Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN

KEMANUSIAAN

SEMESTER II 2019/2020

AT10603 PENULISAN AKADEMIK

SEKSYEN 1

ASSIGNMENT INDIVIDU

TAJUK

ISU UIGHUR: HAK ASASI MANUSIA

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. ROSAZMAN BIN HUSSIN

NAMA TUTOR : MISS NIVASINI TAMOTHRAN

NAMA PELAJAR: RABIATUL ADAWIAH BINTI AHMAD FUADY

(BA19161080)
KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1 -4

2.0 ISU UIGHUR : PENINDASAN HAK ASASI


MANUSIA 5

2.1 : FAKTOR PENINDASAN HAK ASASI MANUSIA 6-7


ETNIK UIGHUR

2.2: KESAN PENINDASAN HAK ASASI MANUSIA 8-10


ETNIK UIGHUR

2.3 : LANGKAH MENGATASI ISU HAK ASASI 11-12


MANUSIA ETNIK UIGHUR

3.0 KEM TAHANAN XINJIANG 12-14

4.0 KESIMPULAN 15

5.0 RUJUKAN 16-18


PLAGIARISM SCAN
REPORT

Date 2020-06-15

Words 833

3% 98% Characters 5927


Plagiarised Unique

Content Checked For


Plagiarism

1.1 PENDAHULUAN
Etnik Uighur merupakan etnik yang beragama Islam dan mereka juga berbahasa
Turki yang berasal dari rantau Asia Tengah. Sebahagian besar etnik Uighur ini
telah menetap di wilayah autonami seperti Xinjiang dan China. Etnik ini juga
tergolong dalam salah satu beberapa minoriti agama Islam yang telah dianiaya di
Xinjiang termasuklah juga Kazakhs, Uzbek, Tajiks, Kyrgyz dan juga Hui.
Masyarakat Uighur yang telah menetap dinegara jiran di anggarkan seramai
3,000 orang Uighur yang telah tinggal di Australia. Malahan, separuh daripada
mereka juga ada yang menetap di China, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan
Kazakhstan. Menurut Kay Suhaimi (2019), Pada abad ke-21 terdapat 10,000,000
orang Uighur di China dan sekurang-kurangnya 300,000 lagi di Uzbekistan,
Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Presiden China iaitu Zi Jinping telah melaksanakan
pendekatan yang tegas terhadap golongan minoiriti Islam yang telah menetap di
Xinjiang terutamanya kaum Uighur.
Sejak kebelakangan ini, Kerajaan China telah mula menggunakan alat

1
pengawasan berteknologi yang canggih di seluruh pelusuk negara ini serta
jumlah polis juga semakin hari semakin meningkat. Umat Islam minoriti akan
ditangkap dan dipenjarakan dengan sewenang-wenangnya dan kini telah
dianggarkan bahawa hampir sejuta orang Uighur telah ditahan di dalam kem
yang telah digelar sebagai “Pusat Latihan Vokasional” yang dibina oleh kerajaan
China sebagai pusat tahanan yang dibina khas sebagai pusat tahanan ini
menyerupai penjara dengan mempunyai kelengkapan keselamatan yang tinggi.
Di Xinjiang, pada masa ini juga telah menubuhkan lebih 28 buah kem tahanan
sebagai sebahagian daripada program penaklukan China.
Aktivis Uighur juga yang telah mengatakan bahawa kerajaan China telah
mengendalikan hampir 500 kem tahanan dan penjara di Xinjiang berdasarkan
imej yang telah dipaparkan di Satelit. Isu ini juga semakin hari semakin hangat
diperbicarakan di bidang akhbar dan masyarakat. Tambahan pula, pelanggaran
hak asasi manusia di dalam kes tersebut berlaku serta merta seperti kematian
dalam tahanan dan buruh paksa. Isu Etnik Uighur jika dipandang dari sudut hak
asasi manusia isu ini juga bersamaan dengan isu apa yang etnik Rohingya telah
hadapi pada hari ini iaitu berkaitan dengan isu Pelanggaran hak asasi manusia.
Anggota keluarga Uighur yang tinggal di luar China akan dilaporkan untuk
membawa bukti keluarga yang masih hidup dari Beijing jika ada kehilangan ahli
keluarga mereka di Xinjiang.
Pada tahun 1949, Republik China telah menjadikan Xinjiang sebahagian
daripada negara mereka. Pada masa itu juga, etnik Uighur telah dianggarkan
berjumlah sektar 76% daripada keseluruhan penduduk pada masa itu. Orang
Cina yang berbangsa Han juga telah menyumbang sebanyak 6.2% di Xinjiang
dan baki yang lain pula di monopoli oleh kaum yang lain. Sejak tahun 1949 lagi
penghijrahan orang Han ke rantau ini telah mengubah nasib etnik secara statistik
rasmi. Kerajaan China juga tidak mengiktiraf Xinjiang sebagai tanah jajahan.
Tetapi atas tindakan memasukkan Xinjiang sebagai sebahagian daripada China
pada tahun 1949 telah mewakilkan penjajahan kepada minoriti Islam di Xinjiang
dn sebahagian daripada mereka telah menentang pemerintahan Beijing. Hal ini
kerana, ramai daripada mereka enggan bercakap dalam bahasa Mandarin.
Sementara yang lain pula adalah untuk menuntut kemerdekaan kepada tanah

