengan agenda yang satu
iaitu mengubah fokus pemerdagangan dan eksploitasi
seks kepada perhambaan sebagai usaha
menghapuskan perhambaan. Dari sudut rasional
ekonomi, kewangan yang dijana hasil daripada aktiviti
pemerdagangan orang bernilai €25, 894,000,000 billion
Euro.7 Seandainya pemerdagangan orang dalam
bentuk tenaga buruh murah atau percuma, dan seks
dagangan dibiarkan dalam konteks ekonomi rasional
yang hanya bersandarkan kepada ukuran keuntungan,
penawaran dan permintaan; moral manusia akan
hilang bersama maruah.

12
Malaysia dan isu pemerdagangan manusia
Punca kepada migrasi pekerja ke luar negara sering
dirujuk dalam dimensi “push-pull factors” iaitu faktor
menolak dan menarik termasuklah masalah ekonomi
melibatkan kemiskinan keluarga dan desakan hidup,
ketidakstabilan politik, ancaman sosial dan bencana
alam (Jennisen 2007). Sementara faktor penarik dari
negara luar yang menawarkan peluang pekerjaan,
mobiliti sosial, keselamatan dan bebas bencana alam,
lokasi strategik, kesamaan budaya dan bahasa yang
menjadi sebab kepada migrasi manusia yang begitu
pesat ke negara-negara tertentu (Nafisah 2013).
Statistik yang lengkap dan tepat tentang jumlah
pekerja asing di Malaysia masih diusahakan oleh pihak
imigresen. Sehingga tahun 2011, menurut laporan
kerajaan Malaysia menerusi Program Komprehensif
6P,8 jumlah pendatang asing ialah 2,320,034 orang dan
seramai 1, 016,908 adalah pekerja asing berdaftar dan
1,303,126 tidak berdaftar. Azizah (2014) menjelaskan
bahawa jumlah sebenar pendatang asing di Malayisa
dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuklah
persatuan majikan, kesatuan sekerja, dan media
massa. Dianggarkan jumlah sebenar pekerja asing
yang berdaftar dan tidak berdaftar di Malaysia adalah
jauh lebih tinggi. Ini dapat diperhatikan menurut
laporan media kebanjiran pekerja asing di Malaysia kini
berada pada tahap yang serius kerana dianggarkan
sebanyak 6.7 juta pekerja asing berada di Malaysia
mencari rezeki dalam pelbagai sektor (Hakimi 2014).
Daripada jumlah 6.7 juta ini, hanya 1.2 juta
pekerja asing mempunyai permit bekerja dan
selebihnya memasuki negara ini secara haram.
Kebanjiran pekerja asing gagal dibendung ekoran
permintaan tinggi tenaga kerja dalam pelbagai sektor

13
selain daripada sikap rakyat tempatan yang memilih
pekerjaan. Rata-rata pekerja asing ini datang dari Asia
Tenggara dan Asia Pasifik. Namun begitu kemasukan
pendatang asing dari Afrika terutamanya mereka yang
masuk menggunakan visa pelajar dan kemudiannya
bekerja adalah fenomena yang menzahirkan rasa
kebimbangan. Lakaran peta menggambarkan aliran
migrasi asing ke Malaysia seperti di bawah:

Peta 1: Asia Pasifik (ubah suai bagi menunjukkan aliran


migrasi ke Malaysia.

Laporan Trafficking in Persons (TIP) oleh


Amerika Syarikat memberi penarafan (ranking) kepada
mana-mana negara dalam Tier 1-3 (Tier 1 yang terbaik
dan Tier 3 yang terburuk). Menurut Laporan TIP, pada
tahun 2001 Malaysia diletakkan dalam Laras 3 (Tier 3)
kerana tiada undang-undang dan mekanisme jelas

14
tentang usaha membanteras kegiatan
pemerdagagangan manusia. Setelah usaha menggubal
Akta Anti Pemerdagangan Orang dilakukan sekitar
tahun 2002-2005, Malaysia diletakkan di Laras 2
(Senarai Perhatian). Pada akhir tahun 2007,
kedudukan Malaysia dijatuhkan ke Laras 3 kerana
gagal merealisasikan ATIP. Penggubalan ATIP (Anti-
Trafficking in Persons Act) dan ATIPSOM (Anti-
Smuggling of Migrants Act) dan pelaksanaannya pada
akhir tahun 2007 menyebabkan kedudukan Malaysia
naik semula ke Laras 2 pada tahun 2008. Walau
bagaimanapun, kedudukan Malaysia kembali merudum
pada 2009 setaraf dengan 16 negara lain termasuk
Korea Utara, Arab Saudi, Switzerland, Syria, dan
Zimbabwe, iaitu negara-negara yang dilaporkan
banyak melakukan pelanggaran hak asasi manusia.
Kejatuhan kedudukan Malaysia dari Laras 2 ke
Laras 3 pada tahun 2009 adalah disebabkan Malaysia
dikritik hanya memberi tumpuan kepada aktiviti
membanteras pemerdagangan manusia dan
mengabaikan isu penderaan pekerja asing di Malaysia
sama ada di sektor perkhidmatan domestik mahupun di
sektor perladangan dan pertanian.
Rangkuman pengabaikan ini turut melibatkan
kelemahan dalam menyediakan bantuan kepada
pelarian (refugees) dan asylum seekers yang mencari
perlindungan di Malaysia. Dianggarkan sehingga
Oktober 2012, terdapat 99,970 pelarian dan asylum
seekers yang berdaftar di pejabat UNHCR (United
Nations High Commissioner of Refugees) cawangan
Malaysia. Anggaran ini tidak termasuk 10,000 asylum
seekers tidak berdaftar yang masih menunggu
kelulusan atau permohonan tertangguh di pejabat
UNHCR (Andika Ab Wahab, 2014).

