Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Reetra Patrimakaran (2017) menjalankan kajian mengenai bahasa Tamil di England dan pandangan

mengenai sastera Tamil. Beliau menjelaskan bahawa terdapat banyak orang di Eropah dan England
yang mempunyai kemahiran bertutur atau menulis dalam bahasa Tamil dan mereka tidak gagal
dalam mengekspresikan diri sebagai seorang India melalui budaya-budaya mereka. Bahasa Tamil
telah mengalami banyak perkembangan sastera di England melalui tulisan, pidato, ciptaan dan seni
orang-orang Tamil. Tujuan kajian ini adalah untuk mengambil kira beberapa fakta penilaian
perkembangan ini dan menganalisis serta mengkategorikan perkembangan dalam kesusasteraan
Tamil bahasa Inggeris di England. Beliau juga mengatakan bahawa media social seperti audio,
Youtube, Facebook Tweeter, dan Whatsapp memainkan peranan penting sebagai sebuah platform
untuk mencurahkan idea dan berkomunikasi dengan menggunakan teknologi canggih. Akhir kata,
beliau merumuskan kajian ini bahawa teknologi moden telah menyumbang kepada evolusi baru
bahasa Tamil di negara England.

You might also like