2
Xinjiang. Perkara ini telah menyebabkan China tidak berpuas hati dan
menganggap kritikan terhadap Parti Komunis China itu sebagai satu ancaman.
Pebezaan pendapat oleh golongan minoriti ini telah di anggap sebagai perkara
yang berbahaya untuk mewujudkan keamanan negara. Malahan, mengutarakan
pendapat tentang kesihatan, pendidikan dan pekerjaan juga dilihat sebagai satu
ancaman. Bagi China, keutuhan wilayah sangat penting dalam memastikan
ekonomi dan politik China tidak menghadapai masalah. Mereka tidak akan
bertolak ansur dengan pelbagai luahan yang dilontarkan jika bertentangan
dengan kedudukan rasmi bahawa Xinjiang sentiasa menjadi sebahagian daripada
China. Hal ini kerana, kerajaan China telah lama menganggap Xinjiang dan
minoriti Islam seperti etnik Uighur sebagai satu etnik yang mundur. Semasa
kempen Great Leap Forward oleh parti Komunis yang berlaku pada tahun 1958
hingga 1962, kerajaan China telah tekankan bahawa etnik dan agama sebagai
halangan untuk kemajuan dan juga adat yang mundur.
Oleh kerana itu, tindakan keras pada tahun 1980 hingga 1990 membawa
kepada sejumlah besar orang Uighur melarikan diri dari China untuk mencari
tempat perlindungan. Pada hari ini juga kerajaan China dikatakan telah bertindak
dengan lebih kejam yang berupa penahanan bagi mencegah keganasan yang
berlaku dan menghapuskan ekstremisme Islam. Tindakan ini sebahagian
daripada kempen yang dipromosikan Xi Jinping untuk mejadikan nasionalisme
Han sebagai kuasa yang dapat menyatukan Han dengan etnik majoriti di China.
Dengan menindas mana-mana etnik serta kebudayaan dan keagamaan yang
bersaing untuk mendapatkan kesetiaan di kalangan Parti Komunis China. Pada
tahun 2009, ketegangan yang didorong beberapa diskriminasi ke atas etnik
Uighur di tanah air mereka sendiri telah mecetuskan pertempuran antara 2 etnik
di jalan ibukota Xinjiang iaitu Urumqi. Menurut Anna Hayes (2019), cubaan
asimilasi yang secara berulang-ulang dan secara paksa berdasarkan dasar
diskriminasi dan penindasan antara satu sama lain telah menyebabkan protes
yang berkala di seluruh Xinjiang.
Sejak kebelakangan ini juga, kerajaan China telah melabelkan kumpulan etnik
Uighur sebagai pengganas kolektif. Dalam masa yang sama juga, ini telah
memeberikan alasan yang kukuh kepada China untuk membenarkan

3
transformasi Xinjiang menjadi sebuah negeri yang sentiasa diawasi secara ketat.
Peningkatan Islamofobia yang berlaku di seluruh China juga menyebabkan
ketatukan, kebencian dan prejudis terhadap agama Islam atau umat Islam
secara umunya apabila melibatkan kuasa geopolitik ataupun sumber keganasan.