15
Namun begitu, menurut Laporan TIP Julai 2015,
Malaysia kini telah menduduki Tier 2. Kedudukan ini
masih di peringkat Watch List atau Senarai Perhatian
dan Malaysia masih perlu berusaha untuk memperbaiki
dan mematuhi piawaian minimum Trafficking Victims
Protection Act (TVPA).9

Watch List
Laras 1
Laras 2

Laras 3

2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009


Year
Carta 1.1: Penarafan Malaysia dalam
Trafficking in Persons Report (2001-2009)
Sumber: Azizah Kassim (2014)

Malaysia dijadikan sasaran oleh organisasi


jenayah atau pasaran gelap sebagai negara transit,
destinasi dan sumber kepada pemerdagangan wanita
dan kanak-kanak disebabkan kedudukan geografi yang
strategik, pembangunan ekonomi yang maju dengan
transaksi keluar masuk barangan, manusia yang begitu
pesat. Kebiasaannya, pemerdagangan manusia ini
berlaku disebabkan beberapa perkara yang bersifat
eksploitasi seperti
1) Tujuan komersial bagi industri seks
2) Lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dijadikan
buruh paksa

16
3) Dipaksa bekerja di industri perkhidmatan
domestik, pertanian, makanan, pembinaan,
peladangan, sektor industri dan perikanan.
Kebanyakan mangsa pemerdagangan manusia
adalah wanita dan kanak-kanak terdiri daripada
mereka yang warganegara dan bukan warganegara.
Laporan Keselamatan Malaysia melaporkan mangsa
pemerdagangan manusia terdiri daripada 20 jenis
kewarganegaraan pelbagai termasuk dari rantau Asia
Tenggara, Asia Selatan, Asia Pasifik. Kebanyakan
mangsa adalah mereka yang terdiri daripada
warganegara Indonesia, China, Sri Lanka dan Filipina.
Sementara mangsa lelaki dijadikan buruh paksa di
sektor perladangan dan industri.
Majoriti mangsa pemerdagangan manusia yang
datang ke Malaysia adalah mangsa dari negara luar
yang dengan sukarela ingin datang bekerja di Malaysia,
termasuklah mereka dari Indonesia, Nepal, India,
Thailand, China, Filipina, Myanmar, Bangladesh,
Vietnam, dan Cambodia. Tujuan mereka adalah untuk
mencari peluang pekerjaan tetapi ditipu oleh sindiket
yang merekrut mangsa dari negara masing-masing.
Kebanyakan mangsa pemerdagangan yang berjaya
diselamatkan adalah mereka yang dibawa masuk ke
Malaysia sama ada secara prosedur undang-undang
yang sah atau secara haram. Ramai mangsa wanita
diambil bekerja di sektor perkhidmatan seperti hotel
dan restoran. Ada yang berhijrah masuk ke Malaysia
menggunakan visa pelajar kemudiannya dipaksa
bekerja dalam industri pelacuran. Sindiket jenayah
antarabangsa iaitu transnasional yang terancang
bertanggungjawab kepada isu pemerdagangan
manusia ini kerana ia memberi pulangan keuntungan
dalam pasaran haram. Sindiket jenayah ini selalunya

17
menyimpan pasport mangsa dan mangsa dipaksa
bekerja di sektor haram, perladangan atau menjadi
pembantu rumah dengan bayaran yang minima dan
situasi bekerja yang buruk atas dasar melangsaikan
hutang kepada sindiket yang membawa mereka ke
destinasi ini. Terdapat juga warga Malaysia yang ditipu
oleh sindiket ini dan mangsa di bawa ke Singapura,
Hong Kong, United Kingdom dan France dan dipaksa
bekerja dalam sektor pelacuran.

