Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Fasakh

Maksud- Pembatalan atau pembubaran perkahwinan antara suami isteri melalui perintah
mahkamah 

Kesan - Tidak boleh kembali atau rujuk kepada suaminya melainkan dengan suatu akd nikah yang
baru

Perlaksanaan - Isteri membuat permohonan cerai fasakh kepada mahkamah

Sebab –

1. Suami telah menghilangkan diri tanpa diketahui di mana berada dalam tempoh lebih
daripada setahun
2. Suami tidak memberikan peruntukan nafkah isteri dan anak-anak dalam tempoh 3 bulan

Lian

Maksud - Suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau menuduh isterinya berzina
dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.

Perlaksanaan –

1. Suami hendaklah bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada
kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta
2. Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat
kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati
Allah jika suaminya benar”.

Kesan –

1. Mengikut peruntukan hukum syara‘, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah,
maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan.
2. Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan
dikenakan hukuman.
3. Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka
suami isteri akan terputus sama sekali dan tidak boleh kahwin balik untuk selama lamanya.
Khuluk

Maksud - Suatu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau
harta benda lain kepada suaminya

Kesan - Tidak boleh kembali atau rujuk kepada suaminya melainkan dengan suatu akd nikah yang
baru

Sebab –

1. Suami berperangai jahat


2. Suami menyakiti hati isteri

Perlaksanaan – Diluluskan oleh mahkamah bagi permohonan perceraian khuluk walaupun pihak
suami tidak memberi persetujuan

Ta’liq

Maksud - lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji yang telah dibuat oleh suami selepas akad
nikah diselesaikan

Sebab –

1. Suami memukul atau mendera isteri


2. Suami meninggalkan isteri lebih daripada enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau
batin dengan secukupnya

Perlaksanaan - Isteri mengadu kepada Mahkamah Syariah di kawasan berhampiran dengan tempat
tinggalnya dan sekiranya pengaduan itu disabit dan disah oleh mahkamah, maka terjadilah
perceraian secara taklik

Kesan - Tidak boleh kembali atau rujuk kepada suaminya melainkan dengan suatu akd nikah yang
baru
Talaq

Talak Bai’in ( terbahagi kepada dua )

1. Talak Bai'in Sughra


- Bain Sugra berlaku apabila pasangan berkahwin bercerai sebelum melakukan
persetubuhan dan bercerai melalui khulu’. Suami tidak boleh rujuk isteri semasa iddah
tetapi boleh mengahwini isteri dengan akad dan mas kahwin yang baharu.

2. Talak Bai'in Kubra


- Bain Kubra berlaku apabila pasangan telah bercerai dengan talak tiga. Pasangan ini tidak
boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut
menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan
isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami
pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.

Talak Raji’

- talak yang dilafazkan oleh suami ke atas isterinya dan dia berhak untuk rujuk kembali
bersama isterinya di dalam tempoh iddah. Talak satu dan dua termasuk di dalam Talak
Rajie dan talak dua boleh dilafazkan sekaligus atau pun dilafazkan talak satu demi satu

You might also like