Matched Source

Similarity 9%
Title: (PDF) Amalan Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Pendidikan Asas...

https://www.researchgate.net/publication/267038841_Amalan_Kreativiti_Guru_Dalam_Pengajaran_Pendidikan_Asas_Vok
asional_PAV

PLAGIARISM SCAN
REPORT

Date 2020-06-15

Words 273

0% 100% Characters 1974


Plagiarised Unique

Content Checked For


Plagiarism

4
2.0: ISU UIGHUR : PENINDASAN HAK ASASI MANUSIA
Penindasan hak asasi manusia dalam isu etnik Uighur tidak asing lagi dalam
kehidupan masa kini. Isu ini sering terpapar di bidang akhbar mahupun di kaca
television. Paling menyedihkan lagi apabila penindasan ini berlaku hanya tertumpu
kepada satu etnik dan agama iaitu etnik Uighur yang beragama Islam. Kongres
Amerika Syarikat telah membenarkan sekatan terhadap pegawai China yang telah
berhubung melalui penahanan minoriti Islam di Uighur. Dalam masa yang sama,
perkara ini dapat meningkatkan ketegangan hubungan dua kuasa besar iaitu kuasa
China dan Amerika Syarikat. Majoriti Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menyokong
undang-undang Hak Asasi Manusia Uighur yang telah ditubuhkan selepas Setiausaha
Negara iaitu Mike Pompeo yang telah menekan China berhubung isu autonami Hong
Kong. (Penindasan etnik Uighur, AS tingkatkan tekanan terhadap China , 2020).

Menurut Nancy Pelosi iaitu speaker Dewan Perwakilan berkata Amerika Syarikat
tidak boleh berdiam diri berhubung pelanggaran hak asasi manusia yang telah berlaku
kepada etnik Uighur di China. Bukan hanya beberapa kepentingan komersial ini tidak
bermaksud untuk kehilangan kuasa moral bagi membangkitkan isu mengenai
pelanggaran hak asasi manusia yang telah berlaku sekarang ini. Mesej ini juga telah di
sampaikan Ahli Jawatankuasa Kanan Hal Ehwal Luar iaitu Micahel McCaul yang telah
mendakwa bahawa China telah menaja budaya pembunuhan beramai-ramai pada
masa ini. Amnesty International Malaysia juga telah menyatakan bahawa etnik Uighur
telah ditahan dipusat berkenaan tanpa dikenakan sebarang proses undang-undang
atas sebab golongan ini tidak menunjukkan taat setia pada pemerintah dan parti
komunis China. Pihak yang berkuaasa telah melabel kem-kem tersebut sebagai pusat
transformasi pendidikan semula. Namun, keberadaan etnik Uighur di kem tersebut
telah menyebabkan mereka dianiaya,diarahkan untuk meninggalkan agama,didera dan
sebagainya (FMT Reporters, 2019).

5
Matched Source

No plagiarism

PLAGIARISM SCAN
REPORT

Date 2020-06-15

Words 494

0% 100% Characters 3590


Plagiarised Unique

Content Checked For


Plagiarism

2.1: FAKTOR-FAKTOR PENINDASAN HAK ASASI MANUSIA ETNIK UIGHUR


Tekanan dan penindasan rejim Komunis China terhadap etnik Islam uighur adalah isu
yang amat membimbangkan pada hari ini. Etnik Islam Uighur akan diseksa serta hak
asasi mereka turut tidak terjaga. Berlakunya banyak faktor-faktor yang telah menjadikan
etnik Uighur telah di tindas di Xinjiang, China. Mengimbas semula sejarah sebelum ini
dimana Xinjiang lebih dikenali sebagai Turkistan Timur yang telah dibuka ketika Zaman
Bani Umayyah pada tahun 96 Hijrah yang pada asalnya wilayah ini adalah milik Islam
sebelum dijajah oleh Komunis pada China ketika itu. Menurut Abdul Salam juga bahawa
wilayah Xinjiang juga bersempadan dengan Pakistan dan Afganistan telah dicengkam
dan dipegang selama 70 tahun oleh kekejaman kerajaan China dengan menggunakan
pelbagai helah dan tipu daya agar negara Islam tidak sedar bahawa terdapat “Udang di

6
sebalik mee” setiap perkara yang dilakukan oleh kerajaan China daripada pengetahuan
umum.

Ajaran Islam serta cara hidup Islam termasuklah makan dan minum yang bertanda
halal juga telah dilarang. Etnik Uighur juga dilarang untuk melakukan solat serta
mengucapkan “Assalamualaikum” juga dilarang sama sekali. Tambahan pula, setiap kali
selesai solat selepas tahiyat akhir ketika beri salam akan digantikan dengan “semoga
Presiden China, Xi Jinping panjang umur”. Kesimpulannya, mereka tidak boleh
mengamalkan ibadah-ibadah agama Islam. Semuanya akan didoktrin bertuhankan
kerajaan China. Selain itu juga, China juga telah menafikan kewujudan kem tahanan
dengan menegaskan kem tersebut Perkara ini telah dipercayai bahawa mereka
merupakan penduduk Islam etnik Uighur di China yang telah dikumpul berhampiran
stesen kereta api dan akan di bawa ke kem tahanan. (Bukti China tindas Uighur, 2019).