Inisiatif Menanggani Isu Pemerdagangan


Manusia
Sebelum tahun 2007, tiada undang-undang di Malaysia
yang secara spesifik membicarakan isu pemerdagangan
orang atau penyeludupan manusia. Polis Diraja
Malaysia membanteras jenayah ini dengan merujuk
kepada undang-undang seperti Penal Code, Akta
Kanak-kanak, dan Akta Imigresen 1959 dan 1963.
Dewasa ini, jenayah pemerdagangan manusia diiktiraf
sebagai jenayah antarabangsa dan Malaysia komited
untuk mengatasi masalah ini dengan efektif. Malaysia
memperkenalkan undang-undang Anti-Trafficking in
Persons Act pada 11 Julai 2007 yang komprehensif
bertujuan untuk menghapuskan aktiviti jenayah
pemerdagangan manusia. Akta ATIP 2007 ini
dilaksanakan pada Februari 2008. Undang-Undang ini
merangkumi semua aspek jenayah berkaitan dengan
pemerdagangan manusia termasuk pemerdagangan
organ manusia. Akta ini meliputi perkara seperti:
1) Perlindungan dan sokongan kepada mangsa
2) Hukuman kepada penjenayah
3) Penubuhan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia
4) Perkara-perkara yang berkaitan dengannya

18
Akta ini menjelaskan definisi pemerdagangan
manusia mempunyai beberapa elemen iaitu 1)
recruitment 2) physical transportation 3) physical or
psychological coercion 4) exploitation of the work 5)
absence of informed consent.
Walau bagaimanapun, ATIP 2007 ini telah
dipinda pada 2010 dan dinamakan ATIPSOM (Anti-
Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants
Act) yang turut merangkumi definisi penyeludupan
manusia termasuklah pemerdagangan dan
penyeludupan bagi tujuan industri seksual, buruh
paksa, buruh terikat, eksploitasi buruh kanak-kanak,
dan pemindahan organ manusia. Di bawah ATIPSOM
2010 (Act 670) (Division 1, section 2), pemerdagangan
manusia didefinisikan sebagai
“...all actions involved acquiring or maintaining the
labour or services of a person through coercion and
includes the act of recruiting, conveying, transferring,
harbouring, providing or receiving a person for the
purposes of this Act”
Selain daripada akta yang terdapat dalam
ATIPSOM 2010, undang-undang lain yang turut
digunakan untuk melengkapi ATIPSOM ini ialah:
1) Akta Imigresen 1959 pindaan 1963
2) Akta Kanak-Kanak 2001
3) Akta Perlindungan Wanita 1973
4) Akta Juvana 1953 (repealed)
5) Malaysian Maritime Agency Act 2004
6) Akta Kastam 1967
Bagi memperkukuhkan usaha Malaysia
membanteras jenayah pemerdagangan manusia ini,
majlis khas telah ditubuhkan untuk pemantauan
berterusan dikenali sebagai Majlis Anti Pemerdagangan

19
Orang pada 2008 dan namanya ditukar pada tahun
2010 kepada Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan
Anti Penyeludupan Orang atau kini dikenali sebagai
MAPO. Inisiatif penubuhan MAPO ini merujuk kepada
Section 7(1) ATIPSOM 2010. MAPO diberi kepercayaan
untuk mengkoordinasi dan melaksanakan ATIPSOM
2010 di samping perlu memformulasikan dasar serta
program perlindungan untuk membanteras kegiatan
pemerdagangan dan penyeludupan orang. Di dalam
MAPO terdapat enam Jawatankuasa sokongan yang
menyokong fungsi MAPO iaitu:
1) Sekretariat MAPO (di bawah governans
Kementerian Dalam Negeri)
2) Jawatankuasa Perundangan (Jabatan Peguam
Negara)
3) Jawatankuasa Pelindungan (Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat)
4) Jawatankuasa Pelaksana (Polis Diraja Malaysia)
5) Jawatankuasa Buruh Paksa (Kementerian
Sumber Manusia)
6) Jawatankuasa Media dan Publisiti (Kementerian
Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan)
Menurut Section 27 ATIPSOM ini, lima agensi
telah diberi mandat untuk melaksanakan ATIPSOM ini
iaitu Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan
Maritime Malaysia (MMEA), Jabatan Buruh, Jabatan
Imigresen, dan Kastam Diraja Malaysia. Bagi
melaksanakan ATIPSOM, kerajaan Malaysia telah
mengatur strategi di peringkat kebangsaan dengan
memformulakan perancangan lima tahun Pelan
Tindakan Kebangsaan fokus kepada pemerdagangan
orang bermula dari 2010-2015. Objektif utama pelan
tindakan ini ialah melancarkan kempen kesedaran,

20
mengkoordinasi kutipan data, dan menjalankan kajian
mengenai pemerdagangan orang. Malaysia turut
mempraktiskan strategi 3P selaras dengan standard
operasi antarabangsa iaitu Prosecution (Pendakwaan),
Prevention (Pencegahan) dan Protection
(Perlindungan).

Jadual 2 Statistik penangkapan, kesalahan, dan


pendaftaran kes sejak 2008 hingga 31 Disember 2012
NO PERKARA JUMLAH
1 Jumlah kes keseluruhan 612
2 Jumlah mangsa pemerdagangan 3570
orang
3 Jumlah arahan perlindungan yang 1371
dikeluarkan
4 Jumlah orang yang ditangkap 835
5 Jumlah penjenayah yang didakwa 488

21
Jadual 3 Statistik Eksploitasi dan Penyeludupan
NO KESALAHAN JUMLAH
1 EKSPLOITASI
1.1. Seks 346
1.2. Buruh paksa 171
1.3. Perhambaan 0
1.4. Pemindahan organ manusia 0
2 JENIS KESALAHAN LAIN
2.1. Penyeludupan migrant 26
2.2. Eksploitasi visa 32
2.3. Penjualan bayi/kanak- kanak 37
JUMLAH 612

