Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kajian ini melibatkan 5 peringkat

Tinjauan isu/masalah yang hendak dikaji

Perancangan tindakan

Perlaksanaan tindakan

Pemerhatian/penilian tindakan

Refleksi/penilian kendiri

Rajah 1
Peringkat-peringkat kajian

Peringkat Langkah Pertama : Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitu
masalah membina ayat mudah untuk
membentuk karangan pendek.

Peringkat Langkah Kedua: : Perancangan menggunakan kaedah


konstruktivisme.

Peringkat Langkah Ketiga : Pelaksanaan Tindakan.

Peringkat Langkah Keempat : Pemerhatian Tindakan

Peringkat Langkah Kelima : Refleksi / Renungan dan penilaian kendiri.

22
3.3 Lokasi Kajian

Hanya sebuah sekolah rendah yang terlibat dalam kajian ini iaitu Sekolah

Kebangsaan Bundu Keningau, Sabah. Jarak sekolah tersebut dari Pekan Keningau

adalah lebih kurang 20 kilometer.

3.4 Sampel Kajian

Untuk kajian ini, satu sampel telah dipilih secara konvenien dengan memilih

populasi dari kalanganguru dan murid di sekolah kajian. Sampel kajian terdiri

daripada dua orang guru mengajar matapelajaran Bahasa Melayu dan juga 20 0rang

murid tahun 5 di sekolah ini dipilih .

3.5 InstrumenKajian

Dalam kajianini, pengkaji menggunakan dua kaedah mengumpul data sepertiyang

berikut:

3.5.1 Soal Selidik

Alat kajian yang akan digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini adalah 1 set

borang soal selidik yang terdiri daripada bahagian A, B, C dan D.Bahagian A borang

soal selidik digunakan untuk mendapatkan profil guru yang mengajar mata pelajaran

Bahasa Malaysia di sekolah kajian. Antara maklumat penting yang hendak

diperolehi melalui soal selidik termasuklah kelayakan akademik/ikhtisas guru,

pengalaman mengajar mata pelajaran kemahiran hidup, kursus dalam perkhidmatan

kemahiran hidup yang pernah dihadiri.


23
Bahagian B merupakan satu senarai mengandungi 5 masalah yang perlu di

susun mengikut keutamaan 1 – 5 (1= masalah yang paling utama, 5 = masalah paling

kurang utama). Tujuan senarai ini adalah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh

guru dalam menggunakan kaedah konstruktivisme dalam pengajaran dan

pembelajaran penulisankarangan di sekolah kajian.

Manakala bahagian C borang selidik untuk mendapatkan jawapan daripada

pernyataan dengan memilih jawapan (Ya atau Tidak) .Borang soal selidik ini

bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana penglibatan murid dalam pengajaran dan

pembelajaran. melalui proses soal selidk ini pengkaji akan dapat mencari alternatif

untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pencapaian objektif.

Set keempat borang selidik D ialah untuk mendapat kan maklumat bagaimana

cara-cara menangani masalah dari pada dapatan melalui jawapan soal selidik

dengan menggunakan skala likerd dengan memilih satu jawapan sahaja tanpa

dipengaruhi oleh jawapan orang lain bagi mendapatkan penilian yang sah.

3.5.2 Pemerhatian

Pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dilaksanakan

dalam dua sesi seperti yang berikut:-

Sesi pertama: Dalam peringkat tinjauan awal sebelum pelaksanaan cadangan

tindakan.Langkah ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan dalam proses

24
pengajaran dan pembelajaran penulisan dengan menggunakan kaedah kontruktivisme

di sekolah kajian.

Sesi kedua: Selepas peringkat pelakanaan cadangan tindakan.Langkah dua bertujuan

untuk mengenal pasti perubahan/kemajuan yang berlaku dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kemahiran menulis selepas pelaksanan tindakan yang

dirancang.Senarai semak tentang pengajaran yang menggunakan kaedah

kontruktivisme dalam pemerhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.8 Prosudur Kajian

Prosedur yang terlibat dalam proses pengumpulan data adalah seperti yang berikut:

1. Profail guru Bahasa Melayu yang terlibat dalam kajian tindakan diperolehi
melalui Borang Soal selidik.

2. Mengedarkan borang SoalSelidik B untuk dijawa boleh murid dengan


menyusun masalah mengikut keutamaan masalah bermula dari 1 hingga
yang terakhir.Tujuan ini ialah untuk meninjau isu atau masalah yang hendak
di kaji.

3. Pengkaji mengemukan beberapa soalan kepada guru Bahasa Melayu secara


ringkas sebelum proses pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan tinjauan
pengajaran dan pembelajaran.

4. Pengkaji meminta kepada guru Bahasa Malaysia untuk mengedarkan borang


selidik C kepada sampel kajian untuk tujuan mengenalpasti penglibatan
murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis melalui
kaedah konstruktivsme.

5. Pengkaji meminta guru Bahasa Melayu membuat refleksi pengajaran dan


pembelajaran dengan menggunakan kaedah konstruktivisme disekolah
kajian.

6. Membuat catatan untuk tujuan analisis data. Senarai semak juga digunakan
dalam proses pemerhatian pengajaran dan pemebelajaran tersebut.

25
7. Mengedarkan borang soal selidik D untuk tujuan mendapatkan maklumat
untuk sebagai maklumbalas tentang cara-cara untuk meningatkan kemajuan
dan cara-cara menanggani masalah-masalah proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah konstruktvisme.

3.9Analisis Data

Penganalisan data kuantatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskritif dan

inferens. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai,

frekuensi dan peratusan untuk melihat keberkesanan keadah pengajaran dan

pembelajaran di kalangan murid. Manakala statistik inferens digunakan untuk

mengira nilai dalam hipotesis kajian.

Untuk menunjukkan persepsi murid terhadap perisian yang digunakan,

pengkaji akan mentafsir datanya dalam bentuk peratusan dan min skor setiap item

dalam soal selidik. Purata min skor yang tinggi bagi setiap item akan menunjukkan

penerimaan yang positif dan sebaliknya purata min skor yang rendah mneunjukkan

penerimaan yang negatif . Semua analisis dalam kajian ini akan menggunakan

program dari pekej SPSS supaya memperolehi keputusan yang tepat dan benar.

3.10 Kesimpulan

Berdasarkan laporan kajian ini diharap guru akan dapat mengubah suasana

pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pendedahan input yang terancang

tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah

konstruktivisme. Saya berharap agar tindakan ini dapat dilaksanakan disekolah-

sekolah rendah yang menghadapi masalah yang sama dalam pengajaran dan

26
pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu. Sesungguh nya tanpa pengetahuan

dan kefahaman yang kukuh tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran

kemahiran penulisan Bahasa Malaysia dengan menggunakan kaedah

konstruktivisme, guru Bahasa Melayu pastinya akan menghadapi masalah dalam

melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut di bilik darjah.

27

You might also like