Organisasi hak asasi manusia, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


serta pemerintah-pemerintah dari negara lain juga turut mendesak kerajaan China untuk
menghentikan tindakan keras yang dilakukan oleh mereka terhadap etnik Uighur. Tetapi,
pegawai kerajaan China berpendapat bahawa apa yang mereka telah lakukan sekarang
adalah sesuatu perkara yang tidak melanggar hak asasi manusia etnik Uighur. Mereka
juga turut enggan berkongsi maklumat mengenai pusa-pusat penahanan dan mereka
juga turut menghalang wartawan dari menyiasat ataupun membuat liputan di kawasan
tersebut. Namun akhirnya, dokumen pemerintahan China telah dibocorkan pada tahun
2019 dan telah memberikan perincian perkara yang penting mengenai pegawai-pegawai
yang terlibat dalam menyelenggara kem tahanan tersebut. (Lindsay Maizland, 2019).

Akhir sekali, faktor yang menjadikan etnik Uighur telah ditindas oleh kerajaan China
adalah Xinjiang merupakan penghubung paling terpenting dalam Inisiatif “Belt” dan jalan
China melalui pelan pembangunan besar-besaran yang merangkumi Asia dan Eropah.
Xinjiang juga merupakan rumah bagi simpanan arang batu dan gas asli terbesar di
China. Tetapi, organisasi hak asasi manusia telah memperhatikan manfaat ekonomi ini
dari pengambilan sumber dan pembangunan sering dinikmati oleh orang-orang China
Han manakala hak Uighur pula semakin terpinggir.

Matched Source
7
No plagiarism found

PLAGIARISM SCAN
REPORT

Date 2020-06-15

Words 790

0% 100% Characters 5700


Plagiarised Unique

Content Checked For


Plagiarism

2.2: KESAN PENINDASAN HAK ASASI MANUSIA ETNIK UIGHUR


Daripada penindasan hak asasi manusia yang telah dilakukan oleh kerajaan China kepada
Xinjiang di China terdapat banyak kesan yang dapat dihuraikan dari faktor tersebut. Kesan
ini telah memberi impak yang begitu besar dan mendalam terhadap ernik Uighur.
Tindakan kerajaan China terhadap etnik Uighur telah mencerminkan layanan buruk dan
penindasan sejak sekian lama lagi. Tiga juta etnik Uighur juga telah ditahan dalam kem
pendidikan bagi bertujuan untuk menulis semula amalan Islam dengan budaya China.
Namun, tujuan ini pula sebaliknya. Presiden Kongres Uighur Sedunia iaitu Dolkun Isa telah
mendesak kerajaan China untuk mengenakan tindakan bagi menamamatkan
permasalahan isu hak asasi manusia etnik Uighur di Xinjiang. Amerika Syarikat dan juga
beberapa negara di Eropah sering menyentuh isu mengenai penindasan etnik Uighur ini.
Tetapi, kebanyakan negara Islam hanya berdiam diri ke atas isu ini. Situasi ini juga amat

8
mengecewakan kerana etnik Uighur sepatutnya dipertahankan kerana kita adalah
seagama. (Penindasan Etnik Uighur berterusan, 2019).

Malahan, puluhan masjid juga telah dirobohkan. Ini telah di buktikan melalui imej
satelit dan visual yang telah diambil oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Earthrise Alliance yang telah menunjukkan sebanyak 36 masjid dan tapak keagaaman
telah dimusnahkan serta kubahnya juga telah dialih sejak 2017 lagi. Manakala, bagi
masjid yang masih terselamat juga jemaah perlu melalui laluan khas pengesan logam dan
gerak-geri mereka juga akan diawasi oleh kamera litar tertutup (CCTV) apabila mereka
dibenarkan masuk ke dalam masjid. Peraturan yang dikenakan juga amat ketat dan situasi
ini telah menakutkan etnik Uighur untuk melakukan ibadah. (Penindasan Etnik Uighur
berterusan, 2019).