Jadual 4 Bil. Kes berdasarkan Pendaftaran di


Mahkamah (28/2/2008-17/5/2013)
KATEGORI 2008 2009 2010 2011 2012 2013 TOTAL
KES

Didakwa 8 142 192 22 63 15 488

Tertangguh 0 27 109 7 16 15 280

Digugurkan 2 50 41 10 19 0 87

Digugurkan 3 18 2 1 10 0 25
kerana
tidak
lengkap

Pensabitan 3 47 40 4 18 0 96

Jumlah 8 62 58 133 0 330


orang
dituduh

22
Jadual 5 Jumlah orang yang dituduh (2008-2012)
NO JUMLAH KES TERTUDUH JUMLAH
MENGIKUT TAHUN
1 Jumlah mereka yang dituduh (2008) 8
2 Jumlah mereka yang dituduh (2009) 69
3 Jumlah mereka yang dituduh (2010) 62
4 Jumlah mereka yang dituduh (2011) 58
5 Jumlah mereka yang dituduh (2012) 119
Jumlah keseluruhan 316
Sumber: Gunarajan (2013)
Kebanyakan kes tangkapan pemerdagangan
orang yang didapati bersalah didakwa di bawah
Seksyen 12 diikuti dengan Seksyen 13 ATIPSOM 2007.
Seksyen 12 ini melibatkan elemen eksploitasi yang
merupakan elemen kritikal dalam kes jenayah
melibatkan pemerdagangan orang. Sementara Seksyen
13 melibatkan elemen ugutan, penculikan, penipuan,
dan lain-lain.
Selain daripada penguatkuasaan undang-
undang dan usaha membanteras jenayah
pemerdagangan orang, kerajaan Malaysia juga komited
melalui komitmen berterusan seperti berikut iaitu:
 Kempen Kesedaran
Mengadakan kempen pendidikan dan kesedaran
terhadap anti pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran secara berterusan di
sekolah, institusi, dan media massa untuk
mendidik masyarakat untuk bekerjasama

23
dengan pihak berkuasa dan badan bukan
kerajaan (NGOs).

 Koordinasi dan Kerjasama dalam kalangan


agensi
1) Koordinasi efektif daripada semua agensi
yang terlibat dalam usaha membanteras
pemerdagangan dan penyeludupan orang.
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan
kerjasama dengan syarikat tempatan
dengan menyediakan progam pendidikan
dan kesedaran kepada pihak majikan, agensi
pengambilan pekerja seperti yang dilakukan
di Pahang (Feb 2012) dan Penang (Mac
2012). Majikan dan agensi pengambilan
pekerja dimaklumkan tentang ATIPSOM
2007 dan hukuman yang dikenakan jika
didapati bersalah.
- Kempen kesedaran media dan
masyarakat diadakan secara konsisten di
siaran TV, dan Radio tempatan.
- NCWO (National Council of Women
Organizations) menjalankan program
latihan kepada pelatih (TOT) melibatkan
guru, pelajar, jururawat, pegawai
kerajaan dan NGOs bagi melatih bentuk
bantuan.
- Malaysian Council for Child Welfare
(Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia)
telah mengadakan dialog bersama NGOs
bagi membanteras pemerdagangan
manusia terutama kanak-kanak dan
pemindahan organ.

24
2) Bekerjasama dengan badan bukan kerajaan
(NGOs) termasuk International Organization
for Migration (IOM) dan Suka Society
dengan menyediakan kaunseling kepada
mangsa.

3) Bekerjasama dengan Rotary Club of Bandar


Sunway bagi menyediakan program
kesihatan di rumah perlindungan dengan
mengadakan aktiviti seperti bicara sihat,
pemeriksaan kesihatan bagi mengawal
penyakit Hepatitis, dan kursus keselamatan
kendiri.

4) Menyediakan program latihan bagi mangsa


seperti Kelas Bahasa Inggeris, terapi
psikologi, kraftangan dan menjahit, kelas
masakan, dan kelas hiasan wanita.

 Memperkukuhkan penguatkuasaan
undang-undang
Menubuhkan Mahkamah Khas di Kuala Lumpur
untuk mempercepatkan perbicaraan kes
melibatkan pemerdagangan orang dengan
merujuk kepada kod khas 61AT dan 62AT bagi
urusan mengurus dan memantau kes-kes ini.
Tambahan lagi, dua pegawai pendakwa yang
terlatih telah ditempatkan di setiap negeri.

 Koordinasi dan Kerjasama dengan Badan


Antarabangsa
1) Malaysia telah menjalinkan kerjasama erat
dengan badan antarabangsa dari United
Kingdom, Australia dan badan-badan
antarabangsa lain yang berpayung di bawah

25
International Organization for Migration
(IOM) dalam usaha meningkatkan program
dan strategi membanteras pemerdagangan
dan penyeludupan orang termasuk usaha
pencegahan, perlindungan, pendakwaan dan
kesedaran.