Sambutan Aidilfitri etnik Uighur juga berada dalam kedaan yang suram. Ketika umat
Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri yang hanya disambut setahun sekali di sambut
dengan meriah, etnik Uighur di Xinjiang pula mampu meraikkannya dengan sederhana.
Hal ini kerana,mereka telah dilarang untuk membuat bunyi bising sebaik sahaja selesai
menunaikan solat sunat Aidilfitri. Malahan, pegawai polis yang berpakaian seragam akan
dikerah ke masjid berkenan untuk bertujuan memantau pergerakan etnik Uighur pada hari
tersebut. Selepas itu, China juga telah menafikan bahawa mereka telah memberi layanan
yang buruk kepada penduduk Islam di Xinjiang dengan alasan hanya mendidik sebahagia
daripada mereka menerusi kursus latihan untuk mengelakkan penularan ekstremisme.
Bekas tahanan telah menyifatkan kem tersebut sebagai penjara dan seseorang akan
ditahan selama berbulan-bulan dan akan didoktrin dengan ideologi komunis.

Selain itu juga, sebagai umat Islam juga kuburan merupakan sesuatu tempat ibadah
juga. Hal ini kerana, kuburan merupakan tempat untuk manusia sentiasa mengingati
bahawa tidak ada sesiapa yang hidup di dunia ni selama-lamanya kerana suatu hari nanti
kita pasti akan meninggalkan juga dunia ini iaitu meninggal dunia. Namun, di Xinjiang
perkara yang sebaliknya pula telah berlaku. Kerajaan China telah musnahkan perkuburan
etnik Uighur yang bertujuan untuk dijadikan taman ataupun tempat letak kereta. Selain
itu juga, tujuan mereka adalah untuk melenyapkan identiti etnik tersebut dengan
menjadikan tulang berselerakan ke atas kuburan tersebut. Sebahagian kubur diratakan
tanpa rasa hormat seperti yang telah berlaku di daerah Shayar yang telah menjadikan

9
tulang manusia tersebut berselarakan hingga di tiga lokasi. Manakala, di kawasan lain
pula dimana kuburan tersebut dipecahkan dan menjadi timbunan batu-bata. Pihak
berkuasa China juga telah menyatakan tindakan meratakan perkuburan lama itu bertujuan
untuk memberi laluan kepada projek baru namun disebalik perkara ini berlaku pasti ada
tujuan yang lain juga turut terselit. Antara tujuan tersebut adalah mngawal setiap aspek
kehidupan etnik Islam di Xinjiang. (China Musnah Kubur Uighur , 2019).

Seterusnya, apabila bulan suci telah bermula iaitu bulan Ramadhan yang akan di
sambut setiap umat Islam di seluruh dunia. Etnik Uighur akan dianggap tempoh sensitif di
Xinjiang berikutan dakwaan Beijing yang telah mengatakan bahawa penduduk Islam di
Wilayah tersebut harus bertanggungjawab terhadap keganasan yang telah berlaku
sepanjang tiga tahun lalu hingga menyebabkan mengorbankan ratusan nyawa. Pegawai
keselamatan juga akan memantau dan menggalakkan restoran halal untuk menjalankan
perniagaan seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan.Etnik Uighur yang hidup dalam
aktivis hak asasi manusia telah berkata bahawa dasar kerajaan China di Xinjiang
termasuklah amalan menyekat amlaan keagamaan dan menyemarakkan keganasan telah
menjadikan etnik ini tertindas. Tetapi pihak Beijing telah menafikan perkara tersebut
dengan mengatakan bahawa Keislaman etnik Uigur tidak harus dipolitikkan kerana
tindakan itu akan mencetuskan lebih banyak lagi bantahan keganasan yang akan berlaku.
(Xinjiang larang penduduk Puasa, 2015).