2) Malaysia telah menandatangani MOU


(Memorandum of Understanding) on
Transnational Crime/Security bersama rakan
dari Australia, UK, Saudi Arabia, USA dan
China. Jenayah pemerdagangan yang sangat
rumit kerana melibatkan pergerakan
manusia, wang, dan sindiket antarabangsa
mendesak Malaysia dan rakan dari negara-
negara tadi untuk menandatangani MOU. Ini
membolehkan pertukaran informasi dan
kepakaran antara agensi penguatkuasa
seperti polis, kastam, imigresen, jabatan
laut, udara, dll bagi memastikan usaha
membanteras jenayah ini dapat dilakukan
dengan lebih efektif dan efisien.

 Keselamatan Sempadan dan Pemantauan


Kawalan sempadan adalah kunci utama yang
diberi perhatian penting dalam usaha
membanteras jenayah pemerdagangan
manusia. Pengurusan sempadan yang efisien
dan efektif sama ada di kawasan darat atau
lautan, kawalan keselamatan ini mampu
bertindak sebagai pencegahan kepada aktiviti
pemerdagangan dan penyeludupan orang. Di
bawah tanggungjawab membanteras jenayah
pemerdagangan dan penyeludupan terdapat
pelbagai agensi penguatkuasa yang terlibat

26
termasuklah Malaysian Maritime Enforcement
Agency (MMEA) yang telah diberi mandat di
bawah Akta ATIPSOM 2007 untuk mencegah
sebarang aktiviti yang meragukan di perairan
Malaysia dan menahan atau menangkap mereka
yang didapati melanggar apa-apa peraturan dan
undang-undang yang terdapat dalam Akta
ATIPSOM ini. MMEA telah diberi tugas untuk
mengawal aktiviti udara, perairan, dan operasi
menyelamat termasuk usaha membanteras
kegiatan lanun dan penyeludupan barang-
barang.

Sehingga kini, MMEA telah melaporkan


10 kes penyeludupan orang dan kesemua kes
ini telah disiasat sekitar tahun 2001-2012 di
bawah Akta ATIPSOM 2007. Bagi kes
melibatkan penyeludupan orang, tiga kes
melibatkan sejumlah 107 orang yang diseludup,
dua orang penyeludup telah ditangkap dan
ditahan. Daripada 107 mangsa penyeludupan
yang diselamatkan, 92 adalah warga
Myanmmar, 13 warga Afghanistan, dan 2 warga
Indonesia (Andika Ab Wahab 2014).

Menyingkap realiti “the new normal”


Migrasi manusia bukan sahaja menjadi isu utama masa
kini tetapi isu ini telah melatarkan kependudukan dunia
sejak berkurun lama. Menyingkap sejarah migrasi
manusia, sebagai contoh di Tanah Melayu pada kurun
ke 19, kedatangan beramai-ramai orang Cina dari
Tanah Besar China adalah disebabkan oleh faktor
ekonomi dan sosial tempatan yang mendesak manusia
untuk mencari tempat baru bagi kelangsungan hidup.

27
Faktor seperti kemiskinan, kebuluran, masalah
keselamatan [triads di zaman dinasti Manchu yang
memburu kumpulan kongsi gelap] dan masalah diburu
kerana dianggap pengkhianat negara [zaman dinasti
Qing yang menganggap orang-orang Cina yang
meninggalkan tanah air adalah pengkhianat yang harus
ditangkap dan dihukum mati] (Mansor Puteh, 2013) 10.
Tambahan pula, British di Tanah Melayu memerlukan
tenaga pekerja bagi mengurus sumber bumi seperti
lombong bijih timah, arang batu, aluminium, sektor
perladangan seperti getah, tanaman rempah ratus
memerlukan buruh dari China dan India, dan mereka
dibawa masuk bagi memudahkan urusan British
mengaut hasil bumi Tanah Melayu ketika itu.
Corak migrasi ini tetap sama di Eropah pada
tahun 1600, kurun ke 17-19 di mana perpindahan
orang Eropah ke Amerika Syarikat adalah disebabkan
oleh faktor tekanan ekonomi dan sosial yang menekan
penduduk. Migrasi penduduk ini turut disebabkan oleh
faktor tarikan dari luar yang menawarkan peluang
ekonomi yang lebih cerah untuk mencari pekerjaan dan
mengamalkan kebebasan beragama. Pada kurun ke-17
dan ke-19, didapati orang Afrika yang dibawa masuk
dilabelkan sebagai hamba yang telah dibawa secara
paksa untuk bekerja di sektor perladangan dan industri
di Amerika Syarikat. Pada tahun 1892, Ellis Island
menjadi stesen Imigresen Persekutuan yang pertama
untuk menstruktur dan merekod kedatangan
pendatang asing ke Amerika Syarikat. Dalam sejarah
penghijrahan ini, ramai yang ditipu akan kesenangan
peluang pekerjaan, wanita menjadi mangsa sindiket
pelacuran, buruh kanak-kanak dan dewasa, dibayar
gaji yang rendah dan berhutang seumur hidup; kisah
tragedi tercatat dalam sejarah yang boleh dijejaki di
Immigration Museum, Ellis Island. Amerika Syarikat