Akhir sekali, kerajaan China telah menguatkuasakan peraturan pelajaran baru yang
bermakna mereka menggalak atau memaksa anak mereka melakukan aktiviti
keagamaan seperti solat akan dilaporkan kepada pihak perkuasa iaitu polis. Ini juga
merupakan lanjutan daripada arahan mengharamkan lelaki Islam di wilayah tersebut
untuk berjanggut dan wanita pula menutup rambut ataupun berhijab. Seorang lelaki
Islam etnik Uighur telah di hukum penjara selama 6 bulan atas sebab hanya menyimpan
janggut. Mahkamah yang sama juga turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun
terhadap isterinya kerana telah memakai purdah untuk menutup wajahnya walaupun
berulang kali menerima amaran dari pihak berkuasa. (Dijel kerana Janggut , 2015)

Matched Source

10
No plagiarism found

PLAGIARISM SCAN
REPORT

Date 2020-06-15

Words 347

0% 100% Characters 2536


Plagiarised Unique

Content Checked For


Plagiarism

2.3: LANGKAH MENGATASI ISU HAK ASASI MANUSIA ETNIK UIGHUR


Bagi mengatasi permasalahan ini juga, terdapat antara beberapa inisiatif yang telah
dilakukan oleh negara luar terhadap kerajaan China. Amerika Syarikat telah menyekat
pengeluaran Visa bagi pegawai China sehingga Beijing menghentikan penindasan yang
telah dilakukan ke atas etnik Uighur dan ke atas umat Islam di wilayah Xinjiang iaitu
sehari selepas melaksanakan sekatan perdagangan ke atas negera tersebut. Tindakan
kerajaan Pimpinan Presiden Donald Trump adalah langkah yang paling tegas yang pernah
dilakukan oleh kuasa asing untuk menyahut gesaan kumpulan hak asasi ke atas krisis di
Xinjiang dan persengketaan antara Amerika Syarikat dan China. Jabatan perdagangan
Amerika Syarikat juga telah menyenarai hitamkan 28 entiti China termasuklah firma
pengawasan video atas pembabitan mereka ke atas etnik Uighur di Xinjiang. Beijing telah
menyuarakan rasa tidak puas hati dan membantah secara tegas terhadap langkah yang
telah dikenakan serta menafikan sebarang pencabulan hak asasi manusia di wilayah

11
tersebut. Kumpulan hak asasi manusia juga telah mengutarakan hujah bahawa lebih
sejuta orang Uighur dan umat Islam yang lain ditahan di kem Xinjiang adalah untuk
menyeragamkan populasi tersebut bagi mencerminkan budaya orang Han di China. (AS
sekat visa pegawai China, desak Beiing henti ‘tindas’ Uighur, 2019).

Pada perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Donald Trump juga


turut memberi amaran kepada China yang Amerika Syarikat sedang memantau Hong
Kong untuk berdepan dengan pelbagai protes besar- besaran bagi menuntut Beijing
menghormati status separa autonami bandar tersebut. Pertubuhan masyarakat sivil dan
hak asasi manusia termasuklah Amnesty International dan Kongres Uighur Sedunia turut
mengemukakan rayuan kepada badan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) untuk menghantar pasukan penyiasat ke wilayah tersebut bagi mengetahui
dengan lebih lanjut keadaan di kem tahanan tersebut.Hal ini kerana, Beijing telah
mendakwa bahawa ‘pusat pendidikan vokasional’ diwujudkan bertujuan untuk menangani
kegiatan pengganas dan dalam masa yang sama juga dapat membantu mereka
menyesuaikan diri dengan masyarakat yang lain. Namun, perkara yang lain telah berlaku
apabila pengkritik menganggap China sedang berusaha untuk mengasingkan penduduk
minoriti di Xinjiang dengan cara menindas amalan agama dan budaya yang bertentangan
dengan ideologi Komunis serta budaya masyarakat Han. (PBB didesak siasat isu etnik
Uighur di Xinjiang, 2019).

Matched Source

No plagiarism found

SCAN REPORT

Date 2020-06-15

Words 298

0% 100%
Plagiarised Unique Characters 2292

12
Content Checked For Plagiarism

3.0 KEM TAHANAN XINJIANG

Gambar 1 : Peta Kem Tahanan Di Xinjiang, China

Rujukan: Kay Suhaimi (2019), Siapa sebenarnya Etnik Uighur Dan Mengapa
Kerajaan China Menindas Mereka? https://iluminasi.com/bm/siapa-sebenarnya-
etnik-uighur-dan-mengapa-kerajaan-china-menindas-mereka.html diakses pada
14 June 2019

Berdasarkan gambar 1, China telah menubuhkan 27 kem tahanan dan jumlah kem
tahanan tersebut telah dianggarkan mencecah 1,200 buah. China juga telah mendakwa
bahawa pusat penahanan di Xinjiang adalah bertujuan untuk latihan vokasional. Namun
perbicaraan Kongres Amerika Syarikat tentang kem tersebut menunjukkan bahawa kem-
kem tersebut adalah sebagai pusat “Pendidikan semula politik”. Pendidikan ini
melibatkan ideologi komunis dan percubaan kerajaan China untuk membasmi budaya,
bahasa dan agama golongan minoriti. Etnik Uighur yang telah ditahan di dalam kem ini
akan dipaksa untuk berjanji setia kepada parti Komunis China dan akan meninggalkan
Islam serta mereka juga akan menyanyikan lagu puji-pujian untuk Komunisme dan
mereka juga akan belajar bahasa mandarin. (Kay Suhaimi, 2019).