28
telah melalui sejarah yang panjang dalam mengurus
pendatang asing dengan adanya Immigration Act of
1965.
Lontaran soalan yang diketengahkan bagi
melihat fenomena new normal ini ialah bentuk migrasi
sama ada “push or pull factors” telah lama berlaku,
bersifat sukarela, tetapi pemerdagangan manusia
melibatkan sindiket yang tersusun dan terancang rapi
adalah corak lama dalam versi baru perpindahan
manusia. Perhambaan telah lama ada, dan
perhambaan bentuk baru adalah jenayah lama yang
kini menjadi the new normal11 menerusi sindiket
pemerdagangan manusia yang beroperasi secara
tersembunyi, sulit, diketuai mafia dengan jaringan
antarabangsa yang sukar dikesan. Ini adalah ancaman
yang menggusarkan.
Sex tourism, sex industries, atau sex-oriented
business menjadi suatu industri yang tidak lagi asing
pada masa kini walaupun telah ada secara kuno
beratus tahun dahulu. Branding yang lebih menggoda
melalui istilah “Red Light Districts” tumbuh macam
cendawan selepas hujan di metropolitan dunia seperti
Austria, Belgium, Denmark, Germany, Netherlands,
Switzerland, Canada, dan Mexico yang membenarkan
secara sah industri seks ini dijalankan di negara
mereka dengan pemberian lesen kepada premis yang
menjalankan urusniaga ini. Industri ini menjadi sumber
pendapatan negara apabila cukai dikenakan kepada
premis niaga ini. Sementara di beberapa negara
termasuk Thailand, Filipina, Indonesia (Dong Alley,
Surabaya), China, Vietnam, India, Afrika, industri seks
adalah illegal (tidak sah) tetapi industri ini dianggap
“tolerated and regulated”. Secara struktural industri ini
mempunyai sistem sosial dalaman tersendiri yang

29
menyukarkan usaha untuk membanteras
pemerdagangan orang terutamanya mangsa mudah
seperti wanita dan kanak-kanak.
Hakikat yang hakiki, kapitalisme telah
menjadikan usaha mengaut keuntungan adalah hak
pemodal berdasarkan tuntutan supply-demand tanpa
mengira dari mana bekalan itu boleh diperoleh; secara
sukarela atau paksa. Kewujudan industri sebegini
dalam stuktur sosial menerusi kegiatan “underground”
mencipta hambatan yang sukar ditangani secara
tuntas. Isu pemerdagangan orang dalam ertikata lain
dilihat sebagai new normal yang diterima dalam
amalan kapitalisme bagi memenuhi tuntutan
permintaan-penawaran dan bersedia memejamkan
mata dalam memperhalusi isu moral dan harga diri
manusia.

Kesimpulan
Secara konseptual, istilah pendatang asing dilihat
menembusi kerangka migrasi, pemerdagangan, dan
penyeludupan. Pendatang asing yang menjadi mangsa
pemerdagangan atau penyeludupan turut dibezakan
dari segi konteks bagi membolehkan tindakan
perundangan yang sewajarnya dikenakan untuk
membela, membantu, atau menghukum mangsa dan
pemangsa. Pemerdagangan manusia menjurus kepada
semua bentuk paksaan dan eksploitasi yang mencabut
kehormatan dan harga diri mangsa baik lelaki, wanita
dan kanak-kanak. Kerajaan Malaysia berusaha untuk
membanteras jenayah pemerdagangan manusia
dengan menjalinkan kerjasama di peringkat rantau dan
antarabangsa. Walaupun terdapat hambatan dalam
usaha membanteras jenayah ini, kesedaran untuk

30
memperkasakan mekanisme dan strategi iaitu
melibatkan aspek pencegahan, perlindungan,
pendakwaan dan pendidikan semestinya memerlukan
sokongan berterusan dari kerajaan, badan bukan
kerajaan dan masyarakat seantero dunia.

Rujukan
Al-Quran.

Azizah Kassim dan Ragayah Mat Zin. 2011. Policy on


Irregular Migrants in Malaysia: An Analysis of its
Implementation and Effectiveness. Phillippines
Institute for Development Studies, Discussion
Paper No. 34.
Azizah Kassim. 2014. Menangani Jenayah
Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan
Migran di Malaysia: Dasar dan Cabaran. UKM
(tidak diterbitkan).
Andika Ab Wahab. 2014. Malaysian Anti-Trafficking
Initiatives and the Emerging Issues: An
Overview on Refugee Perspective. IKMAS
(unpublished).
Arase, David. 2010. Non-Traditional Security in China-
ASEAN Cooperation: The Institutionalizatoin of
Regional Security Cooperation and the Evolution
of East Asian Regionalism. Asian Survey. Vol. 50
No. 4. Pp.808-833.
Brysk, Alison and Choi-Fitzpatrick, Austin. 2012. From
Human Trafficking to Human Rights: Reframing
Contemporary Slavery (Pennsylvania Studies in
Human Rights). USA: University of Pennsylvania
Press.