13
Gambar 2 : Carta Pekerja Keselamatan awam di Xinjiang

Rujukan : Lindsay Maizland (2019), China’s Repression Of Uighurs In


Xinjiang. https://www.cfr.org/backgrounder/chinas-repression-uighurs-
xinjiang. Diakses pada 14 June 2020.

Berdasarkan gambar 2 juga ini telah menunjukkan pekerja keselamatan awam yang
telah bertugas di Xinjiang dari tahun 2006 hingga 2017 mengalami peningkatan secara
mendadak. Akibat dari peningkatan pekerja keselamatan ini telah menyebabkan banyak
aspek kehidupan Muslim telah dihapuskan. Anggota Parti komunis juga akan turut
menetap di kem tersebut dan akan melaporkan apa-apa tingkah laku “Ekstremis” seperti
berpuasa pada bulan Ramadhan. Para pegawai juga akan memusnahkan masjid dan
akan mendakwa bangunan-bangunan tersebut dibina secara tidak kemas serta tidak
selamat untuk para jemaah. Ibubapa etnik Uighur juga dilarang untuk memberikan
nama-nama bayi mereka kepada “Mohammad” dan “Madinah”. Makanan halal juga sulit
ditemukan. Akhir sekali, pemerintah China akan mengarahkan pegawai untuk
mengumpulkan maklumat mengenai etnik Uighur yang telah tinggal di luar negara dan
akan ditangkap sebaik sahaja mereka memasuki China. (Lindsay Maizland, 2019).

Matched Source

14
No plagiarism found

PLAGIARISM SCAN
REPORT

Date 2020-06-15

Words 173

13% 88% Characters 1295


Plagiarised Unique

Content Checked For


Plagiarism

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, apa yang dihadapi oleh etnik Uighur sama dengan apa yang telah di
hadapi oleh etnik Rohingya. Mereka menjadi pelarian di tanah mereka sendiri. Mereka
juga telah ditindas dan tidak mendapat hak asasi manusia yang sepatutnya. Uighur
mempunyai hak kepada Xinjiang tetapi atas ketamakan kerajaan China telah
menyebabkan etnik Uighur telah ditindas tanpa berperikemanusiaan. Isu ini semakin
hari semakin hangat diperkatakan. Tambahan pula, apabila berlakunya penindasan dari
segi agama Islam. Etnik Uighur hidup dalam keadaan yang sangat tertekan. Mereka
tidak bebas untuk melakukan pelbagai ibadah. Bahkan, jika mereka tetap melakukannya
juga mereka akan berhadapan dengan pelbagai hukuman yang telah ditetapkan oleh
kerajaan China. "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua".
Peribahasa ini sesuai digambarkan dengan kerajaan China apabila mereka cuba untuk
memanipulasi maklumat-maklumat yang telah sampai ke tangan negara luar.
Namun,akhirnya tindakan-tindakan yang telah mereka lakukan terhadap etnik Uighur
akhrnya terbongkar. Tujuan kem tahanan ini diwujudkan bukanlah hanya semata-mata
untuk pendidikan tetapi ianya bertujuan lain dimana bertujuan untuk percubaan
kerajaan China membasmi budaya, bahasa dan agama golongan minoriti etnik Uighur.

15
Matched Source

Similarity 13%
Title: Suara Anak Tupai Menangis | Sepandai-pandai Tupai Melompat...
"sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga...", begitu kata pepatah. tupai pun bisa saja terjatuh dan celaka.
di video ini akan kita lihat seekor...

https://www.youtube.com/watch?v=VDY5SO4WcnY

4.0 RUJUKAN

BHOnline (2019), PBB didesak siasat isu etnik Uigur di Xinjiang. Diakses pada 14 June 2020.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/02/527683/pbb-didesak-
siasat-isu-etnik-uighur-di-xinjiang