31
Buzan, Barry., Weaver, Ole & DeWilde, Japp. 1997.
Security: A New Framework for Analysis.
Boulder, Colorado: Lynne Rienner.
Chapkis, Wendy. 2003. Trafficking Migrations and the
Law: Protecting Innocents, Punishing
Immigrants. Gender and Society, Vol. 17 No. 6:
923-937.
Choi-Fitzpatrick, Austin. 2012. Rethinking Trafficking:
Contemporary Slavery. In From Human
Trafficking to Human Rights: Reframing
Contemporary Slavery (Pennsylvania Studies in
Human Rights), edited by Brysk, Alison & Choi-
Fitzpatrick, Austin. USA: University of
Penssylvania Press. Pp. 13-24.
Corssette, Barbara. 2000. Human Trafficking Spawns
Burgeoning Crime Wave. USA: San Francisco
Inc.
Gunarajan A/L Ramayal. 2013. Organized Crime:
Goverments Initiatives, Laws, and Investigation
of Human Trafficking in Person and Smuggling
of Migrants in Malaysia. [unpublished].
Haas, Peter. 1992. Introduction: Epistemic
Communities and International Policy
Coordination, International Organization. Vol.
46, No. 1: 1-35.
Hakimi Ismail. 2014. Kebanjiran Pekerja Asing di
Malaysia Sangat Serius. UtusanOnline.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/keb
anjiran-pekerja-asing-8232-di-malaysia-sangat-
serius-1.23718. Tarikh capaian: 18 Januari
2015).
International Labour Organization (ILO), Forced Labour
Statistics Factsheet (2012).
http://www/ilo.org/forcedlabour. Tarikh
capaian: 20 Januari 2015.

32
Jennisen, Roel. 2007. Causality Chains in the
International Migration Systems Approach.
Population Research and Policy Review, Vol.
26(4) August, Pp.411-436.
Kartini Aboo Talib @ Khalid, Kamal Halili Hassan,
Suzanna M. Isa, Sakinah Shaikh Ahmad Yusoff,
dan Che Mustafa. 2012. Labor Law and
Immigrants: legal Impacts on Minority. Journal
of Asian Social Science, Vol. 8 (6):52-62.
Kokko, Laura. 2008. People for Sale: Three Different
Approaches to Human Trafficking. Human
Security Journal, Vol.6 (3): 46-49.
Nafisah Ilham Hussin. 2008. Keselamatan Insan dan
Isu Pemerdagangan Manusia: Analisis Peranan
Tenaganita dan Kerajaan Malaysia. (tesis
sarjana, UKM).
Trafficking in Persons Report, 2013.
http://www.state.gov/documents/organization/1
92587.pdf. Tarikh capaian: 21 Ogos 2015).
Rashila Ramli, Zarina Othman, Nur Azizan Idris & Sity
Daud. 2012. Towards a modified approach to
human security in Southeast Asia – a
perspective from Bangi. Pertanika J. Soc. Sci. &
Hum. 20 (3):577-588.
Smith, Gerri. 2000. Its Time for the U.S. To Let in More
Mexicans. Business Week, 5 June.
UNDP. 1995. Human Development Report 1995. New
York. Oxford University Press.
Wasileski, Gabriela and Miller, Mark J. 2012. Rethinking
Gender Violence: Battered and Trafficked
Women in Greece and the United States. In
From Human Trafficking to Human Rights:
Reframing Contemporary Slavery (Pennsylvania
Studies in Human Rights), edited by Brysk,

33
Alison and Choi-Fitzpatrick, Austin. USA:
University of Pennsylvania Press., p.107-120.
Zarina Othman. 2006. Human in (security): Human
Trafficking and Security in Malaysia (p.47-60).
In Trafficking and the Global Sex Industry,
edited by Beeks, Karen & Amir, Delila. Lanham,
MD: Lexington Books.

34
About KITA
The Institute of Ethnic Studies (KITA) was officially
established on 8 October 2007 by Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) to undertake academic research on subjects
pertaining to ethnic studies in Malaysia. This research
institute is ‘only one of its kind’ in Malaysia, focusing
specifically on ‘ethnic studies’ with thematic studies
orientation. The Institute emerged out of the need to
maintain at home the present peaceful inter- and intra-ethnic
existence against worldwide problematic, and sometimes
violent ethnic situations.

Organisationally, KITA has five research clusters, each being


led by a prominent scholar or a highly experienced
professional person. The five research clusters are: Social
Theory and Ethnic Studies; Ethnicity and Religion; Ethnicity
at Workplace; Ethnicity and Consumerism; and The Arts and
Social Integration. KITA’s postgraduate program (PhD and
Masters) was launched in December 2009.

Mengenai KITA
Institut Kajian Etnik (KITA) ditubuhkan secara rasmi oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8 Oktober 2007. KITA
merupakan satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia
yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada segala kajian
berkaitan dengan ‘etnik’ dan ‘etnisiti’.

Dari segi organisasi, KITA mempunyai lima rumpun


penyelidikan. Setiap satu rumpun diketuai oleh seorang
sarjana atau ahli profesional yang mempunyai rekod prestasi
cemerlang. Lima rumpun penyelidikan berkenaan adalah:
Teori Sosial dan Kajian Etnik; Etnisiti dan Agama; Etnisiti di
Tempat Kerja; Etnisiti dan Konsumerisme; dan Kesenian dan
Integrasi Sosial. Mulai Disember 2009, KITA menawarkan
program siswazah (PhD dan Sarjana).