BHOnline (2020), Penindasan etnik Uighur, AS tingkatkan tekanan terhadap China. Berita
Harian. Diakses pada 13 June 2020.
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/05/693630/penindasan-etnik-uighur-
tingkatkan-tekanan-terhadap-china

Bella Salsabila F, Dewa Gede Sudika Mangku & Wayan Lasmawan (2020 ), Perlindungan hukum
terhadap kaum etnik uighur dalam perspektif hak asasi manusia internasional. Diakses
pada 7 June 2020. file:///C:/Users/Acer/Documents/uighur%20(assignmt%20PA)/hak
%20asasi%20kemanusiaan.pdf

Dewardric L. McNeal (2001), China’s Relations with Central Asian States and Problems with
Terrorism. Diakses pada 8 June 2020. file:///C:/Users/Acer/Documents/uighur
%20(assignmt%20PA)/relation%20china.pdf

16
Free Malaysia Today (2019), AS sekat visa pegawai China, desak Beijing henti ‘tindas’ Uighur.
Di akses pada 13 June 2020.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/09/as-sekat-visa-pegawai-
china-desak-beijing-henti-tindas-uighur/

FMT Reporters (2019), Pusat latihan China paksa Uyghur tinggalkan agama, Amnesty tegur
Mujahid. Free Malaysia Today. Diakses pada 13 June 2020.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/27/pusat-latihan-china-
paksa-uyghur-tinggalkan-agama-amnesty-tegur-mujahid/

Hmetro (2019), China musnah kubur Uighur. Harian Metro. Diakses pada 14 June 2020.
https://www.hmetro.com.my/global/2019/10/505424/china-musnah-kubur-uighur

Hmetro (2018), ‘kem latihan’ elak ekstremisme. Harian Metro. Diakses pada 14 June 2020.
https://www.hmetro.com.my/global/2018/09/377093/kem-latihan-elak-ekstremisme

Hmetro (2019), Bukti China Tindas Uighur. Harian Metro. Diakses pada 14 June 2020.
https://www.hmetro.com.my/global/2019/09/499569/bukti-china-tindas-uighur

Hmetro (2015), Xinjiang larang penduduk puasa. Harian Metro. Diakses pada 14 June 2020.
https://www.hmetro.com.my/node/58545

Hmetro (2015), Dijel kerana janggut. Harian Metro. Diakses pada 14 June 2020.
https://www.hmetro.com.my/node/40370

James A. Millward (1994), A Uyghur Muslim In Qianlong’s Court: The Meaning Of The Fragrant
Concubine. Diakses pada 9 June 2020. file:///C:/Users/Acer/Documents/uighur
%20(assignmt%20PA)/muslim%20uighur.pdf

Kay Suhaimi (2019), Siapa Sebenarnya Etnik Uighur Dan Mengapa Kerajaan China Menindas
Mereka. Diakses pada 12 June 2020. https://iluminasi.com/bm/siapa-sebenarnya-etnik-
uighur-dan-mengapa-kerajaan-china-menindas-mereka.html

17
Lindsay Maizland (2019),China’s Repression of Uighurs in Xinjiang. Diakses pada 13 June 2020.
https://www.cfr.org/backgrounder/chinas-repression-uighurs-xinjiang

Robert Guang Tian (2004), Cultural Rights And Ughyur Natinalism. Diakses pada 08 June 2020.
file:///C:/Users/Acer/Documents/uighur%20(assignmt%20PA)/Cultural%20Rights%20and
%20Uyghur%20Nationalism.pdf

SarawakVoice (2020), AS sekat China alasannya kerana langgar hak asasi Uyghur dan
HongKong. Diakses pada 14 June 2020. https://sarawakvoice.com/2020/05/24/as-sekat-
china-alasannya-kerana-langgar-hak-asasi-uyghur-dan-hong-kong/

Sinar Harian (2019), Penindasan etnik Uighur berterusan . Diakses pada 14 June 2020.
https://www.hmetro.com.my/node/58545

Thomas Lum (2015), Human Rights in China and U.S Policy : Issues for the 114th congress.
Diakses pada 7 June 2020. file:///C:/Users/Acer/Documents/uighur%20(assignmt
%20PA)/humans%20right%20in%20china.pdf

Vanessa Frangville, Hacer Z. Gonul & Julius Maximilian Rogenhofer (2018), Standing up to
China on Human Rights : The Case of the Uyghurs. Diakses pada 12 June 2020.
https://www.mei.edu/publications/standing-china-human-rights-case-uyghurs

18

You might also like