35
1
Jualbeli manusia telah berlaku sejak zaman berzaman iaitu 6800 BC
di zaman Mesopotamia lagi. Dalam tahun 1000 AD perhambaan
adalah praktis normal di England terutama di kawasan pedalaman
bagi mengusahakan ladang-ladang dan hamba ini bekerja sebagai
membayar hutang kepada pemodal dan pemilik tanah. Di era
mercantilism dan kolonialisasi barat iaitu 1380 AD mencatatkan
penjualan dan pengeksportan manusia sebagai hamba dalam kuantiti
yang besar. Tahun 1641 Massachusetts menjadi koloni British
pertama yang memberi legitimasi terhadap perhambaan. Sila rujuk
http://www.freetheslaves.net/about-slavery/slavery-in-history/.
Tarikh capaian: 21 Ogos 2015.

2
International Labour Organization (ILO), Forced Labour Statistics
Factsheet (2012). http://www/ilo.org/forcedlabour. Tarikh capaian:
20 Januari 2015).

3
UNESCO Migrant/Migration at
http://www.unesco.org/new/en/social-and-human-
sciences/themes/international-migration/glossary/migrant/ (Tarikh
capaian: 26 Ogos 2015)

4
International Organization for Migration
http://www.iom.int/cmc/en/sites/iom/home/about-migration/key-
migrate. Tarikh capaian: 20 Januari 2015).
5
Penggunaan istilah atau perkataan ”irregular” digunakan berbanding
“illegal” kerana istilah “illegal” mempunyai elemen jenayah dan ini
dilihat sebagai menafikan hak asasi pendatang migran sebagai
manusia.

6
Isitilah slavery is wrong boleh dicabar dengan melatarkan semula
sejarah Greek purba dan Sejarah pra-Islam di mana perhambaan
adalah suatu kebiasaan bagi golongan elit, aristokrat dan pemodal.
Kewujudan gladiators misalnya adalah mereka yang ditawan sebagai
hamba dan majikan atau pemilik hamba menjadikan mereka objek
hiburan bagi sukan lasak (http://www.ancient.eu/gladiator. Tarikh
capaian: 21 April 2015). Sementara, dalam sejarah zaman jahiliah
Bilal bin Rabah adalah hamba yang dibebaskan (Sumber: Majalah As-
Sunnah edisi 03/V/1421 H - 2001 M.). Penggunaan slavery is wrong
boleh dicabar dalam aspek dimensi masa dan zaman kerana suatu
ketika dahulu perhambaan adalah kebiasaan yang dibenarkan dan
tidak menyalahi peraturan zaman tersebut.
7
Laporan data daripada Trafficking Info-graphic oleh Nick Koch, ‘We
Are Chapter One’ at slaveryfootprint.org (tarikh capaian: 22 April
2015).

8
Program 6P ini melibatkan Program Pemutihan Pendatang Tanpa
Izin membabitkan pendaftaran pekerja asing sah dan progam
penyelesaian menyeluruh pekerja atau pendatang asing tanpa izin.
Pendaftaran pekerja asing yang sah membabitkan pengambilan data
biometrik dan melengkapkan maklumat peribadi di Jabatan
Imigresen. Melalui data biometrik, pihak imigresen berupaya
mengenal pasti dengan tepat pekerja asing sah yang lari daripada
majikan. Keadaan ini termasuk mereka yang membuang dokumen
pengenalan diri asal dan sedia ada dan menukarnya dengan
dokumen baru dengan menggunakan identiti berbeza. Mereka yang
dikenalpasti melakukan perbuatan sedemikian tidak dibenarkan
untuk menyertai program pemutihan dan dinasihatkan kembali
kepada majikan asal atau pulang ke negara asal.
Lihat
http://www.rangam.gov.my/index.php/component/content/article/44
5-kolumnis/10523-pemutihan-pendatang-asing.html. (Tarikh
capaian: 15 Januari 2015).

9
Merujuk kepada Trafficking in Persons Report July 2015,
pembahagian pencapaian Tier terbahagi kepada Tier 1, 2 dan 2
(Watch List) dan Tier 3. Malaysia disenaraikan dalam Tier 2 (Watch
List) dalam (ms.55-54). Sila layari
http:www.state.gov/documents/organization/245365.pdf (Tarikh
capaian: 26 Ogos 2015).
10
Mansor Puteh. 2013. Immigrants in Malaya. www.Malaysia-today.
(Tarikh capaian: 20 Januari 2015).

11
The new normal adalah istilah yang digunakan dalam konteks
ekonomi untuk menggambarkan situasi pasaran yang suatu ketika
dulu dianggap tidak normal tetapi disebabkan perubahan masa,
permintaan, penawaran, teknologi, dan kompleksiti semasa,
fenomena yang dianggap pada awalnya abnormal kini menjadi
normal. Sila lihat Ian Davis (2009) The New Normal, McKinsey
Quarterly at
http://www.mckinsey.com/insights/strategy/the_new_normal.
(Tarikh capaian: 15 Januari 2015).

View publication stats

You might also like